TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
HAFIDZ YOUNG SCIENTIST

I am Hafidz, the young scientist.This blog is about my exciting homeschooling journey.It will remains as my sweet memories forever. Glad to share the special moments with you !!!


Thursday, November 24, 2011

KEARAH MEMBENTUK ANAK CERDIK DAN CEMERLANG


( GUIDANCE CORNER )
1. Jaga Pemakanan

Tahukah anda bahawa pemakanan boleh memberi kesan kepada tingkah laku anak? Menjaga pemakanan di sini bukan sahaja berkenaan dengan makanan yang berkhasiat, malah sumber makanan jauh lebih penting. Sumber rezeki yang haram seperti mencuri, menerima rasuah, penipuan dan sebaginya haruslah dielakkan.
Sumber rezeki yang halal itu adalah seperti:
-          Bukan daripada sumber rasuah
-          Bukan daripada sumber judi dan nombor ekor
-          Bukan daripada mencuri dan menipu
-          Bukan daripada sumber perniagaan yang haram seperti menjual dadah dan sebagainya
-          Bukan daripada sumber menipu timbangan dalam urusan jual beli
-          Tidak mencuri tulang apabila dibayar gaji bekerja 8 jam sehari
Selain punca rezeki ini, peliharalah juga pemakanan yang diberi kepada keluarga baik daripada segi kebersihannya, penyediaannya, kualitinya serta rasanya.


2. Betulkan Fokus Kita

Seringkali anak yang diajar oleh ibu tetapi masih tidak faham walaupun diulang 4-5 kali akan dimarahi.
“kenapa kamu ni, kan mak dah ajar tadi, dengar lah baik-baik”
Saya pasti bila pun masalah anak tidak akan selesai. Hal ini kerana apa yang kita fokuskan adalah pada anak. Akan tetapi, untuk menyelesaikan masalah ini, sepatutnya ibu bapa memberi fokus kepada punca masalah tersebut. Jika masalah tersebut datang daripada masalah tumpuan anak yang singkat, cubalah ubah cara mengajar anak. Jika masalahnya adalah anak tiada motivasi dengan keadaan sekeliling, ubahlah tempat belajar anak. Analoginya adala seperti bomba yang ingin memadamkan api. Para ahli bomba tidak fokus kepada api yang sedang merebak untuk menyembur air, akan tetapi mereka mencari punca api itu.
Selain memberi fokus kepada punca masalah anak, berikan fokus kepada diri sendiri. Fokus kepada diri sendiri bermakna kita bertanya soalan berikut:

a) “Apa yang boleh aku lakukan lagi bagi menjadikan anak aku cemerlang?”
b) “Apa yang belum aku lakukan selama ini?”

Bukannya
a) “Kenapa anak aku mesti jadi begini?”
b) “Kenapa anak aku tidak faham aku?”
c) “Kenapa anak aku ini lemah sangat?”
Kemudian berilah fokus kepada kelebihan dan kebolehan anak. Dengan cara ini, ibu bapa tidaklah perlu memikirkan masalah anak setiap masa sepanjang hidupnya. Kadangkala, apabila terlalu fokus kepada masalah anak, ibu bapa akan terlupa kepada kebolehannya.


3. Gunakan Pendekatan Emosi
Kesan emosi terhadap seseorang jauh lebih mendalam berbanding kata-kata.  Golongan peniaga serta ajen insuranyang Berjaya memanipulasi emosi pelanggannya akan mendapat jualan yang lebih tinggi. Hal-hal yang paling kita ingat di sekolah dulu juga adalah berkenaan emosi.
Sebenarnya anak juga begitu. Mereka lebih terkesan dengan emosi daripada kata-kata. Apabila sesuatu keadaan berlaku dan disertai dengan kekuatan emosi kita, maka ia kan lebih terpahat di hati dan tertanam di minda anak.
Maka, apabila ibu atau bapa berdoa, kadangkala biarkan anak mendengar rintihan kita yang benar-benar ikhlas. Berdoalah dengan jelas dan menggunakan bahasa yang mudah difahami anak. Kelak ia akan menjadikan doa kita sebagai azimat dalam hidupnya.


4. Menjaga Kredebiliti

Fenomena biasa yang berlaku kepada hamper kesemua ibu bapa adalah anak lebih dengar apa yang cikgu arahkan berbanding apa yang ibunya arahkan. Sebenarnya, ibu bapa di rumah perlulah menjada aspek kredebiliti di hadapan anak sehingga menjadi model kepada anak seperti:
       -Tidak menunjukkan kelemahan diri di hadapan anak
       -Tunjukkan kehebatan diri
       -Akui kesilapan dan minta maaf
       -Menjadi contoh
       -Mendampingi anak dalam semua perkara
       -Cakap serupa bikin
      -Berpegang pada janji        


5. Kenali Anak Kita


Ibu bapa yang mendidik anak, ibu bapa yang membentuk pemikiran anak dan ibu bapa juga yang menentukan masa depan anak. Maka, ibu bapa perlu mengenali sikap, sifat, emosi dan pemikiran anak. Dengan itu, banyak masalah akan terungkai dan selesai.
Ingatlah bahawa setiap anak adalah unik. Mereka dilahirkan berbeza-beza. Dengan mengenali anak, insyaAllah ibu bapa akan mudah mendekati dan membentuk mereka menjadi anak yang berjaya. Kekurangan yang terdapat pada anak bukanlah bermakna anak sudah tiada lagi masa depan. Berikan tumpuan kepada kebolehannya dan gilap bakatnya.
Sekiranya anak tidak dapat memberi kejayaan dalam akademiknya, terimalah anak seadanya. Mereka adalah seorang anak yang juga seorang manusia. Manusia yang berjaya pernah menemui kegagalan. Dan kegagalan itu akan menjadi titik permulaan dalam mengejar kejayaannya.


6. Baik Sangka Dan Elakkan Perkataan Negative

DIAGRAM 1
Setiap ibu bapa inginkan anak mereka cemerlang dalam hidup. Baik di dunia mahupun di akhirat. Akan tetapi kecemerlangan anak itu seringkali diukur melalui aspek akademiknya di sekolah. Keluhan demi keluhan akan keluar dari mulut ibu apabila anaknya tidak cemerlang di sekolah. Kadangkala ibu memberitahu jiran di depan anaknya.
“Anak saya memang lambat. Cikgu ajar dia banyak kali pun dia tak ingat. Ish, tak tahu lah apa nak jadi”
Apa perasaan anak ketika itu? Zahirnya muka anak seperti biasa, bak kata orang “blurr”. Akan tetapi siapa yang tahu perasaan di hatinya ketika itu. Cukuplah kita meletakkan diri kita di tempatnya untuk merasai apa yang dirasai anak. Ketika bos kita merendahkan kita di depan kita sendiri. Mesti sangat sedih kan?

"Anak saya memang lambat" Kita sendiri yang meletakkan dimana gred anak kita. Ingat...Kata-kata ibu adalah doa. Kekerapan kita mengatakan perkara ini, anak kita pasti akan jadi seorang insan yang lambat dan bengap.


"Cikgu ajar dia banyak kali pun dia tak ingat. Ish, tak tahu lah apa nak jadi”
Kita sendiri merendahkan harga diri anak kita. Seseorang yang mempunyai harga diri yang rendah agak sukar untuk maju dan cemerlang dalam hidup. Apalagi sekiranya ibubapa sendiri yang merendahkan diri mereka dan lebih parah apabila hal ini berlaku di depan orang lain terutamanya rakan-rakan mereka.

Kata-kata ini akan tersimpan dalam minda separa sedar mereka dan kata-kata ini akan sentiasa menjadi satu sumpahan. Walaupun budak ini cuba naik dengan menyimpan hasrat untuk berubah dan hasrat ini hanya berada dalam minda sedar mereka, usaha mereka tidak akan sampai kemana kerana yang berkuasa merubah diri anak tersebut adalah dipegang oleh otak separa sedar. Melainkan satu usaha dilakukan secara praktikal untuk menghilangkan sumpahan tersebut dan masukkan yang terbaik tentang anak-anak itu ke dalam minda separa sedar mereka. Untuk mendapat info yang lebih terperinci sila layari


DIAGRAM 1:
Diagram 1 jelas menunjukkan bagaimana segala maklumat yang diterima oleh minda sedar kita diserap sepenuhnya oleh minda separa sedar kita. Maklumat-maklumat ini bersifat jangka pendek di dalam minda sedar, tetapi berubah menjadi maklumat jangka panjang dalam minda separa sedar dan menguasai minda kita setiap masa tanpa henti dan terus kekal. Sekiranya dia menerima maklumat bahawa diri tuannya bodoh, dia akan berkerja siang dan malam, setiap saat untuk menjadikan tuan badan bodoh. Manakala bagi yang bertuah dimana minda separa sedarnya menerima arahan bahawa tuan badannya cerdik, minda separa sedarnya akan berusaha setiap saat tanpa henti untuk menjadikan tuan badan cerdik. Bukan itu sahaja, minda ini juga menjana gelombang yang mempertemukan tuan badan dengan segala peluang yang membolehkan tuan badan jadi cerdik dan berjaya. Begitulah sebaliknya.

Sangat penting para ibubapa mengeluarkan kata-kata yang membuat anak-anak itu rasa mereka istimewa dan unik dan berkebolehan. Bagi mereka percaya bahawa mereka boleh berjaya dan jadi insan hebat dengan keunikan yang ada pada diri mereka. Sesungguhnya setiap insan di dunia ini adalah unik dan mempunyai kekuatan masing-masing walaupun mereka cacat anggota dan buta.

Tugas ibubapa ialah mencari kunikkan anak mereka dan kehebatan yang tersembunyi dalam keunikan itu. Jangan diperbesarkan kelemahan tetapi dengan penuk hikmah cuba sama-sama memperbaikinya. Bagi anak yang sudah percaya akan kebolehan dirnya, adalah senang untuk membetulkan kelemahannya Manakala bagi mereka yang tiada kepercayaan pada diri sendiri, adalah mustahil untuk dia berjaya walaupun peluang sudah berada dalam genggaman.








Sumber:
http://anakkusayang.com/blog/ulasan-buku/ulasan-buku-jadikan-rujukan-dalam-mendidik-anak#more-1998

DEAR READERS!! 
YOUR POSITIVE COMMENTS ARE HIGHLY APPRECIATE. 
♥♥♥ FCU MALAYSIAN HOMESCHOOLING ♥♥♥
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...