TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Sabtu, 7 Julai 2012

HOMESCHOOL MEMBENTUK ANAK-ANAK YANG CEMERLANG



Hari ini tanggal 16 Syaaban 1443 Hijrah. Bermakna sudah sebulan setengah kami sekeluarga menjalani ibadat puasa sunat tiga bulan serangkai. Begitu cepat ruang masa berlalu meninggalkan kita. Rasanya baru sahaja memori kenduri sekeluarga sebelum bulan Rejab dimana saya ada buat entry AYAM GOLEK ISTEMEWA FCU DAN AYAM GOLEK BLACK PAPER.

Kehadrat Ilahi jua segala kesyukuran atas keizinanNya dapat berpuasa hingga ke saat ini. Kebaikan dari berpuasa sungguh dapat dirasakan samaada dari segi ruh dan jasad. Paling-paling tidak, badan bertambah sihat dan dapat dirasakan aliran darah yang lebih lancar dan pernafasan yang lebih nyaman teratur. Begitu juga dengan pergerakan badan rasa begitu ringan ( Tanpa susah payah, berat badan dah hampir mencecah berat ideal ). Segala kebas-kebas badan dan sakit tapak kaki dah hilang begitu sahaja. Betullah akan hakikat kata-kata bahawa Puasa Itu Penyembuh Penyakit. Alhamdulillah....



UNTUNGNYA HOMESCHOOL
Pada hari pertama kami berpuasa lagi, Afiqah(8 tahun) juga turut berpuasa. Pada mulanya kami tidak mahu dia ikut berpuasa kerana ini adalah ibadat sunat sahaja. Tetapi Afiqah betul-betul berhasrat untuk sama-sama join kami dan siap berpesan agar mengejutnya untuk bangun sahur, akhirnya kami mengalah berserta rasa syukur yang amat sangat. Kami tidak kejut Afiq memandangkan dia baru berumur 6 tahun. Keesokan harinya, apabila dia dapat tahu bahawa Afiqah berpuasa, dengan tegas dia minta untuk join sama. Lepas sahur (sahur lewat...selepas dia bangun pukul 10 pagi), dia pun turut sama-sama berpuasa sunat. Begitulah cara Afiq berpuasa setiap hari. Seringkali juga dia bangun sahur sebelum subuh dan solat subuh sekali. Tapi...kami tetap beri sahur keduanya lebih kurang pukul 10 pagi. Sesungguhnya Afiq rasa cukup bangga bila dia dapat sama-sama berbuka dengan ahli keluarga yang lain. Sambil itu dia akan berkata pada Alyssa yang baru mencecah usia setahun, "Why you are not fasting Alyssa?". Terkebil-kebil Alyssa yang tidak faham apa-apa pun perkataan "puasa" itu.

Begitulah fitrah kanak-kanak yang diibaratkan seperti sehelai kain putih. Mereka umpama span yang bersedia menyerap apa sahaja perkara disekeliling mereka. Afiq dan Afiqah adalah generasi FCU yang seratus peratus homeschool dari awal lagi. Mereka tidak pernah ada pengalaman belajar bersama-sama kanak-kanak yang lain di kindergarten atau pun tadika. Dengan ini pengaruh buruk dari rakan sekeliling tidak langsung mempengaruhi tindakan mereka. Yang paling untung, mereka akan mengambil segala tingkah laku serta amalan ibu bapa dan uncle-uncle sebagai rujukan untuk dipelajari.

Nah....Disinilah "KUNCI" yang perlu kita ambil segala kesempatan untuk mendidik mereka kearah menjadi muslim sejati. Kami mula melatih anak-anak berpusa sejak mereka berumur 4 tahun. Pada mulanya mereka bersahur sebaik sahaja mereka bangun dari tidur. Tak kiralah pukul berapa, biasanya 12.00 tengahari keatas. Memang meriah bila satu keluarga yang besar melakukan ibadat sunat beramai-ramai. Seawal umur 4 tahun, Hafidz sudah lekat sembahyang 5 waktu (Sembahyang ikut-ikut tanpa bacaan yang betul). Dia begitu rapat dengan abang-abang dan tidak mahu ketinggalan dalam setiap aktiviti yang mereka lakukan. Kini Afiqah pula mula berpuasa sunat bermula dari umur 8 tahun lagi. Nampaknya lebih advance dari Hafidz yang mula berpuasa sunat ketika dalam darjah 4. Begitu senang kita dapat menerapkan ibadat dalam anak-anak yang homeschool. Mereka bebas dari pengaruh kawan-kawan. Masih ingat lagi ketika Hafidz dalam darjah empat. Dia mahu ikut serta berpuasa walaupun dia terpaksa hadapi berbagai cabaran di sekolah. Cabaran itulah mematangkannya. Tahun kemudiannya, kami dah mula homeschool dan tiada lagi apa-apa masaalah dengan aktiviti sekolah mengganggu ibadat puasa Hafidz. Bukan sahaja puasa, apa-apa sahaja yang kita buat, mereka tidak akan terkecuali.

Walaubagaimanpun...Afiqah agak lewat mula solat penuh setiap waktu.Mungkin fakta dia tidak begitu rapat dengan uncle-uncle seperti Hafidz dengan abang-abangnya. Mungkin juga sebab kanak-kanak perempuan suka main-main lebih. Afiq pula...sangat rapat dengan Afiqah. Baginya Afiqah adalah kayu pengukur dan dia tidak mahu kalah dalam segenap hal dengan Afiqah. Dia juga baru sekarang mula berjinak-jinak untuk solat setelah melihat kakaknya tekun solat setiap waktu. Mungkin agak lewat dibandingkan dengan Hafidz yang bermula solat pada umur 4 tahun.



 Alyssa (1 tahun) juga ingin turut serta dalam solat berjemaah. Kami belikan mini telekung 
yang tidak panas dan membolehkan Alyssa bergerak bebas. Walaupun dia banyak 
mengganggu dari meniru, pendedahan awal sangat penting. Proses pembelajaran 
begini mengambil masa yang lama tetapi akan terpahat dalam jiwa raganya 
seumur hidup. Insyaallah...



 Kami tidak mahu paksa mereka kerana mereka masih lagi kanak-kanak namun pengaruh sekeliling telah mendewasakan mereka untuk terus maju ke depan. Begitu juga dengan Alyssa, puteri FCU yang paling kecil. Dari awal lagi dia sudah menunjukkan persaingan yang sengit dengan Afiq. Sedikitpun dia tidak mahu kalah dengan sepupunya itu baik dari segi permainan mahu pun tindakan. Apa sahaja Afiq ada, dia juga mahu memilikinya. Apa sahaja yang Afiq lakukan, seboleh-bolehnya dia juga mahu lakukan. Seringkali dia mahu menang dan bila tak menang, pasti dia menangis. Maka riuh rendahlah suasana keluarga besar FCU. Inilah nikmat Allah bila mempunyai anak yang ramai dan dididik secara Islam.


GENERASI CEMERLANG
Seringkali keputusan peperiksaan di peringkat PMR, SPM, STP dan seterusnya pencapaian ANUGERAH DEKAN di universiti menjadi kayu pengukur untuk meletakkan tahap kecemerlangan seseorang. Begitulah dunia sekular telah menerapkan pemikiran kita hingga kita sudah tidak berganjak dari keputusan penghakiman kita terhadap anak-anak. Penghakiman ini juga umpama satu penjara besi yang begitu kukuh memagari masyarakat kerana mereka yang berjaya dalam bidang akedemik biasanya dapat menempah kehidupan yang mewah dan senang lenang.

Cemerlang di sisi Allah bebas dari dipagari oleh pagar-pagar penjara besi keluli itu. Cemerlang ini adalah cemerlang yang sebenar-benarnya dan mesti digarap semula pemikiran masyarakata Islam agar nampak arah tuju sebenar kehidupan kita di atas muka bumi in. Cemerlang yang sebenar-benarnya adalah cemerlang minda dan cemerlang akhlak. Dengan itu, usaha ibubapa mestilah tertumpu kepada pembangunan kerohanian di samping kejayaan akademik anak-anak.



 Dengan bantuan alat mengajar, ibubapa tidak perlu sentiasa berada disisi anak-anak.
 Kita hanya perlu memantau dari masa kesemasa dan membimbing agar mereka dapat 
meneroka sendiri. Kemahiran belajar kendiri ini sangat penting kerana keupayaan mereka
 meneroka akan membawa mereka jauh ke depan menggali segala ilmu Allah.





Komputer adalah alat bantu mengajar yang effective jika digunakan dengan betul.
Pemantauan ibubapa dan juga disiplin sangat penting agar anak-anak tidak terus
leka dengan apa yang ditonton. Pernah satu ketika kami mendenda Afiqah untuk tidak langsungmenggunakan komputer selama 2 minggu. Ibubapa  
mesti mempunyai kuasa penuh agaranak-anak tidak jadi mangsa 
ketagihan dengan sebarang program yang disediakan.




Cooking class banyak memberi impact kepada pembelajaran homeschooling. 
Di samping mereka seronok "bermain" dengan bahan-bahan makanan, mereka 
juga memperolehi kepakaran dan keyakinan pada diri sendiri. Secara tidak 
langsung, mereka juga telah mula memegang tanggung jawab dalam keluarga 
dan mengajar mereka tidak pentingkan diri sendiri. Sememangnya banyak 
yang mereka belajar samaada ilmu mathematic, science mahupun 
creativity dalam cooking class.




Kelihatan Afiqah dan Hafidz sedang menanam herba cekur hitam di homeschooling garden. Kami telah memperkenalkan kepada mereka tentang herba-herba tempatan yang sangat berguna dalam perubatan traditional. Kami telah memperkenalkan satu lagi cabang pembelajaran FCUHOMESCHOOLING iaitu FCU MEDIC pada 3 Ramadhan 1432 dalam entry
PELANCARAN FCU MEDIC DALAM KEBERKATAN RAMADHAN. 

Sememangnya kami tiada sebarang asas dalam bidang perubatan moden tetapi kami hanyalah sebagai pembuka jalan dan berusaha sedaya yang boleh untuk mencurah ilmu perubatan yang berguna ini. Selebihnya kami menggalakkan mereka meneroka sendiri dan pasti hasilnya adalah luar dari jangkaan kita. Langkah ini sangat selari dengan perniagaan keluarga kami yang berasas kepada bahan traditional http://www.fcumiracle.com/






Ini adalah kelas pembedahan pertama FCU MEDIC dalam entry 




Kelas Astronomi juga turut diperkenalkan kepada anak-anak sebagai satu langkah 
pembelajaran semumur hidup. Sesungguhnya astronomi adalah satu ilmu yang dapat 
membuka minda kita dan membuat kita rasa tersangat kerdil dibandingkan dengan alam 
semesta. Aktiviti mencerap bintang selalu kami adakan terutamanya apabila ada 
peristiwa besar di angkasa.



Sesungguhnya homeschool adalah medan yang tepat untuk menyemai benih-benih kerohanian agar anak-anak memperolehi akhlak terpuji di sisi Allah. Dari alam kanak-kanak hingga ke alam remaja yang mencabar, segala tindak tanduk mereka adalah dalam pemantauan kita. Mereka membesar dan berkembang dengan pantas sekali. Inilah GOLDEN AGE mereka dimana sering kanak-kanak yang tersalah didik akan membesar jadi penjenayah dan sebagainya. Seringkali diwaktu golden age ini, anak-anak terpaksa berjauhan dari ibu bapa kerana mengejar kejayaan akademik. Sayang sekali....Umur mereka banyak bersama rakan-rakan sebaya di sekolah dan universiti.

Tanpa kita sedar bahawa anak-anak kita sebenarnya membesar dengan didikan rakan sebaya. Andai rakan mereka dari golongan rajin belajar dan berakhlak baik, maka baiklah mereka. Bagaimana pula sekiranya rakan mereka rosak akhlak dan kaki dadah. Boleh kita bayangkan nasib anak kita dan selalunya mereka tidak menzahir segala kepincangan itu didepan kita.

KEMANAKAH SASARAN DIDIKAN IBUBAPA
Biasanya ibubapa akan merasa lega bila anak-anak mereka sudah habis belajar samaada universiti ataupun kolej. Bagi mereka, tanggung jawab mereka sudah selesai bila anak-anak sudah berkahwin dan beranak pinak. Dari awal sewaktu anaknya masih di peringkat bayi, hanya ke tahap inilah yang mereka bayangkan. Bagi pihak anak pula, mereka rasa bahawa mereka baru sahaja habis berjuang dan pulang dengan kemenangan. Kini tibalah masanya mereka menikmati kehidupan hasil titik peluh perjuangan habis-habisan itu. Maka wujudlah satu generasi yang tidak lagi berusaha dan rasa puas hati dengan apa yang ada. Hanya segelintir dari mereka yang terus berjuang mencari kejayaan demi kejayaan untuk kebaikan manusia sejagat.

Sebenarnya perjuangan kita tidak pernah ada penghujungnya selagi nyawa dikandung badan. Titik akhir ketika nyawa diambil oleh malaikat maut adalah penentu kejayaan kita yang sebenarnya. Oleh itu sasaran ibu bapa ketika mendidik anaknya dari bayi lagi, mestilah mengambil titik noktah terakhir inilah sebagai kayu pengukur kejayaan. Kita mesti berusaha agar anak kita jadi bayi cemerlang, kanak-kanak cemerlang, ibubapa cemerlang, datuk nenek cemerlang dan akhirnya menemui Allah dalam keadaan ruh yang cemerlang. Inilah sasaran kita sebenarnya. Phasa pencapaian akademik hingga mendapat pekerjaan hanyalah sebahagian kecil dari phasa-phasa yang perlu dilalui mereka. Oleh itu janganlah kita gadaikan phasa GOLDEN AGE ini hanya untuk melihat anak kita bergaji besar dan berumahtangga. Rebutlah golden age ini walaupun dengan segala kepayahan dan pengorbanan. Homeschool memang penuh dengan pengorbanan dan kepayahan bagi mereka yang tidak bersandar usaha mereka kepada pertolongan Allah.

PERANAN PENDIDIK DALAM HOMESCHOOL
Tugas sebenar ibubapa yang homeschoolkan anak-anak ialah untuk menghidupkan api pembelajaran anak-anak. Andai kita berperanan seperti guru-guru di sekolah dan di universiti, kita mestilah mempunyai segala ilmu di dunia agar anak kita lengkap ilmunya dan setaraf dengan rakan sebaya mereka yang berjaya dalam akademik. Hanya mereka yang bergelar profesor sahaja layak untuk buat homeschool. Hakikatnya tidak begitu. Kita sebagai pendidik yang membimbing anak-anak untuk cintakan ilmu yang bermenafaat buat diri dan masyarakat. Kita nyalakan api untuk  mereka agar mereka  dapat membakar sendiri segala kemahuan dan semangat waja yang ada dalam diri seorang insan hebat ciptaan Allah. Didikan yang bersalut kasih sayang ini akan mewujudkan satu medan pembelajaran yang seluas alam.

Dalam homeschool, tiada noktah akhir tahap pembelajaran. Tiada gelaran diploma, degree, master dan PhD yang akan membatas segala usaha mereka. Selepas phasa GOLDEN AGE (dimana kita sebagai ibubapa telah menyalakan api pembelajaran dalam jiwa mereka), mereka akan terus belajar dan berjuang untuk mencapai kejayaan terunggul. Konsep inilah yang diamalkan oleh para ilmuan Islam yang terbilang hingga mereka mempelopori sesuatu bidang yang belum diterokai oleh manusia baik dalam bidang mathematik, astronomi dan juga sains. Malah The First Scientist In The World juga adalah orang Islam iaitu Abu Ali al-Hassan dalam entry
 BIOGRAPHY OF IBN AL- HAYTHAM (ALHAZEN) - THE FIRST SCIENTIST IN THE WORLD


Semoga kita semua akan dapat menjana satu generasi Islam yang unggul di akhir zaman. Generasi Islam yang akan meletak Islam kembali cemerlang demi memartabatkan kalimah Allah. Wallahualam.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...