TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Jumaat, 21 Disember 2012

SIRI 20 (ADUHAI LAMBAIAN DESARU ) : CACATAN PENJELAJAHAN FCU KE SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA



 (GUIDANCE CORNER)


21 December 2011 adalah merupakan titik permulaan Penjelajahan FCU ke seluruh Semenanjung Malaysia. Sejak itu FCU telah berkali-kali membuat penjelajahan yang penuh makna ini. Sehari sebelum menjelang Hari Raya Haji baru-baru ini, kami telah memulakan penjelajahan yang kelima dan baru sahaja menamatkannya dan kini kami kembali ke STATION FCU 1 (Langkawi).

Penjelajahan demi penjelajahan, membawa seribu nikmat dan rahmat Ilahi kepada FCU. Bergerak itu berkat dan membawa rezki kepada kami sekeluarga. Niat utama perjalanan kerohanian ini adalah untuk mengenal dan mencintai Allah dan selebihnya adalah bonus dari Allah Yang Mahai pengasih dan Pemurah.

Mungkin kerana ianya sebagai pembuka, Penjelajahan Pertama begitu bermakna dan penuh dengan nostalgia indah. Cepat sungguh masa berlalu. Rupanya sudah hampir setahun berlalu sejak tarikh akhir kami membuat penjelajahan seluruh Semenanjung. Namun begitu, segala memori begitu segar dalam ingatan bagai baru saja melewati tempat-tempat yang telah dijajah itu. Hingga kini barulah Allah mengizinkan saya mencoret sebahagian lagi siri penjelajahan yang begitu bermakna bagi pembelajaran homeschool kami terutamanya dalam pelajaran geography dan sejarah. Memang berbaloi saya membuat lapuran agak terpeinci dalam setiap entri siri penjelajahan tersebut kerana anak-anak sering merujuk kembali coretan tersebut dalam kelas homeschool kami. Alhamdulillah...

DESARU
Nama Desaru sudah harum sejak dulu lagi kerana mempunyai pantai yang indah. Lebih-lebih lagi, Desaru sering menjadi tempat pertandingan acara sukan luncur air yang berpotensi dijadikan produk pelancongan sukan negara. Keluasan pantai dan ombak besar menjadikan kelebihan Desaru menarik kedatangan peminat sukan luncur air. peranginan yang terkenal di Johor ini sememangnya menjadi tumpuan orang ramai pada hujung minggu. Pada 15.1.2012, kami telah bertolak dari Pasir Gudang untuk menikmati keindahan pantai yang putih bersih. Perjalanan sejauh 54 km itu hanya mengambil masa setengah jam sahaja. Sebelum bertolak, kami sudah kenyang bersarapan pagi dan mengisi kerohanian dengan taklimat panjang dari GM.  

Perjalanan ke Desaru akan merentasi Sungai Johor.


Deretan pepohon kelapa sawit tua yang menghiasai sepanjang jalan sungguh unik dan menarik hati memandang. Pokoknya sangat tinggi. Pelajar FCU tertanya-tanya bagaimanakah tuan ladang memetik buah kelapa sawit. Tidak mungkin mereka menggunakan tangga kerana sangat merbahaya. Begitu juga kalau menggunakan galah kerana pokok itu terlalu tinggi. Mungkinkan mereka terpaksa memanjat untuk memungut hasil? Aku menceritakan tentang arwah moyang mereka di Kelantan yang memelihara seekor kera yang diberi nama"Johan'. Kera itu dibela khas untuk digunakan memanjat pokok kelapa. Mereka sangat teruja dan bertanya bermacam-macam soalan berkenaan dengan Si Johan. Tercengang-cengang mereka apabila aku menceritakan bagaimana Si Johan mencari kutu moyang dan memakan kutu tersebut. Mulalah pula mereka bertanya bagaimana kutu boleh hidup atas kepala dan bagaimana rupanya. Mungkin generasi sekarang lebih peka dengan kesihatan diri,  kutu sudah tidak lagi menghuni kepala.



Seekor kera sedang memetik kelapa (gambar:ihsan google)


Jambatan Sungai Johor


Jambatan Sungai Johor ini menjadi mercu tanda negeri Johor dan merupakan
jambatan terpanjang merentasi sungai di Malaysia selepas
Jambatan Raja Permaisuri Bainun,
(Jambatan Sg. Dinding) Perak.



Jambatan Sungai Johor yang menyambungkan Kong-kong ke Teluk Sengat
Structural Type: Cable-stayed bridge
Main span: 500 m
Total length: 1 708 m
Height: 150 m





Luas sungguh muara Sungai Johor ini. Beberapa 
buah kapal besar dan kecil sedang belayar, menambahkan 
ceria dan meriahnya Jambatan Sungai Johor ini. 


Pintu gerbang Desaru yang menyambut kedatangan kami.



Desaru yang indah dan permai. Ramai pengunjung membanjiri pantainya yang putih bersih. Terdapat banyak khemah disediakan untuk para pengunjung.



Desaru kebanggaan rakyat negeri Johor


Memang seronok bila berkelah beramai-ramai bersama ahli 
keluarga tersayang. Bagi pelajar FCUHOMESCHOOLING, 
inilah peluang untuk mengaut sebanyak mungkin ilmu tentang alam.



Perut sudah lapar. Terdapat beberapa gerai yang menyediakan makanan 
bergoreng dan nasi. Kami memilih gerai yang agak lengang kerana bilangan 
kami yang ramai. Tidak lama selepas itu, gerai yang kami pilih 
itu mula dipenuhi pengunjung.


Air kelapanya sangat manis. Suasana panas di tepi pantai 
dapat diredakan dengan tegukan air kelapa 
yang terkenal dengan khasiat mineralnya.



Afiqah dan Afiq lebih teruja untuk berkawan dari menjamu selera. Kemana sahaja kami pergi, pasti akan dapat kawan baru. Pendapat setengah oranng bahawa homeschool membuat anak jadi kera sumbang sememangnya meleset. Faktor mereka tidak bersekolah biasa membuat mereka mencari kawan apabila berpeluang. Selalunya mereka hanya berkawan sesama mereka dan peluang yang jarang-jarang ini tidak mungkin mereka lepas begitu sahaja




Lihatlah betapa mesranya Afiq dan Afiqah bermain dengan kanak-kanak lain.


LAMBAIAN MU !

Sebaik sahaja kami mula memesan makanan, tuan punya gerai membuka cerita tentang Desaru. Menurut beliau, Pantai Desaru baru sahaja menelan mangsanya beberapa hari yang lepas. Yang paling memeranjatkan...kebanyakan mangsanya adalah lelaki. Mengapakah tidak perempuan? Cara pemilik gerai ini bercerita seolah-olah ada puaka yang hanya berminat kepada kaum lelaki sebagai korban. Fahaman sebegini sememangnya menyalahi pegangan kita sebagai umat Islam. Sebab yang paling jelas.... mungkin kaum perempuan tidak begitu berani membelah ombak yang ganas semata-mata untuk mandi laut. 



Bendera merah dicacak di serata kawasan pantai ini sebagai amaran agar orang ramai tidak mandi laut. Pada pemerhatian kami, walaupun baru sahaja berlaku trajidi yang mengorbankan nyawa, masih ada yang tidak serik dan  mengabaikan amaran ini. Otak mereka seolah-olah tidak boleh berfikir dengan waras. Lautan Desaru yang ganas itu seolah-olah melambai-lambai mangsa seterusnya. Ada satu tarikan yang bakal menggadai nyawa pengunjung yang leka dan mengikut nafsu keseronokan bermain air. Namun kita ada pilihan dan mempunyai otak yang boleh berfikir dengan betul. Mungkin pada mereka yang pakar berenang dan menyelam, lautan Desaru tidaklah begitu mencabar kerana mereka sudah biasa dengan ombak menggunung dan menggulung mereka hingga ke dasar dan akhirnya mereka masih upaya timbul di permukaan.Memang benarlah peribahasa 
"Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga"


TRAGEDI DI LAUTAN DESARU


Sebaik sahaja sampai di Pasir Gudang, saya terus mencari di internet tentang kejadian mati lemas di Desaru. Rupanya memang ramai sudah menjadi mangsa lautan itu. Di bawah adalah beberapa petikan berkenaan dengan tragedi mati lemas di Desaru.



(9 OKTOBER 2011) Tragedi di Desaru
Masyaallah setahun sudah kisah itu berlalu… tp terasa seakan baru berlaku..
Tragedi 09.10.11 masih terngiang2x di ingatanku.. Dimana aku bersama dua org lagi temanku hampir ‘Mati Lemas Di Desaru’.. dan bila mengenang kisah itu menjadikan aku tak henti2 mengucap Alhamdulillah..!

Masih dipanjangkan umur, masih diberi kesempatan untuk bernafas, masih diberi kesempatan untuk berkhidmat dan berbakti kpd kedua orang tua dan masih diberi kesempatan untuk beribadah.. subahanallah.. subahanallah…
bersyukur yang teramat sangat !

Alhamdulillah kami selamat dalam pertarungan itu.. agak lama juga kami bergelut didalam air untuk menyelamatkan diri dan hampir2 berputus asa.. mase tu boleh dikatakan xde orang yg berani menyelamatkan kami, tapi sekian lame berdoa di dalam lautan tu, dgn tidak semena2 ade seorang hamba allah dgn sepantas kilat menyelamatkan kami. Tapi yang peliknya selepas kami naik ke atas pasir tepi pantai tu terus lengang.. tinggallah kami bertiga termuntah2 dan tercungap2.. dgn kesempatan itu kami terus ke bilik dan membuat solat syukur kerna masih selamat.


sumber:
http://hanamixchi.blogspot.com/2012/10/tragedi-oktober-09-10-11.html


( 19 DIS 2011) Perkelahan pertama jadi terakhir

KOTA TINGGI - Seorang ayah terpaksa menjadi saksi dua anak lelakinya yang lemas ditelan ombak ketika mandi di pantai awam Desaru, dekat sini, semalam. Dalam kejadian berkenaan, Mohd Fauzi Alauddin, 49, pada mulanya, cuba untuk menggadai nyawa bagi menyelamatkan kedua-dua anaknya. Salah seorang daripadanya, Mohd Fazli, 22, berjaya diselamatkan, namun meninggal dunia, manakala adiknya, Zulhairi, 16, masih gagal dijumpai. Ibu mangsa, Zuraini Adnan, 47, berkata, kehadiran ke Desaru untuk berkelah merupakan aktiviti perkelahan kali pertama mereka sekeluarga.

“Ketika kejadian ombak sangat kuat. Saya yang ketika itu sedang menikmati juadah bersama seorang lagi anak terkejut apabila melihat suami berlari mendapatkan anak yang sedang mandi di laut.

“Mulanya suami sempat mencapai tangan Fazli, akan tetapi Zulhairi pula ketika itu telah ditelan ombak. Oleh kerana pukulan ombak yang kuat, Zulhairi akhirnya terpisah dengan suami.

“Suami saya bernasib baik kerana orang awam berjaya menyelamatkannya daripada turut ditelan ombak,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Unit Forensik, Hospital Kota Tinggi, di sini, semalam.

Menurutnya, Zulhairi sempat bersembang bersama kakaknya tentang petanda-pertanda ajal pada malam sebelum kejadian berkenaan berlaku.

“Macam mana bila orang meninggal dunia? Itu antara soalan yang ditanyakan Zulhairi kepada kakaknya.

“Kami tidak menyangka itu adalah petanda bahawa dia akan terlibat dengan bencana ini. Malah pada malam sama, abangnya turut bersikap pelik apabila tiba-tiba enggan menikmati juadah hidangan makan malam.

“Walaupun berat untuk menerima ujian ini, namun kami tetap redha dan sentiasa berdoa agar Zulhairi ditemui,” katanya.

Sementara itu, rakan kepada Mohd Fazli, Mohd Ferdaus Nasir, 21, berkata, sehari sebelum kejadian berkenaan, mereka sempat meluangkan masa seharian secara bersama-sama pergi temuduga di sebuah kilang.

“Saya begitu terkejut apabila menerima panggilan daripada rakan yang menyatakan Fazli lemas. Padahal kami baru sahaja meluangkan masa bersama-sama semalam.

“Arwah merupakan seorang yang baik dan aktif bersukan. Dua minggu lalu, kami begitu gembira dan sempat meraikan kejayaan merangkul kedudukan naib johan ketika menyertai satu pertandingan futsal di bandar,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Che Mahazan Che Aik, ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

“Kejadian yang berlaku pada jam 1.30 petang itu telah menyebabkan seorang mangsa Mohd Fazli Mohd Fauzi, 22, meninggal dunia di tempat kejadian akibat lemas.

“Manakala usaha mengesan seorang lagi mangsa, Zulhairi Mohd Fauzi telah dijalankan oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia Bandar Penawar, Rela, Pasukan gerakan Marin, serta polis,” katanya.

Sumber: Sinar Harian



(2 JAN 2012) Abang, adik mati lemas
KOTA TINGGI: “Saya hampir berjaya mencapai Hazim dan Hasief tetapi kaki tiba-tiba kejang menyebabkan terpaksa berpatah balik dengan mengapungkan badan dan hanya mampu melihat dua anak saudara saya itu hilang ditelan ombak,” kata Md Nor Mamat, 19, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11.45 pagi kelmarin, Hazim Suhaimi, 20, serta abangnya Hasief, 25, lemas apabila dihanyutkan ombak besar ketika bermain di tepi Pantai Desaru, Bandar Penawar di sini dan Md Nor yang berada berhampiran cuba menyelamatkan dua beradik berkenaan, namun gagal. Dua beradik berkenaan dikatakan pergi berkelah di pantai itu dengan bapa mereka, Suhaimi Mamat, 52, selepas sekian lama tidak bersua.

Menurut Md Nor, kejadian berlaku ketika dia bersama dua beradik itu sedang bermain di tepi pantai apabila Hazim tiba-tiba dihanyutkan ombak besar manakala Hasief cuba membantu tetapi dia turut dihanyutkan ombak menyebabkan kedua-dua mereka dihanyutkan kira-kira 30 meter ke tengah laut.

“Selepas berpatah balik, beberapa pengunjung turut cuba membantu dengan berenang ke arah dua anak saudara tetapi gagal selepas kedua-duanya ditelan ombak,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi (HKT).
Md Nor sedih kerana gagal menyelamatkan dua beradik berkenaan tetapi reda dengan kejadian.
Sementara itu, ibu mangsa, Fauziah Mamat, 51, berkata, dia reda dengan ujian Ilahi itu.
“Saya baru saja melapor diri di Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Jaya, Johor Bahru pada 26 Disember lalu. Sebelum ini saya bertugas di SK Tenggaroh 3, Mersing, selama setahun setengah.
“Hanya Hazief saya beritahu pertukaran itu empat hari lalu dan merahsiakannya daripada Hazim kerana mahu memberi kejutan kepadanya,” katanya. Bagaimanapun, menurut Fauziah, dia tidak sangka dikejutkan pula dengan berita pemergian dua anak kesayangannya itu.

sumber:

Kejadian pada 2 Jan 2012 ini berlaku sebelum kami datang bertandang ke Desaru. 
Tidak lama kemudian, masih dalam bulan Januari, 3 orang lagi menjadi mangsa lautan Desaru. Sikap pengunjung yang tidak serik walaupun mengorbankan nyawa mereka sangatlah dikesalkan.


(24 JAN 2012)  3  lagi  mati  lemas  di pantai



JENAZAH dua beradik dibawa keluar untuk dihantar ke rumah keluarga mereka di Ulu Tiram selepas selesai bedah siasat di HKT, Kota Tinggi, semalam. – UTUSAN/FARIK SALLEH




KOTA TINGGI 24 Jan. – Seperti tidak mengambil iktibar daripada tragedi-tragedi mati lemas dalam tempoh dua hari lalu, tiga lagi termasuk dua beradik menjadi mangsa terbaru kejadian itu, petang semalam.
Dalam kejadian itu, dua beradik dan seorang pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mati lemas di Pantai Tanjung Buloh, Sedili Kecil dan di Pantai Tanjung Balau dekat Desaru di sini.

Dalam kejadian pertama pukul 2.30 petang di Pantai Tanjung Buloh, Mohamad Izzuddin Sanudin, 12, dan Mohamad Aqhmal (gambar), 21, dari Ulu Tiram, Johor Bahru ditemui dalam keadaan terapung selepas keluarganya menyedari kehilangan mereka berdua.

Ibu bapa mereka, Sanudin Abu, 45, dan Norhayati Ibrahim, 43, datang ke pantai itu sejak pagi untuk berkelah bersama enam anak mereka yang lain.
Menurut Norhayati, sebelum itu mereka dikejutkan dengan kejadian kanak-kanak nyaris lemas dan dikejarkan ke pantai untuk pertolongan cemas.

“Namun pada masa sama, kami menyedari Mohamad Izzuddin dan Mohamad Aqhmal tiada di celah orang ramai lantas mula mencari mereka berdua.
“Tidak lama kemudian seorang pemancing ternampak satu mayat terapung lalu menariknya ke pantai.
“Kami terperanjat kerana mendapati mangsa adalah Aqhmal dan selang setengah jam, mayat Izzuddin pula ditemui terapung oleh seorang pengunjung lain,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi, di sini semalam.
Jenazah dua beradik itu dituntut ahli keluarganya pada pukul 9 malam selepas bedah siasat sebelum dibawa pulang ke rumah keluarga mereka di Ulu Tiram dan dikebumikan pada malam yang sama di Tanah Perkuburan Islam Ulu Tiram.

Ketua Polis Daerah, Che Mahazan Che Aik berkata, selain dua beradik itu, seorang lagi mangsa yang merupakan lepasan SPM, Richard Rajakumaran, 18, mati lemas di Pantai Tanjung Balau, Desaru, pukul 2 petang.
Katanya, mangsa datang ke pantai itu bersama 17 ahli keluarganya dari Taman Perling, Johor Bahru.
Difahamkan, seramai tujuh daripada mereka bermain air di pantai sebelum dilambung ombak namun hanya Richard seorang yang hilang dibawa arus.
“Mayat Richard ditemui terdampar di pantai di tempat kejadian 30 minit kemudian,” katanya lagi.

sumber:


Menurut penduduk setempat, lautan Desaru meragut nyawa hampir setiap bulan. Naik bulu roma juga bila mendengar ceritanya. Namun begitu, masih berduyun-duyun pengunjung membanjiri Desaru pada setiap bulan. Pantainya yang cantik tetap menjadi pilihan.


FCU guys tidak melepas peluang untuk beriadah di pantai Desaru


Jurukamera kami (Hafidz) sedang bersantai menikmati keindahan pantai.


Lebih kurang pukul 5.45 petang, kami mula bergerak pulang agar dapat sampai 
di Pasir Gudang sebelum Maghrib.

Wajah ceria Alyssa yang baru dapat bertatih. 
Ketika ini dia baru berumur 11 bulan.


Sempat juga kami mengambil beberapa jenis herba yang jarang di ketemui untuk di tanam. 
Herba-herba ini akan dibuat kajian keberkesanannya. Kami sentiasa berusaha untuk 
memperbaiki produk kesihatan FCUMIRACLE agar para pengguna
 mendapat hasil yang terbaik.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...