TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Friday, February 24, 2012

SIRI 8 (BATU PAHAT) : CACATAN PENJELAJAHAN FCU KE SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA.



(GUIDANCE CORNER)
MEMORI KHAS BUAT TATAPANMU WAHAI PENJAGA LANGKAWI


SANG RAMBULAN MENJADI SAKSI

 Pengalaman indah di Machap meninggalkan kesan yang mendalam dalam sanubari. Tidur di bawah sinaran purnama yang jelas dapat dilihat dari tingkap kedua-dua wira. Sebelum mata terlelap, angin dingin malam yang menyemburkan embun jantan di hujung dedaun pokok hiasan sekitar Kawasan Rehat Machap mengulit lembut kami semua. Nikmat yang tiada nilainya kerana peluang tidak selalu datang. Ini betul-betul rasa berdagang.
Selepas solat subuh dan tanah sudah cerah, kami pun memulakan satu lagi perjalanan panjang di sepanjang Pantai Barat Malaysia. Namun berlainan sekali dengan perjalanan sepanjang Pantai Timur Malaysia dimana kami sudah tahu sedikit sebanyak agenda perjalanan. Di setiap perhentian, ada sahaja warga Kelantan dan Trengganu menyambut kedatangan kami dengan layanan yang amat istimewa dan manis sekali. Perjalanan kali ini betul-betul atas susunan Allah dan kami cuba mengintai-intai  kemanakah takdir membawa kami . GM juga menanti gerak hati kearah manakah wira-wira kami akan menyusur jalan.

PENGGUNAAN GPS OLEH PELAJAR FCUHOMESCHOOLING

Akhirnya intaian kami bersuluh bila GM mengarahkan GPS diamati ke arah Batu Pahat. Kalau dahulu, pembelajaran penggunaan GPS hanyalah secara teori sahaja kerana pelajar FCUHOMESCHOOLING jarang keluar ke tanah besar. Malah semasa dalam perjalanan sepanjang Pantai Timur juga, GPS tidak kerap digunakan  kerana jalan rayanya tidak bersimpang siur seperti di sepanjang Pantai Barat Malaysia.

Kalau dahulu, pengembara perlu berhentikan kereta untuk bertanya arah kepada penduduk tempatan. Dengan teknoloji canggih, hanya jari jemari memainkan peranan pada iphone. Segalanya tertera dengan jelas dan kedudukan terkini wira-wira dapat dilihat menyusur jalan-jalan kerdil di atas screen iphone. Pembelajaran homeschool dalam musafir ini memang seronok. Terutamanya bagi pelajar homeschool kami yang baru sahaja belajar cara trak kedudukan dan kemana arah dituju.

PEMBELAJARAN DI SEPANJANG MUSAFIR PANJANG:

1) Penggunaan teknologi moden GPS di iphone.




2) Mengenal tanda-tanda jalan di sepanjang perjalanan di jalan raya.


     Inilah antara tanda-tanda jalan yang telah dirakam oleh Hafidz ketika wira-wira kami menyusur dalam perjalana di Pantai Timur. 

EXIT 1505 adalah Expressway exit number bagi  
Persimpangan Tasik Mengkuang



 

EXIT 1715 adalah Expressway exit number untuk Highway 
Pasir Gudang.










P129 di papan tanda di dalam gambar di atas adalah state route numbers bagi negeri
PULAU PINANG


3) Memahami simbol jalan raya di Malaysia





Apabila anak-anak sudah tahu erti simbol-simbol di sepanjang jalanraya, mereka tertunggu-tunggu untuk melihat simbol-simbol ini ketika wira-wira kami meluncur laju. Masing-masing cuba memberi jawapan yang betul. Yang paling teruja ialah Afiqah dan Afiq. Mencari simbol ini menjadi satu aktiviti yang menyeronokkan bagi mereka.


4) Mengenal pasti tempat penginapan, bandar dan jalan-jalan yang dilalui yang tertera di dalam peta di goggle map. Peta adalah umpama sahabat karib kepada perjalanan ini. Tanpa peta, pengembara bagaikan buta, tidak dapat mengetahui lokasi mereka. Biasanya sebaik sahaja kami sampai di mana-mana homestay, aktiviti membaca peta pasti tidak ketinggalan. Semoga tempat-tempat yang sudah kami berkunjung akan terus kekal dalam ingatan mereka dan menjadi satu memori yang indah dalam hidup mereka.


PANTAI MINYAK BEKU

Pertama sekali, pastilah kami mencari-cari tempat penginapan untuk melabuhkan segala barangan dan meregangkan segala otot-otot setelah sekian lama berada dalam perut wira-wira jagoan kami. Sudah tentu tempat pelancongan di tepi pantai menjadi pilihan. Akhirnya GM memilih untuk bertamu di Pantai Minyak Beku.Tertanya-tanya para pelajar homeschool kami akan nama unik ini. Bermacam-macam spekulasi dari para pelajar homeschool hingga tersengih-sengih kami semua dibuatnya. Ada yang kata sebab minyak jadi beku pada malam Lailatul Qadar. Ada yang kata glasier sesat ke Batu Pahat dan menyebabkan minyak kapal jadi beku. Macam-macam.....

SEJARAH BATU PAHAT
Asal usul nama Batu Pahat disusur kembali melalui legenda abad ke-15 apabila tentera Siam menyerang tempat batu yang dipahat di kampung Minyak Beku bagi mendapatkan bekalan air bersih semasa pengunduran mereka. Ketika itu, mereka sedang dikejar oleh tentera Melaka pimpinan Tun Perak, bendahara dari kerajaan Kesultanan Melayu Melaka. Pada tahun 1456, tentera Siam yang dipimpin oleh Laksamana Awi Di Chu telah menduduki Batu Pahat dahulu sebelum menyerang Melaka. Menurut kisah lain, selepas Portugis menduduki Melaka, dipercayai bahawa batu-batu granit yang digunakan untuk membina Kota A Famosa diperoleh daripada muara Sungai Batu Pahat. Maka bandar Batu Pahat mendapat namanya daripada "batu yang dipahat" di muara itu.
PERIGI BATU PAHAT terletak di Kampung Minyak Beku
( sumber: goole )


BANJIR KILAT AIR MASIN

Kami check in RESORT PANTAI MINYAK BEKU pada 9.15 pagi. Sebaik sahaja wira-wira kami masuk ke perkarangan resort, kami semua terkejut kerana sebahagian jalanraya dinaiki air termasuk tempat letak kereta. Tak mungkin banjir telah melanda kerana kami bukan berada di Pantai Timur dan cuaca di kawasan ini tidaklah hujan. Kebingungan....Suasana di sekeliling masih lengang kerana masih awal pagi dan kebanyakan penghuni resot ini sedang beristirehat di kamar masing-masing. Akhirnya kami mendapat penjelasan dari pihak pengurusan resot bahawa ombak besar telah melanda dan air yang diharungi oleh wira-wira kami adalah air laut. AIR LAUT ????  Nampaknya kami kena mandikan wira-wira kami secepat mungkin agar tak berkarat. Kami masih tidak mencium sebarang bala petaka berkaitan air ombak besar itu kerana situasi begini sering berlaku di kampung halaman kami di Langkawi ( STATION 1 FCU ). Kiranya normal untuk sekali sekala ada air laut pasang hingga ke halaman rumah kerana rumah kami terletak di tepi laut. Sebenarnya hal ini jarang berlaku di RESORT PANTAI MINYAK BEKU !!!


Bonsai-bonsai yang kami kutip di sepanjang perjalanan Pantai Timur diletak di halaman chalet agar dapat sinaran matahari. Setelah puas berehat dan makan tengahari, kami pun mula meronda-ronda di sekitar Pantai Minyak Beku. Resort ini terletak tidak jauh dari pantai dan berhampiran dengan TERMINAL FERI MINYAK BEKU.



Inilah medan selera di Pantai Minyak Beku yang masih lengang ketika ini. Waktu ini jam baru pukul 4.30 petang. Medan selera ini akan penuh dengan pengunjung apabila malam menjelang tiba hinggalah kepagi. Suasana lengang  begini sangat sesuai buat kami sekeluarga. Adalah privacy untuk buat macam-macam aktiviti.



Aktiviti yang paling seronok bila berkelah bersama keluarga ialah BBQ. Kali ini kami panggang ayam, sotong dan kerang. Tempat membakar tu....kami sewa dari salah seorang pemilik gerai di medan selera dengan harga RM30. Kami cicah dengan cili sos sebab tak ada kemudahan nak buat pencicah lain. Namun begitu, rasanya sangat sedap...terutamanya bila perut sudah lapar. Alhamdulillah.....



Makan panas-panas memang sedap. Apalagi bila makan beramai-ramai . Habis satu hidangan, sampai pula hidangan yang lain. Sedar-sedar, bahan yang nak dibakar pun dah tinggal sikit. Nampaknya tukang bakar juga kepanasan dan kelaparan. Sabarlah Hafidz....okey. Bagi orang lain pula jadi tukang panggang !!!




Berkelah di tepi pantai mengadap Selat Melaka. Bila cuaca sangat baik, dapat lihat kelibat Sumatera dari kejauhan. Waktu ni...jam 5.00 petang dan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Sangat nyaman sekali....


 Ayam, sotong dan kerang bakar dah habis dimakan. Perut dah kenyang dan hati sangat riang. Alhamdulillah...

Crew FCUPRODUCTION tak pernah lekang dari kamera. Baik dalam kereta, mahupun ketika makan. Segala peristiwa sepanjang perjalanan ini pasti akan dirakam untuk dijadikan video khas buat musafir panjang yang penuh erti ini. Aktiviti main sepak raga di waktu petang tak pernah ketinggalan kecuali hari hujan . Dimana sahaja perhentian, pasti tak lepas peluang untuk beriadah.


Di sinilah Alyssa mula belajar melangkah dan aktiviti ini membuat semua orang teruja. 
Dia berjaya melangkah 3 tapak tetapi masih perlu sokongan dari orang yang tersayang.




Bangunan ini adalah sebahagiana dari Terminal Feri Minyak Beku. 
Ini adalah bahagian belakang bangunan.



 Proses pembelajaran adalah satu proses yang natural sejak dari zaman Nabi Adam lagi. Bagi kami, untuk belajar kita tidak semestinya ada buku, pensel dan bilik darjah. Oleh kerana sudah terbiasa dengan cara pembelajaran dalam bilik darjah seluas alam, Afiqah hanya memerlukan laman pasir sebagai buku dan ranting kayu sebagai pensel untuk menterjemahkan apa sahaja idea dalam benak fikirannya. Memang santai !


Di belakang sana adalah laluan untuk para pengguna menaiki feri. Pembukaan Terminal Feri Minyak Beku yang bernilai RM8 juta pada Mei 2007 telah meningkatkan lagi interaksi ekonomi di antara kawasan di Koridor Pantai Barat Johor dengan Kepulauan Riau, Indonesia seperti Karimun dan Pulau Batam. Ini adalah pintu masuk yang ketiga negara di Koridor Pantai Barat Johor selepas Stulang Laut di Johor Baharu dan Jeti Kukup di Pontian. Pembukaan ini pasti menjadikan industri pelancongan mengalami perkembangan yang pesat sekali terutamanya bagi Bati Pahat.





 Pulau Karimun dan Pulau Batam adalah dua destinasi yang paling popular oleh para pengguna feri di TERMINAL FERI MINYAK BEKU. Rupanya  kedudukan STATION 2 FCU adalah lebih dekat dari terminal feri ini.


Selain dari Terminal Feri Minyak Beku, rakyat Malaysia juga boleh menggunakan khidmat Terminal Kukup di Pontian untuk ke Karimun. Pelayaran dari Terminal Minyak Beku ke Tanjung Balai Karimun akan  berlepas pada jam 10.30 pagi. Sebaliknya pelayaran dari Tanjung Balai Karimun ke Terminal Feri Minyak Beku adalah pada pukul, Pelayaran ini hanya mengambil masa 30 minit sahaja. Harga tiket laluan sehala ke Tanjung Balai ialah RM70 tetapi jika membeli tiket pergi balik, penumpang hanya perlui membayar RM95 untuk dewasa manakala untuk kanak-kanak RM35 sehala dan RM50 untuk dua hala.
 
FAKTA: Karimun







  • Bandar utama – Tanjung Balai.
  • Keluasan keseluruhan dengan 198 gugusan pulau – 7,984 kilometer persegi.
  • Kedudukan – Bersempadan dengan Malaysia dan Singapura di utara, di selatan bersempadan dengan Indragiri Hilir, di barat mengadap Bengkalis dan Pelawan dan di timur bersempadan dengan Batam.
  • Jumlah penduduk – 199,697 terdiri dari 19 etnik antaranya Melayu, Jawa, Tionghua, Flores, Batak, Minang dan Bugis.
  • Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa seharian dan Bahasa Indonesia digunakan dalam urusan rasmi.



  • Feri di atas dalam persediaan untuk mengambil penumpang mengikut 
    jadual yang telah ditetapkan.



    TSUNAMI KECIL MELANDA PANTAI TIMUR TANAHAIR
    ( AHAD )  25-12-2011
    Selepas solat Isyak, kami menonton Berita Perdana TV3 sambil makan malam. Terkedu sebentar apabila menonton peristiwa ombak besar yang melanda Kelantan dan Trengganu yang dipaparkan di screen tv. Baru
    kelmarin ( SABTU ) kami bermalam di GREENHOUSE HOMESTAY di Paka Trengganu. Jalan-jalan yang teruk di landa ombak besar baru sahaja kami lalui dan pemandangan indah pantai Trengganu masih segar dalam ingatan. Semuanya musnah...jadi padang jarak padang terkukur.

    Masih teringat  hasrat kami untuk berkhemah di salah sebuah pantai yang teruk dilanda ombak besar itu. Tujuannya adalah untuk mencari bonsai cucur atap dan bebuas yang banyak terdapat di sekitar pantai Trengganu dan Kelantan. Oleh kerana sudah ada temu janji dengan ayahanda dan bunda Alyssa, kami terpaksa lupakan hasrat untuk adveture sekeluarga itu. Alhamdulillah...Allah selamatkan kami dan sememangnya kami sentiasa berdoa agar dijauhkan segala bala petaka sepanjang perjalanan. Begitulah tersembunyinya segala hikmah disebalik segala peristiwa. Meremang bulu roma bila mengingatkan bayangan
    orang hayut dilambung ombak semasa peristiwa tsunami 2004  dulu. Pohon perlindungan dari Allah....


    BACHOK - Lebih 30 calet dan pusat peranginan yang diusahakan penduduk tempatan di kawasan sepanjang lima kilometer bermula dari pesisiran Pantai Irama hingga ke Pantai Kandis dekat sini kini diancam hakisan akibat kejadian ombak besar dan angin kencang yang melanda sejak empat hari lalu.
    Keadaan itu membimbangkan pemilik dan pengusaha pelancongan yang bakal berdepan kerugian puluhan juta ringgit sekiranya air pasang besar yang berlaku pada setiap malam itu menghakis serta merosakkan calet berhampiran dengan pantai terbabit.
    ( sumber: KOSMO )



    DUNGUN – Ribuan penduduk pesisir pantai di daerah ini panik apabila kawasan tempat tinggal mereka dipukul ombak akibat fenomena air pasang besar sejak seminggu lalu. Kesan daripada kejadian itu mengakibatkan jalan raya yang menghubungkan Pantai Teluk Lipat ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun runtuh selepas dipukul ombak besar. Fenomena luar biasa itu yang turut diibarat sebagai ‘tsunami kecil’ oleh penduduk tempatan dianggap sebagai kejadian paling buruk yang pernah berlaku di daerah tersebut. Selain runtuhan jalan raya, puluhan pokok ru di sepanjang pesisir pantai berkenaan turut menyembah bumi sehingga mengancam keselamatan penduduk setempat.
     ( sumber: KOSMO )


    PANTAI TELUK LIPAT- DUNGUN : Ombak besar membadai pantai di peraiaran pantai timur..
    antara yang teruk terjejas adalah pantai teluk lipat di dungun terengganu..
    ombak besar ini berlaku pada malam 25/12/2011..
    ombak besar yang berlaku ni adalah yang terburuk setakat ini..
     ( sumber: http://jombelajarlagii.blogspot.co )






    Sementara itu, PANTAI CAHAYA BULAN di Kelantan turut terjejas dengan fenomena bekembar itu. Ratusan pengunjung yang sedang menjamu selera, cemas apabila ombak besar melepasi benteng dan memasuki kedai makan di pesisir pantai itu malam tadi. Kejadian membabitkan 30 peniaga, kedua-selepas 2004 sewaktu Tsunami melanda Asia. Fenomena air pasang besar selama tiga jam, menyebabkan rata-rata kedai dimasuki air setinggi 0.3 hingga 0.5 meter.
    ( sumber: KOSMO )



    ( 26-12-2011 )
    Bermalam di RESORT PANTAI MINYAK BEKU.
    Hening malam....bertemankan bacaan ayat suci Al- Quran ,saat melelapkan mata dan diulit mimpi yang indah. Mimpi yang membuat kita segar keesokan hari. Esok pasti ada perhitungan. Kearah mana dan di bumi manakah yang bakal kami bertamu. Cuba-cuba mengintai aturan Allah.


    Sunday, February 19, 2012

    SIRI 7 (MACHAP) : CACATAN PENJELAJAHAN FCU KE SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA.



    (GUIDANCE CORNER)
    MEMORI KHAS BUAT TATAPANMU WAHAI PENJAGA LANGKAWI


    MUSAFIR YANG PENUH ERTI

    Penjelahahan FCU ke seluruh semenanjung Malaysia ini bukanlah seperti satu percutian keluarga seperti lazimnya. Musafir panjang ini telah dirancang dengan teliti oleh GM sejak dari awal lagi. Inilah masanya kami semua berada dalam suasana di luar kotak kebiasaan kehidupan seharian. Tiada lagi rutin yang mengikat diri pada kebiasaan.

    Sebahagian besar ruang masa adalah di dalam wira-wira yang meluncur di jalanan. Inilah masanya untuk banyak berfikir tentang Pencipta Alam Semesta, mengenal diri sendiri, bertaubat, mencari hikmah bagi setiap peristiwa di sepanjang perjalanan, berzikir dan bermonolog. Kuliah demi kuliah menyerikan setiap persinggahan kami untuk menambah ilmu dan tarbiyah diri. Di mana langit dijunjung, di situlah kami mendirikan solat sebaik azan berkumandang. Hanya setinggi- tinggi
    kesyukuran di atas segala nikmat Allah. Terlalu indah setiap detik berlalu bila minda sentiasa mengingati Allah. Itulah janji Allah. Tiadalah kudrat kita melainkan dengan izinNya jua segala apa yang berlaku.

    PENYERAHAN SECARA TOTAL

    Suasana di STATION 2 FCU kembali meriah sebaik sahaja kami tiba. Aktiviti seterusnya ialah masak beramai-ramai dan makan beramai-ramai. Inilah antara nikmat kurnian Allah bila mempunyai keluarga yang besar. Namun, GM sentiasa mengingatkan kami bahawa STATION 2 FCU hanyalah salah satu persinggahan sama seperti homestay-homestay lain yang pernah kami huni. Malah STATION 1 FCU di Langkawi juga adalah satu persinggahan. Tiada rasa pemilikan kerana semuanya adalah milik Allah. Kita hanyalah orang dagang dalam perjalanan menuju Ilahi. Indahnya orang dagang ialah tiada istilah REHAT dalam kehidupan seharian. Minda sentiasa bergerak dan menjadi orang baru setiap hari dengan prestasi yang lebih baik.

    Detik jam 12.00 tengahmalam - 25.12.2011 , arahan dikeluarkan oleh GM untuk bersiap serta merta. Kami menukar pakaian sepantas yang mungkin dan mengangkut segala barangan dan peralatan kemera agar tiada satu pun tertinggal. Siapa lambat pasti akan ditinggalkan. Umpama dalam peperangan, kepantasan dan ketepatan sangat dititik  beratkan. Tiada keluh kesah mahupun rungutan kerana KAMI DENGAR DAN KAMI PATUH.

    Tepat 12.45 tengahmalam, kami kembali berada di dalam perut wira-wira yang baru sahaja menikmati pelabuhan yang selesa di Pasir Gudang. Mereka begitu setia berkhidmat tanpa mengira waktu. Kami kembali menyusur jalanan, tanpa mengetahui kemanakah destinasi seterusnya. Hanya berserah kepada Allah. Semua yang berlaku pasti penuh dengan hikmahnya. Yang pasti ialah untuk membentuk jiwa yang kuat dan diri yang lasak.
    Akhirnya kami sampai di Kawasan Rehat dan Rawat Machap. Di sinilah kami tidur seketika di dalam kereta kerana menjelang pagi, pasti akan meneruskan perjalanan lagi. Semasa dalam perjalanan,  kami ditegah untuk tidur mahupun tertidur. Mata mesti terus berjaga untuk minda terbuka dan menikmati setiap detik perjalanan. Adalah kerugian besar andai diulit mimpi di sepanjang musafir yang penuh keberkatan ini.


    Perhentian ini sangat selesa dan penuh dengan kemudahan asas para pengguna.



    Memang cantik dan menarik


    Alhamdulillah, tiada rasa keluh kesah malah pengalaman baru ini  begitu berharga kerana peluang yang ada tidak akan selalu menjadi milik kita. Inilah baru ada "adventure" dan hidup pasti lebih bermakna. Malah ketiga-tiga cucunda ( Afiq, Afiqah dan Alyssa ) juga faham bahawa mereka berada dalam satu misi penting yang perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

    WAHAI PENJAGA LANGKAWI YANG DI TINGGALKAN.
    KALIAN SENTIASA BERSAMA KAMI DAN PASTI MEMPEROLEHI APA YANG KAMI PEROLEHI. DOAKANLAH KAMI WAHAI PENJAGA YANG HEBAT DAN YANG DIBANGGAKAN.

    Wednesday, February 15, 2012

    SIRI 6 (PASIR GUDANG) : CACATAN PENJELAJAHAN FCU KE SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA.


    (GUIDANCE CORNER)
    MEMORI KHAS BUAT TATAPANMU WAHAI  PENJAGA  LANGKAWI

    Sudah 4 hari kami meninggalkan Langkawi. Walaupun setiap saat kami makin menjarak dari 99 kepulauan yang indah itu, hati-hati kami sentiasa membawa Langkawi bersama terutamanya dalam doa yang tak pernah putus. Ada dua orang pahlawan yang hebat yang terpaksa kami tinggalkan nun jauh di sana. Merekalah penunggu Langkawi yang kami pertaruhkan segala urusan perniagaan FCU dan juga menghidupkan STATION 1 FCU.
     
    Sungguh besar tugasan yang diamanahkan dan mereka telah melaksanakan dengan baik sekali. Walaupun jauh di mata tetapi kami sentiasa berhubung terutama bila sampai di mana-mana homestay. Terima kasih kepada Skype kerana jarak sudah tak menjadi halangan untuk bercakap 4 mata.

    Pasti sekali, segala penceritaan dalam CACATAN PENJELAJAHAN FCU KE SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA adalah khas buat tatapan pahlawan-pahlawan ini dan juga pembelajaran homeschool kami.

    STATION 2 FCU

    Kip Mart Masai adalah destinasi seterusnya sebelum kami sampai ke station kedua. Pasaraya ini sangat menarik dan cukup besar untuk memenuhi segala keperluan pengguna.


    Suasana ceria menyambut kedatangan kami


    Sudah lama tak masak makanan kegemaran kerana asyik makan diluar sepanjang musafir di Pantai Timur.
    Tidak melepaskan peluang membeli barang runcit keperluan seharian.


    Wah...rupanya di bahagian selatan tanahair sedang dalam musim buah-buahan. Memang murah harga durian di sini jika dibandingkan dengan Langkawi. Apalagi....angkutlah untuk kenduri sekeluarga.


    Memang menarik Sweet Hut ini. Para pelanggan terpaksa beratur untuk mendapatkan minuman kegemaran mereka.


    Food Courtnya juga sangat besar dan selesa dengan aneka pilihan makanan



    Ini adalah kali pertama aku menjejakkan kaki di Station kedua yang beroperasi sudah hampir 3 tahun. Ahli-ahli yang lain dah beberapa kali ke sini atas urusan tertentu. Sering mereka bertukar ganti tinggal di sini. Ayahanda dan bunda Alyssa adalah wakil kami untuk menghidupkan station kedua ini.




    Memang jauh sekali bezanya dengan suasana STATION 1 FCU di Langkawi, umpama bumi dengan langit namun fungsinya adalah sama. Kalau di Langkawi dikelilingi oleh hutan bakau, laut dan pulau, Pasir Gudang pula di kelilingi oleh hutan batu batan. Masyarakat di sini juga jauh bezanya dengan masyarakat Kampung Bakau yang penuh kemesraan persaudaraan. Di sini, pintu pagar sentiasa berkunci dan akan hanya dibuka bila kereta empunya rumah keluar dan masuk. Nak tengok kelibat orang pun susah. Para penghuni sangat sibuk mencari duit dan rumah adalah tempat berehat seketika. Mereka tidak mahu diganggu dan begitu juga tidak berhasrat untuk menziarah. Paling-paling mesra, angkat tangan dari jauh bila terserempak jiran sebelah. Jiran sebelah rumah kami adalah Melayu, jiran depan rumah adalah Cina dan India. Masyarakat majmuk ini hanya kenal sekali lalu sahaja antara satu sama lain.

    Dinding rumahnya penuh dihiasi dengan cermin-cermin yang tidak nampak kelibat penghuninya dari luar. Ia juga kedap bunyi. Apalagi....pertama kali di sini, terasa seperti berada di taman tanpa penghuni. Untuk melihat kelibat kanak-kanak dan remaja juga gagal..Oh! Rupa-rupanya kebanyakan penghuninya adalah pasangan muda seperti ayahanda dan bunda Alyssa. Patutlah...tak nampak kelibat kanak-kanak.

    Inilah hakikat kehidupan di bandar. Masing-masing dengan kehidupan mereka tersendiri. Apa yang terjadi pada kita, tiada siapa pun tahu. Kehidupan begini terasa sangat asing dengan kehidupan kami di Langkawi. Taman ini juga mempunyai security guard untuk para penghuninya. Di pintu masuk juga ada security guard yang hanya akan melepaskan mereka yang ada pas penghuni sahaja. Ini bermakna keselamatan penghuninya memang terjamin, Insyaalah. Kalau ada apa-apa, hubungi saja security. Mereka tidak perlu pada budi baik jiran lagi. Patutlah....masing-masing bawa hal.


    STATION 1 FCU
    Dari satu sudut begitulah pemerhatiannya. Bila dilihat dari sudut yang berbeza, ada banyak kebaikannya pula. Disini, kita disekelilingi dunia profesional. Kebanyakan penghuninya adalah mereka yang pakar dalam bidang masing-masing baik dari ahli perniagaan, jurutera dan sebagainya. Auranya memang membawa kita kearah lebih profesional. Etika kerja kita juga perlu berubah dari gaya kampung ke gaya international yang memerlukan disiplin dan ilmu yang tinggi. Aura dan semangat tempat memang mampu mengubah pendirian kita untuk terus meningkat lebih berjaya.
     
    CAYO ...FCU CAYO...


    DEAR READERS!! 
    YOUR POSITIVE COMMENTS ARE HIGHLY APPRECIATE. 
    ♥♥♥ FCU MALAYSIAN HOMESCHOOLING ♥♥♥

    Sunday, February 12, 2012

    SIRI 5 (PAKA) : CACATAN PENJELAJAHAN FCU KE SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA.



    (GUIDANCE CORNER)
    MEMORI KHAS BUAT TATAPANMU WAHAI  PENJAGA  LANGKAWI


    SIAPAKAH PENGASUH AMAZING ALYSSA?
    Amazing Alyssa 10 bulan
    Siapakah gerangan orang yang sedang menanti kami di pertengahan jalan hingga kami terpaksa bergegas agar janji temu dapat dilaksanakan. Sedangkan lambaian Kelantan dengan bonsai yang belum habis kami terokai terpaksa kami ucap selamat tinggal. Sedangkan banyak lagi pantai-pantai indah Kelantan dan Trengganu yang kami lalui terpaksa dipandang sekilas lalu sahaja. Sememangnya kami sangat bergegas agar kami sampai tepat pada waktunya.
    Orang yang istimewa itu adalah ayahanda dan bonda Amazing Alyssa yang sedang menunggu kami di Paka. Kedua-dua mereka adalah jurutera yang berkhidmat dalam badan swasta berkaitan dengan petroleum. Hari ini Jumaat 23.12.2011 adalah hari terakhir kursus yang mereka hadhiri. Pasti mereka sangat merindui Alyssa yang sudah 2 minggu tidak dibelai.

    Alyssa dilahirkan di Langkawi dan berpisah dengan ibunya setelah ibunya kembali bertugas. Setiap minggu,  mereka akan terbang ke Langkawi untuk menatap belai Alyssa tersayang. Kadang-kadang, terpaksa ditangguh jadi 2 minggu kerana kesibukan tugasan jurutera yang dipikul. Sememangnya ibu Alyssa sudah bersedia untuk berhenti bekerja agar dapat menjaga Alyssa sepenuh masa. Alternatif kedua ialah mencari pengasuh untuk Alyssa agar bondanya dapat terus bekerja dan menjaga Alyssa selepas waktu kerja seperti yang dilakukan oleh kebanyakan pasangan muda.

    Namun....tidak sesekali akan kami serahkan Alyssa kepada pengasuh. Pemantauan yang sangat teliti telah dibuat sejak hari pertama bondanya tahu akan kewujudan Alyssa dalam rahim. Pemantauan dari hari kehari, pemantauan  pemakanan yang terbaik untuk bonda Alyssa (badam, susu, buah delima, kekacang, buah dan sayur) , amalan bonda Alyssa yang terbaik dari segi kerohanian( zikir) mahupun fizikal (latihan matematik yang mencabar) dan sajian pendidikan awal dalam rahim buat Alyssa. Pusingan khatam Al-Quran yang berkali-kali memang yang paling istimewa dapat kami berikan pada Alyssa sejak dari rahim lagi. Sebaik sahaja Alyssa lahir di dunia, pendidikan dan sajian kerohanian ini mesti diteruskan dengan lebih mendalam lagi agar Alyssa jadi khalifah cemerlang.

    Saat indah bersama ayahanda dan bonda. 






    Pengasuh manakah yang dapat menyambut cabaran ini? Pengasuh manakah yang dapat memberi kasih sayang yang sepenuhnya demi perkembangan emosi, akal dan jasmaninya? Pengasuh manakah yang dapat faham hala tuju seperti yang kami idamkan? Pengasuh manakan yang dapat membiasakan penggunaan lebih dari satu bahasa sekali gus agar dengan sendirinya Alyssa menguasai semuanya melalui pembesaran dari masa kesemasa. Contohnya pada Afiqah dan Afiq yang sudah menguasai dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris tanpa terpaksa diajar. Kedua-dua bahasa itu larut dengan sendirinya melalui percakapan sejak dari bayi lagi. Bahasa ketiga dan keempat menyusul perlahan lahan agar mereka tidak rasa tertekan. Kami dah mula memperkenalkan Mandarin dan Korea secara fun and easy. Kesannya memang menakjubkan. Mereka akan bertanya apa nak kata "makan" dalam Mandarin atau Korea. Sebolehnya kami sangat teringin memperkenalkan Bahasa Arab tetapi sedihnya kami juga jahil. Insyaallah...Bahasa Al-Quran ini akan diterokai juga sebab memang tiada alasan untuk mengatakan tidak berupaya. Bila mahu...mesti ada jalan dan kejayaan !!!
    Oleh kerana FCU mempunyai ramai ahli yang berkelayakan, akhirnya Alyssa bersama kami di Langkawi. Ibunya juga ada misi untuk mengaut sebanyak mungkin kepakaran dan pengalaman agar dapat digunakan apabila menjadi ibu yang bekerja dari rumah kelak. Segala kemahiran seorang jurutera yang berjaya tidak akan disia-siakan begitu sahaja setelah berhempas pulas untuk menguasainya bertahun-tahun.

    KEINDAHAN LAUTAN YANG BERGELORA

    (23.12.2011)
    Setelah bermalam semalaman di Kampung Batu Berakit, Maras, kami memulakan perjalanan ke Paka pada pukul 1.15 tengahari. Wira-wira kami menyusur Merchang, Marang, Dungun dan akhirnya sampai di Paka.Perut kami yang diisi dengan nasi dagang hidangan isteri saudara Lan semasa makan pagi mula meminta lagi. Saudara Lan seisi keluarga turut sama mengiringi kami hingga ke Paka. Allah telah mempermudahkan urusan kami mengangkut bonsai-bonsai yang kami kumpul di sepanjang perjalanan dari Kelantan dan Trengganu setelah saudara Lan sanggup menghantarnya hingga ke Paka. Bonsai ini kelak akan dipindah ke kereta ayahanda Alyssa. Alhamdulillah....bonsai-bonsai ini adalah antara misi kami dalam musafir panjang ini.



    Menjamu selera di sebuah restaurant Nasi Kukus di Paka. Selain nasi kukusnya yang sedap, hiasan tempat duduk pelanggan juga amat menarik seperti khemah kenduri.




    Meraikan keluarga saudara Lan yang telah bersusah payah menyertai kami dari Maras hinggalah ke Paka, semata-mata untuk menghantar bonsai-bonsai kami.


    Nasi Kukus Paka



    Tanda A menunjukkan kedudukan bandar Paka



    Setelah memasukkan segala barangan kami ke Green Homestay, kami kembali menyusur pantai Paka.
    Kecantikan pantai sepanjang negeri Trengganu memang tak dapat dinafikan. Oleh kerana sekarang adalah musim tengkujuh, ombaknya memang nampak ganas sekali menghempas pantai. Andai kita masuk ke gelanggangnya, pasti di tarik ke tengah lautan. Namun begitu, suasana garang air laut menambah exotic lagi pemandangan pantainya. Masyaallah..ciptaan Allah yang maha agung!!!

    Menikmati keindahan pantai Paka sambil menunggu hidangan kerang bakar dan keropok lekor yang sedang disediakan oleh pemilik gerai


    Sungguh sedap kerang bakar apabila dimakan semasa masih panas. Begitu juga dengan keropok lekor yang cukup terkenal di Trengganu. Apalagi...berpinggan-pingganlah kami order hingga bil mencecah seratus ringgit lebih. Keluarga saudara Lan juga turut meriahkan kenduri ini.



    Pemandangan exotic pantai Paka. Deruan ombak mengganas menghempas pantai dan langit yang agak mendung tanpa hujan, mencipta satu pemandangan yang sangat unik dan membawa satu perasaan yang sukar ditafsirkan. Hai...dah jadi muda teruna rupanya si Hafidz nih..Cepat sungguh detik jam berlalu. Semoga Allah menjadikannya seorang khalifah yang cemerlang dunia dan akhirat. Amin....



    Kami tidak mandi laut, sebaliknya bermain dengan ombaknya yang bagai mahu menelan sesiapa sahaja mendekatinya. Setidak-tidaknya kami cuba mendekati ombak yang sedang gah berdiri.


    Sebaik sahaja ombak meluahkan buih putihnya mengejar pantai, berkejaran kami meninggalkan pantai agar tidak basah. Sesiapa yang basah kakinya dikira kalah. Memang seronok  permainan ini. Teringat zaman kanak-kanak di Pantai Irama Bachok.



    Afiq dan Afiqah hanya memandang dari jauh. Demi keselamatan, mereka tidak dibenarkan mendekati
    lautan yang bergelora itu.


    PAKA BANDAR LOJI PENAPIS MINYAK

    (24.12.2012)
    Kami keluar dari Green Homestay pada pukul 8.55 pagi. Selepas menikmati nasi lemak, kami pun memulakan perjalanan  meneroka bandar Paka.
    Tanda B menunjukkan CIMB Bank Paka dimana di belakangnya terdapat julangan api yang besar dari sebatang paip yang tinggi.

    Julangan api ini sudah kami nampak dari jauh. Pelajar FCUHOMESCHOOLING sungguh teruja melihat api  tersebut yang bagaikan obor sukan gergasi. Berbagai-bagai soalan mereka tanya berkenaan api tersebut. Alhamdulillah...ada 2 orang jurutera (ayahanda dan bonda Alyssa) yang tahu pasal petroleum untuk menjawab segala soalan.

    Pemandangan sekitar julangan api yang menjadi perhatian  anak-anak.


    Pemandangan dari udara sekitar Paka bandar Loji Penapis Minyak.
    (sumber dari google)

    Bandar loji penapis minyak banyak memberi kesan kepada Afiq. Tak habis-habis bertanya dan kadang-kadang pertanyaan yang sama walaupun sudah dijawab berkali-kali terutamanya jawapan tersebut tidak memuaskan hatinya. Ada juga soalan yang tak masuk akal seperti cerita fantasi.
    Banyak yang Afiq belajar dari pemerhatian alam sekeliling. Selain sering bertanya, Afiq juga suka mencoretkan apa yang ada dalam minda pada buku catitannya. Berbagai-bagai bentuk lukisan menterjemahkan pemikiran kreatifnya.


    Afiqah juga menunjukkan peningkatan yang ketara. Sebagai seorang yang aktif, keterbatasan pergerakan dalam kereta membuat dia lebih banyak meluahkan kreativiti ke atas kertas. Sekejap saja dia dah habiskan sebuah buku catitan. Memang kena sediakan banyak buku untuk mereka berdua.

    PEMBELAJARAN HOMESCHOOLING DI SEPANJANG MUSAFIR INI
    1) Menyenaraikan negeri-negeri pengeluar minyak selain dari Trengganu. (Sabah, Serawak dan Kelantan)
    2) Menerang secara ringkas proses penapisan minyak.
    3)Bincang kesan negatif loji penapis minyak kepada alam sekitar. (Bagaimana udara boleh tercemar)
    4)Bincang kesan positif loji penapis minyak kepada ekonomi setempat dan negara. Afiq kata nak beli jet angkasawa kalau dia miliki loji ini. Tak payah beli minyak. Afiqah pula nak beli all girlish things. Hafidz pula nak travel satu famili ke serata dunia. Amin...Insyallah boleh. Pasang niat dan doa dan yakin seratus peratus. Pasti jadi walaupun seribu tahun menunggu!!!

    5)Penyakit yang berkaitan dengan pencemaran udara seperi barah paru-paru. Masing-masing dah mula nak cari mask agar tak terhidu pencemaran semasa menyusur loji penapis minyak Paka. Macam-macamlah.....

    Selepas Paka, kami memasuki bandar Kerteh yang juga merupaka bandar loji penapis minyak. Kedua-dua bandar ini memang unik dan berbeza dengan bandar-bandar lain yang telah kami lalui.


    Setibanya di Pekan Pahang, semua orang dah lapar.Ditepi muara sungai inilah kami menjamu selera ikan patin sungai masak tempoyak dan gulai kari ikan merah



    Semasa menunggu makanan yang diipesan, Alyssa menggunakan ruang atas meja untuk bermain-main. Sememangnya dia sangat bertuah kerana telah berpeluang melihat alam yang luas ini sejak dari kecil lagi. Kecerdikannya memang terserlah dan cepat meniru dan faham  apa yang kita ajarkan. Alhamdulillah...


     Kami tiba di Mersing pada pukul 3.45 petang

    Nama Mersing cukup popular terutamanya pada golongan orang lama.Terdapat sebuah filem melayu bertajuk "Sri Mersing" (1961) (arahan Salleh Ghani) yang mengambil nama lokasi ini di mana pelakon utama ialah Nordin Ahmad, Roseyatimah, Mustafa Maarof dan Rosnani Jamil. Filem ini menunjukkan bahawa penduduk asal Mersing dahulu kala berasal daripada negeri Terengganu. Ini dibuktikan dengan terdapatnya beberapa kampung yang mempunyai penduduk yang fasih berbahasa Terengganu dan mengusahakan perniagaan keropok lekor ikan. Anda juga terasa janggal ketika berkomunikasi dengan penduduk tempatan yang bertutur loghat Terengganu. Terdapat satu babak akhir dipaparkan dalam filem Sri Mersing yang berlatarbelakang Pulau Batu Cawan di muara Sg Mersing yang menjadi tanda di pintu masuk laluan air dari arah laut.

    Bahagian Pertama dari filem Melayu "SRI MERSING"


    Kami sempat membeli beberapa batang lemang buluh dan rendang daging yang dijual ditepi lebuh raya  antara Mersing dan Kota Tinggi.




    Pasir Gudang adalah destinasi kami seterusnya dan sangat istimewa kerana ia merupakan 
    STATION 2 FCU.

    HOME SWEET HOME

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...