TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Selasa, 4 Oktober 2011

DEAREST PRINCESS NUR ALYSSA THE AMAZING

( GUIDANCE CORNER )

Kelahiran Yang Dinantikan: Puteri Nur Alyssa telah dilahirkan pada 22.2.2011 di Pulau Lagenda Langkawi ( Paradise Island ). "Alyssa" membawa erti yang hebat iaitu " Noble Kindness". Inilah nama yang terpilih antara banyak nama-nama yang bersusun dalam cadangan. Grandwan memilih " Noble Kindness " supaya diri Alyssa kelak adalah seorang yang sangat pemurah dan berhati mulia dan diredhai Allah dan Rasul.
Saat-saat Bersejarah Dalam Hidupmu: Di ambang kelahiranmu, daddy Alyssa tidak henti-henti membaca ayat-ayat Al-Quran, selawat ke atas Junjungan Nabi Muhammad s.a.w dan juga ungkapan kata-kata yang bermotivasi tinggi. Segalanya adalah buat kekuatan jiwa Alyssa sebelum melihat dunia, setelah 9 bulan di dalam rahim mommy Alyssa. Sebaik sahaja Alyssa melihat dunia, suara pertama bergema di telingamu adalah azan dari daddy Alyssa yang tidak pernah berenggang menunggu saat-saat penuh sejarah ini. Alam Rahimmu Yang Cemerlang: Alyssa adalah bayi  yang sangat bertuah. Alam rahim Alyssa sangat gemilang kerana dari awal hayatmu sentiasa berkumandang ayat-ayat suci Al-Quran. Bukan sekali khatamnya, malah berkali-kali tak terbilang. Grandwan hadiahkan mp3 buat Alyssa menghayati ayat demi ayat Al-Quran dengan harapan ruhmu sebati dengan ayat-ayat Allah. Mommy Alyssa tidak pernah berenggang dengan mp3 yang sentiasa melekat pada perutnya, rumah pertama Alyssa sebelum menghuni mahligai FCU. Bukan itu sahaja yang mendidik Alyssa ketika di alam rahim. Mommy Alyssa tidak henti-henti membacakan ayat-ayat suci untuk Alyssa. Tidak cukup dengan itu, pemakanan yang terpilih dan terbaik diutamakan agar dirimu membesar dengan baik. Berbagai jenis kekacang seperti badam, kurma dan susu adalah hidangan mommy Alyssa setiap hari. Grandwan menggesa agar mommy Alyssa membuat latihan mathematik setiap hari. Bukan soalan yang senang-senang tetapi yang memerlukan pemikiran yang tajam. Sememangnya otak mommy Alyssa sentiasa mencongak kiraan kerana kerjayanya sebagai seorang engineer. Daddy Alyssa juga seorang engineer yang sentiasa bergerak merata dunia sepanjang Alyssa dalam kandungan. Keluasan jiwanya pasti diwarisi oleh Alyssa kerana daddy sentiasa mendoakan Alyssa walaupun berjauhan. Amazing Alyssa memang hebat dan pasti hebat. Semoga Alyssa akan menjadi insan terpilih dalam perjalanan di dunia menuju akhirat.
Kurma Adalah Makananmu: Hidangan kurma terus menerus menjadi kegemaran Alyssa. Tiada hari tanpa kurma sepertimana tiada hari tanpa susu buat mu Alyssa. Sungguh menakjubkan ciptaan Allah terhadap buah kurma ini.Allah telah memerintah Sayyidatuna Maryam ketika beliau sarat mengandung Nabi Isa Alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25.  "Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak". Allah dengan jelasnya menyata khasiat buah kurma ( kaya dengan zat besi dan kalsium) berupaya memulihkan kembali kekuatan Sayidatuna Maryam yang di dalam nifas.  Kajian terbaru para saintist mengenai kehebatan buah kurma, sekali gus membuktikan kehebatan perubatan Islam yang bersandarkan Al-Quran. Info penuh khasiat kurma ada di sini.
Hanya yang terbaik untukmu Alyssa. 
Dirimu amat bertuah Alyssa. Punya daddy dan mommy yang sangat mengasihi dan menyayangimu. Apalagi dengan Grandwan yang sentiasa memantau dan menjaga perkembanganmu sejak di alam rahim hingga kini dan seterusnya dengan penuh kasih sayang untuk Allah. Begitu juga dengan Grannies yang mengasuh Alyssa bagai menatang minyak yang penuh. Bonus lagi buatmu, uncle dan untie yang ramai membelai dengan penuh kasih sayang dan keceriaan sepanjang harimu. Rahmat mengisi tuahmu kerana bertemankan sepupumu, Afiqah dan Afiq yang sangat genius dan briliant. Begitulah dirimu adalah puteri yang dikelilingi oleh pendidik yang sangat mencintai Allah dan Rasul, dalam taman indah mahligai FCU. Banyakkan syukurmu wahai Alyssa, semuga bertambah lagi nikmat untuk mu sampai ke syurga.
Alyssa adalah cucunda ketiga FCU. Insanulkamil, lagi diredhai Allah dan Rasul. Doa buat cucunda-cucunda yang hebat lagi cemerlang. Panggilan terbaik buat kalian, dengan harapan awal dan akhir kalian adalah yang terpilih disisi Allah.
Sesungguhnya, kehadhiranmu Alyssa menyerikan, menceriakan, menghidupkan dan membahagiakan seluruh penghuni universiti ini. Auramu memang hebat dan akan terus hebat. Sebagai penuntut termuda FCU, kau pasti akan menimba endless knowledge kepunyaan Ilahi, selagi kemahuan bertahta di hati. Yang pasti penerokaaanmu sudah bermula dalam tangisan dan ketawamu yang sungguh menghiburkan kami semua. Love....love...love you Alyssa just for Allah.







DEAR READERS!! 
YOUR POSITIVE COMMENTS ARE HIGHLY APPRECIATE. 
♥♥♥ FCU MALAYSIAN HOMESCHOOLING ♥♥♥
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...