TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Wednesday, September 28, 2011

HEY HAFIDZ ! WHAT ARE YOU DOING.....???


ARE YOU REALLY A BAG SNATCHER ?



YOUR FACE SHOWS THAT YOU ARE IN A BIG TROUBLE !!

TO KNOW THE ANSWER, WATCH THIS 




(GUIDANCE CORNER)

Ini adalah Rambutan Trail 2011 Promo sempena pelancaran Rambutan Trail 2011 yang telah berlangsung di Pusat Pertanian Mata Ayer. FCUPRODUCTION telah membuat liputan dalam Langkawistory dan sekali lagi Hafidz terlibat dalam video promo.

Hafidz  berlagak sebagai peragut beg seorang pemuda. Apalagi....pemuda itu mengejar Hafidz sekuat hatinya. Dalam usaha menyelamatkan dirinya, Hafidz telah memasuki sebuah ladang rambutan yang penuh dengan buah yang sedang ranum. Buah-buah rambutan yang tengah ranum itu telah memukau perhatian pemuda malang tadi hingga dia terpaksa membuat pilihan untuk menikmati buah rambutan dan melepaskan sahaja beg yang diperjuangkan sebentar tadi. Perbuatan pemuda tersebut sungguh memeranjatkan Hafidz yang sedang bersembunyi. Dia rasa sungguh pelik dengan tindakan pemuda yang melepas peluang keemasan untuk menangkapnya. Rupanya menikmati buah rambutan yang manis itu adalah jauh lebih baik dari segala isi beg tersebut (....... agaknya isi beg itu hanyalah tissue atau sampah sarap?)

Acara tahunan ini telah dianjurkan oleh Jabatan Pertanian Negeri Kedah.Rambutan Trail telah diperkenalkan buat pertama kali pada tahun 1999 dan sehingga sekarang sebanyak 11 kali ia diadakan. Rambutan Trail diadakan pada pertengahan bulan Julai kerana ia merupakan musim rambutan. Terdapat 6 jenis rambutan di 1.64 hektar kebun tersebut iaitu Anak Sekolah, Lekang Nyiur, Deli Baling, Deli Cheng, Oh Heok dan Kaw Tow Bak. 

Antara photo yang dirakam dalam acara itu:
Acara perasmian Rambutan Trail 2011
Pengunjung memasuki kawasan ladang rambutan yang rendang dan penuh dengan buah-buahan yang masak ranum.







Kelihatan para pelancung sedang mengambil photo rambutan yang sangat asing bagi mereka. Kebanyakan mereka adalah dari timur tengah.


Pengunjung tempatan sedang menjamu selera dengan rambutan masak ranum. Boleh makan sebanyak yang mungkin tanpa limit tapi tapi tak boleh bawa balik. Bayaran untuk dewasa hanya RM 3 dan untuk kanak-kanak sebanyak RM1.

Hai,,,Kecil-kecil dah mahir menangkap ikan, Ini adalah antara 
peserta pertandingan memancing yang termuda


Dart adalah antara acara yang paling menarik minat pengunjung. 
adiahnya pun lumayan.


Pertandingan menghias rambutan. Kaum wanita yang 
paling ramai mengambil bahagian


Hujan renyai-renyai sedikit pun tidak menghalang peserta pertandingan
memancing untuk menangkap sebanyak mungkin ikan.


Khemah untuk peserta pertandingan melukis dimonopoli oleh golongan pelajar sekolah.


Untuk info yang lebih lengkap, ikutilah liputan oleh FCUPRODUCTION dalam langkawistory.


LANGKAWI, July 21 - Rambutan Trail 2011 was full with fun activities and unforgettable experience of eating six different types of rambutans. This annual event organized by Kedah Agricultural Department was held at Mata Ayer Agricultural Station from 16th-21th July.
"We want visitors to enter our farm and experience everything themselves such as picking and collecting the fruit. They can eat as much as they can with only RM3," said Safendi Don, Langkawi Agriculture Department Officer.

There were more than 10 activities held on the first and the second day of the events. Among the activities were Agro-hunt, fishing contest, drawing contest, dart contest, traditional games, guessing the amount of rambutan contest and many more.

According to him, there were more visitors from Middleast that came to visit the farm this year.

"I knew about today's event from the taxi driver. He (taxi driver) said I'm lucky today. I just paid 3 ringgit and I eat some rambutans. They're very nice and tasty," said Idham Adli, a visitor from Saudi Arabia.

Rambutan Trail was first introduced in 1999 and until now it has been held for 11 times. Rambutan Trail is held in mid July every year because of the rambutan season. There are 6 different types of rambutan at the 1.64 hectare farm which are Anak Sekolah, Lekang Nyiur, Deli Baling, Deli Cheng, Oh Heok and Kaw Tow Bak.

Rambutan Trail 2011 was full with fun activities and unforgettable experience of eating six different types of rambutans. This annual event organized by Kedah Agricultural Department was held at Mata Ayer Agricultural Station from 16th-21th July.

Rambutan Trail was first introduced in 1999 and until now it has been held for 11 times. Rambutan Trail is held in mid July every year because of the rambutan season. There are 6 different types of rambutan at the 1.64 hectare farm which are Anak Sekolah, Lekang Nyiur, Deli Baling, Deli Cheng, Oh Heok and Kaw Tow Bak.

There were more than 10 activities held on the first and the second day of the events. Among the activities were Agro-hunt, fishing contest, drawing contest, dart contest, traditional games, guessing the amount of rambutan contest and many more.


DEAR READERS!! 
YOUR POSITIVE COMMENTS ARE HIGHLY APPRECIATE.
♥♥♥ FCU MALAYSIAN HOMESCHOOLING ♥♥♥

Tuesday, September 20, 2011

HAPPY BIRTHDAY TO YOU MY DEAREST SONS

September is a real birthday celebrating month in FCU. We are altogether 11, and include our parents, birthday cakes are being baked almost everY months of the year. In September, my mom baked 3 chocalate cakes for 3 of us to celebrate. Yes, everybody loves chocolate cake!!!

Today is my birthday (19.9.1999) . Yesterday was my brother Nur Muhammad's birthday and the day before yesterday was my brother Nur Ahmad's birthday. We are virgo and have nearly same personalities. Have a big family is great and fun. I really feel grateful and all the praise just to Allah, The Mighty God.




The Virgo man is an intellectual, often with sharp memory with keenness for details that is especially crucial in cognitive activities. His level of independence is difficult to duplicate because his intellectual capacity and imaginative and creative nature allows him to get many things done himself. Reliability, dependability, responsibility and accountability are significant personal and professional characteristics of the Virgo man making him an ideal employee, a good business partner, or simply a trusted spouse or partner.
All what we have to do is being positive and believe  that nothing is possible with God willing.




Hot and crispy chicken chops, homemade potatoes breads, soft and yummy doughnuts, creamy black paper mash potatoes, moist steam chocolate cake and  lemonade are more than enough for the celebration. Thanks to Allah, thanks to my parents and to all.






Three candles for the trios. It is time to blow the light of the past and pray for the
best to the present and future life. Today is better muslim than yesterday 
and tomorrow will be even better. Amin



Chicken chop is my favourite. A good chicken chop is the one with juice 
inside but has a crispy coating. Eating while it is hot will make 
you appreciate every single bite because it is so good....and delicious.


I
Just within a few minutes, almost all the chickens gone.



Everybody loves to eat in front of tv or computer. 
Just make sure you don't mess up the food on the table.



( GUIDANCE CORNER )

Esok adalah harijadi Hafidz. Sebaik sahaja selesai solat Isya', abahnya panggil Hafidz.
" Kau sedar tak esok hari apa? "
"Hari jadi Hafidz" Jawab Hafidz sambil matanya memandang tepat kepada abahnya.Walaupun sifat Hafidz selalu suka main-main tapi tidak di depan abahnya.

Bukan sahaja Hafidz, malah abang-abangnya dan termasuklah aku, ibu mereka. Setiap kata-kata mesti diserap dengan baik agar segala tindakan tidak tersasar. Segala butir-butir mesi difahami agar dapat beramal dengan tepat. Hitam kata "guru", hitamlah jawapannya. Putih kata "guru", putihlah jawapannya. Kawalan dalam keluarga memang ketat agar tidak tersasar dari kehendak Allah. Segala tindak tanduk yang songsang dari arahan pasti dapat dirasa oleh "guru" tanpa sesiapa memberitahu. Detik hati kotor juga selalu dapat dikesan "guru". Siapa berani kalau firasat "guru" selalu mendahului hukuman yang selalunya firasat itu tepat. Sudah berdarah daging sejak awal pendidikan dari buaian lagi,

SAMI'NA WAATO'NA-----" AKU DENGAR DAN AKU PATUH"

Aku sebagai isteri dan ibu kepada pahlawan-pahlawan Allah ini rasa sungguh bertuah dibawah pimpinannya. Mereka semua membesar dan menyerap kepimpinan guru untuk jadi pemimpin kepada keluarga mereka kelak. Walaupun hidup dalam dunia moden dan dikelilingi oleh segala teknologi yang serba canggih tapi kepimpinan kekeluargaan adalah seperti zaman kegemilangan Islam dulu-dulu. Aku percaya masih ramai lagi di luar sama yang masih mengekalkan kepimpinan seperti ini. Mungkin di bumi Arab? di bumi Afrika? di bumi China?                                                                     

"Dah berapa lama kau buat persediaan untuk harijadi ni...?"
" Bulan lepas lagi " Jawab Hafidz .
" Apa yang kau minta?"
"Minta jadi Hafidz baru. Minta dapat kebenaran. Minta kenal Allah dengan sebenar-benar kenal" Jawab Hafidz dengan penuh yakin.
" Umur kau dah 12 tahun. Dah baligh. Mesti berubah. Banyakkan berfikir kerana sesaat berfikir adalah lebih baik dari ibadat 60 tahun. Jangan dok asyik main aje..membazirkan umur"
Hafidz mengangguk-anggukkan kepala tanda faham. Walaupun ringkas tapi isi nasihat itu memang padat dan tepat.
" Pergi hujung sana dan baca Ayat Lima ( Ayat Agung ) 100 kali. Selagi tak habis jangan bangun. Fokus dan yakin esok pasti baru. Buat betul-betul. Buat cincai-cincai, tak dapat apa-apa. Itulah sebaik-baik hadiah untuk harijadi kau. Faham !! Hadiahkan untuk diri sendiri "
" Baik abah" Hafidz menjawab penuh persediaan.

Setiap hari selepas subuh mesti habiskan 40 kali Ayat Lima (Ayat Agung ) dan dia sudah sebati dengan ayat itu, tapi untuk baca 100 kali Ayat Lima bukan calang-calang wirid. Biasanya mengambil masa antara 3 hingga 4 jam.

Mesti habiskan sebelum pukul 12 tengah malam. Itu nekadnya. Sedetik selepas pukul 12 tengahmalam, dia mahu jadi baru. Hafidz yang lebih baik dalam segala hal. Mesti yakin seratus peratus tanpa ragu.  
                                                                                                                  


APAKAH ITU AYAT LIMA (AYAT AGUNG) DAN KHASIATNYA:

Mengikut pendapat ulama, ayat lima itu mempunyai pelbagai 'khasiat' termasuk:
  • Sebagai penolak sebarang kejahatan manusia, jin, syaitan dan binatang buas.
  • Sekiranya dibaca di hadapan musuh atau seteru, insya-Allah akan terjaga daripada sebarang kejahatannya.
  • Dapat menimbulkan kewibawaan dan kehebatan diri di depan musuh ketika di medan perang hingga mereka gerun.
  • Jika dijadikan suatu wirid (amalan yang berterusan) tiap selesai sembahyang fardu, maka segala hajat yang diingini akan dikabulkan Allah.
  • Sesiapa yang membaca selepas Subuh dan solat Maghrib secara istiqamah akan dikekalkan dalam jawatannya dan dinaikkan pangkat.
.Tiap-tiap satu dari lima ayat itu terdapat sepuluh buah huruf “QAF” (Kaf besar),
Sebab itulah ayat lima ini bisa juga disebut dengan ayat lima puluh Qaf.
Karena itu ayat lima ini mengandung rahasia dan hasiat yang besar sekali artinya, diantaranya ialah,
  1. Ibnu Mas’ud meriwayatkan, Bahwa Rasulullah s.a.w. selalu membaca ayat lima ini, baik beliau sedang berada dalam negeri atau sedang dalam perjalanan dan dalam peperangan. Dalam peperangan beliau selalu dapat mengalahkan orang-orang kafir dan orang-orang munafik dan selalu mendapat pertolongan Tuhan
    2. Bila selalu dibaca oleh seorang pemimpin, maka akan ditetapkan hatinya oleh Allah dan diberi pengaruh serta kekuatan, dan patuh kepadanya semua orang-orang yang dipimpinnya.

   
1)Ayat pertama adalah daripada surah al-Baqarah ayat 246, yang bermaksud:


 bermaksud “Apakah kamu tidak memerhatikan pengikut Bani Israil sesudah Nabi Musa iaitu ketika mereka berkata kepada seorang nabi mereka, “Lantiklah untuk kami seorang raja supaya kami berperang (di bawah kepemimpinannya) di jalan Allah. Nabi mereka menjawab, “Mengapa kami tidak mahu berperang di jalan Allah, pada hal kami dihalau dari kampung halaman kami dan daripada anak kami? Maka tatkala perang itu diwajibkan ke atas mereka, lalu mereka pun berpaling kecuali beberapa orang saja antara mereka. Dan Allah Maha Mengetahui ke atas orang yang zalim.” 


2) Ayat kedua dari surah Al Imran ayat 181

bermaksud: “Sesungguhnya Allah mendengar perkataan orang yang mengatakan, “Sesungguhnya Allah miskin dan kami adalah kaya. Kami akan mencatat perkataan mereka itu dan perbuatan mereka yang membunuh nabi tanpa sebarang alasan yang benar. Dan Kami akan mengatakan (kepada mereka), “Rasakanlah oleh kamu azab yang membakar.



3) Ayat ketiga daripada surah an-Nisa, ayat 77 

 bermaksud: “Tidakkah kamu perhatikan orang yang dikatakan kepada mereka, Tahanlah tanganmu (daripada berperang), dirikanlah sembahyang dan keluarkan zakat.” Setelah diwajibkan ke atas mereka berperang tiba-tiba sebahagian mereka (golongan munafik) takut kepada manusia (musuh) seperti mana ketakutannya kepada Allah, malah lebih daripada itu dalam ketakutannya lalu mereka berkata, “Ya Tuhan kami, mengapa Engkau tangguhkan (kewajipan berperang) kepada kami sampai beberapa waktu lagi! Katakanlah, “Kesenangan dunia itu hanya sebentar dan akhirat itu lebih baik untuk orang yang bertakwa dan kamu tidak akan dianiaya sedikit pun.”


4) Ayat keempat daripada surah al-Maidah, ayat 27,
 bermaksud: “Ceritakanlah kepada mereka mengenai kisah kedua-dua anak Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya ketika kedua-duanya dipersembahkan korban, maka terimalah (korban) daripada seorang antara mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). Dia berkata, “Aku pasti akan membunuh.” Habil berkata, “Sesungguhnya Allah hanya menerima korban daripada orang yang bertakwa.”

 


5) Ayat kelima daripada surah al-Ra’du, ayat 16, 


bermaksud: “Katakanlah siapakah Tuhan langit dan bumi? Katakanlah, "Allah." Katakanlahku"Patutkah kami mengambil perlindunganmu selain Allah, pada hal mereka tidak kuasa mendatangkan manafaat mahupun menolak mudharat bagi dirinya sendiri?” Katakanlah,"Samakah orang yang buta dengan yang dapat melihat? Atau samakah yang gelap dengan yang terang?Apakah mereka menjadikan sekutu-sekutu bagi Allah yang dapat menciptakan seperti ciptaanNya sehingga kedua-dua ciptaan itu serupa menurut pandangan mereka?" Katakanlah, "Allah adalah Pencipta segala sesuatu dan Dia Tuhan Yang Maha Esa, Maha Perkasa."






Menurut Islam, seseorang itu boleh menyambut harijadinya atau pun meraikan hari lahir orang lain. Dengan syarat pengisian di dalam majlis itu tidak meniru atau mengagung-agungkan budaya Barat yang menyalahi syariat dan akhlak Islam.

Di mana, tiada percampuran (pergaulan bebas) antara lelaki dan perempuan, meminum arak, tari-menari, pendedahan aurat, mencuaikan solat, pembaziran dan sebagainya. Ingatlah, setiap perkara yang haram akan dilaknat Allah dan berdosa.

Raikanlah harijadi dengan tujuan mensyukuri nikmat Allah, memuhasabah diri dan melahirkan kegembiraan dan kasih-sayang sesama anggota keluarga dan sahabat handai. Di sinilah terbinanya keharusan itu.

Justeru itu, sekiranya kita mahu beroleh keberkatan semasa menyambut ulangtahun kelahiran ataupun perkahwinan wajarlah terlebih dahulu kita memahami dan menghayati syarat-syarat dan adab-adabnya.

Antaranya:

a. Melahirkan rasa syukur dan rasa gembira sebagai tanda mensyukuri nikmat umur yang dikurniakan Allah. Firman Allah: “Dan terhadap nikmat Tuhan-Mu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutkannya (dengan bersyukur).” (Ad-Dhuha: 11).

b. Doa-mendoakan antara satu sama lain, lebih-lebih lagi kepada sambutan harijadi seseorang. Seeloknya kita tukarkan nyanyian “Selamat Hari Jadi” dengan ungkapan yang lebih bermakna, lebih berkat dan indah seperti contohnya, Barakallahu fika (atau “fiki” sekiranya perempuan), tiga kali, dengan menggunakan melodi yang sama. Maksudnya, “semoga Allah memberkati hidupmu”. Ucapan-ucapan doa sebegini lebih dituntut dan dianjurkan oleh syariat Islam.

c. Jamuan adalah sinonim dengan apa jua majlis dan sambutan. Menjamu makan dalam Islam adalah satu bentuk sedekah yang sangat digalakkan. Asalkan tidak membazir. Adalah dianjurkan kita menjemput golongan fakir dan miskin ke majlis kita. Sekiranya ada lebihan makanan, eloklah dibagi-bagikan kepada para tetamu sebagai buah tangan. Selain besar pahalanya, ia boleh menyuburkan lagi rasa kasih-sayang sesama keluarga dan sahabat handai.

d. Mengadakan majlis tazkirah (nasihat) ringkas, ataupun mengalunkan bait-bait nasyid, selawat yang berupa untaian nasihat bagi menghiburkan para jemputan disamping mengingatkan hadirin bahawa umur adalah amanah Allah s.w.t yang akan ditanya di Akhirat kelak.

e. Memberi hadiah juga adalah amalan yang sinonim dalam sambutan hari-hari sebegini. Amalan memberi hadiah ini juga dianjurkan oleh Islam kerana ia akan menimbulkan kemesraan dan suasana yang penuh mahabbah (kasih sayang).

Hadiah yang diberikan tak semestinya besar dan mahal, tetapi ia akan menjadi tanda ingatan yang ikhlas, di samping menyumbang ke arah melahirkan masyarakat penyayang. Sabda Nabi s.a.w: “Hadiah-menghadiahlah, kamu akan berkasih-sayang.”

f. Muhasabah diri (koreksi diri) yang perlu dibuat khasnya pada sambutan ulang tahun ini, ialah dengan menginsafi masa atau umur yang telah berlalu. Renungkan, berapa banyakkah kebaikan amal soleh yang telah kita lakukan. Dan renung pula berapa banyak pula maksiat dan dosa yang telah kita lakukan selama ini.

Sekiranya jawapan itu lebih berat kepada kecuaian dan kealpaan, maka mohonlah taubat kepada Allah. Kemudian susuli dengan niat, azam dan perancangan bagaimana untuk mengisi sisa-sisa umur kita yang berbaki ini. Tentunya baki umur kita semakin hari semakin sedikit, bukannya bertambah. Hasil muhasabah diri ini akan menjadikan kita orang yang terus-menerus berhijrah kepada Allah s.w.t.

Selain itu, insan yang menyambut hari jadi itu elok juga pergi menziarahi kedua ibu bapanya (jika tidak lagi tinggal bersama dengan keduanya), kerana merekalah yang merupakan sebab musabab lahirnya dia ke dunia.

Pada hari itu, si anak sepatutnya mengucapkan terima kasih dan menghadiahkan sesuatu pada ibu dan ayah mereka. Mudah-mudahan usia kita terus diberkati.

Sumber : Artikel ini datangnya dari: Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my
http://www.hanan.com.my/

Keluarga kami ramai. Anak-anak pula suka makan kek. Kek yang dibeli di kedai tu...macam-macam mereka masukkan untuk jadikan kek itu lembut dan gebu. Itu semua adalah bahan tambahan yang mengandungi kandungan kimia yang tinggi dan membahayakan kesihatan sekiranya diambil dengan kerap. Memang banyak kedai Kek Melayu dan halal di Langkawi tapi mereka tetap memasukkan bahan kimia yang halal untuk menjadikan struktur kek itu lembut dan gebu. Kek yang tak masukkan bahan pelembut tepung (shorteningsdan macam-macam lagi) memang kasar dan keras sikit. Di samping itu harganya juga sangat mahal. Anak ramai macam kami ni....satu tak cukup. Paling-paling tidak kena dua atau tiga dan ada yang nak makan chocolate kek dan ada nak kek span dan macam-macam. Syaratnya mereka kena menolong. 

 Isyarat tiup lilin
Biasanya, kami mulakan majlis dengan bacaan maulid Nabi. Selepas itu suami akan menyampaikan peringatan dan nasihat terutamanya kepada individu berkenaan. Sebaik sahaja lampu dipadamkan, semua orang pasang niat dan berdoa untuk diri sendiri dan semua ahli keluarga. Apa yang ditekankan ialah untuk berubah dan menjadi diri baru yang lebih baik disisi Allah. Jadi harijadi ini bukanlah hanya untuk individu tertentu tapi untuk semua.

Tujuan tiup lilin adalah untuk isyarat memadamkan episode lama dan memulakan sejarah baru yang lebih positive dan cemerlang. Hati kena bulat dan penuh yakin jadi dengan izin Allah jua. Sebaik sahaja lilin ditiup, lampu pun dibuka. Inilah cahaya baru yang jauh lebih terang dari cahaya lilin yang malap itu. Doa agar kehidupan baru adalah jauh cemerlang dari yang lama.


Monday, September 19, 2011

LEARNING KOREAN :THIRD LANGUAGE ACQUISITION

( GUIDANCE CORNER )

Sebaik sahaja menyambut Hari Raya Puasa 6, FCUHOMESCHOOLING pun  memulakan kelas setelah lebih dari 2 minggu bercuti. Semoga modal kerohanian dari keberkatan berpuasa  dalam bulan  Rejab, Syaaban dan Ramadhan membantu dalam menerap dan memantapkan iman dalam diri.

Perkembangan terkini yang sangat memberangsangkan ialah minat anak-anak kepada bahasa. Sebelum ini, memang dah ada galakan untuk mereka mendalalami mana-mana bahasa yang mereka minat sebagai bahasa ketiga. Alhamdulillah, selepas musim raya saja benih yang sudah ditanam itu bercambah dengan meriah sekali. 

" Abang Isa sedang belajar bahasa korea. Abang Tajrid pun sama. Abang Din ....bahasa Jerman" Aku memulakan topik perbualan.

"Susah tak bahasa Jerman?" Tanya Hafidz ingin tahu.

"Bagi kita yang tak tahu apa-apa ni..memanglah susah. Abang Din pernah belajar bahasa Jerman semasa menuntut di US dulu. Sebab itulah bahawa rasmi komuternya adalah Jerman. Ummu memang tak faham macam tikus tengok besilah layaknya. Tapi kalau kita belajar...memang tak mustahil. Contohnya bahasa mandarin yang tulisannya sangat jauh berbeza dengan tulisan kita. Ummu yang tak pergi sekolah cina pun boleh lah tahu sikit-sikit.Allah dah cipta otak  manusia yang boleh belajar apa sahaja kerana sememangnya segala ilmu dah diajar kepada Nabi Adam. Dan inilah kelebihan manusia dari makhluk lain dan diamanahkan untuk menjadi khalifah alam ini." Terangku dengan lebih lanjut.

" Abang Faiz dan abang Nordin belajar apa?" Hafidz bertanya lagi.

" Dah pastilah mandarin. Kan mereka dulu pernah  belajar di sekolah Cina. Memang baguslah kalau mereka boleh menguasai bahasa tersebut. Lagipun...ramai juga tetamu kita yang terdiri dari bangsa Cina. Orang Cina adalah bangsa kedua ramai di Malaysia selepas bangsa Melayu. Memang patut kita tahu bahasa mebareka agar kita faham bila berurus niaga dengan mereka. Tak adalah kita kena tipu ke..."

" Afiqah, Afiq dan Alyssa pula nak ajar bahasa apa?" Selidik Hafidz.

" Mandarinlah dan mungkin ajar bahasa arab sikit-sikit " Jawabku ringkas.

" Tak peningke...belajar macam-macam bahasa sekali gus? " Tanya Hafidz dengan nada agak tinggi. Mungkin dia rasa agak berat kalau disuruh belajar banyak bahasa .

" Bahasa dan manusia adalah gandingan yang sangat natural. Yang kita perlukan adalah istiqamah dan selalu gunakanya. Arwah nenek Hafidz sebelah abah, memang boleh bertutur bahasa tamil dan sikh. Beliau hanya belajar dari jiran-jiran sebelah rumah. Monyang Hafidz sebelah Ummu pula berbangsa Cina. Jadi...genetik untuk menguasai banyak bahasa dah ada dalam diri Hafidz. Memang tak jadi masaalah, janji mahu saja. Zaman sekarang lagilah senang...banyak buku-buku yang mengajar berbagai-bagai bahasa.Lagi canggih sekiranya guna internet terutamanya youtube. Bagai ada cikgu depan mata."Panjang lebar peneranganku.

" Mandarin bagus juga tapi..pilih korealah dulu" Kata putus dari Hafidz. Nampaknya aku kena belajar korealah untuk ajar Hafidz. Abang-abang Hafidz belajar korea atas dayausaha sendiri. Dengan  izin Allah ada seorang guru yang selalu bertandang ke rumah kami yang mahir bahasa korea. Dia pernah tinggal di korea buat beberapa tahun. Memang banyak membantu untuk kuasai bahasa Korea dalam masa yang singkat.

Cikgu Sham sedang mengajar abang Isa bahasa Korea.

Anak-anak memang suka ikuti programme Korea di Astro. Kebanyakan masa, channel Korea jadi pilihan. Yang paling mereka suka ialah rancangan "Star King" yang memaparkan berbagai-bagai kemahiran manusia yang pelik-pelik. Yang paling aku suka ialah rancangan dokumentarinya. Banyak dapat belajar tentang budaya dan kehidupan orang korea. Mengikut satu kajian, makin ramai orang korea memeluk Islam. Ini adalah sesuatu yang baik. Tapi ada juga buruknya kalau selalu melayan drama-drama korea. Kena pandai-pandai pantau dan disiplin yang ketat. Pada permulaannya aku rasa membazir, asyik-asyik Korea tapi bila mereka mula belajar bahasa korea dan cara menulis Korea, rasa syukur pada Allah. Sekurang-kurangnya mereka dapat 3 bahasa dengan daya usaha sendiri.

Kenapa tidak  bahasa Arab? Dalam hati memang teringin sekali dan memang dah pasang niat. Suatu hari nanti aku pasti fasih berbahasa syurga ini. Buat masa ini tak ada orang terdekat yang boleh membantu. Pernah aku cuba tapi...sekerat jalan ajelah. Mungkin tekniknya tak betul. Bila aku dah boleh bertutur  bahasa Arab, tentu anak-anak akan terikut dan minat untuk belajar. Ini penting untuk mereka menghafal Al-Quran satu masa nanti. Memang aku selalu bayangkan mereka semua jadi Al Hafidz. Insyaallah...semoga Allah buka pintu hati mereka. Amin...

Rupanya tak susah  belajar bahasa Korea ni...sebab dalam masa beberapa hari saja aku dah boleh baca sikit-sikit bahasa korea . Aku juga dah boleh ungkap beberapa patah perkataan yang simple dan berbual dengan anak-anak dalam ayat yang pendek-pendek. Abang Hafidz, Isa memang dah kedepan dari kami semua. Memang dia tekun sungguh dan cari teknik-teknik yang betul. Sebelum ini dia tekun dalam menguasai lidah american bila bercakap english. Sungguh tekun hingga dia betul-betul bertutur dengan lidah american. Kalau dengar dia bercakap, memang kita tak kata orang melayu bercakap orang putihlah. Kebolehannya mengatasi abang Din yang pernah tinggal di US semasa ambil degree dulu. Begitu juga dia mengatasi abang Suhaib yang bekerja bertahun-tahun di luar negara. Rupanya kita tak perlu tinggal di luar negara untuk menguasai tutur yang betul. Usaha dan teknik yang betul dah dapat menyelesaikannya. Pernah kami di ziarahi keluarga yang baru  balik dari US. Mereka anak beranak tinggal di sana beberapa tahun dan anak-anak juga bersekolah di sana. Agak hairan kerana anak-anaknya dan juga isterinya tak boleh bercakap english dengan baik. Apalagi untuk menguasai lidah mat salleh. Mungkin mereka kurang bergaul dengan masyarakat sekeliling dan hanya bergaul dengan orang Melayu yang tinggal di sana.

Apakah faedah belajar banyak bahasa dalam usaha kita menjadi khalifah Allah? Kita boleh sampaikan kebenaran kepada mereka yang bukan Islam. Memang ramai mereka di luar sana yang dahagakan kebenaran tapi tidak bertemu dengan yang pakar bahasa yang boleh mengenalkan mereka dengan Allah.


 

Antara youtube yang kami gunakan untuk pembelajaran awal bahasa Korea  

1. Reading
5 chapters, Jenny Lee
Korean language(Hangeul) is never difficult. Korean is very scientific.
More lessons? Let's go to Apple App Store. search "seemile"
2. Grammar + Basic phrases
20 chapters, Jenny Lee
Basic grammar + Basic phrases.
More lessons? Let's go to Apple App Store. search "seemile"
3. Conversation A
10 chapters, Christine Jang
Primary level of Korean conversation
More lessons? Let's go to Apple App Store. search "seemile"
http://www.seemile.com/renewal/package_list.jsp?pkg_no=21

Korean Travel Phrases #1 - Hello (pt 1/2).


 

Korean Numbers Basic #1 (count 1 to 12)


Korean Numbers Basic #2 (Sino-Korean from 1 to 12)

 

 

 

 

Learn Korean 2: Write the Alphabet 

(Basic Consonants +Vowels)


Learn Korean 4: DIPHTHONGS (complex + compound vowels) with MINI DRAMA!





BASIC CONVERSATION IN KOREAN:
1. GREETING PEOPLE


2. INTRODUCING FAMILY<


DEAR READERS!! 
YOUR POSITIVE COMMENTS ARE HIGHLY APPRECIATE. 
♥♥♥ FCU MALAYSIAN HOMESCHOOLING ♥♥♥

Tuesday, September 6, 2011

SUASANA OPEN HOUSE EID UL FITR




Antara kanak-kanak yang datang awal pagi. Kami bagi peluang untuk mereka beraksi di depan kamera.
Yang ni...kena berlakun muka sedih. Memang happening.....lah bagi kanak-kanak



Ini adalah pasangan Lyn dan Rogers dari New Zealand. Mereka sudah menetap di Langkawi selama 6 tahun dan sudah boleh bercakap melayu sikit-sikit. Mereka merupakan kenalan kami yang agak rapat  dan sering bertandang ke FCU. Di samping meminati bonsai seperti kami, pasangan ini sangat aktif membuat kebajikan kepada mana-mana penduduk kampung yang miskin dan juga ibu tunggal. Umur mereka hampir mencecah 70an tetapi masih aktif dengan berbagai kegiatan kebajikan.



Lyn dan Roger bersama Jenny dan suaminya yang juga dari 
New Zealand.




Mr. Goh adalah seorang pemilik restaurant vegetarian di Kuah, Langkawi. Sebagai vegetarian, kami menghidangkannya juadah khas yang hanya terdiri dari tumbuh-tumbuhan sahaja. Uniknya restaurant vegetarian ini adalah kita boleh bayar dengan nilai yang kita suka setiap kali kita makan di restaurant ini. Mungkin ada yang kurang mampu, hanya bayar beberapa sen sahaja untuk apa yang dimakan di restaurantnya. Tak kiralah apa yang kita makan itu murah atau mahal. Bagi yang berada, bergantunglah kepada mereka untuk bayar sebanyak yang mungkin. Malah ada yang hanya makan free sekiranya memang tak mampu. Jadi restaurant ini adalah berasaskan kebajikan kepada yang kurang mampu.
Dia ni...penganut Buddha, jadi mungkin ini adalah cara dia beramal ikut kepercayaannya. Yang jelas, tak ada hidangan babilah di restaurantnya dan tukang masak pun ramai orang Indon. Manalah tahu...suatu hari nanti, Allah memberi hidayah kepadanya. Tidak ada yang mustahil dengan takdir Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang.


Lyn sedang bermain-main dengan Alyssa. Nampaknya Alyssa seronok bersembang dengan Lyn.
Jenny juga tak lepas peluang untuk mendukung Amazing Alyssa. Popular sungguhlah Alyssa ni....


Dari pagi hingga ke malam, tak henti-henti tetamu datang. Yang cantiknya, Allah susun
agar tidak terlalu ramai yang datang dalam satu masa. Segalanya berjalan dengan lancar. Segala kerja 
dari membakar sate, menghidang, membasuh pinggan dan melayan tetamu di serahkan kepada anak bujang 9 orang tu....Legalah. Syukur kepada Allah di atas segala pertolongan.





Ini pula kisah Song Jin dengan ayahnya. Dah kenyang makan, kena berlakun depan lensa kamera.
Nasiblah....Yang seronoknya mereka semua cukup sporting. Nak dapat yang sempurna, berkali-kali lah kena cut oleh director. Tetamu yang datang memang ramai tapi mereka buat slambe aje....

Song Jin kerap berkunjung ke rumah kami. Satu ketika dulu, selama 2 minggu ibu bapanya menghantar Song Jin melepak di rumah kami dari pagi hingga petang. Tujuan utama mereka ialah untuk membuka mata anaknya akan erti kehidupan yang baik. Mereka mahu anak tunggal mereka ini mencontohi abang-abang di FCU. Mereka mahu anaknya belajar apa sahaja aktiviti FCU. Sungguh dasyat bangsa Cina ini. Mereka sanggup melepaskan anak mereka pada keluarga Melayu padahal mereka adalah penganut Buddha yang kuat. Keluarga ini juga vegetarian. Mereka tak takut bila anak mereka tengok kami solat. Mereka sanggup gadaikan segala agar anak mereka jadi manusia berguna dan tidak terjebak dalam kancah sosial remaja.

Semoga keceriaan ini terus berpanjangan dan menjadi modal untuk mereka
mengenal Allah. 







Mereka berdua ini juga jadi mangsa FCUPRODUCTION. Mike adalah warga
Amerika dan Ullie pula warga Jerman. Adik kepada Mike telah memeluk Islam dan
menetap di Indonesia. Ullie rapat dengan adik Mike dan juga sedang berjinak-jinak dengan ajaran
Islam. Semoga Allah terus menerus membuka hati mereka untuk mengenal Allah dan mencintai Allah.

Yang ini lagi gempak...kena berlakun menyanyi. Ini adalah Venessa
dan suaminya yang berasal dari Amerika.

Helen adalah warga Australia dan pernah bekerja di Langkawi.
Dengan takdir Allah, kami jadi rapat dan dia menjadi anak angkat kami.
Sebelum datang ke Langkawi lagi dia sudah mula mencari kebenaran dan mula 
membaca Al-Quran. Akhirnya dia memeluk Islam dan berkahwin dengan Safari.
Kini mereka menetap di Adelaide, Australia.
(Gambar ini adalah kenangan mereka beraya di Langkawi tahun lepas)






Kebanyakan Mat Salleh dan Minah Salleh ni....nama aje Kristian tapi jarang dan ada yang langsung
tak pergi ke gereja. Mereka tak amal pun apa-apa ajaran Kristian. Tanpa pengisian kerohanian dan
pengabdian kepada Pencipta Yang Maha Agong, jiwa mereka kosong dan merintih. Mereka tercari-
cari dan apabila terjumpa contoh muslim yang baik, hati mereka senang tersentuh dan terpanggil.
Golongan yang berhati jahat dan sentiasa mencari jalan untuk memusnahkan umat Islam pun ada





Hati mana tak bahagia melihat senyuman dari kanak-kanak. Semoga mereka akan membesar menjadi pemuda dan pemudi Islam yang berjuang untuk kebenaran.





















Sebelum balik, para tetamu beramah mesra dengan tuan rumah. Ada yang kena interview dengan macam-macam soalan. Tujuannya ialah untuk berkenalan dengan tetamu yang datang.



Inilah tulang belakang FCUPRODUCTION. Semuanya 9 orang termasuk juru kamera. Semoga Allah sentiasa membimbing mereka dalam apa sahaja yang mereka buat.


Sunday, September 4, 2011

SIBUKNYA MENJELANG RAYA......


( GUIDANCE CORNER )
Setiap tahun kami memang sibuk dengan persediaan untuk Open House Hari Raya Aidil Fitri. Kali ini kami menjemput warga Langkawi yang selalu mengikuti Langkawi Story ke Open House kami. Apalagi...sibuknya memang bergandalah..Untuk memastikan kesibukan menjelang raya tidak mengganggu istiqamah ibadat bulan puasa, kami buat plan kerja lebih awal. Alhamdulillah....semuanya berjalan dengan lancar dengan izin Allah tanpa meninggalkan keutamaan bulan Ramadhan yang penuh berkat itu.

JADUAL KERJA:
22hb: Pasang lampu kelip-kelip sekeliling
          rumah dan buat biskut raya.
23hb: Potong daging ayam  dan kupas
          bawang  dan buat biskut raya.         
24hb: Cucuk sate ayam dan buat biskut raya.
25hb: Buat kuah sate dan potong daging
           untuk sate
26hb: Buat ketupat, bungkus ketupat
          dan simpan dalam freezer.
27hb: Buat ais ketul, cuci tingkap, buang

          sawang, cuci piala-piala dan kemas rumah
   
28hb: Potong daging rendang, potong serai, halia, lengkuas, bawang dan pasang langsir 
          raya.

29hb: PENTING
     -kemas ruang tamu dan taman.
      -rebus ketupat
      -masak ayam merah
      -rendang kari daging
      -masak rendang tok
      -masak nasi himpit

30 hb: HARI RAYA  AIDIL FITRI
       -masak lontong kegemaran keluarga


Dalam sesebuah keluaraga, aktiviti-aktiviti seperti ini sangat penting dalam memupuk kasih sayang. Kerja yang berat dapat diselesaikan dengan baik hasil gotong royong bersama.

Ini sessi membuka daun ketupat. Sebaiknya daun palas ini dibuka sehari sebelum kita membungkus ketupat. Kalau terlalu lama baru digunakan contohnya tiga keempat hari.... daun palas akan jadi kering dan mengecut. Daun palas akan cepat koyak dan ini akan mengundang pembaziran. Selepas dibuka dan dilipat dalam bentuk ketupat yang 
dah siap, daun-daun ini hendaklah disimpan ditempat sejuk seperti bilik air. 
Gantung tinggi-tinggi agar tidak kotor dan direnjis-renjis dengan air 
dari masa ke semasa. Renjisan air ini adalah untuk 
memastikan daun palas tidak kering.

 

Seperti juga menganyam ketupat nasi, ketupat daun palas juga memerlukan 
kemahiran dan kesenian tangan. Kalau tersilap cara, pulut akan jadi
 lembik kerana masuk air.



Ketupat-ketupat yang dah siap akan dimasukkan kedalam freezer. Sehari sebelum raya baru di rebus sebahagian saja. Bila dah agak tinggal sikit, baru rebus yang selebihnya. Dengan ini kita dapat mengelak terajidi ketupat jadi basi.


Jamuan satey di Hari Raya memang mendapat sambutan hangat terutamanya di kalangan kanak-kanak. Apalagi bila mereka dapat menjamu selera sepuas-puasnya. Hanya setahun sekali sahaja mereka berpeluang merasa resepi sate yang unik ini. Memang tak ada di tempat lain kerana ia adalah our family secret recipe.

15 tahun dahulu kami mempunyai 3 gerai sate yang beroperasi mulai pukul 6 petang hingga larut malam. Masa itu kami ada 3 orang anak yang berada di sekolah menengah. Merekalah antara jurujualnya kerana kami anak beranak yang mengendalikan perniagaan sate ini. 3 gerai itu terletak agak berjauhan antara satu sama lain demi strategi pemasaran dan permintaan pelanggan. Ramai orang suka rasanya dan bisnes sungguh baik.

Tak sampai setahun, suami menutup ketiga-tiga gerai kerana kami tidak mahu mengorbankan masa depan persekolahan anak-anak kami. Mereka adalah pelajar cemerlang tetapi  telah merosot kerana kurang masa untuk mengulangkaji pelajaran. Kami terpaksa menarik diri buat sementara waktu tetapi  nekad untuk muncul kembali dengan perniagaan yang lebih besar. Kami bercadang untuk membuka Sate house di Langkawi. Hingga kini, hasrat itu belum padam dan menunggu saat yang sesuai untuk menrealisasikannya.

Ramai yang asyik bertanya bila kami akan mulakan perniagaan sate semula. Untuk tidak menghampakan mereka, kami pun buat Sate Open House setiap hari raya. Alhamdulillah. Memang seronok melihat pengunjung menikmati keenakan sate resepi kami ini. Yang  paling teruja ialah kanak-kanak. Awal-awal pagi dah serbu kami. Maklumlah, setahun menunggu baru jumpa kegemaran mereka. Memang dah agak dah.....



Ha....Ini acara cucuk sate. Memang agak cerewet dan renyah. Ada sate ayam 
dan ada juga sate daging. Sekali lagi anak lelaki menopoli kerja ini. Anak 
perempuan kena tolong masak di dapur lah....


Adakah sebab utama kelazatan sate ini terletak pada resepi istimewanya? Tentu sekali tidak. Sebenarnya penyumbang utama kelazatan itu ialah kerana niat kita. Kita mahu orang menikmatinya dan puas hati. Sebagai perasanya, bacalah selawat sepanjang proses membuatnya dan minta pada Allah agar mereka dan juga kita semua beroleh kebenaran. Dengan memakan sate, kita beroleh kebenaran. Memang hebat !!! Tiada apa yang mustahil dengan izin Allah. Masyaallah.



Aduhai Nur Alyssa yang comel lote ni...Erti nama Alyssa ialah noble kindness
Semoga Alyssa akan jadi seorang wanita solehah yang sangat baik hati, amin....
Kecil-kecil dah nak tolong bungkus ketupat. Ini adalah pengalaman 
pertamanya beraya di atas muka bumi ni. Memang gempaklah 
bila Alyssa mula nak menolong.




Wah..ada gayalah Alyssa ni...Tengah tiru aksi uncle-uncle masukkan beras 
pulut ke dalam kelongsong daun palas. Dalam usia 6 bulan, Amazing 
Alyssa sudah pandai meniru gaya orang sekeliling.



At last.....memang end up masuk mulut. Tak kira apa, mesti dirasa 
dengan mulut. Inilah cara effective pembelajarannya. Biarkan 
saja Alyssa meneroka alamnya selagi benda itu tak bahaya.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...