TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
HAFIDZ YOUNG SCIENTIST

I am Hafidz, the young scientist.This blog is about my exciting homeschooling journey.It will remains as my sweet memories forever. Glad to share the special moments with you !!!


Saturday, March 17, 2012

SIRI 10 (PADANG KEMUNTING) : CACATAN PENJELAJAHAN FCU KE SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA.


(GUIDANCE CORNER)

MEMORI KHAS BUAT TATAPANMU WAHAI PENJAGA LANGKAWI




Deruan Ombak adalah tempat penginapan kami yang kelima dalam musafir panjang ini. Setiap tempat penginapan ini mempunyai keistimewaan masing-masing di hati kami. Semuanya melakarkan kenangan indah di sanubari setiap individu FCU.

Hanya selang beberapa buah rumah dari Deruan Ombak, terdapat sebuah Pusat Pengurusan Penyu yang tidak asing lagi di Malaysia. Sememangnya kami tidak melepaskan peluang keemasan untuk melihat sendiri penyu-penyu yang ada di pusat tersebut.


PUSAT PENGURUSAN PENYU PADANG KEMUNTING 
Pusat penetasan ini terletak kira-kira 26km dari Alor Gajah dan 9km dari Masjid Tanah. Kedudukannya di Pantai Padang Kemunting, dapat menarik ramai pengunjung untuk mengenali dengan lebih dekat lagi dengan spesis yang makin pupus ini.
Pintu gerbang yang menyambut kedatangan para pengunjung ke pusat ini



Pusat Pengurusan Penyu ini merupakan sebuah bangunan yang
 cantik dan bercirikan trditional Melayu.


Pandangan dari sudut depan





Pandangan dari sudut sisi



Kami sekeluarga meninjau kolam dimana penyu-penyu di pelihara. 
Terdapat 4 jenis penyu semuanya dan dalam berbagai saiz.

INFO HOMESCHOOL

 7 jenis penyu di dunia



1. Penyu belimbing : nama tempatan
          Dermochelys coriacea : nama saintifik   
          Leatherback turtle : nama Inggeris

2. Penyu agar/hijau : nama tempatan
          Chelonia mydas : nama saintifik
          Green turtle : nama Inggeris

3. Penyu karah/sisik : nama tempatan
          Eretmochelys imbricata : nama saintifik
          Hawksbill turtle : nama Inggeris

4. Penyu lipas/lekang : nama tempatan
          Lepidochelys olivacea : nama saintifik
          Olive ridley turtle : nama Inggeris
5. Penyu lekang  kempii : nama tempatan
         Lepidochelys kempi : nama saintifik
         Kemp's ridley : nama Inggeris
  
6. Penyu pipih : nama tempatan
        Natator depressus : nama saintifik
        Flatback turtle : nama Inggeris
7. Penyu tempayan : nama tempayan
       Caretta caretta : nama saintifik
       Logger head : nama Inggeris


-Penyu telah wujud kira-kira 145 hingga 208 juta tahun  dahulu iaitu sejak zaman dinosaur lagi.
 Pada masa itu Archelon, yang berukuran panjang badan enam meter, dan Cimochelys telah  
 berenang  di laut purba seperti penyu masa kini.
-Spesies penyu hidup lama kerana untuk matang sahaja sudah mengambil masa antara 20 hingga 50 tahun.

-Imprinting
Haiwan reptilia ini mempunyai keunikan iaitu berkebolehan untuk kembali semula ke pantai berpasir tempat ia menetas untuk bertelur dengan mengembara beribu-ribu kilometer dari kawasan pemakanan.

-Penyu betina bertelur pada waktu malam dan dapat bertelur 4 hingga 6 kali setahun dalam satu-satu musim persarangan iaitu setiap 2 tahun sekali. Purata bilangan telur adalah bergantung kepada spesies dengan jarak masa bertelur antara 8 hingga 12 hari antara satu-satu pendaratan.

SPESIES-SPESIES PENYU DI MALAYSIA

Terdapat tujuh spesies penyu laut di dunia. Dari tujuh spesies ini, empat spesies penyu laut mendarat di Malaysia. Spesies-spesies tersebut seperti :

4 JENIS PENYU DI MALAYSIA




Penyu Belimbing
Leatherback Turtle
Dermochelys Coriace


                                                            sumber photo: goggle
1) Penyu Belimbing ialah spesies penyu yang terbesar di antara jenis-jenis penyu yang terdapat di dunia. Kini spesies penyu ini semakin kepupusan. Inilah satu-satunya jenis penyu yang tidak bertempurung keras, di mana karapasnya ( cengkerang) adalah lembut dengan mempunyai tujuh jaluran panjang yang memanjang dari bahagian kepala hingga ke ekor. Ia boleh membesar sepanjang 2 meter dan mencapai berat sehingga 600kg. Penyu ini menghabiskan hampir keseluruhan hayatnya di dalam laut lepas dan berkebolehan untuk menyelam sedalam 400m hingga 1,200m. Penyu ini mudah dikenali kerana cengkerangnya yang menyerupai seperti buah belimbing. Warna badannya adalah kehitaman dan bertompok-tompok putih. Bahagian atas mulutnya yang melengkung adalah untuk memudahkannya menangkap obor-obor yang merupakan makanan utamanya. Ianya menghasilkan telur antara 60 – 120 biji pada suatu masa. Musim bertelurnya adalah Mac hingga Ogos. Di Malaysia , tempat utama penyu ini naik ke pantai untuk bertelur adalah di Rantau Abang, Terengganu dan terdapat juga Paka, Pahang untuk bertelur. Telurnya berwarna putih dan berkulit lembik dengan ukuran garispusat 5 – 6.5 sm.



                                                                         Penyu Agar
Green Turtle
Chelonia Mydas


                                                              sumber photo: goggle


2) Penyu Agar juga dikenali sebagai “ penyu hijau “ mengikut warna lemak dalam badannya yang berwarna hijau. Warna penyu ini adalah coklat buah zaitun atau coklat tua atau kehitaman. Penyu ini boleh membesar sehingga lebih 1 meter dengan berat badannya di antara 135 – 270 kg. Makanan utamanya adalah rumpai laut dan rumpair. Musim bertelurnya adalah di antara April – September dan menghasilkan 100 – 140 biji setiap kali bertelur. Penyu ini terdapat di Negeri Terengganu, Pahang, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Telurnya adalah berwarna putih dan berkulit lembik dengan ukuran garispusat lebihkurang 5.0 sm.





Penyu Karah / Sisik
Hawksbill Turtle
Eretmochelys Imbricata

                                                         sumber photo: goggle
3) Penyu ini juga dikenali sebagai penyu sisik. Ianya mempunyai karapas yang keras dan nampak seperti sisik-sisik yang bertindih. Warna badannya adalah coklat , bersaiz sederhana dan boleh membesar sehingga 70 – 90 sm dengan berat badannya di antara 35 – 75 kg. Bentuk paruh mulutnya yang menyerupai paruh helang. Makanan utamanya adalah span dan karangan lembut yang terdapat di kawasan terumbu karang. Spesies penyu ini kebanyakannnya terdapat di kawasan terumbu karang .Musim bertelurnya adalah Mac – Jun dengan purata bertelur sehingga 130 biji. Penyu ini terdapat di negeri Terengganu, Pahang, Melaka , Johor, Sabah dan Sarawak. Telurnya adalah berwarna putih dengan kulit yang lembik dan berukuran garispusat lebih kurang 5.0 sm.



Penyu Lipas
Olive Ridley Turtle
Lepidochelys Olivecia

                                                         
                                                          sumber photo: goggle

4) Penyu lipas adalah penyu yang terkecil di antara empat jenis penyu yang terdapat di Malaysia. Ianya boleh membesar sehingga 6.0 – 6.5 sm dengan berat yang biasanya di antara 35 – 50 kg. Warna badannya adalah gelap atau coklat buah zaitun dan bahagian bawahnya berwarna putih. Makanan utamanya adalah udang,obor-obor, ketam dan siput. Musim bertelurnya adalah dari Mac – Jun dan menghasilkan purata telur 100 biji setiap kali bertelur. Telurnya adalah berwarna putih , berkulit lembik dan bergarispusat lebihkurang 4.0 sm. Penyu ini terdapat di Pulau Pinang, Pahang dan Terengganu. Kini bilangan spesies penyu ini yang mendarat untuk bertelur di pantai-pantai Malaysia adalah semakin berkurangan dan diancam kepupusan.

sumber:
http://www.dof.gov.my






Kakitangan yang bertugas sungguh bermurah hati melayan kami sekeluarga.
Sebaik sahaja anak-anak minta ingin melihat penyu-penyu dari dekat,
terus dia mengambil seekor penyu Agar yang matang untuk kami lihat.





Penyu Karah adalah penyu yang paling cantik kerana warnanya keemasan
dan karapasnya nampak bersisik-sisik yang bertindih. Memang cantik !!
Lihatlah betapa cantiknya penyu karah yang sedang berenang di dasar lautan.



Orang yang pertama diberi penghormatan untuk menyentuh 
penyu Agar ini ialah tuan puteri Alyssa. Alyssa pula begitu 
berani sambil membelai-belai penyu tersebut. Memang Alyssa 
is an amazing girl !!! Apalagi...Afiqah dan Afiq juga tak sabar-sabar 
untuk bermesra dengan spesies dinasaur yang masih ada hingga sekarang.....


Afiq dan Afiqah meneliti setiap inci badan penyu itu. Inilah kali pertama 
mereka melihat penyu secar live. Macam-macam soalan yang mereka 
utarakan pada kakitangan yang baik hati ini.



Kakitangan ini meletakkan penyu tersebut ke atas lantai. 
Penyu itu terus berjalan dengan menggunakan 4 dayungnya yang 
keras itu. Kami sekeluarga merasa sangat bertuah kerana diizinkan 
Allah melihat keajaiban ciptaanNya tanpa perlu menjelajah ke dasar lautan.



Banyak yang Afiq dan Afiqah belajar dalam bilik darjah 
Pusat Pengurusan Penyu Pantai Padang Kemunting ini. 
Semoga segala ilmu Allah yang mereka perolehi sepanjang 
penjelajahan ini dapat menjadikan mereka seoran khalifah yang hebat kelak.


Mereka juga berpeluang melihat anak penyu dari dekat.


Hafidz yang bertindak sebagai salah seorang jurukamera FCUPRODUCTIION 
tidak melepaskan peluang mengambil photo-photo dan video yang akan 
digunakan dalam pembikinan video penjelajahan kami kelak.



Kerana terlalu minat pada penyu-penyu ini, Afiqah tak lepas 
peluang menciup anak penyu ini.


Lepas itu Afiq tanya kenapa penyu itu tak bertukar jadi putera raja. 
Ini mesti terpengaruh dengan cerita yang dia baca dalam buku cerita kanak-kanak.



Inilah sarang telur penyu di Pusat Pengurusan Penyu Pantai Padang Kemunting. 
Sebaik sahaja anak-anak penyu keluar dari pasir, mereka akan dilepaskan kelaut 
dan akan kembali ke pantai ini untuk bertelur kelak dengan izin Allah.


Kami menyaksikan keberangkatan anak-anak penyu ke lautan. 
Memang hebat ciptaan Allah kerana telah menjadikan anak-anak 
penyu tahu tanpa perlu diajar.

AJAIBNYA GEOMAGNETIC IMPRINTING PADA PENYU

Penyu dan ikan salmon adalah antara ciptaan Allah yang berupaya membuat Geomagnetic Imprinting.
Bagaimanakan penyu berkebolehan untuk kembali semula ke pantai berpasir tempat ia pertama kali melihat alam ini selepas menetas padahal ia telah meninggalkan pantai itu beribu-ribu kilometer.

Sebaik sahaja selepas menetas, anak-anak penyu akan berusaha keluar dari pasir yang menimbusnya. Dari sinilah mereka akan menggunakan isyarat visual dari alam sekeliling seperti cahaya bulan atau sinar di horizon lautan untuk terus menuju pantai. Dari saat dia masuk sahaja ke air, mereka akan terus berenang selama 48 jam tanpa henti. Mereka telah dibekalkan nutrition yang cukup untuk terus berenang tanpa henti. Allah telah jadikan mereka sangat peka dengan geomagnetic bumi dan semua ini berlaku semasa renangan yang pertama ini. Semua peta yang paling detail dan tepat dirakam kedalam otak mereka ketika ini. Sebab itulah apabila tiba waktu untuk bertelur, tanpa susah payah untuk mengingat semula, penyu-penyu ini akan kembali ke pantai tempat asal mereka. Masyaallah....hebat sekali ciptaan Allah terhadap penyu.

Satu mala petaka yang sangat besar jika kita menyimpan anak-anak penyu yang baru menetas di dalam tangki dan membelanya hingga agak besar dan lepaskannya kemudian. Mereka hilang keupayaan geomagnetic imprinting yang dikurniakan Allah kerana mereka terlepas proses berenang tanpa henti selama 48 jam sebaik sahaja menetas. Mereka juga tiada kemahiran berenang kerana telah dikurung di dalam tangki selama ini. Mereka akan kepenatan dan akhirnya menjadi mangsa di lautan. Penyelidikan ke atas penyu menyatakan bahawa setiap 1000 ekor anak penyu yang baru menetas, hanya seekor akan hidup hingga matang.



PERISTIWA BENAR YANG MEMBAWA KEPADA PERUBAHAN HIDUP

Salah seorang kakitangan di Pusat ini ada menceritakan satu kejadian yang sangat ajaib dan telah mengubah kehidupannya. Pada suatu hari, semasa melepaskan anak-anak penyu ke laut, ada seekor anak penyu yang tertinggal dari groupnya. Semua anak-anak penyu yang lain sudah berenang kelaut dan anak penyu yang seekor ini baru berada di gigi air. Tahu apa anak penyu ini buat? Dia telah menadah kedua-dua dayungnya yang hadapan dan berdoa. Selepas itu barulah dia memulalan perjalanannya. Sejak dari peristiwa itu, pekerja ini terus mendekatkan diri kepada Allah dan mula mendirikan solat dan berusaha menjadi insan yang soleh.
Hebatnya ketaatan binatang kepada Sang Pencipta dan kita yang telah dibekalkan akal fikiran pula yang selalu engkar. Semoga kita sentiasa beroleh petunjuk dari Allah.


                                                                                                 DEAR READERS!! 
YOUR POSITIVE COMMENTS ARE HIGHLY APPRECIATE. 
♥♥♥ FCU MALAYSIAN HOMESCHOOLING ♥♥♥
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...