TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Rabu, 22 April 2015

PENTINGNYA PEMBELAJARAN HOMESCHOOL YANG TERATUR


Suasana persekolahan di FCU semakin bersemarak dan penuh keceriaan menjelang 2015. Kelima-lima pelajarnya yang terdiri dari Hafidz (16), Afiqah (11), Afiq (9), Alyssa (4) dan Adelyn (3) sangat bersemangat mengikuti atur cara yang telah kami tetapkan. Yang paling mengembirakan ialah gelagat pelajar muda kami iaitu Alyssa dan Adelyn yang sudah mengikuti kelas sejak dari mereka mula bertatih. Sedikit pun kami tidak memaksa, melainkan mereka sendiri yang akan meminta kertas dan pensel setiap kali kelas Homeschooling kami bermula. Begitulah juga dengan solat walaupun mereka tidak dapat melakukan dengan sempurna seperti Afiq dan Afiqah. Inilah yang dikatakan suasana keluarga sangat mempengaruhi tindak tanduk seorang bayi yang sedang membesar. Segala kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi jua kerana telah merahmati anak-anak syurga ini sejak dari kecil lagi.

Kemunculan bulan  Rejab sangatlah dinantikan kerana ini bermakna bulan Ramadhan yang mulia sudah memhampiri kita semua. Seperti tahun-tahun yang sebelumnya, keluarga besar FCU mula menjalani puasa 3 bulan serangkai bagi mengisi kerohanian jiwa, fizikal dan mental. Memang banyak kelebihan Bulan Rejab ( Bulan Allah ), Bulan Syaaban ( Bulan Rasulullah) dan yang paling istimewa Bulan Ramadhan ( Bulan Umat Rasullullah). Kelebihan-kelebihan ini dapat dibaca dalam entri http://hafidzyoungscientist.blogspot.com/2013/05/kelebihan-puasa-dan-ibadat-di-bulan.html


1 REJAB 1436

Hari ini jadual persekolahan berubah kerana pelajar kami tidak sambung tidur selepas subuh. Selalunya kami akan mula kelas pada pukul 9 pagi. Suntikan semangat berpuasa menyebabkan para pelajar telah memulakan persekolahan di awal pagi lagi. Ini adalah sesuatu yang sangat bagus dan semoga amalan ini akan berterusan bagi jadual kami.

Untungnya homeschooling, pembelajaran adalah sangat flexible dan berlaku mengikut rentak aktiviti keluarga. Yang paling penting at the end of the day, we accomplished our target. Pembelajaran juga sangat berkaitan rapat dengan kebolehan pelajar dan personaliti mereka. Setiap pelajar kami memang mempunyai kelebihan dan karekter yang berbeza. Atas asas inilah setiap isi pembelajaran di perkasakan mengikut kemampuan setiap mereka agar mereka berkembang pada tahap maksima. Ini sangatlah berbeza dengan persekolahan biasa dimana segala syllabus telah diatur sejak awal tahun lagi. Dengan ini para pelajar tidak akan rasa tertekan kerana apa yang diajar adalah bersuaian dengan jiwa mereka. Yang paling penting pembelajaran kami tetap selari dengan perkembangan semasa pembelajaran sejagat. Malah dalam banyak hal, mereka lebih kedepan kerana kami tidak mengajar mengikut umur mereka tetapi lebih kepada perkembangan terkini. Kami sangat menggalakkan mereka bertanya dan perkataan "why...why..." adalah merupakan perkataan yang paling popular semasa kelas berlangsung. Jesteru itu....untuk menjawab berbagai persoalan mereka, pembelajaran akan melarat kepada penerangan yang melangkau syllabus seperti apa itu kanser dan bagaimana ia berlaku, bagaimanakan kehidupan astronaut di International Space Station. Pembelajaran menjadi sangat hidup kerana itulah yang mereka mahu dan minat. Pasti sekali otak mereka akan memperoses maklumat-maklumat ini dengan lebih berkesan dan berkembang dengan lebih pesat , Di manakah kita dapat  memperolehi taraf pengajian sebegini yang sangat dekat dengan jiwa anak-anak ? Pasti sekali hanya homeschool yang bisa menrealisasikan dengan penuh kasih sayang dan limpah rahmat Allah jua.


JADUAL PEMBELAJARAN FCUHOMESCHOOLING

Sejak mula beroperasi secara rasmi dalam tahun 2009 hingga 2015, berbagai-bagai jadual persekolahan telah diolah mengikut tuntutan semasa dan bersesuaian dengan perkembangan pelajar kami.



Jadual ini diguna pakai pada peringkat permulaan homeschool kami. Jadual ini seakan-akan jadual persekolahan biasa di luar sana. Waktu bermula persekolahan ialah pukul lapan pagi. Ketika itu kami hanya ada 3 pelajar. Iaitu Tajrid, Hafidz dan Afiqah. Ketika ini Tajrid berada di tingkatan tiga, Hafidz dalam darjah lima dan Afiqah berumur enam tahun. Tajrid lebih selesa untuk belajar sendiri dan mengikut jadualnya sendiri yang lebih flexible sesuai dengan umurnya menjangkau 15 tahun. Kami memperkenalkan Bahasa Arab kepada Hafidz. Pada sebelah petangnya Hafidz belajar piano dan Quran di sebelah malam. Hafidz cuma cuti pada hari Jumaat. Ini bermakna kami belajar 6 hari dalam seminggu. Setiap  hari kami belajar cuma 5 mata pelajaran sahaja dari pagi hingga ke petang.


Jadual pembelajaran Afiqah tidak jauh berbeza dari Hafidz cuma ianya lebih santai dan fun. Kami tidak memperkenalkan Bahasa Arab kepada Afiqah, sebaliknya Bahasa Mandarin. Tiada tutor dari luar, melainkan kami usaha sendiri untuk menrealisasikan para pelajar kami menguasai lebih dari dua bahasa. Setiap pagi Afiqah didedahkan pada penulisan dan pembacaan kerana ini adalah senjata utama dalam medan pembelajaran. Dia sudah boleh membaca pada usia 5 tahun, Dengan itu segala pembelajaran sangat mudah diterapkan.



Ini adalah jadual Afiqah ketika dia berumur 9 tahun. Perbezaan besar dalam jadual ini ialah pembelajaran bermula pada pukul 9 pagi. Kami melewatkan waktu pembelajaran demi memberi keselesaan buat pelajar dan juga pengajar. Sebagai suri rumah, memang banyak kerja perlu dibereskan setiap hari dari memasak, membersih dan menyusun. Sebagai keluarga yang membuat online business, banyak kerja penyelenggaraan product perlu dibuat setiap hari yang juga mengambil banyak masa. Selain itu pembelajaran Al Quran tidak lagi dibuat pada waktu petang tetapi diserapkan dalam waktu pembelajaran utama. Ini adalah kerana pembelajaran Quran pada waktu petang sering tidak dapat di laksanakan terutama apabila ada sahaja aktiviti mendatang seperti melayan tetamu yang sering berkunjung ke Teratak FCU. Kami mula memperkenalkan CHARITY sebagai satu lagi cabang pembelajaran. Pembelajaran CHARITY membentuk mereka menjadi manusia yang suka menolong dan berbakti kepada orang lain. Berbagai bagai pekerjaan rumah kami mula mengajak mereka lakukan secara suka rela. Memang pada mulanya agak liat untuk mereka menolong tetapi kanak-kanak adalah seperti rebung yang boleh dilentur. Mereka mula peka pada suasana sekeliling dan akan membersihkan sekiranya ada kekotoran.



Kami mula selaraskan Afiq dalam jadual pembelajaran homeschool kami. Sebenarnya Afiq sudah mengikuti kelas sejak dari kecil lagi. Begitu juga dengan Alyssa dan Adelyn. Ini adalah jadual tahun 2014 dimana Afiqah dalam darjah empat dan Afiq pula dalam darjah dua. Sebelum ini kami tidak buat jadual khas buat Afiq seperti Afiqah yang mula mengikut jadual sejak umur 6 tahun lagi. Inilah cantiknya homeschool dimana kita mengajar mengikut kesediaan pelajar itu sendiri. Usah kita risau sekiranya ada anak kita yang menunjukkan kurang minat kepada pembelajaran tetapi minat pada benda lain. Sebenarnya mereka juga belajar tapi dalam bidang lain. Yang paling penting kita selalu sematkan sikap positive kepada mereka dan menggalakkan penerokaan. Disinilah letaknya keadilan kepada para pelajar. Biasanya pelajar jenis ini akan terbiar dan di letakkan dalam kelas yang kebawah sekiranya dia belajar di sekolah biasa. Tidak dapat kita salahkan mana-mana pihak kerana terlalu ramai pelajar untuk diajar oleh seorang guru.

Dalam jadual di atas, kami akan tanda pada tempat kosong sekiranya mereka sudah habis belajar mata pelajaran yang telah ditetapkan. Dengan ini kita dapat buat analisa dan memastikan mereka siap pembelajaran pada setiap hari. Mungkin bagi ibu-ibu yang ada buat homeschool, akan mendapati agar susah utuk mendisipkan anak-anak untuk habis belajar kerana suasana di rumah memang berlainan dengan sekolah. Mereka terdedah kepada talivisyen, computer dan gajet-gajet yang sungguh mengasyikkan. Selagi mereka tidak habis belajar, mereka tidak berpeluang untuk tengok tv. guna computer dan sebagainya termasuk bermain. Memang ada hari dimana mereka tidak habiskan pebelajaran homeschool. Kami tidak teragak-agak untuk melaksanakan disiplin diatas dimana mereka tidak boleh menonton tv, guna computer dan bermain. Malah mereka juga tidak berpeluang untuk ikut keluar sekiranya ada aktiviti berjalan-jalan.

Di atas adalah jadual tahun 2015 dimana kami memasukkan Alyssa sekali walaupun umurnya baru menjejak 4 tahun. Melalui pengalaman, jadual homeshool kami semakin ringkas tetapi lebih praktikal. Kami tidak meletakkan waktu tertentu untuk mereka mulakan dan habiskan pembelajaran mereka. Sepatutnya mereka mulakan pada pukul 9 pagi, namun begitu selalu juga mereka lewat mendaftarkan diri. Setiap kali habis belajar, mereka akan diberi grade samaada very good, good dan bad. Grade-grade ini akan dimasukkan ke dalam buku rekod homeschooling dan akan dinilai setiap bulan. Jadual diatas adalah pada 1 REJAB yang baru berlalu. Oleh kerana mereka tidak tidur selepas subuh, Afiqah memulakan pembelajaran seawal 6;39 pagi. Semangat baru kerana hari ini adalah hari pertama mereka berpuasa.


Hafidz sudah meningkat 16 tahun, jadi kami tidak membuat sebarang jadual kepadanya. Dia banyak belajar sendiri melalui internet. Kami masih mengajarnya dalam mata pelajaran mathematik, science dan english. Selain dari belajar, Hafidz juga bertugas sebagai camera man bagi FCUPRODUCTION. Memang dia sudah menceburi bidang ini sedari sekolah rendah lagi. Selain dapat tunjuk ajar dari abang-abang, dia bayak belajar dari youtube bagaimana untuk menghasilkan photo yang berkualiti.



Suasana pembelajaran setiap hari FCUHOMESCHOOLING. Walaupn Alyssa baru mencecah usia 4 tahun namun dia begitu matang dalam pembelajaran homeschool. Dapat dirasakan pembelajaran homeschool begitu sebati dengannya. Begitu juga dengan Adelyn yang pastinya tidak mahu ketinggalan dalam group ini. Seboleh-bolehnya Adelyn juga mahu pamerkan apa yang Afiq dan Alyssa hasilkan. Apabila aura positive memenuhi segala ruang dalam rumah kita dan gelombang otak yang positive sahaja yang mengeliling anak-anak kecil kita, sememangnya sangat senang untuk kita mendidik mereka kearah positive belaka. Ucapan-ucapan "I love Allah..I love you..." , "Thank you Allah..Thank you everybody..." sentiasa meniti bibir mereka. Inilah ayat-ayat IMAN yang perlu kita terapkan kepada anak-anak kecil iaitu mencintai Allah dan bersyukur atas segala yang mereka perolehi dan tahu bahawa semuanya adalah pemberian Allah semata-mata melalui insan sekeliling mereka. Sejak kecil kita sudah tanam TAUHID yang kukuh kepada mereka yang akan menjadi darah dan mengisi setiap sel dalam badan mereka. Indahnya pendidikan Islam yang syumul......


. Otak anak-anak kecil umpama span yang menyerap apa sahaja di sekeliling mereka termasuk aura pemikiran negative kanak-kanak lain yang mereka gauli setiap hari. Sebolehnya kita cuba sedaya mungkin untuk mendidik sendiri dan homeschool mereka dengan gaya termoden,. Sudah ramai ibu-ibu muda sekarang yang sudah tahu bagaimana gelombang otak orang-orang sekeliling mempengaruhi fikiran separuh sedar anak-anak yang bersedia menyerap segalanya umpama span. Otak separa sedar inilah yang akan mengolah segala watak dan tindakan anak kita. Namun...tidak semua kita berpeluang melakukannya. Kita sebagai ibubapa mesti selective dalam pemilihan dimanakan untuk menempatkan anak-anak sekiranya tidak mampu untuk mendidik sendiri. Segala pilihan adalah di tangan kita. Sememangnya pemakanan memaikkan peranan yang penting dalam pembesaran anak-anak tetapi pemikiran anak kitalah yang akan mengolah ke arah kejayaan atau kegagalan diri mereka. Sekiranya kita dapati amat susah untuk membentuk jati diri anak-anak kita dengan cemerlang, selidiklah dengan siapakan anak-anak kita bergaul dan siapakah yang menjadi "pembimbing" mereka yang lebih mempengaruhi mereka dari kita sendiri sebagai ibubapa.

.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...