TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
HAFIDZ YOUNG SCIENTIST

I am Hafidz, the young scientist.This blog is about my exciting homeschooling journey.It will remains as my sweet memories forever. Glad to share the special moments with you !!!


Friday, August 31, 2012

PAVLOVA WITH LOVE



( GUIDANCE CORNER )

Seindah nama sesedap rasa. Begitulah penangan PAVLOVA CAKE kepada kami sekeluarga. Harganya memang mahal tetapi memang berbaloi. Pertama kali kami dihidangkan dengan kek pavlova ialah ketika menyambut birthday Mummy Alyssa dalam entry:
SIRI 17 ( STATION 2 FCU) : CACATAN PENJELAJAHAN FCU KE SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA

Oleh kerana bilangan kami ramai, setiap orang hanya dapat merasa sepotong kecil sahaja kek tersebut. Faktor ini menambahkan lagi kesedapan kek ini hingga teringat-ingat.



Inilah pavlova cake yang telah menambat selera kami sekeluarga
Sejarah pavlova cake memang menarik. Untuk mengetahuinya
dengan lebih lanjut, sila layari
http://whatscookingamerica.net/History/Cakes/Pavlova.htm



BERAKHIRNYA MISI 1 PENJELAJAHAN DAN BERMULANYA MISI 2

Pada 10 Mach 2012, kami selamat sampai ke STATION 1 FCU di Langkawi setelah mengembara menjelajah seluruh Semenanjung Malaysia. Perjalanan yang bersejarah ini bermula pada 21 December 2011.
Ini bermakna kami telah travel selama hampir 3 bulan iaitu secara tepatnya 82 hari. Dengan adanya STATION 2 FCU di Pasir Gudang, memudahkan lagi misi penjelajahan ini. Tujuan utama penjelajahan ini adalah untuk peningkatan kerohanian kami sekeluarga kerana dengan bergerak, keberkatan Allah lebih dirasai. Sebenarnya perjalanan ini mempunyai serampang banyak mata. 

Bagi FCUPRODUCTION, misi ini telah membawa kami ke peringkat yang lebih tinggi. Kami telah berjaya membuat korporat video bagi satu organisai minyak di Malaysia. Kejayaan ini adalah merupakan batu loncatan bagi kami untuk terus bergerak ke depan.

Bagi FCUHOMESCHOOLING, misi ini adalah satu anugerah dari Ilahi untuk pembelajaran kami. Saya akan siarkan secara terperinci FCUROADSCHOOLING dalam entry akan datang. Terlalu banyak ilmu yang berharga yang tidak mungkin diperolehi dari text book, internet dan mana-mana media pembelajaran kerana apa yang dialami oleh para pelajar kami adalah dari pengalaman mereka yang sangat berharga. 

Pada 15 March 2012, FCU kembali travel menjelajah Semenanjung Malaysia dalam MISI 2. Kali ini, ahlinya bertukar tempat untuk menjadi PENJAGA HEBAT LANGKAWI. Kalau dahulu, dua orang abang Hafidz telah diamanahkan menjaga segala kepentiangan FCU termasuk business FCUMIRACLE.

PENJAGA HEBAT LANGKAWI kali ini ialah Hafidz, Tajrid,  Abang Musa dan saya sendiri. Kami berempat mengambil alih segala urusan FCU termasuk perniagaan on-linenya. 


HAFIDZ DAN KEK PAVLOVA


Yang paling menggemari kek cinta ini ialah Hafidz. Kek ini memang mahal dan bergandalah harganya kalau di Langkawi. Alternatifnya, Hafidz membuat sendiri kek ini dibawah kelolaan saya.
Sejujurnya, saya juga tidak tahu cara untuk membuat kek sedap ini. Kami sama-sama surf internet dan dapatkan sebanyak info yang boleh. Pembelajaran ini mengandingkan pelajar dan guru, anak dan ibu untuk sama-sama menghasilkan sesuatu yang berguna. Akhirnya Hafidz dan abangnya pergi shopping barangan yang diperlukan: Telur, gula, heavy cream, fruits.




FCUHOMESCHOOLING COOKING CLASS


Oleh kerana sudah biasa menolong dalam cooking class, Hafidz sudah tidak kekok menggunakan peralatan mixer ini. Para pelajar homeschool kami cukup seronok membuat aktiviti mengadun dan melihat hasilnya.




Tips Berguna Untuk Hasilkan Meringue Yang Baik

  • Jangan ada walau sedikit pun kuning telur
  • Jangan ada walau setitis pun air dalam adunan.
  • Jangan guna telur yang dikeluarkan dari peti sejuk kerana walaupun telah sejuk dengan suhu bilik, masih ada wap air.
  • Jangan gunakan bekas plastik untuk adunkan meringue. Gunakan bekas stainless steel untuk dapat hasil yang baikl
  • Panaskan oven pada 150 ' C selama 15 min. Bila dah bakar maringe selama 15 minit, turunkan suhu oven ke 140'C
  • Masak selama 1 jam. Buka pintu oven dan biarkan terbuka hingga meringue betul-betul sejuk. Sekiranya meringue masih tidak garing, teruskan membakar sekitar 110'C hingga meringue jadi garing.
  • Masa tunggu meringue masak, buat whip cream dan masukkan ke dalam plastik dan simpan dalam freez.
  •  Masa buat cream, bekas, heavy cream dan pemukul cream mestilah dimasukkan dalam peti ais 30 minit terlebih dahulu. Lagi lama lagi bagus.
  • Bila nak makan barulah bubuh cream atas meringue dan hias dengan buah-buahan yang lembut dan rasa masam manis. Selain anggor, buah plum, kiwi dan strawberry kita juga boleh pilih buah ciku, mempelam dan mata kucing. Sebenarnya banyak buah-buahan tempatan yang sesuai dan ikut cita rasa sendiri.

 RESEPI MERINGUE
5 biji telor besar
Hampir 1/3 cawan gula halus (boleh kurangkan ikut selera sendiri)
1 sudu teh cuka makan
1 sudu teh esen vanila
3 sudu makan tepung jagung

Cara-caranya:

1-Telur diambil putihnya sahaja. Telor kuning disimpan dan boleh digunakan untuk membuat  puding dan biskut. Pukul telor putih hingga kembang dengan kelajuan mixer pada sederhana sahaja.

2-Apabila aduanan mula kembang (nampak silky), masukkan gula sedikit demi sedikit dan tingkatkan kelajuan mixer pada peringkat paling laju.

3-Apabila telor dah betul-betul kembang, masukkan 1 sudu teh esen vanila, 1 sudu makan cuka putih dan 3 sudu makan tepung jagung. Adun lagi hingga telor  putih betul-betul sebati dengan bahan-bahan yang dimasukkan.

4-Telor putih yang sudah betul-betul kembang tidak akan tumpah walaupun diterbalikkan bekas upside down.




mixer seperti di atas.


5- Ketika ini, oven sudah dipanaskan selama 15 minit. Pindahkan meringue ke atas kertas tanpa minyak. Saya gunakan kertas pembalut nasi lemak. Bentukkan meringue setinggi 2.5 hingga 3 inci.


Meringue ini sudah bersedia untuk dibakar. Bentuknya agak kasar kerana
 inilah kali pertama kami buat meringue.




 
Dah siap masak dah.....Masih panas lagi. Sejukkan dalam oven dengan 
pintu terbuka. Warna meringue yang sudah masak ialah putih 
keperangan dan kelihatan agak pucat.




HOW TO MAKE WHIP CREAM


Harga Heavy Cream di Langkawi agak mahal jika dibandingkan 
di Tanah Besar. Kami beli dengan harga RM25 sekotak di Mega Mall Billion. 
Satu kotak ini...boleh buat empat biji kek pavlova. 
Puas makanlah kali ini tambah lagi dah tak ramai yang tinggal. Kami berempat saja....

RESEPI WHIPPING CREAM:

1 cawan heavy cream
3/4 cawan gula halus
1 teaspoon essence vanilla

Cara-cara:
1- Semua peralatan yang digunakan mestilah sejuk sebab silap langkah saja...alamak heavy cream bertukar jadi mentega. Kali pertama buat, Hafidz adun terlalu lama dan hasilnya, cream tersebut tak membentuk (boleh bentuk jadi bunga atau apa saja). Kali kedua buat baru jadi. Tak terkira seronoknya....
2- Mesti gunakan kelajuan yang paling tinggi dan bila dah nampak agak berkrim (silky), masukkan gula dan essen vanila sekali gus. Elakkan guna mixer terlalu lama. Process buat whip cream mestilah dalam masa yang sesingkat mungkin.
3- Macam juga dengan meringue, mesti ada "tanduk" baru dikira lulus.



Bentuk tajam-tajam dihujung mixer itulah yang dimaksudkan 
dengan "tanduk".




Whip cream ini boleh dibentuk berbagai corak jika gunakan peralatan khas. 
Teksturnya pekat dan tidak cair seperti susu. Kalau keadaannya cair, 
maknanya tak jadi. Kemungkinan besar sebab peralatan tidak sejuk
 betul. Cuaca panas di Malaysia boleh menggagalkan usaha kita.




Whipping cream dipindahkan ke dalam plastik dan disimpan dalam 
freezer agar tidak rosak apabila tiba masa untuk dihias atas meringue.


Bila whipping cream tidak cair, dia boleh "berdiri" bila dimasukkan 
ke dalam plastik seperti di atas.


 
Bila rasa nak makan, baru keluarkan whipping cream dari freezer 
dan lubangkan di bahagian hujung plastik. Picit plastik tersebut 
untuk keluarkan whipping cream.



Kali ini kami menggunakan buah anggur, buah kiwi dan buah plum 
untuk dihias atas kek pavlova.




Akhirnya pavlova cake terhidang di depan mata. Alhamdulillah .....








Inilah pavlova cake yang pertama dibuat oleh Hafidz. Pasti sekali memori indah ini akan dikenang sampai bila-bila.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...