TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
HAFIDZ YOUNG SCIENTIST

I am Hafidz, the young scientist.This blog is about my exciting homeschooling journey.It will remains as my sweet memories forever. Glad to share the special moments with you !!!


Friday, February 22, 2013

ASAM GARAM FCU HOMESCHOOLING




Bermula pada tahun 1980, FCU HOMESCHOOLING terus mara ke hadapan dan menjadi resmi pada penghujung tahun 2009 apabila kami memohon dari pihak Kementerian Pejaran Malaysia. Contoh surat permohonan untuk homeschooling itu ada dalam entry 

A LETTER TO MINISTRY OF EDUCATION

Ketika itu kami mempunyai 4 orang pelajar iaitu Tajrid(14), Hafidz(10), Afiqah(6) dan Afiq(4). Allah menambahkan rezeki kami dengan kehadhiran Alyssa pada tahun 2011 dan kehadhiran Adelyn pada 2012. Syukur ke hadrat Illahi kerana pelajar kami sudah meningkat kepada 6 orang.

Sepanjang kami membuat homeschool ini, ramai juga orang bertanya tentang pengalaman kami dalam mengendalikan pembelajaran anak-anak di rumah. Yang terakhir ialah pertanyaan dari ahli blogger kita dalam entry HOMESCHOOLING CARA FCU. Semoga paparan tentang pengalaman kami yang tidak seberapa ini dapat sama-sama kita mertabatkan homeschooling di Malaysia.

KEPERLUAN ASAS UNTUK HOMESCHOOLING
Keluarga kami yang besar adalah merupakan satu bonus dalam pembelajaran di rumah. Kehadhiran cucunda tersayang memeriahkan lagi institusi homeschool kami. Ini tidak bermakna mereka yang mempunyai keluarga yang kecil  tidak akan berjaya. Masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.

Yang paling ketara apabila kami memberhentikan Tajrid dan Hafidz dari persekolahan biasa ialah dari segi keewangan. Biasanya apabila menjelang tahun baru saja, ratusan wang perlu di sediakan untuk membeli uniform baru, beg baru, buku bacaan dan buku latihan. Ini belum lagi peruntukan untuk bayaran tuition dan sebagainya. Homeschool memang menjimatkan wang dan masa kerana tidak lagi perlu menghantar dan mengambil anak ke sekolah. 

Kami tidak mempunyai bilik khas untuk pembelajaran. Biasanya kami belajar di depan komputer di ruang tamu. Sering juga ruang dapur menjadi bilik darjah terutamanya untuk Cooking Class. 




Peluang mengajar Sains kepada anak-anak diambil sebaik mungkin 
ketika cooking class. 




Afiqah dan Afiq belajar tentang kelebihan perubatan yang Allah 
berikan kepada perbagai jenis batu batan hiasan dalam pelajaran Geography. 
Homeschool memberi peluang kepada mereka untuk meneroka apa sahaja.




Hafidz dan Afiqah menanam halia dalam  kelas Medic. 




Medic class banyak mendedahkan mereka akan khasiat setiap ulam-ulaman yang 
kami makan seharian. Mereka sedang menanam cekur hitam yang sangat tinggi
nilai perubatan terutamanya bagi wanita baru bersalin.


Selain itu Bonsai Garden dan Backyard juga adalah merupakan makmal besar untuk pelajaran Sains. Alam persekitaran homeschool kami yang merupakan hutan Bakau dan lautan luas sangatlah  membantu pembelajaran homeschool. Kami banyak mendedahkan anak-anak kepada pembelajaran alam semulajadi dalam usaha untuk mereka mengenal dengan sebenar-benar kenal Tuhan yang mencipta seluruh alam ini. Pembelajaran kerohanian ini tidak mungkin kita perolehi di mana-mana sekolah atau universiti melainkan di tempat mengajian sufi sahaja. Inilah faktor yang paling besar mengapa kita perlu homeschool anak-anak kita agar kehidupan di dunia ini tidaklah sia-sia, malah menjadi jambatan untuk terus ke akhirat. 





Kami sering membuat kelas pagi di backyard kami yang mengadap laut. 
Selain menghirup udara laut yang segar, mereka juga dapat kebaikan matahari pagi.


Keperluan asas yang lain ialah sebuah white board, peta-peta, globe dan beberapa peralatan musik seperti piano, drum, gendang dan recorder. Kami hanya membeli buku rujukan bagi setiap pelajaran sebagai pedoman untuk mengajar. Kami bebas dari syllabus sekolah biasa. Apa yang hendak diajarkan kepada anak-anak adalah mengikut tuntutan terkini dan apa yang mereka pilih. Teknoloji komputer memang banyak membantu dan anak-anak diajar untuk meneroka sedalam-dalamnya dalam satu-satu ilmu.  Kadang-kadang kami ajar ilmu sains tingkatan empat pada anak-anak darjah lima apabila diperlukan. Skop pembelajaran anak-anak menjadi sangat luas tanpa sempadan. Ini akan membentuk minda mereka menjadi luas dan seterusnya memupuk keyakinan diri yang tinggi.





White board selalu digunakan dalam pembelajaran homeschool kami. White board yang mudah alih ini akan sentiasa bergerak ke sana kemari mengikut pilihan tempat anak-anak belajar. Kadang-kadang ke Taman Bonsai dan adakalanya ke backyard. Afiqah paling gemar menggunakannya kerana dia sangat berminat untuk menjadi guru. Dia adalah bakal guru 
kepada generasi FCU HOMESCHOOL seterusnya.



 photo DSC00483_zpsa9e2a529.jpgSudah lima kali Afiqah membuat penjelajahan seluruh Semenanjung Malaysia bersama ahli FCU yang lain. Penjelajahan ini berfungsi sebagai percutian dan juga ROADSCHOOLING kepada para pelajar kami. Ternyata sekali Afiqah begitu mahir dengan nama tempat dan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Kami  banyak menggunakan segala video dan photo yang diambil semasa penjelajahan untuk refresh kembali ingatannya pada setiap tempat yang telah dilawati.




ADAKAH HOMESCHOOL ITU SENTIASA MANIS ?

Tiada yang senang di dunia ini. Ujian dari Allah itu akan memantapkan lagi hambanya sekiranya kita hadapi ujian itu secara positive.

Saya sebagai suri rumah sepenuh masa, sering menghadapi masaalah kesuntukan ruang masa untuk mengajar. Selalunya saya sediakan kepada mereka aktiviti-aktiviti yang boleh mereka buat sendiri dan hanya perlu dipantau dari jauh. 




Aktiviti sebegini dapat membantu anak-anak fokus kepadan daya kreativiti mereka.
Dengan ini anak-anak tidak akan terbiar di waktu kita sangat sibuk 
atau terpaksa menguruskan urusan lain yang lebih penting.


Ada masanya homeschool  tidak bejalan dengan lancar terutamanya bila kita tersangat sibuk. Masa itulah kita bagi mereka holiday agar mereka tidak boring. Kami tidak ada holiday tertentu seperti sekolah biasa. Persekolahan berjalan seperti biasa melainkan pada hari Jumaat dan Sabtu. Walaupun semasa penjelajahan seluruh Malaysia yang kerap kami lakukan, kami tetap membuat ROADSCHOOLING. Ini bermakna mereka belajar sambil bercuti.






Setiap kali mereka ingin bermain rumah khemah ini, mereka terpaksa memasang sendiri. Rangka rumah khemah ini terdiri dari batang-batang besi yang berbeza panjangnya mengikut ukuran rumah itu. Mereka perlu mahir dan mempunyai penelitian yang tajam untuk mendirikan rumah khemah ini. Pada peringkat awal dulu, Afiqah selalu menangis setiap kali mahu mendirikan rumah khemah ini kerana kami enggan menolong.

Akhirnya dia berjaya mendirikan rumah ini dalam masa yang singkat setelah berjaya membuat pengamatan. Setelah puas bermain masak-masak dan cikgu-cikgu, ketiga-tiga mereka termasuk Alyssa mesti kemas balik dan simpan khemah dalam beg. Dengan tidak secara langsung kita telah mengajar mereka disiplin, pengamatan dan kesabaran. Pada peringkat awalnya agak susah juga, maklumlah mereka masih kanak-kanak. Apabila kita tetap bertegas, mereka akan ikut syarat yang telah ditetapkan kerana tiada cara lain lagi untuk mereka meneruskan keinginan mereka untuk bermain.   




Alyssa juga turut mengambil bahagian dalam aktiviti memasang khemah.






,
Setelah siap mendirikan rumah khemah ini mereka akan main masak-masak sambil membaca buku. Kami banyak mendedahkan pembelajaran secara tidak langsung agar mereka rasa seronok tanpa di arah.

Tiadalah daya upaya kami melainkan semuanya dengan izin Allah. Pergantungan kepada Allah sangat penting. Doa adalah senjata yang paling mujarab.



TANAMKAN PERASAAN CINTAKAN HOMESCHOOL 
Melalui pengalaman, jangan biarkan homeschool tidak terurus buat masa yang panjang. Kalau persekolahan biasa, pelajar akan berpeluang bercuti selama seminggu, kadang-kadang dua minggu dan bila hujung tahun, mereka relax hingga sebulan. Berlainanan pula dengan homeschool. Bila dah lama relax dan asyik main saja, sangat susah untuk menarik mereka untuk menumpu pada pelajaran semula. Berbeza dengan homeschool,persekolahan biasa tidak menghadapi banyak masaalah kerana pelajar terpaksa mengikut rentak disiplin sekolah dan akan didenda jika tidak menyiapkan kerja sekolah. Mereka malu alah pada rakan-rakan dan akan ikut sahaja apa yang telah ditetapkan. Manakala dalam suasana homeschool, bukanlah satu tindakan yang bijak untuk mendenda anak-anak kita yang malas belajar. Elakkan mereka memberontak kerana akan menyebabkan mereka rasa tertekan untuk belajar. Atas faktor inilah, tidak pantas pembelajaran homeschool dibiarkan terbengkalai lebih dari seminggu.

Kami sentiasa mencari jalan agar mereka rasa seronok menimba ilmu dengan memberi penerangan tentang mengapa perlu belajar dan jadi orang berpengetahuan tinggi. Kami selalu memberi  gambaran betapa mereka sangat bertuah kerana terpilih oleh Allah untuk melalui pembelajaran di rumah. Bagi mereka contoh yang realistik hingga mereka sangat mencintai homeschool dan yakin bahawa inilah yang terbaik buat mereka. Saya selalu ajak mereka buat blog walking ke blog-blog homeschool lain yang sebaya dengan mereka samaada dalam dan di luar negara. Ini juga memberi peluang kepada mereka untuk berkenalan dengan rakan homeschooling di serata dunia dalam halaman comment. Walaupun usaha itu nampak sangat simple tetapi memberi impact yang besar kepada jiwa mereka. Saya juga menceritakan sejarah homeschool yang biasa diamalkan oleh anak-anak raja dan golongan bangsawan pada zaman dahulu.



Antara rakan homeschool kami ialah Cassandra yang merupakan seorang warga Australia yang telah memeluk Islam dan berkahwin dengan warga Mesir. Mereka juga homeschoolkan keempat-empat anak mereka di Adelaide, Australia.
Musa adalah anak ketiga mereka.





Sansabila adalah anak keempat yang menjadi sangat rapat dengan Afiqah dan Afiq. 
Kelihatan mereka sedang mencari ulat dalam 
Taman Bonsai dengan menggunakan kanta pembesar.


Yang paling penting, mereka sangat banggakan homeschool mereka dan mencuba untuk sama-sama memertabatkan kemajuan dan kejayaan FCU HOMESCHOOLING . Kita sudah tidak perlu memaksa mereka untuk belajar bila mereka sendiri ingin maju ke depan.




CORAK PEMBELAJARAN YANG SENTIASA BERUBAH
Semakin lama kita buat homeschool, kita akan belajar cara yang betul dan tepat untuk anak-anak kita. Pengalaman sangat penting untuk kita memahami keperluan setiap anak kerana mereka mempunyai kebolehan dan personaliti yang berbeza. Dengan ini, tidak ada satu pun homeschool di dunia ini yang serupa. Kita boleh ambil contoh-contoh dari hmeschool lain tetapi perlu disuaikan dengan suasana rumah dan diri anak-anak kita. Pada peringkat awal dulu, kami ajar banyak mata pelajaran setiap hari.
 

DECEMBER 2009




Jadual ini berubah pada setiap minggu kerana bergantung kepada kelapangan guru yang akan mengajar. Waktu itu abang-abang yang sudah lepas belajar banyak menolong. Masa berlalu dan abang-abang mula sibuk dengan FCU PRODUCTION yang kini dengan izin Allah telah established. Usaha terus dipertingkatkan lagi untuk menggali lebih banyak ilmu penggambaran agar kualiti setanding dengan production terkenal di luar negara. 


JADUAL FCU HOMESCHOOLING 2013


Kami hanya mengajar 3 mata pelajaran setiap hari. Pada waktu petangnya ada kelas music iaitu piano dan keseluruhan waktu malam adalah untuk Al- Quran. Tidak setiap hari dapat memenuhi apa yang dirancang kerana saya adalah seorang suri rumah kepada satu keluarga yang besar. Kadang-kadang Hafidz juga ada aktiviti  membina rumah dan penggambaran. Selepas sahaja habis belajar setiap hari, kami serapkan Hafidz kepada FCU MIRACLE untuk membantu perniagaan on-line kami.




Afiqah pula hanya diajar 2 subjek setiap hari dan ditambah aktiviti Writing and Reading setiap hari. Oleh kerana Afiqah seorang kanak-kanak yang tidak boleh duduk diam, seringkali homeschoolnya sampai kepetang. Undang-undang kami senang sahaja...selagi tidak siapkan kerja latihan homeschool, dia tidak di benarkan guna komputer, menonton tv dan bermain. Namun begitu, kami benarkan dia membaca buku. Ini adalah satu bentuk saikoloji yang kami gunakan ke atas Afiqah. Afiqah ada sikap tidak suka dikongkong.Baginya membaca itu tidak termasuk dalam jadual, jadi dia akan pilih untuk membaca dari menyudahkan apa yang disuruh. Kadang-kadang seharian dia habiskan masa membaca buku-buku koleksi kami dalam FCUHOMESCHOOL LIBRARY. Di akhir hari, dia terpaksa juga menyiapkan kerja homeschool kerana selepas asar dia mahu bermain atau keluar jalan-jalan ikut unclenya. Beginilah kami bina sikap membaca pada Afiqah hingga kini buku adalah kawan rapatnya. 



 
Afiqah belajar bermain drum dalam kelas music. Kami mendedahkan anak-anak kepada peralatan music untuk mengaktifkan sel-sel otak mereka menjadi cerdas selain menghafal Al-Quran dan bermain chess. Pendedahan kepada musik secara terkawal begini dapat meluaskan lagi minda mereka. 






Afiq ketika berumur satu tahun sudah mula berjinak-jinak dengan piano. Namun begitu kami tidaklah begitu menekankan kemahiran musik dalam kehidupan mereka. 



MEMBENTUK ANAK-ANAK MENGIKUT MINAT MEREKA

Untungnya homeschool dari sekolah biasa ialah kita sentiasa di samping anak-anak semasa mereka membesar. Dari kecil lagi kita sudah nampak keistimewaan mereka dan kita bebas untuk menerjunkan terus mereka kepada bidang yang mereka minati.

Anak-anak kami yang homeschool akan terus belajar secara teratur hingga umur 17 tahun iaitu persamaan dengan tingkatan 5. Namun mereka hanya belajar dengan saya hingga umur 15 tahun iaitu tingkatan 3. Selepas itu mereka bebas belajar sendiri apa-apa sahaja yang mereka minati. Contohnya Tajrid (17) sudah bebas untuk belajar sendiri. Oleh kerana beliau sangat minat bidang penyelenggaraan, dari awal lagi kami sudah bagi tugas penting kepada beliau dalam FCU MIRACLE. Kini Tajrid adalah salah seorang orang penting dalam perniagaan kami. Beliau juga menunjukkan minat yang mendalam dalam sejarah Islam. Kami memberi sokongan penuh dan menggalakkan beliau menjadi pakar sejarah Islam.




Tajrid (17) tahun sedang belajar menggunaka peralatan kamera dari abangnya. 
Homeschool telah membentuk personaiti dirinya dan menjadi lebih matang dari rakan sebayanya.


Hafidz pula menunjukkan minat yang mendalam dalam nature. Kalau ada kelapangan sahaja dia akan masuk hutan bakau dan mengambil video kehidupan dalam hutan tersebut. Sejak kami mula memperkenalkan FCU MEDIC dalam kurikulum homeschooling, minatnya dalam perubatan traditional makin berkembang. Seringkali dia akan bawa balik berbagai-bagai jenis herba tempatan untuk dikeringkan. Dengan senang hati dia akan menceritakan khasiat setiap satu herba tersebut. Minatnya membuat dia boleh hafal banyak nama dan kelebihan tanpa kita suruh. Kami menggalakkan dia terus belajar hingga mahir  dan luas pengetahuan dan dapat menafaatkan kepada masyarakat. 






Hutan Bakau inilah medan pembelajaran Hafidz yang banyak mempengaruhi minatnya kearah perubatan traditional. Terlalu banyak ilmu yang dapat digalinya sendiri dari fauna dan flora yang menghuni Hutan Paya Bakau ini. Pengetahuan kendiri ini diperluaskan lagi dengan research yang dilakukan sendiri di internet. Setinggi kesyukuran dipanjat ke hadrat Ilahi kerana dia sudah menunjukkan bunga-bunga untuk menjadi seorang saintist muda. Bunga itu pasti akan berkembang dan berbuah ranum di bawah payung homeschool kami. Insyaallah.





Sebenarnya hutan ini juga menyimpan banyak khazanah bonsai 
yang sangat cantik dan bernilai tinggi.




Antara koleksi bonsai Hafidz yang dijumpai dalam 
Hutan Paya Bakau yang luas ini.



MENGGALAKKAN PENGUASAAN BAHASA ASING

Antara ciri yang penting bagi mereka yang homeschool ialah kebolehan menguasai lebih dari satu bahasa. Selain bahasa Malaysia, anak-anak kita mesti boleh bertutur dalam bahasa lain dengan baik. Afiqah dan Afiq adalah generasi pertama yang homeschool sejak dari awal. Kami mengambil peluang ini untuk membolehkan mereka bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik sejak kecil. Oleh kerana mereka tiada pengaruh lain selain kami, usaha murni ini berjalan dengan lancar sekali. Mereka lebih fasih dalam bahasa Inggeris dari bahasa Melayu terutamanya Afiq (7) tahun. Kami tidak bimbang tentang penguasaan Bahasa Malaysia kerana lambat laun mereka akan memperolehinya kerana hakikatnya mereka berbangsa Melayu dan tinggal di Malaysia. Apabila mereka besar, pasti sekali mereka dapat menguasai bahasa Melayu sama seperti bahasa Inggeris dan kedua-duanya akan seimbang. Kami juga menggalakkan bahasa Arab terutamanya ketika belajar Al-Quran.


PELUANG MERANTAU BERSAMA ANAK-ANAK

Semua orang mengimpikan untuk menjelajah seluruh dunia. Kadang-kadang peruntukan sudah ada dan peluang juga sudah terbentang luas tetapi terpaksa dibatalkan kerana anak-anak sedang bersekolah terutamanya yang bakal mengambil peperiksaan besar seperti SPM.

Bagi mereka yang homeschoolkan anak-anak, peluang ini mesti diambil sepenuhnya. ROADSCHOOLING adalah pengalaman yang terbaik dan terindah buat anak-anak dan juga satu kenangan seumur hidup. Oleh kerana kita tidak mengeluarkan belanja yang banyak bila anak-anak homeschool, mulakan menabung untuk perancangan hebat meneroka dunia.


Setakat ini kami baru dapat membuat penjelajahan seluruh Semenanjung Malaysia. Dengan izin Allah, penjelajahan ke6 baru sahaja sampai ke destinasinya. Kami meneroka setiap ceruk Semenanjung dalam usaha serampang banyak mata. Jauh perjalanan, luaslah pemandangan dan bertambahlah rezeki Allah kepada kita. Alhamdulillah....





Kenangan manis yang tak mungkin padam selamanya. Photo ini dirakam 
ketika kami mengunjung Tanjung Piai, Johor.




Cita-cita ditanam dan minda merancang. Satu hari nanti, pasti dunia akan dapat diterokai dengan izin Allah.



PELUANG KE UNIVERSITI

Kami bersikap adil kepada pelajar homeschool kami. Sekiranya mereka berminat dan sanggup berusaha, tiada halangan untuk mereka mengambil peperiksaan dan terus melangkah ke depan. Buat masa ini pun kami mempunyai seorang wakil yang sedang mengambil PHd dalam bidang Matematik iaitu Intan Liyana.
Kami ada memperkatakan berkenaan beliau dalam entri

CONGRATULATION TO YOU SIS ON YOUR BIG DAY


CONGRATULATIONS INTAN, WE ARE PROUD OF YOU.....

Bagi kami, di mana-mana sahaja kita boleh jadi pakar. Tidak semestinya kena pergi ke Universiti untuk menjadi pakar dalam sesuatu bidang. Kami galakkan mereka untuk pergi jauh dan letak sendiri taraf mereka setinggi yang boleh. Kalau menghafal Al-Quran, biarlah sampai jadi Al-Hafidz.Kalau belajar bonsai, mestilah sampai ke tahap Sifu Bonsai. Kalau meneroka perubatan traditional, maka hendaklah sampai di panggil Tabib.


Begitulah kami tanam harapan dan keyakinan diri kepada semua anak-anak. Hidup ini hanya sekali, maka jadilah kita sebaik-baik manusia. Sesungguhnya sebaik-baik manusia ialah manusia yang berguna kepada sesama manusia dan seluruh isi alam ini.




HADIAH TERBESAR DARI ALLAH
Mari kita renung hakikat kehidupan masyarakat sekarang. Usah dikatakan manusia sudah hidup tanpa menghiraukan jiran tetangga tetapi hakikatnya manusia sudah pun hidup tanpa menghiraukan ibubapa yang tua dan adik beradik yang susah. Suasana ini sudah menular begitu lama hingga menjadi darah daging masyarakat. Kita juga sudah terkelam mata untuk menilai semula sistem kekeluargaan Islam yang sebenarnya.

Dalam sesebuah keluarga itu, kita akan dapati tidak semua anak-anak menunjukkan pencapaian akedemik yang sama. Oleh kerana sistem pembelajaran sekolah biasa hanya menilai dari segi satu sudut sahaja, ada anak-anak istimewa bakatnya dipinggirkan dan akhirnya tertinggal. Mereka ini tidak berpeluang untuk menjejak kaki ke menara gading dan hasilnya termasuklah dalam golongan yang berpendapatan kecil setiap bulan. Anak-anak yang asalnya disuap dengan rezeki yang sama dan tidur beralaskan lantai yang sama semasa membesar, mula membina perantaraan antara satu sama lain bila mula melangkah ke alam dewasa. Yang berkedudukan tinggi akan membina istana mahligai dan berlumba menambah bilangan kereta. Yang tidak begitu berjaya hanya hidup sekadarnya walaupun hati meronta ingin persamaan. Lebih teruk lagi apabila pasangan hidup mereka jadi batu api bila tiba waktu adik beradik yang dalam kesempitan memohon pertolongan keewangan. Ketika inilah persaudaraan yang dititipkan oleh ibuayah dari kecil mula tercalar. Lebih teruk lagi sifat tamak bermaharajalela bila tiba masa pembahagian harta. Malah mereka sanggup bergaduh dan ada juga yang terkelam mata hingga sampai peringkat berbunuh-bunuhan sesama sendiri.


Bagaimana pula kisah ibubapa yang terlantar sakit sendirian, padahal punyai ramai anak-anak yang berjaya

di kota. Kiriman wang tidak dapat membalas jasa ibubapa walauapun anak-anak sudah mengupah pembantu rumah yang mampu bekerja tetapi tidak mungkin dapat membelai penuh kasih sayang di saat akhir kehidupan orang tua. Anak-anak lelaki yang soleh ini punyai pekerjaan yang tidak mungkin dapat ditinggalkan begitu sahaja. Apalagi bila isterinya juga bekerja hebat yang tidak mungkin dapat dilepaskan begitu sahaja untuk menjaga mertua. Pernah saya terbaca satu petikan di akhbar satu ketika dulu menceritakan berkenaan seorang perempuan tua kaya yang uzur mati sendirian. Dua hari kemudian barulah diketahui apabila orang gajinya balik dari bercuti di kampung. Kedua-dua anaknya sangat berjaya dan bekerja di luar negara. Apakata....ibubapa yang malang ini adalah kita?

Apabila kita homeschoolkan anak-anak, peluang terbentang luas untuk kita menerapkan segala nilai murni ke dalam sanubari mereka. Segala pekerjaan dibuat bersama tanpa mementingkan diri sendiri. Segala rezeki adalah dari Allah yang perlu dikongsi tanpa ada rasa pemilikan diri. Yang hebat membantu yang lemah hingga yang lemah juga berpeluang untuk duduk sama gah dalam barisan adik beradik. Mereka kukuh bagai satu barisan tentera di bawah arahan si ayah yang sentiasa ke depan dalam pimpinan Allah. Bayangkan barisan yang kukuh ini memulakan sesuatu perniagaan besar di bawah nama keluarga. Tidak mungkin ada tamak haloba sesama mereka apabila sudah disematkan iman sedalam-dalamnya seperti kisah para sahabat yang dahaga dalam satu peperangan. Masing-masing menolak pemberian air apabila mendengar rintihan saudara sebelah inginkan air. Akhirnya mereka semua syahid dalam usaha mendahulukan orang lain lebih dari diri sendiri.




Si abang membimbing Si adik dan Si adik pula menghormati Si abang dengan penuh kasih sayang. Anak-anak  sama-sama membina rumah yang penuh berkat dari titik peluh yang mengalir dengan niat yang sama iaitu semata-mata untuk Allah.

Andainya masyarakat Islam kini dapat mewujudkan unit kekeluargaan yang kukuh lagi beriman, tentu sekali kita sudah lama di mercu puncak dunia, menguasai segala yang ada seperti zaman kegemilangan Islam. Inilah yang dikatakan khalifah Allah di mana umat Islam yang jadi penentu dunia dan bukan pengikut seperti sekarang.




Wallahalam.

Wednesday, February 20, 2013

KEDUDUKAN KEEWANGAN DUNIA



FCU HOMESCHOOLING CLASS

Ilmu tentang keewangan adalah antara subjek kegemaran Hafidz. Kami sudah libatkan dia dalam bidang perniagaan sejak beliau berumur 10 tahun lagi. Pengiraan wang dan pertukaran asing sering membuat dia bertanya berbagai-bagai soalan. 

Banyak perkara yang kami skip dalam mata pelajaran Matematik Hafidz. Oleh kerana dia homeschool, kami tidak perlu memikirkan tentang peperiksaan yang bakal diambilnya. Selalunya pelajaran matematik diajar mengikut tuntutan yang Hafidz lalui seharian. Oleh kerana Hafidz terlibat dengan pembinaan rumah FCU secara langsung, pengiraan panjang, luas dan cara pengukuran yang tepat dan seimbang sudah lama menjadi darah dagingnya.

Dia juga memahami cara membuat bajet yang betul ketika membeli segala bahan mentah untuk pembinaan. Ini termasuklah kualiti barang dan mencari kedai yang terbaik dari segi harga dan kualiti barangan yang dijual. Ini adalah kerana Hafidz sering mengikut abang-abangnya ketika membeli bahan binaan. 

Mungkin dia tidak tahu secara terperinci segala soalan peperiksaan sekolah biasa tetapi dia sangat berpengalaman dalam pembinaan rumah dan mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang perniagaan. Pada saya, apa yang ada pada Hafidz tidak diajar di peringkat sekolah tetapi ada pada peringkat pengajian tinggi. Begitulah untungnya homeschool pada anak-anak kita kerana ilmu yang diajar adalah ilmu hidup dan memang digunakan dalam kehidupan seharian. Oleh kerana ilmu ini sudah sebati dengannya, tidak mungkin dia lupa begitu sahaja kerana ianya berbentuk praktikal. 


10 MATA WANG TERTINGGI DI DUNIA


1.Kuwaiti Dinar adalah mata wang yang mempunyai nilai tertinggi di dunia, Kuwaiti Dinar mula diperkenalkan pada 1961.





2. Dinar Bahrain mula digunakan pada tahun 1965





3. Rial Oman dibahagikan kepada 1000 baisa,pada tahun 1940 Oman menggunakan mata wang Indian Rupee dan Maria Theresa Thalers sebagai nilai mata wang mereka ,kemudian pada 1970 Oman menukarkannya kepada Saidi Riyal(tak sama macam Saudi Riyal ya),, dan pada tahun 1973 nama mata wang Oman ditukar kepada Omani Rial seperti yang kita tahu sekarang.






4. Lats merupakan mata wang Latviaa sejak 1992 menggantikan mata wang Rublis.Mata wang ini setiap satunya dibahagi menjadi 100 santimi, mata wang ini terbahagi 5,10,20,50,100,500 latu





5. Empat negara berkongsi kedudukan yang sama iaitu United Kingdom,Falkland Island,Gibraltar,dan Saint Helena,Ascension and Tristan da Cunha(sebab semuanya  berkongsi mata wang yang sama iaitu Pound)




6. Sebelum 1949 Jordan menggunakan mata wang Palestanian Pound sebagai mata wangnya sehingga tahun 1992 barulah Jordan menggunakan fils,qish,dinar & dirham, tetapi dalam Inggeris hanya terdapat fils & dinar,sejak 1992 fils dan dirham tidak lagi digunakan di negara-negara arab.








7. Mata wang Euro ialah mata wang untuk  negara-negara yang berada di Eropah seperti Jerman,Cyprus,Perancis dan lain-lain negara yang berada di Eropah


8. Azerbajian Manat ialah mata wang rasmi untuk negara Azerbajian.. mata wang ini telah melalui tiga perubahan, pertama adalah dari tahun 1919-1923,perubahan kedua ialah pada tahun 1992-2006 dan ketiga adalah pada tahun 2006






9. Cayman Island Dollar mula diperkenalkan pada tahun 1972 menggantikan Jamaican Dollar









10. Negara yang terakhir ialah Negara Cuba







SENARAI 25 NEGARA TERKAYA DI DUNIA



Berikut merupakan senarai terbaru negara negara kaya yang dikeluarkan oleh majalah Forbes. Kekayaan negara yang disenaraikan ini dikira berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang diselaraskan dengan kuasa membeli di kalangan rakyat 182 negara di dunia ini. Berikut adalah senarai 15 negara tersebut :


Tempat ke-1 : Qatar ( AS$88,222)

Tempat ke-2 : Luxembourg (AS$81,466)

Tempat ke –3 : Singapura ( AS$56,694)

Tempat ke-4 : Norway (AS$51,959)

Tempat ke-5 : Brunei ( AS$48,333)

Tempat ke-6 : Emeriah Arab Bersatu (UAE) ( AS$47,439)

Tempat ke-7 : Amerika Syarikat (AS$46,860)

Tempat ke-8 : Hong Kong (AS$45,944)

Tempat ke-9 : Switzerland (AS$41,950)

Tempat ke-10 : Belanda (AS$40,973)

Tempat ke-11 : Australia (AS$39,764)

Tempat ke-12 : Austria (AS$39,761)

Tempat ke-13 : Ireland (AS$39,492

Tempat ke-14: Kanada (AS$39,171)

Tempat ke-15: Kuwait (AS$38,775)

Dimana Malaysia? Mungkin ekonomi Malaysia masih belum boleh menandingi mana mana negara yang tersenarai di atas. Dan hakikatnya, kuasa membeli di Malaysia masih rendah . Pendapatan yang rendah dalam kalangan masyarakat adalah salah satu dari penyebabnya. Dan siapa sangka, dua negara terdekat dengan Malaysia iaitu Singapura dan Brunei mampu menjadi kuasa besar ekonomi dunia dengan menduduki tangga 5 teratas. Kelebihan kepada kedua dua negara tersebut kerana saiz yang kecil dan rakyatnya yang sedikit tetapi pendapatan negara yang tinggi. Hasilnya, kuasa membeli setiap rakyat di kedua dua negara tersebut adalah tinggi.




SENARAI 30 NEGARA TERMISKIN  DI DUNIA


1    Burundi – Republic of Burundi, Africa    175.61

2    Congo, Democratic Republic of the Congo(Congo-Kinshasa/Zaire), Africa    235.72
3    Burma – Union of Myanmar, Asia    242.18
4    Zimbabwe – Republic of Zimbabwe, Africa    268.82
5    Liberia – Republic of Liberia, Africa    271.43
6    Guinea-Bissau – Republic of Guinea-Bissau, Africa    272.58
7    Eritrea – State of Eritrea, Africa    308.22
8    Malawi – Republic of Malawi, Africa    324.59
9    Sierra Leone – Republic of Sierra Leone, Africa    374.32
10    Niger – Republic of Niger, Africa    408.60
11    Ethiopia – Federal Democratic Republic of Ethiopia, Africa    409.26
12    Guinea – Republic of Guinea, Africa    438.29
13    East Timor – Democratic Republic of Timor-Leste, Asia    468.00
14    Rwanda – Republic of Rwanda, Africa    469.05
15    Togo – Togolese Republic, Africa    470.27
16    Mozambique – Republic of Mozambique, Africa    494.64
17    Nepal – Federal Democratic Republic of Nepal, Asia    494.95
18    The Gambia – Republic of The Gambia, Africa    504.10
19    Central African Republic, Africa    512.15
20    Afghanistan – Islamic Republic of Afghanistan, Asia    524.83
21    Uganda – Republic of Uganda, Africa    528.64
22    Madagascar – Republic of Madagascar, Island in the Indian Ocean    535.12
23    Bangladesh – People's Republic of Bangladesh, Asia    542.43
24    Tanzania – United Republic of Tanzania, Africa    573.03
25    Burkina Faso-Africa    614.22
26    Mali – Republic of Mali, Africa    688.12
27    Lesotho – Kingdom of Lesotho, Africa    721.23
28    Kiribati – Republic of Kiribati, Island in the Pacific Ocean    744.90
29    Somalia – Federal Republic of Somalia, Africa    795.00
30    Ghana – Republic of Ghana, Africa    813.77






SENARAI 5 NEGARA PALING MURAH DI DUNIA

Bukan negara paling miskin tetapi paling murah. Maksudnya disini, ianya dikira dari segi betapa murahnya tanah dan perumahan yang mereka jual, kos sara hidup, barangan jualan dan lain-lain. Pendek kata, kalau kita bawa duit kita ke sana, kita dah boleh jadi jutawan dan hidup senang lenang. Hehehe..



1. Paraguay 
Negara paling murah di dunia dalam tinjaun Mercer adalah Paraguay , iaitu sebuah negara yang terletak di Amerika Selatan. Kadar sewa bulanan di pangsapuri di pusat bandar Paraguay hanya RM450 dan harga makan malam di sebuah hotel hanyalah RM15. Mengidamkan hidangan steak dan salad di restoran? Anda hanya perlu membayar RM9. Jadi anda boleh hidup seperti raja di negara ini.









2. Zimbabwe

Barangan di Zimbabwe adalah antara yang termurah dunia selepas sistem kewangan negara itu musnah sama sekali sehingga menyebabkan inflasi mencecah 1,000 peratus pada 2008. Nilai matawang Zimbabwe yang jatuh teruk menyebabkan barangan seperti susu hanya berharga RM2.40 seliter manakala satu kilogram daging lembu berharga RM1.80.






3. Argentina

Sejak beberapa tahun lalu, Argentina berhadapan dengan perubahan dramatik daripada negara paling mahal di dunia kepada negara paling mampu untuk didiami akibat krisis ekonomi yang melanda negara Amerika Selatan ini. Barangan kulit seperti jaket dan dompet boleh  didapati dengan harga hanya satu pertiga daripada nilai yang dijual di negara lain.



4. Filipina 
Negara Asia ini mempunyai antara kos hidup paling rendah di dunia, dengan tambang teksi untuk perjalanan lebih 1.6 kilometer hanya RM0.60 manakala harga untuk perkhidmatan memotong rambut hanya RM2.40. Yuran di universiti tempatan untuk satu semester juga hanya RM750, menjadikan pendidikan antara yang paling murah. Dan gaji pembantu rumah untuk sebulan = RM135.







5. Pakistan 

Walaupun negara ini dikenali kerana ketidakstabilan dari segi politik, mata wang Rupee yang rendah menyebabkan kos hidup di Pakistan amat murah. Barangan seperti petrol dan hidangan di restoran mungkin mempunyai harga sama atau lebih mahal berbanding di negara lain, tetapi apa yang murah di Pakistan adalah nilai hartanahnya yang rendah. Sebuah rumah dengan empat bilik tidur di ibu kota Karachi boleh dibeli dengan hanya RM99,000!






EVOLUSI WANG KERTAS MALAYSIA
Sejak Ringgit Malaysia (RM) mula dijadikan sebagai matawang rasmi negara Malaysia pada 12 Jun 1967,wang kertas RM telah melalui 4 kali evolusi sepanjang sejarahnya.


SIRI PERTAMA (1967-1982)





SIRI KEDUA (1982-1998)




SIRI KETIGA (1998-2012)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...