Orang mencemuh memang ramai dan yang pandang serong tak terbilang. Bukan salah mereka....pengetahuan mereka tentang homeschooling tak wujud pun dalam kotak pemikiran. Mereka label aja yang anak kami tak sekolah dan gelap masa depan. Masa itu universiti adalah segala-galanya. Mana taknya...sesiapa yang keluar dari universiti pasti kerja hebat dan rumah besar dan kereta besar. Ekonomi tak berkembang macam sekarang. Makan gaji adalah yang terbaik. Nak cari usahawan melayu berjaya masa tu...satu dalam beribu.
Apabila anak kami yang sulung berumur 12 tahun, anak kedua 10 tahun dan anak ketiga berumur 9 tahun, kami tukar selera dengan menghantar ketiga-tiga ke sekolah kerajaan. Namun homeschooling tetap diteruskan dan jelas sekali ketiga-tiganya berjaya dengan cemerlang hingga belajar keluar negara. Seterusnya anak keempat, kelima, keenam juga menjejak kaki ke menara gading.
Bermula dengan anak ketujuh, kelapan dan kesembilan, mereka menolak tawaran ke menara gading dan meneruskan pembelajaran di FAMILY CHESS UNIVERSITI selepas form five. Kami bebaskan mereka untuk membuat pilihan sendiri walaupun ramai juga yang menganggap mereka mensia-siakan peluang yang orang lain sangat dambakan. Mereka lebih bijak dan tahu hala tuju masa depan mereka kerana bukanlah satu isu yang baru tentang berlonggok para graduan menganggur. Di FCU, mereka belajar sambil bekerja. Malah anak yang kelima turut memilih FCU sebagai tempat buat praktikal tahun akhir jurusan robotik.
.
Generasi kedua iaitu para cucunda Afiq dan Afiqah.
Hubungan adik beradik yang sangat akrab.
Alyssa sedang kusyuk membuat latihan penulisan
Adelyn adalah pelajar yang paling muda tetapi tidak mahu ketinggalan dalam
pembelajaran homeschool.
Suasana pembelajaran FCUHOMESCHOOLING
Pada permulaannya, kami ikut seperti pembelajarn sekolah biasa. Kalau tengok entri yang lama-lama dulu, ada siap dengan jadual. Oleh kerana ramai abang-abang yang berpelajaran tinggi, masaalah cikgu tak jadi hal.
Hikmahnya, pertukaran dari sekolah kerajaan kehomeschooling taklah ketara dan kedua-dua anak nampak selesa sekali. Mungkin pada permulaannya, mereka rasa akan kehilangan rakan sebaya tetapi lama kelamaan tempat yang kosong itu diganti dengan rakan yang lebih baik. Kali ini pergaulan mereka lebih meluas termasuk orang-orang dewasa. Mereka jadi cepat matang terutamanya Hafidz. Keluarga yang besar adalah satu kelebihan kepada homeschooling kerana abang dan kakak turut memberi tunjuk ajar.
Pengalaman membesarkan anak-anak yang ramai dan kini beberapa orang telah berumah tangga, membantu kami membuat kiraan campur tolak untuk memilih corak pembelajaran terbaik buat generasi homeschooling kami yang terkini. Kami tidak akan mengulangi cara yang complicated yang sekian lama kami gunakan, sebaliknya ambil yang termudah dan efektif.
Pegang kuncinya, dapatlah kita membuka pintu ilmu itu.
Pada kami kunci itu adalah kemampuan anak-anak mengajar diri sendiri. Kita tak perlu terburu-buru atau memaksa mereka sebaliknya gunakan cara saikoloji dan keselesaan mereka. Dengan cara ini, homeschooling tidak terbatas kepada ibubapa yang berpelajaran tinggi sahaja. Sesiapa sahaja boleh kerana apabila anak-anak sudah besar, mereka akan teroka sendiri. Kita hanya menyediakan segala keperluan pembelajaran dan memberi dorongan dan sokongan. Homeschooling tidak menggunakan wang yang banyak. Jadi..wang yang diperuntukkan untuk pelajaran anak-anak seperti pakaian seragam sekolah, beg sekolah, kasut sekolah, buku rujukan, yuran tambahan, bayaran tiution, tambang perjalanan ulang alik ke sekolah dan entah apa lagi...bolehlah belikan sebuah komputer untuk mereka. Jadi kita tak perlu ada segala ilmu itu untuk disampaikan kepada anak-anak. Buktinya, kebolehan anak-anak kami dalam biz video clips dan short films juga adalah melalui pembelajaran sendiri di internet.
Di samping itu kami banyak buat research tentang homeschooling di luar negara yang telah berjaya membentuk insan yang berjaya dan berakhlak. Akhirnya kami buat keputusan bahawa kedua-dua anak kami tidak perlu menduduki peperiksaan UPSR dan PMR. Mereka bebas untuk menduduki peperiksaan SPM. Hanya SPM yang laku untuk memasuki mana-mana IPT. Ataupun mereka juga bebas untuk memilih Universiti Terbuka Malaysia sekiranya mereka tidak berminat untuk menduduki sebarang peperiksaan. Kami sangat menggalakkan mereka untuk mengambil kursus-kursus pendek dalam bidang yang mereka minati dan menafaat dalam bisnes FCU seperti product berasaskan bahan natural ( http://www.fcumiracle.com/ ), dokumentari film(you tube: fcuproduction) dan bonsai.
Hikmahnya, pertukaran dari sekolah kerajaan kehomeschooling taklah ketara dan kedua-dua anak nampak selesa sekali. Mungkin pada permulaannya, mereka rasa akan kehilangan rakan sebaya tetapi lama kelamaan tempat yang kosong itu diganti dengan rakan yang lebih baik. Kali ini pergaulan mereka lebih meluas termasuk orang-orang dewasa. Mereka jadi cepat matang terutamanya Hafidz. Keluarga yang besar adalah satu kelebihan kepada homeschooling kerana abang dan kakak turut memberi tunjuk ajar.
Pengalaman membesarkan anak-anak yang ramai dan kini beberapa orang telah berumah tangga, membantu kami membuat kiraan campur tolak untuk memilih corak pembelajaran terbaik buat generasi homeschooling kami yang terkini. Kami tidak akan mengulangi cara yang complicated yang sekian lama kami gunakan, sebaliknya ambil yang termudah dan efektif.
Asas utama ialah mengajar mereka untuk mereka mengajar diri sendiri.
Ini akan membina keyakinan untuk mereka belajar sendiri dan meneroka segala ilmu yang berguna. Kemudahan internet memungkinkan impian jadi kenyataan. Sedar-sedar mereka dah pun menguasai bahasa Inggeris kerana kebanyakan artikel adalah dalam bahasa Inggeris.Pada kami kunci itu adalah kemampuan anak-anak mengajar diri sendiri. Kita tak perlu terburu-buru atau memaksa mereka sebaliknya gunakan cara saikoloji dan keselesaan mereka. Dengan cara ini, homeschooling tidak terbatas kepada ibubapa yang berpelajaran tinggi sahaja. Sesiapa sahaja boleh kerana apabila anak-anak sudah besar, mereka akan teroka sendiri. Kita hanya menyediakan segala keperluan pembelajaran dan memberi dorongan dan sokongan. Homeschooling tidak menggunakan wang yang banyak. Jadi..wang yang diperuntukkan untuk pelajaran anak-anak seperti pakaian seragam sekolah, beg sekolah, kasut sekolah, buku rujukan, yuran tambahan, bayaran tiution, tambang perjalanan ulang alik ke sekolah dan entah apa lagi...bolehlah belikan sebuah komputer untuk mereka. Jadi kita tak perlu ada segala ilmu itu untuk disampaikan kepada anak-anak. Buktinya, kebolehan anak-anak kami dalam biz video clips dan short films juga adalah melalui pembelajaran sendiri di internet.
Di samping itu kami banyak buat research tentang homeschooling di luar negara yang telah berjaya membentuk insan yang berjaya dan berakhlak. Akhirnya kami buat keputusan bahawa kedua-dua anak kami tidak perlu menduduki peperiksaan UPSR dan PMR. Mereka bebas untuk menduduki peperiksaan SPM. Hanya SPM yang laku untuk memasuki mana-mana IPT. Ataupun mereka juga bebas untuk memilih Universiti Terbuka Malaysia sekiranya mereka tidak berminat untuk menduduki sebarang peperiksaan. Kami sangat menggalakkan mereka untuk mengambil kursus-kursus pendek dalam bidang yang mereka minati dan menafaat dalam bisnes FCU seperti product berasaskan bahan natural ( http://www.fcumiracle.com/ ), dokumentari film(you tube: fcuproduction) dan bonsai.
Wallahualam bi shawab