23. 1. 2014 MALAM JUMAAT
" Hafidz lulus....." Kedengaran tempikan gembira dari ruang tamu. Ketika itu aku sedang memasak makan malam di dapur. Untuk memastikan apa yang aku dengar, cepat-cepat aku menerpa ke ruang depan dan kelihatan anak-anak sudah penuh mengerumuni salah sebuah komputer.
"Tajrid juga lulus...." Suasana gembira memehuhi segala ruang yang ada.
"Semua lulus......" Pemberitahuan yang terakhir ini, betul-betul membuai rasa kegembiraan yang tak terhingga di hati seorang ibu yang saban hari menunggu saat ini.
"Syukur Alhamdulillah...." Ungkapan keramat membalas segala pemberian Ilahi. Hanya dengan izinNya jua segala keputusan menjadi kenyataan.
" Hang Hafidz...nanti karang lulus, berhamburanlah air mata hang sujud syukur.....Walaupun hang sekolah kat rumah je...tak ada apa yang boleh sekat kejayaan hang" Masih kedengaran kata-kata semangat dalam loghat Kedah dari ayahanda , pembimbing kehidupan keluarga FCU. Sejenak pemikiranku mengimbas kembali memori manis ketika keenam-enam anak bertungkus lumus di saat-saat akhir persediaan peperiksaan RAE. Sempat saya rakam saat indah ini dalam entri PEPERIKSAAN RADIO AMATUR (RAE).
Sekujur itu juga, kedua-dua pelajar sulung FCUHOMESCHOOLING (Tajrid dan Hafidz) terus menyentuhkan dahi mereka ke lantai ruang tamu tanda kesyukuran atas nikmat Allah, Tuhan sekelian Alam.
Apakah lagi yang didambakan oleh seorang ibu, melainkan melihat anak-anak membesar penuh keimanan kepada Allah. Aku juga turut sujud syukur di sisi mereka, penuh kehambaan dan sangat terasa betapa agungnya sifat Rahman Allah kepada hambaNya yang lemah ini.
Berita gebira ini turut dikongsi bersama warga Langkawi di facebook.
Antara komen-komen tahniah dari friends LangkawiStory
\\
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN RAE BAGI ENAM ANAK
Add caption |
Add caption |
Kegembiraan ini kami raikan dengan juadah istimewa buat keluarga tersayang. Seperti biasa masakan bunda menjadi keutamaan dan keistimewaannya pasti tidak dapat ditandingi oleh mana-mana restoran diLangkawi.
Air tangan bunda bersambut selawat keatas Junjungan Nabi dan setiap gerakan dimulai dengan kalimah Bismillah. Masyaallah....Indahnya Islam yang merangkumi setiap aspek kehidupan hingga ke sekecil-kecil perkara.
NASI ARAB DAN AYAM KABSAH
Oleh kerana kesedapan nasi Arab dan ayam kabsah masih lagi terasa di lidah, saya memilih untuk memasaknya sekali lagi. Entri penuh bersama resepinya ada saya tulis disini.
Antara bahan-bahan yang digunakan untuk Nasi Arab dan Ayam Kabsah
PAVLOVA OH....PAVLOVA
Aduhai Pavlova kecintaan kami. Sememangnya Pavlova sudah bertahta di hati kami dibandingkan dengan Tiramisu atau Cheese Cake. Anak-anak sangat menggemarinya termasuklah big boss kami. Rasanya baru sahaja saya membakar Pavlova semasa birthday Afiqah awal Januari ini. Atas permintaan bakal doktor kami Intan Liyana yang sedang bercuti dua minggu di Langkawi, maka dapur FCU sekali lagi menghidangkan kek yang cantik dan lazat ini.
Saat yang paling dinantikan oleh semua.....Lepas sapu whipping cream, tabur buah....boleh makan dah....
Kali ini kami berpeluang menikmati pavlova yang dihias oleh Intan. Dari awal pagi membakar hingga ke malam hari baru dapat 4 biji pavlova. Setiap pavlova yang paling bawah (yang sedang dihias) memerlukan 4 jam untuk masak dengan sempurna. Temperature yang digunakan hanya dalam lingkungan 100 celcius hingga 130 celcius bagi 2 pavlova ini. Dua pavlova yang paling atas itu pula (yang berwarna agak perang) menggunakan temperature 140 celcius dan masa yang diambil untuk membakar adalah lebih kurang 3 jam. Pavlova perang ini tidak begitu manis dan rasanya juga tidak macam marshmallow. Pavlova yang berwarna putih pucat (paling bawah) ini memang manis dan rasanya bagai marshmallow. Bila dah ramai anak, berbagailah seleranya dan sebagai ibu....kepekaan ini adalah sangat penting demi kepuasan anak-anak tersayang.
Hiasan pertama
Hiasan kedua
Hiasan ketiga
Memang berwarna warni.......Buah-buahan yang digunakan ialah strawberi, kiwi, anggur hitam dan mempelam siam.
Hanya dalam masa sekejap sahaja semua pavlova ini akan selamat disantap oleh kami sekeluarga.
Bersyukurlah wahai anak-anak dan cucu-cucu.....Siapalah kita untuk mendapat segala nikmat yang tak terhingga ini. Masih ramai mereka diluar sana yang tidak berpeluang menikmatinya seperti kita. Setiap suapan mesti diiringi perasaan syukur yang tidak terhingga. Ingatlah kepada mereka yang tidak bernasib baik terutamanya anak-anak yatim di sekeliling kita. Bayangkan kita pula yang berada
di tempat mereka.....(Bergenang air mata ibu yang mengandung.....)
LANGKAH SETERUSNYA....
Kami memerlukan surat rasmi keputusan peperiksaan RAE yang mungkin akan sampai dalam masa terdekat. Dengan adanya bukti bahawa kami lulus, barulah dapat memohon Apparatus Assignment (AA) bagi mendapat sijil pengendali Radio Amatur Kelas B. Dengan lain perkataan, AA ini adalah merupakan lesen dalam pengendalian Radio Amatur. Pengendali Radio Amatur tanpa lesen tidak di benarkan dan merupakan satu kesalahan besar dan tindakan undang-undang yang melibatkan mahkamah akan diambil oleh SKMM. Antaranya...denda akan dikenakan dan segala peralatan radio yang canggih dan mahal itu akan dirampas. Jadi janganlah cuba-cuba untuk berjinak dengan radio amatur sekiranya tanpa lesen. Untuk mendapat lesen, kena lulus dululah....Oleh itu pengguna radio amatur bukanlah calang-calang orang dan mesti ada pengetahuan tentang peraturan dan juga pengendalian peralatan letrik yang caggih juga.
Dengan ini kelapan-lapan anak kami (semuanya lelaki) akan memohon untuk mendapatkan lesen dimana setiap lesen dikenakan bayaran RM 84 pada tahun permulaannya. Masing-masing mesti mula mereka call sign yang akan digunakan....Bagi lesen B, call sign akan bermula dari
9 W 2..........
Saya sangat berminat dengan call sign 9W2 Romeo Oscar Hotel. Ada juga antara kami yang sudah mengidam untuk mempunyai call sign 9W2 Foxtrot Charlie Uniform......
Semua call sign ini menggunakan fonetik abjad yang digunakan oleh para pengguna Radio Amatur di seluruh dunia. Saya akan menulis berkenaan info-info penting Radio Amatur dalam entri yang yang akan datang, Insyaallah.....
Nampak kena cepatlah...agar nama call sign idaman tidak diambil orang.........
Challenge seterusnya ialah......belajar lagi untuk peperiksaan mendapat lesen A. Peringkat tinggi ini akan beroperasi melalui Morse Code dan di kalangan Radio Amatur antara bangsa.
CAYO.....FCU CAYO......!!