30 hari telah berlalu dan pada keseluruhannya saya sebagai pemerhati tetap CHALLENGE BUILD A HOUSE IN 30 DAYS merasa sungguh bangga dengan pencapaian 6 orang anak muda dan juga jurugambar yang menghasilkan video selama challenge ini berlangsung.
Khazanah antik ini akhirnya dirobohkan sebagai laluan kepada sebuah rumah baru. Cabaran membina rumah ini adalah dari Big Boss FCU , setelah mendapat panggilan dari Dr. Ewald, seorang kenalan bangsa Austria yang akan menziarah kami dan kemungkinan besar akan tinggal bersama kami untuk masa yang agak panjang.
Dengan penuh yakin dan berani, cabaran ini disambut oleh 6 orang anak muda yang tiada pengalaman langsung dalam pembinaan rumah. Mereka adalah fresh dari Universiti dan juga ada yang baru sahaja tamat persekolahan. Di Universiti, mana ada belajar buat rumah. Mereka major dalam Engine dan Quantity Surveyor. Bertambah lagilah dengan dua orang ahlinya masih bersekolah tingkatan tiga dan darjah lima.
Pada peringkat awal, saya sendiri merasa kurang yakin akan kemampuan mereka untuk membina sebuah rumah. Buat pasu memang mereka terror tapi....buat rumah bukan perkara main-main. Kena betul ukuran dan segala tindakan kena tepat. Bukan boleh pakai hentam dan cincai. Mereka banyak menimba ilmu melalui internet dan juga banyak bertanya kepada mereka yang sudah biasa membina rumah. Big Boss mengeluarkan segala modal dan banyak memberi tunjuk ajar sepanjang pembinaan rumah ini.Selainnya, tulang empat kerat 6 orang anak muda inilah yang bertungkus lumus dari pagi hinggalah senja. Kekadang, waktku malam juga mereka akan bersengkang mata untuk menyiapkan apa-apa yang perlu untuk hari tersebut.
Mereka sangat committed dengan apa yang mereka lakukan. Setelah meneliti hasil kerja mereka dalam dua minggu pertama, saya yakin mereka akan berjaya mendirikan sebuah rumah dalam tempoh 30 hari. Menurut beberapa orang penduduk yang juga pembina rumah, binaan yang mereka buat sungguh kukuh dan mencapai standard national.
Pada hari ke 15, Big Boss menukar plan rumah dari simple ke sebuah rumah yang lebih creative. Double storey house dan lengkap dengan mandian spa. Rumah ini juga berkonsep CORDWOOD HOUSE. Sudah tentulah memerlukan masa yang lebih panjang. Kalau hanya untuk membina sebuah rumah yang simple, kemungkinan dapat siapkan dalam masa 30 hari. Walau apa pun.....mereka tetap berusaha untuk cuba sebaik mungkin.
Lebih kurang beginilah rupa rumah yang kami cadangkan pada mulanya. |
Kemudian kami tukar plan untuk membina rumah dua tingkat yang berkonsepkan CORDWOOD HOUSE seperti di atas. |
Dari segi pembelajaran homeschooling, cabaran ini telah menyediakan pembelajaran yang terbaik kepada kedua-dua pelajar kami iaitu Tajrid dan Hafidz. Kedua-dua mereka terlibat secara langsung dalam pembinaan rumah ini. Ilmu membina rumah adalah dikira sesuatu yang exclusive bagi seorang kanak-kanak dan remaja seperti mereka. Target utama pembelajaran FCU HOMESCHOOLING adalah untuk menerapkan segala ilmu asas untuk hidup seperti fardhu ain, fardhu kifayah, membuat rumah, perniagaan, pertanian dan juga perikanan. Selainnya adalah pembelajaran akedamik seperti sekolah kerajaan bagi menyediakan asas untuk mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Selain dari pelajaran asas, kami juga memberi peluang untuk mereka belajar apa-apa sahaja yang mereka minat seperti bidang pembuatan filem, photographi dan bidang pelancungan. Setakat ini, mereka adalah pelakun utama dalam beberapa video yang telah kami buat. Sasaran kami adalah memberi pengalaman kepada mereka dalam bidang pembuatan filem dokumentari yang pasti mempunyai daya saing di peringkat global.
A documentary about 6 brothers who didnt know anything about house building. They are trying to build a house in 30 days!
MY SPECIAL EDITIONS:
Build a house in 30 days - Season 2 Ep. 2
Build a house in 30 days - Season 2 Ep. 1- FCU CHALLENGE FROM DAY 28 TO DAY 30 : BUILD A H...
- FCU CHALLENGE FROM DAY 25 TO DAY 27 : BUILD A HO...
- FCU CHALLENGE FROM DAY 22 TO DAY 24 : BUILD A H...
- FCU CHALLENGE FROM DAY 19 TO DAY 21: BUILD A HOUSE...
- FCU CHALLENGE FROM DAY 16 TO DAY 18 : BUILD A HO...
- FCU CHALLENGE FROM DAY 13 TO DAY 15 : BUILD A ...
- FCU CHALLENGE FROM DAY 10 TO DAY 12 : BUILD A H...
- FCU CHALLENGE FROM DAY 7 TO DAY 9 : BUILD A HOUS...
- FCU CHALLENGE OF DAY 4 TO 6 : FCU BUILD A HOUSE IN...
- FCU CHALLENGE DAY 1 TO 3 : FCU BUILD A HOUSE IN 30...