TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
HAFIDZ YOUNG SCIENTIST

I am Hafidz, the young scientist.This blog is about my exciting homeschooling journey.It will remains as my sweet memories forever. Glad to share the special moments with you !!!


Wednesday, August 3, 2011

PELANCARAN FCU MEDIC DALAM KEBERKATAN RAMADHAN

( GUIDANCE CORNER )

Syukur Alhamdulillah, dalam bulan yang penuh keberkatan ini, tepat 3hb Ramadhan, FCUHOMESCHOOLING mengorak satu lagi langkah dalam pembelajarannya. Hari ini, bermulalah pembelajaran FCU MEDIC pada 2 orang pelajarnya iaitu Tajrid dan Hafidz. Mereka adalah pelajar sulung FCU MEDIC dan pembelajaran ini akan kami perkenalkan juga pada pelajar-pelajar kecil kami iaitu Afiqah, Afiq dan Alyssa secara perlahan-lahan.

Tidak dinafikan FCU MEDIC adalah satu nama yang begitu gah untuk HS kami yang kerdil ini. Malah nampak ia sebarisan dengan nama-nama besar seperti TAHFIZ MEDIC,  PUSAT RAWATAN AURA METAFIZIK, PUSAT RAWATAN ISLAM dan banyak lagi. Dan itulah cita-cita besar kami pada suatu hari nanti. Hari ini, satu langkah kecil HS kami mengorak dan pasti  akan menghasilkan berjuta-juta langkah lagi dan akan terus berkembang.

Mengapa FCU MEDIC dan mampukah dengan kelayakan yang ada?
Sebenarnya FCU sudah lama berkecimpung dalam perubatan traditional dan barangan on-line biz juga adalah terdiri dari bahan-bahan semulajadi dan bebas dari bahan kimia. Untuk mengetahui dengan lebih dekat sila klik di sini . Kami juga menyediakan rawatan bekam asap dan bekam darah. Kajian demi kajian dilakukan tanpa putus asa dalam penyediaan produk-produk kami hingga memberi kesan yang memuaskan di kalangan penggunanya. Rasanya, FCU MEDIC akan melengkapkan lagi apa yang telah ada. Insyaallah.

Kelayakan? Hanya berbekalkan minat yang sangat mendalam dalam bidang perubatan, pembelajaran biology hingga ke peringkat Tingkatan Enam Atas (1980) dan hasrat yang tinggi untuk mencapai cita-cita ini. Keluarga kami tidak langsung membenarkan apa-apa sahaja yang berbentuk negative untuk singgah . Aura positive yang  hidup dalam keluarga ini memberi tapak yang kukuh untuk apa sahaja impian bertapak. Bermula dari zero ( tiada seorang pun anak-anak kami yang ada kelulusan dalam bidang penerbitan filem ), kini anak-anak sudah mengorak jauh dalam bidang penerbitan di bawah FCUPRODUCTION. Alhamdulillah, nama mereka sudah gah di persada Langkawi dalam Langkawistory. Malah sudah mengorak ke peringkat antarabangsa bila membuat vedio klip seorang penyanyi Australia.yang mana 20 tahun dahulu adalah anak kelahiran Pulau Pinang. Hanya berbekalkan daya usaha gigih belajar di internet, dengan izin Allah, mereka telah berada di tempat yang mereka ada sekarang.

Awal-awal lagi kami sudah membebaskan 2 pelajar HS kami dari peperiksaan yang banyak membuang masa dan tenaga. Tiada UPSR, tiada PMR, dan tiada SPM. Bila kami tahkik untuk buat HS, sudah terbayang hanya yang terbaik sahaja akan kami terapkan dalam pembelajaran anak-anak. Kami tidak akan mengulang kesilapan yang sama dengan mengajar subjek-subjek seperti di sekolah biasa. Anak-anak mula meneroka angkasa lepas ciptaan Ilahi bila kami memperkenalkan kelas astronomi dalam HS. Hasrat besar kami, mereka adalah pengkaji bintang hebat dan begitu arif dalam setiap pergerakan di langit hingga dapat menafaatkan warga bumi. Yang penting, pembelajaran ini berkesenambungan hingga ke akhir hayat. Adalah sangat rugi selepas berhempas pulas siang dan malam mentelaah pelajaran, sebaik habis peperiksaan, ilmu itu hilang begitu sahaja. Mereka hanya akan ingat gred A1, A2 atau apa-apa sahaja yang mereka perolehi. Ini bukan pembelajaran tapi mencari kelayakan sahaja.

Untuk mendukung cita-cita tinggi ini, di manakan dewan kuliah pelajar FCU MEDIC ?

 Memandangkan bilangan anak yang hampir mencecah hampir satu dozen, manalah mampu kami menyediakan bilik belajar khas untuk HS. Di ruang tamu inilah kami letakkan white board yang beralaskan tikar. Tiada kerusi meja menghias ruang , cuma meja jepun mudah alih untuk senang menulis. Kebanyakan masa pembelajaran adalah di meja komputer.





Konsep Mobile Classroom memang bersesuaian dengan personaliti anak-anak yang  sukakan adventure. Biasanya pembelajaran pagi kami habiskan di garden atau di tepi pantai. Tempat yang paling digemari ialah di atas jambatan gantung berhampiran air terjun. Gabungan deruan air terjun dan simbahan mentari pagi yang penuh dengan zat vit.D sangat menyegarkan. Waktu pagi-pagi begini, tiupan bayu pantai memang dingin,  Saya sendiri pun sangat gemarkan kombinasi 2 elemen alam maya ini iaitu kehangatan simbahan mentari lewat pukul 8 hingga 9 pagi dan kedinginan tiupan bayu pantai. Nyaman sekali....Inilah antara syurga dunia anugerah Allah kepada para nelayan.









Apahal pula dengan yang ini ? Bukan mereka sahaja yang mobile tapi white board pun macam ada kaki aje....Ke hilir dan ke hulu....mereka usung. Biasanya mereka akan suggest kat mana nak belajar. Kadang-kadang tengah-tengah garden, tepi kolam dan ada kalanya tepi pantai. Ada masanya tetamu datang dengan tiba-tiba dan muncul di ambang rumah, buat relax ajelah....Ada juga yang masih baru dengan HS, terpinga-pinga jugalah tengok mobile classroom kami.                                                                           

Apa yang kami ajar dalam pembelajarn FCU MEDIC ?
Kami memperkenalkan pelajaran Anatomy. Sekali gus, ia merangkumi pelajarn sains. Hari ini kami belajar tentang digestive system. Anak-anak kena hafal nama-nama segala organ bermula dari mulut hingga ke rectum
Kami gunakan website ini untuk pembelajaran FCU MEDIC:
MOUTH PART



DIGESTION ACCESSORY ORGAN




DIGESTION ACCESSORY ORGAN

LIVER

STOMACH


PANCREAS

LARGE INTESTINE



MUSCLE SMOOTH




DIGESTION ORGAN COMPLETE WITH CIRCULATORY



TORSO




Ya Allah....
Berkatilah pengajian kami
Ya Allah....
Bimbinglah pengajian kami
Ya Allah......
Terangilah hatiku untuk mengajar ilmu hebatMu ini
Ya Allah.....
Bukakanlah hati anak-anakku kearah mencintai ilmu hebatMu
Ya Allah....
Terangilah hati anak-anakku untuk mengenalMu dalam ilmu hebat ini
AMIN.




DEAR READERS!! 
YOUR POSITIVE COMMENTS ARE HIGHLY APPRECIATE. 
♥♥♥ FCU MALAYSIAN HOMESCHOOLING ♥♥♥
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...