Saya percaya ramai para ibubapa yang menyimpan hasrat hati untuk homeschool anak-anaknya tetapi situasi keluarga dan persekitaran menjadi penghalangnya. Tidak kira besar mana penghalangnya namun cita-cita ini bukanlah mustahil. Pasti ada caranya andai kita berani dan yakin pada pertolongan Allah.
Pada keseluruhannya ada 3 style homeschooling yang diamalkan oleh para homeschooler.
1- STRUCTURED LEARNING
Anak-anak melalui proses pembelajaran sama seperti di sekolah biasa. Anak-anak akan mengambil peperiksaan seperti PMR, SPM, STP atau peperiksaan luar negara. Tenaga pengajar mungkin terdiri dari ahli keluarga sendiri atau diupah dari luar. Pada mulanya memang kami termasuk dalam golongan ini kesinambungan dari suasana sekolah kerajaan. Selain saya, abang-abang Tajrid dan Hafidz banyak membantu sebagai tenaga belajar. Dalam entry FCU HOMESCHOOLING TIMETABLE ada memaparkan suasana homeschool kami pada peringkat awalnya iaitu akhir tahun 2009 dan awal tahun 2010.
Tidak lama selepas itu, kami telah mengambil keputusan untuk membebaskan anak-anak dari sistem pembelajaran sekolah setelah mengambil kira dari pengalaman abang-abang mereka yang belajar hingga ke peringkat universiti. Oleh kerana kami tidak berminat dengan "makan gaji", menduduki peperiksaan sudah tidak penting lagi. Memang terasa sangat lega dan beroleh kemerdekaan sebenar kearah mana untuk mendidik anak-anak kami. Walaubagaimanapun..kami masih memberi peluang kepada anak-anak yang ingin menjejakkan kaki ke menara gading seperti abang-abang mereka. Terpulang kepada kecenderungan mereka sendiri. Mereka juga digalakkan mengambil sebarang kursus pendek untuk memperkasakan diri mereka.

2- UNSCHOOLING
Ini adalah cara pembelajaran secara natural. Anak-anak dibiarkan berkembang dan belajar sendiri tanpa sebarang paksaan. Ibubapa memberi sokongan dan menyediakan segala kemudahan yang diperlukan. Kami tidak berminat dengan cara ini kerana berpegang teguh dengan hadith Rasulullah s.a.w
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 'Setiap anak dilahirkan bagai kain putih, ibu-bapalah yang akan mencorakkan samada menjadi seorang Yahudi, Nasrani atau Majusi'. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
3- ELECTIC LEARNING
Cara ini adalah gabungan antara structured learning dan unschooling. Electic learning sangat sesuai dengan dengan cara kami mendidik anak. Anak-anak masih ada jadual belajar setiap hari cuma waktunya tidak begitu tepat. Mata pelajaran juga masih sama dengan sekolah kerajaan cuma kami mengikuti syllabus tersendiri dan membuat penambahan 3 mata pelajaran. FCUHOMESCHOOLING mendedahkan pelajarnya kepada Astronomi, perubatan traditional dan kemahiran hidup sara diri. Ketiga-tiga pembelajaran ini tidak ada di sekolah biasa.
ASTRONOMI

Astronomi membuka minda anak-anak dan ianya adalah pembelajaran sepanjang hayat. Pengajian angkasa lepas ini sangat menakjubkan dan sememangnya membuat kita lebih mengenal Pencipta Seluruh Alam Yang Maha Agung.
Aktiviti mencerap bintang selalunya dilakukan bersama abang-abang
terutamanya apabila ada sesuatu penampilan luar biasa di langit.
terutamanya apabila ada sesuatu penampilan luar biasa di langit.
Flat roof top ini sangat sesuai untuk digunakan sebagai balai cerap kami.
Ini adalahan antara suasana dalam entry
KENANGAN MANIS GERHANA BULAN PENUH 10 DECEMBER 2011
Ini adalahan antara suasana dalam entry
KENANGAN MANIS GERHANA BULAN PENUH 10 DECEMBER 2011
2) PERUBATAN TRADISIONAL
Bidang perubatan sangat penting dalam kehidupan kita. Kemahiran ini bukan sahaja untuk kebaikan diri tetapi kita juga dapat berbakti kepada mereka yang memerlukan. Ini adalah selari dengan family bisnes yang seratus peratus berasaskan bahan natural. Kami juga adalah pengamal perubatan traditional seperti bekam resdung, bekam angin dan bekam darah. Dari kecil lagi mereka sudah didedahkan dengan dunia perubatan "DOKTOR KENDIRI".
Istilah "DOKTOR KENDIRI" membawa maksud kita adalah doktor kepada diri kita sendiri. Hanya kita yang betul-betul kenal dengan diri kita dan tahu penyebab kepada penyakit yang kita hadapi berdasarkan apa yang kita makan dan bentuk budaya hidup kita. Untuk mengetahui jawapan yang tepat, semestinya research perlu dibuat iaitu gabungan dari pencarian di internet, pembacaan, pengalaman yang lepas-lepas dan juga pengalaman dari orang yang sudah melaluinya.
Di sinilah bermulanya pengajian perubatan di FCUHOMESCHOOLING. Pengajian ini tidak secara resmi tetapi lebih kepada keperluan semasa. Ini tidak bererti kami menolak perubatan moden kerana gabungan dari kedua-dua perubatan traditional dan moden memang sungguh luar biasa hasilnya.

3) KEMAHIRAN HIDUP SARA DIRI
Kemahiran ini sangat penting dalam usaha memertabatkan BERDIRI ATAS KAKI SENDIRI dan tidak terikat dengan makan gaji. Seiring dengan family bisness (fcumiracle) dan FCUPRODUCTION, kedua-dua pengajian ini adalah yang paling dititik beratkan. Setiap hari, pembelajaran akedemik bermula pada pukul 8.00 pagi (selalunya lebih lewat lagi....) dan berakhir pada pukul 12.00 tengahari. Pembelajaran seterusnya, adalah melibatkan diri dengan pengeluaran product fcumiracle, penghantaran on-line dan penggambaran. Segala selok belok perniagaan diajar supaya mereka dapat sama-sama mengembeling tenaga demi ekonomi keluarga.
Dalam usia baru 13 tahun, Hafidz sudah didedahkan dengan bidang production. Ilmu kemahiran hidup sara diri ini sangat penting kerana ianya akan terus berkembang dan semakin hari semakin dia mahir. Ini akan membantu FCUPRODUCTION untuk terus maju ke depan dalam perjuangan sebagai khalifah atas muka bumi ini.
Ini adalah salah satu latihan Crane di playgrond baru-baru ini. Untuk
menggerakkan crane, memerlukan tenaga orang dewasa. Hasil dari latihan
berkali-kali, Hafiz berjaya juga akhirnya. Abang-abang adalah
menggerakkan crane, memerlukan tenaga orang dewasa. Hasil dari latihan
berkali-kali, Hafiz berjaya juga akhirnya. Abang-abang adalah
merupakan tenaga pengajar yang banyak membantu Hafidz untuk berjaya.
Untuk mengendalikan sebuah crane dalam sesebuah penggambaran,
kita perlu kemahiran dan juga ilmu.
Tajrid (17 tahun) juga adalah antara crew FCUPRODUCTION. Homeschooling banyak membentuk Tajrid untuk jadi lebih matang dan berkeyakinan tinggi .
Saya berpendapat, HOMESCHOOLING adalah sangat berkesan untuk memupuk rasa tanggungjawab pada keluarga dan membuang perangai pentingkan diri sendiri. Keutamaan keluarga diletak pada tempat yang paling tinggi dalam setiap tindakan. Walaupun mereka masih remaja, mereka sudah faham situasi ekonomi dan kesulitan yang dihadapi oleh keluarga. Dengan ini, tidaklah mereka meminta itu dan ini seperti kebanyakan remaja sekarang yang sering menyusahkan orang tua mereka yang bertungkus lumus mencari rezeki. INILAH KEBAIKAN HOMESCHOOLING YANG PALING KETARA.
TARGET ASAS YANG SIMPLE DAN BERMENAFAAT
Saya pasti semua homeschooler pasti ada target masing-masing dalam menjayakan pembelajaran anak-anak mereka. Biasanya sesuatu target itu pasti yang tertinggi dan memang susah untuk dicapai. Kata orang, kalau kita target tinggi-tinggi, tak dapat yang terbaik, second best pun okeylah....lebih baik dari dapat third best.
Namun begitu terbalik pula dengan kami. Kami hanya target keperluan yang asas sahaja buat anak-anak. Kami bertindak sebagai pembimbing kepada anak-anak. Kami membentuk anak-anak yang berkeyakinan tinggi dan berkemampuan untuk terus berkembang. Hasilnya mereka mampu mempamerkan sesuatu yang jauh lebih hebat dari apa yang pembimbing ada. Maka tidak hairan kalau kadang-kadang saya minta tunjuk ajar dari Afiqah (8 tahun) dalam mengendalikan sesuatu program di internet.
Target asas FCUHOMESCHOOLING:
1- Khatam Al-Quran dan hafal
2- Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah
3- Menguasai 3 bahasa serta fasih percakapan
4- Mahir membaca dan tinggi kefahamannya
5- Menulis dengan tulisan yang kemas
6- Minat membaca
7- Suka mengkaji
8- Berfikiran luas dan positif
9- Berani mencuba
10- Tidak melakukan kegagalan yang sama berkali-kali.
Semua senarai di atas sangat simple dan adalah pencapaian biasa bagi kita umat Islam. Al-Quran adalah tunggak kepada segala pembelajaran dan menjadi rujukan dalam kehidupan. Dengan target yang simple dan bermenafaat ini, kedua-dua pihak iaitu ibubapa dan juga pelajar tidak akan tertekan. Mereka bebas untuk mencapai target ini tanpa stress pada mana-mana waktu dalam hidup mereka. Bila tidak tertekan, seseorang itu akan lebih kreatif dan berkembang dengan lebih pantas.
BARISAN CREW FCUPRODUCTION
Tidak lama lagi Tajrid dan Hafidz pasti akan duduk sebaris dengan abang-abang mereka.