TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
HAFIDZ YOUNG SCIENTIST

I am Hafidz, the young scientist.This blog is about my exciting homeschooling journey.It will remains as my sweet memories forever. Glad to share the special moments with you !!!


Friday, November 29, 2013

MIRACLE OF FOOT REFLEXOLOGY (FCUMEDIC)



Pembelajaran FCUMEDIC adalah antara subjek yang dititik berat dalam curriculum homeschool kami. Oleh kerana kami adalah pengamal perubatan traditional dan juga terlibat dalam perniagaan perubatan traditional, ilmu-ilmu tentang perubatan traditional sudah sebati dalam kehidupan seharian. Dengan lain perkataan, dari kecil lagi anak-anak sudah disuntik dengan cara hidup sebegini hingga mereka sudah tidak asing lagi dengan bekam darah, bekam angin, rawatan guasa, bekam resdung, pengambilan herba membuang toxic, urutan seluruh badan dan urutan reflexology kaki dan tangan. Bagi kami, rawatan secara traditional adalah pilihan utama manakala perubatan secara moden juga tidak dipinggirkan sekiranya rawatan traditional tidak diizinkan Allah menjadi. Ini bermakna kami menitik beratkan pencegahan dari awal dengan mengamalkan perubatan traditional dan pengambilan herba terpilih yang banyak ditanam di taman herba kami.

Hasil dari pembelajaran FCUMEDIC sangat memberangsangkan apabila Hafidz telah menunjukkan minat yang mendalam dalam mempelajari selok belok kaedah alternatif ini dan juga mula mengumpul berbagai jenis herba samaada yang dicari di hutan ataupun di laman warga Langkawi yang lain.

FOOT REFLEXOLOGY               
Walaupun pelajar homeschool kami tidak menduduki peperiksaan seperti pelajar di sekolah biasa, mereka tetap perlu menghafal sesetengah ilmu untuk menjadi mahir dan dapat dipraktikkan. Mengetahui dengan terperinci segala titik organ di tapak kaki akan menyenangkan mereka mengamalkan urutan tapak kaki, samaada buat diri sendiri mahupun terhadap ahli keluarga yang memerlukan.







Hafidz melukis point-point penting yang mewakili organ badan di tapak kakinya 
untuk mencepatkan hafalan.


SEJARAH REFLEKSOLOGI
Refleksologi bekerja dengan cara menstimulasi kaki untuk tujuan penyembuhan. Hal ini dilakukan dengan cara memberi tekanan kepada titik-titik tertentu di kaki untuk merangsang organ atau bahagian tubuh yang sesuai. Referensi hieroglif untuk refleksologi kaki ditemukan di Mesir Kuno.  Di Cina, cara penyembuhan ini sudah digunakan sebagai terapi kesihatan sejak tahun 5000 SM lagi.

Refleksologi Modern dimulai pada awal 1900-an yang dipelopori oleh Dr. William H. Fitzgerald, Edwin F. Bowers dan George Starr White. Mereka mengembangkan tori “Zon Terapi” yang menyatakan bahwa tubuh sebenarnya bisa “dipetakan” di zon yang berbeza. Zon ini berhubung rapat dengan struktur yang berbeza dalam tubuh. 
Pionir lain, Dr. Eunice Ingham yang dikenal sebagai “Mother of Modern Reflexology” lantas mengembangkan teori ini dengan memetakan zon pada kaki. Ingham menemukan titik-titik spesifik pada kaki dan tangan yang berhubungan dengan berbagai organ, kelenjar, dan struktur dalam tubuh manusia. Dengan memberikan tekanan pada titik-titik kaki, organ atau kelenjar yang sesuai akan dirangsang.







Setiap bahagian di tapak kaki terbahagi kepada bahagian-bahagian yang tersendiri.Di setiap bahagian tersebut mewakili setiap organ di dalam tubuh manusia. Bolehlah kita ibaratkan seperti lampu di setiap bilik rumah kita yang masing-masing mempunyai suis tersendiri. Semuanya ada suis masing-masing yang terletak di tapak kaki, tapak tangan dan telinga. Malah susunan organ juga sama seperti kedudukan organ dalam badan kita bermula dari hujung jari yang melambangkan bahagian kepala hinggalah di bahagian tumit yang melambangkan bahagian punggung kita. Apabila kedua-dua gambarajah ini dirapatkan, bahagian tengahnya melambangkan bahagian tengah badan kita iaitu tulang belakang. Masyaallah....                                                                                                                                             

\\









BAGAIMANA URUTAN REFLEKSOLOGI BERFUNGSI
Apabila kita tekan setiap bahagian pada tapak kaki tersebut(suis), organ-organ (lampu)yang mewakili point tersebut akan terangsang (menyala). Nyalaan inilah yang dipanggil refleks atau dalam bahasa urut tradisional “refleksologi”. Yang menghubungkan point tersebut dengan organ badan adalah urat saraf (wayar). Proses ini akan menyebabkan adanya aliran elektrik antara point yang ditekan dengan organ dibadan. Tenaga letrik ini akan memecahkan segala angin atau kotoran yang ada di dalam urat saraf tersebut disamping merangsang urat saraf tersebut menjadi aktif. Urat saraf yang aktif dapat mengalirkan darah pergi dan balik dari organ dan jantung dengan baik dan teratur.

Dengan ini, urutan refleksologi telah mengaktifkan urat saraf yang beku dan hampir mati. Ketulan atau rasa berpasir apabila kita tekan telapak kaki adalah petanda kesihatan anda dalam bahaya. Ini adalah kerana suis organ tersebut dan juga urat sarafnya (wayar) telah diselaputi lumut dan busut (berkarat). Urutan refleksologi secara teratur dalam jangkamasa yang tertentu dapat menghancurkan segala ketulan (rasa berpasir) di telapak kaki. Hasilnya, apabila kita memijak sesuatu point (suis), arus elektrik akan mengalir dan seterusnya merangsang organ-organ dalam badan kita dengan nyalaan lampu yang terang. 

Apabila pengaliran darah pergi ke seluruh tubuh ( arteri ) tidak lancar maka penghantaran zat-zat makanan dan oksigen akan terganggu.  Biasanya proses ini berlaku dengan bermulanya penyumbatan pada arteri yang mana proses ini akan bertambah dari semasa ke semasa.  Penyakit terjadinya penyumbatan pada arteri ini disebut "arteriosclerosis". Apabila keadaan ini berlaku, iaitu organ kekurangan makanan dan oksigen maka seseorang itu akan sakit.  Begitu juga bila sebaliknya, bila darah balik ( vena ) tidak lancar maka sebahagian kotoran atau toksid tidak akan terbuang.   Bila tidak terbuang kotoran itu akan mendap dalam organ-organ tubuh.  Sebahagian kotoran atau toksid itu juga akan mendap pada saluran darah balik ( vena ) yang pada akhirnya akan mengganggu fungsi organ-organ tubuh yang bersangkutan dan akhirnya akan terjadilah penyakit.  Penyakit akibat dari penyumbatan dalam saluran darah balik (vena) ini disebutkan dengan istilah "varicosevena".

Maka terapi urut refleksologi ini akan menanggalkan kotoran-kotoran  atau sumbatan pada saluran darah pergi ( arteri ) sehinggalah darah dapat mengalir dengan sempurna ke seluruh organ tubuh yang memerlukannya. Ia juga akan menanggalkan kotoran-kotoran yang melekat dalam saluran darah balik (vena ) sehingga proses penghantaran darah yang mengandungi kotoran samada karbon dioksida, toksik ataupun sel-sel yang sudah mati akan berjalan dengan baik, sehingga semua kotoran dapat dibuang dengan sempurna.  

Kotoran-kotoran ini akan terbuang dengan melalui 4 cara :
1) Kencing
     Kencing kita menjadi lawas dan teratur. Segala kotoran dapat dibuang melalui kencing.
2) Berak
     Masaalah sembelit dapat diatasi dan segala toksik dan bahan buangan dapat dinyahkan      dari badan.
3) Peluh
     Kita akan senang berpeluh walaupun hanya aktiviti yang ringan. Pembuangan kotoran        melalui peluh sangat penting untuk menjadi sihat.
4) Pernafasan 
     Pernafasan yang teratur dapat membuang carbon dioksida dari badan.                            

Anggota kaki mempunyai 26 tulang, 57 sendi, 107 ligamen dan 19 otot. Kecederaan tulang, sendi dan ligamen turut mempengaruhi kesihatan tubuh badan . Secara semulajadi, tulang tapak kaki kita agak melengkung untuk menyokong berat badan dan pergerakan. Bagaimanapun kedudukan tapak kaki boleh berubah sekiranya  menerima tekanan terus menerus dan tidak diberi rawatan dengan segera.


KELEBIHAN RAWATAN URUT REFLEKSOLOGI
Laporan Simposium Refleksologi Cina 1996 mendapati bahwa 93.63% refleksologi kaki berkesan merawat 63 penyakit. Setelah menganalisa 8,096 penyakit, Dr. Wang Liang melaporkan bahwa refleksologi dapat menyembuhkan 48.68% dari semua penyakit yang ada. Kajian lain di Britain, melibatkan 15 wanita yang mengikuti sesi setengah jam refleksologi selama delapan minggu. Hasilnya mendapati terdapat perbaikan fizik dan emosional yang nyata, peningkatan keyakinan diri, peningkatan dalam motivasi diri dan juga tumpuan fikiran.


-Melancarkan pengaliran darah
-Meningkatkan daya tahan individu
-Mengurangkan risiko tulang reput
-Menyeimbangkan kedudukan badan
-Melancarkan pergerakan
-Menguatkan otot kaki
-Mengurangkan risiko kencing tidak lawas
-Menguatkan tulang dan pinggul
-Mengurangkan risiko sakit sendi
-Mengurangkan rasa letih
-Mengelak risiko sembelit
-Mengurangkan masalah usus
-Mengurangkan masalah pada bahagian peranakan


sumber:

Friday, November 22, 2013

NASI DAGING SEDAP



Nasi daging adalah nasi kegemaran keluarga FCU. Walaupun cara memasaknya simple sahaja tetapi rasanya sangat enak. Hidangan ini juga menjadi pilihan untuk meraikan para tetamu yang  berkunjung. Terdapat berbagai jenis resepi Nasi Daging di internet. Setelah membuat penelitian, saya gabungkan apa yang saya fikir baik dan menghasilkan satu resepi yang sungguh enak buat keluarga. Saya sangat berterima kasih kepada tuan-tuan empunya resepi yang telah banyak membantu dengan koleksi resepi mereka. Semoga Allah merahmati mereka sekeluarga.


Kali ini saya buat cooking class dengan Afiqah. Sedikit demi sedikit kami serapkan ilmu memasak lauk pauk kepadanya. Memang target kami untuk melahirkan pelajar yang mahir dalam bidang memasak terutamanya kepada anakanda dan cucunda perempuan. Hasil dari cooking class sangat memberangsangkan dan telah terbukti berkesan apabila Hafidz dapat membuat pulut sekaya lebih sedap dari saya. 




RESEPI NASI DAGING


Bahan Untuk Nasi:

-2 kg daging yang ada urat (kuantiti daging boleh dikurangkan ikut suka hati. Daging yang ada urat lebih        enak apabila sudah direbus hingga empuk)
-6 cawan beras basmathi-direndam 30 minit dan toskan....kalau guna beras biasa tak perlu rendam. 
-1 inci halia(dicincang halus) dam 4 ulas bawang putih serta 7 ulas bawang merah di mayang nipis.
-3 helai daun pandan, disimpul
-2 batang kulit kayu manis, 6bunga cengkih, 4bunga lawang dan  8 buah pelaga
-3 sudu besar minyak sapi(boleh juga guna mentega atau marjerin)
-3 sudu besar serbuk nasi daging yang disediakan terlebih dahulu.
-3 sudu besar rempah kurma untuk ditumis dalam nasi
-1/3 cawan minyak masak
-7  cawan air rebusan daging (kalau tidak cukup, tambah air biasa)
-1 tin susu cair
-1 tin tomato puree (saya gunakan jenama kimbal)
-2 batang serai sedang diketuk.
-Garam secukup rasa
-20 ulas bawang merah untuk ditabur atas nasi(dimayang halus dan digoreng hingga warna keemasan. Jangan terlalu garing sebab rasanya pahit)
-Secekak aun sup dipotong halus untuk dimasak bersama nasi dan juga untuk hiasan atas nasi.

Cara Memasak Nasi Daging:
1)Dalam periuk, panaskan minyak , masukkan minyak sapi dan biar cair.
2)Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga berbau harum dan warna keemasan.
3)Masukkan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga
4)masukkan daun pandan dan serai. Tumis hingga semerbak wangi.
5)Masukkan rempah kurma dan rempah nasi daging homemade dan sedikit air rebusan daging. Tumis hingga rempah betul-betul garing. Air rebusan daging ditambah sedikit demi sedikit dalam proses menggaringkan rempah.
6)Masukkan susu cair, tomato puree dan air rebusan daging. Diikuti dengan beras yang sudah disejat terlebih dahulu.
7)Masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa. 
8)Masak nasi dengan api sederhana kecil. Apabila nasi sudah kembang dan air kering, masukkan ketulan daging yang sudah diperisakan dengan rempah kurma. Kacau hingga rata.
9)Kukus nasi hingga masak.

Bahan Untuk Hiasan Nasi
-Bawang goreng (bawang merah dimayang dan digoreng hingga keemasan warnanya)
-Daun sup dihiris halus

Bahan Untuk Daging:
-3 ulas bawang merah (dimayang nipis)
-2 ulas bawang putih (dimayang nipis)
-3 sudu serbuk kurma
-gula dan garam secukup rasa
-sedikit minyak untuk menumis

Tumis bawang dengan sedikit minyak hingga keemasan. Masukkan sedikit air daging dan garam serta gula.   Masukkan ketulan daging dan digoreng hingga kering airnya.

Homemade Rempah Nasi Daging:
-2 sudu besar biji ketumbar
-1 sudu besar lada hitam
-1 sudu besar jintan manis
-1 sudu kecil jintan putih
-1 batang kulit kayu manis
-2 kuntum bunga lawang
-6 kuntum bunga cengkih
-7 biji buah pelaga
-1 sudu besar halba
-3 biji buah keras-ditumbuk kasar
-3 biji badam-ditumbuk kasar
Rempah-rempah ini disangai (goreng tanpa minyak hingga garing). 
Kemudian di kisar kering hinga halus


Bahan Untuk Sambal:
-20 biji cili kering
-3 labu bawang besar
-3 ulas bawang putih
-1 inci halia yang diameternya 1 inci
-1/2 inci lengkuas yang diameternya 1 inci
-3 batang serai
-1/2 cawan cili sos
-10 helai daun limau purut
-Garam dan gula secukup rasa
-1/2 cawan santan pekat (optional)
-1/2 cawan munyak untuk menumis
-4 biji buah pelaga, 3 kuntum bunga lawang, sekeping kulit kayu manis 2 inci panjang

Semua bahan dikisar halus. Tumis buah pelaga, bunga lawang dan kulit kayu manis hingga naik wangi. Masukkan semua bahan kisar dan tumis hingga naik minyak. Bila rempah sudah agak garing, masukkan santan pekat dan kacau lagi hingga pekat dan masukkan garam dan gula. 


Bahan Untuk Air Asam:
-4 biji tomato saiz sederhana (dadu kecil-kecil)
-3 labu bawang besar (didadu kecil-kecil)
-10 biji cili merah. (dipotong nipis)
-20 biji cili padi (dipotong nipis
-3 biji limau kasturi (diperah airnya)
-50 gram belacan bakar (terpulang kepada individu)
-Garam dan gula secukup rasa
-Air asam jawa pekat secukup masamnya
-3 sudu makan kerisik (boleh dikurangkan atau di)lebihkan)
-Air biasa secukup pekatnya.
Gaul semua bahan di atas hingga. Tambah air setakat mana pekat yang diingini. Setengah orang suka cair sedikit dan ada yang gemarkan air asam pekat. 


Bahan Untuk Acar Rampai:

-Timun muda 3 batang
-Lobak merah 2 batang
-5 biji cili besar merah
-air kapur
-Garam dan gula secukup rasa
-Cuka makan secukup masamnya.
Potong timun panjang-panjang dan buang pulur di tengahnya. Rendam timun ini dengan air kapur selama setengah jam untuk mendapat kerangupan. Lobak merah dan cili juga dipotong panjang-panjang. Saiz lobak merah hendaklah sama dengan timun manakala lebar potongan cili merah hendaklah dikurangkan sedikit. Keseragaman saiz ini akan menyerlahkan kecantikan acar rampai ini. 


Bahan Untuk Ulaman
-Salad
-Timun muda







STEP BY STEP CARA MEMASAK NASI DAGING SEDAP



Daging direbus hingga empuk





Afiqah  sangat gemar memotong daging. Daging dipotong 
besar-besar untuk menyicah dengan air asam.



Tumis rempah kurma dan bawang hingga wangi dan garing.


Masukkan sedikit air daging. Kacau 
hingga harum dan garing. Masukkan ketulan daging 
yang telah direbus hingga empok. Masukkan sedikit garam dan 
gula. Tutup api apabila rempah yang ditumis
bersalut dangan daging. 


Ini pula bahan untuk masak nasi. Segala bawang dan rempah 
ditumis dengan minyak dan minyak sapi hingga harum.


Masukkan daun pandan dan juga serai yang telah 
diketuk terlebih dahulu. Kemudian masukkan rempah 
kurma dan rempah nasi daging homemade.


Apabila rempah sudah garing, masukkan susu cair, air rebusan 
daging dan tomato puree berserta beras yang telah ditoskan. '


Masukkan daun sup dan kacau hingga rata. Hanya guna api sederhana
supaya nasi tidak hangit. Kacau sekali sekala sahaja agar beras basmati
kekal panjang dan cantik. 


Beginlah rupa nasi yang hampir kering. Ketika ini nasi masih mentah.
Elakkan kacau dengan kerap agar nasi tidak hancur. Masukkan
daging yang sudah cukup rasanya ke dalam nasi.
Timbuskan daging dengan nasi. 


Masukkan nasi ke dalam kukusan yang berlapik jala mata halus.Bagi kami yang tinggal di kampung nelayan. jala jenis ini senang di dapati dari nelayan. Jala ini digunakan untuk memukat ikan bilis. Jala yang sama boleh dibeli dari kedai iaitu jala untuk membasuh pinggan mangkuk. Buka ikatan gumpalannya dan dibasuh terlebih dahulu. Jala ini mengelakkan beras jatuh ke dalam air dan juga memastikan wap air panas keluar dari celah-celah lubang yang kita buat pada nasi dalam bekas kukusan. Daging sudah empok dan penuh dengan rasa. Nasi pula masak dengan sempurna tanpa kerak. Nasi dan daging menjadi satu hati satu jiwa walaupun bertemu di akhir perjalanan.




Taburkan bawang goreng dan daun sup yang dipotong halus ke atas nasi yang telah dihidang ke dalam bekas.




Inilah bahan-bahan untuk  air asam iaitu tomato, cili besar merah,
cili api merah (hijau pun boleh), belacan, bawang besar, kerisik,
 air asam jawa ikut cita rasa masamnya, sedikit garam,
sedikit gula dan kerisik.


Sudah bersedia untuk dicampurkan dengan air asam jawa, kerisik, 
perahan limau, garam dan gula secukup rasa.




Pastikan air asam tidak cair. Kepekatan seperti di atas sesuai untuk 
dicicah daging.




Acar rampai yang terdiri dari timun batang (di potong panjang-panjang tanpa pulurnya dan direndam dalam air kapur selama 10 minit supaya rangup), carrot, bawang besar dan cili besar merah dapat menambah nikmatnya nasi daging. Saya juga sediakan sambal tumis ala masak merah di samping air asam untuk menambah perisa yang ada. 


Sambal ini disediakan menggunakan resepi ayam masak merah. 
Cuma kita tidak perlu masukkan ayam goreng sahaja.



Ulam-ulaman seperti timun dan salad juga sesuai untuk dicicah air asam. 
Daging adalah makanan bersifat asid dimana ia akan mengeluarkan asid ketika
dihadamkan. Sayuran pula bersifat alkali dan gabungan 
kedua-duanya akan mengimbangkan kandungan asid dalam badan. 
Keseimbangan ini sangat penting untuk mempunyai badan sihat walafiat.



Hidangan Nasi Daging ini senang dan sungguh lazat. Sangat sesuai untuk meraikan tetamu yang berkunjung. Pasti tetamu akan datang lagi untuk menikmatinya.



Untuk keluarga tersayang dengan penuh kasih sayang.




Semoga anak-anak membesar dengan sihat dan dirahmati Allah. Bersyukurlah dengan air mata kerana ada mereka yang tidak bernasib baik dan dalam kelaparan. Pendidikan kerohanian dapat disampaikan kepada anak-anak ketika menikmati hidangan di meja makan agar mereka menjadi generasi yang menghargai segala nikmat Allah kepada mereka.






Sunday, November 10, 2013

YOUNG SIFU HAFIDZ AND BONSAI





Homeschooling kami memasukkan gardening sebagai salah satu mata pelajaran. 
Hafidz bebas untuk berkebun terutamanya apabila ada masa lapang. Dengan ini, 
para pelajar kami tidak ada masa untuk dibuang begitu sahaja. Kadang-kadang 
aktiviti berkebun akan berlanjutan hingga ke malam. Oleh kerana mereka 
tidak dibebankan dengan homework, segalanya berjalan dengan lancar.







Pakaian yang sesuai sangat perlu semasa membuat aktiviti di garden. 
Matahari yang terik akan menyelar kulit muka dan tangan.  



Bonsai memerlukan penjagaan yang teliti dan terancang.  
Tanpa ilmu kita mungkin akan menyebabkan pokok bonsai 
kesayangan mati begitu sahaja. 




Batang-batang pokok yang diambil dari hutan perlu di rendam 
di dalam air dan di pangkas dahan-dahan yang tidak berkenaan 
agar kita mendapat satu lenggok pokok yang menarik.




Antara cara penanaman yang diminati oleh Hafidz ialah bonsai dibatu. 
Akar pokok yang panjang dililit dibatu dan ditanam semula 
ke dalam pasu. Pokok ini dibiarkan tumbuh hingga berbulan-bulan 
dan apabila akar sudah matang dan melekat pada batu, pokok ini 
akan ditanam semula di dalam pasu kecil dengan menonjolkan 
seni akar yang melilit batu. Kita perlu sabar untuk melihat hasilnya.





Pokok hutan yang telah ditanam selama berbulan-bulan akhirnya diproses 
untuk mendapat satu bentuk yang sesuai dengan lenggok pokok. 
Pengalaman selama bertahun-tahun membuat Hafidz arif untuk 
menentukan dahan yang manakah perlu disimpan dan dibuang.


Memang tidak dapat dinafikan lagi akan keberhasilan homeschool. Kami bebas untuk membentuk kearah mana anak-anak itu bakal menguasai dunia mereka dan dunia sekeliling. Sedari kecil lagi, kami perlengkapkan diri anak-anak dengan segala ilmu kehidupan yang mana ilmu itu terus berkembang bersama usia mereka. Ilmu ini hidup dan terus berkembang hingga ke akhir hayat. Dalam usia muda lagi mereka sudah mempunyai keyakinan yang tinggi dan mempunyai personaliti yang utuh zahir dan batin. Kerohanian yang sentiasa dibajai dalam jiwa mereka akan menjadi satu bekal untuk mereka berjuang sebagai seorang khalifah di atas muka bumi ini. Kepada Allah sama-sama kita berdoa agar generasi Islam terus utuh dan berkembang untuk menguasai dunia ini. Amin.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...