Pembelajaran homeschool mengenai KEDUDUKAN KEEWANGAN DUNIA dalam entry yang lepas telah membawa kami jauh ke Pakistan dalam pelayaran internet. Pakistan menjadi pilihan hati anak-anak mungkin kerana ianya adalah negara Islam yang paling murah sara hidupnya. Memang banyak tempat yang cantik untuk kita lawati. Makanannya juga sedap dan menyelerakan antaranya Nasi Pilaf Pakistan. Wah! Nampaknya Nasi Pilaf memang terkenal seluruh dunia dan telah menjadi hidangan istimewa keluarga kami.
ASAL USUL NASI PILAF
Terdapat berbagai jenis resepi Nasi Pilaf dan namanya juga berbeza mengikut tempat sepeti Pilav, Pilau dan sebagainya. Penanaman padi bermula beberapa abad sebelum Masehi di Mesopotamia dan Parsi. Mengikut lagenda, ada yang menceritakan bahawa Alexander the Great telah dihidangkan Nasi Pilaf buat pertama kalinya dalam majlis diraja ketika bala tenteranya berjaya menakluk Songdian iaitu ibu negara Marakanda
(nama modennya Samarkand, Uzbekistan). Resepi Nasi Pilaf kemudiannya dibawa balik ke Macedonia.
Bagaimanapun, Ibnu Sina adalah merupakan orang yang telah mempopularkan nasi ini ke seluruh dunia. Belia telah mendedikasikan beberapa bab dalam buku penulisannya kepada kajian mengenai sains perubatan khusus dalam penyediaan Nasi Pilaf termasuk kebaikan dan keburukan segala bahan yang digunakan. Sehubungan itu, Uzbek dan Tajik menganggap Ibnu Sina sebagai "bapa" pilaf moden.
Saya mengambil peluang untuk menghidangkan Nasi Pilaf yang lazat ini kepada keluarga terutamanya FCUHOMESCHOOL students agar pelajaran mereka menjadi lebih mantap. Ini adalah antara sebab mereka sangat seronok belajar Geography. Saya akan menjamu mereka dengan hidangan tempatan mana-mana negara yang dipelajari. Sesungguhnya minda anak-anak akan terbuka luas bila jauh berjalan. Begitulah juga pemakanan seharian anak-anak membentuk pemikiran dan peribadi mereka agar menjadi insan universal. Sebenarnya untuk memasak semua hidangan ini tidaklah memerlukan belanja yang besar. Kita boleh saja menggantikan barangan yang mahal dengan barangan yang murah tapi rasanya seakan-akan. Internet juga menyediakan berbagai-bagai cara untuk kita buat sendiri apa-apa ramuan yang susah didapati ditempat kita. Usaha yang kecil ini amat bermakna dalam pembesaran anak-anak agar menjadi khalifah Allah yang serba tahu dan serba boleh.
STEP BY STEP FCUHOMESCHOOL COOKING CLASS
WITH LOTS OF LOVE
Bahan-Bahan Untuk Menyediakan Nasi Pilaf:
2 biji bawang besar, dipotong dadu untuk ditumist
1/2 cawan badam di goreng tanpa minyak hingga masak rangup
3 helai daun bay kering (yang segar lagi baik). Daun ini boleh dibeli di kedai runcit India
1 batang serai dititik
2 tangkai daun pasli dihiris-hiris. Boleh di tambah kuantitinya sekira suka.
2 biji lemon untuk diambil kulitnya dan dicincang halus (hati-hati agar tidak terambil lapisan putih kerana ianya pahit)
Air limau dari sebiji lemon yang diambil kulitnya tadi.
4 ulas bawang putih dimayang untuk ditumis
1 batang kulit kayu manis berukuran 3 inci
3 kuntum bunga lawang
7 biji pelaga hindi
3 cawan teh beras basmathi direndam 30 minit dan ditoskan.
4 cawan air rebusan ayam (air biasa pun boleh tapi tambah 1 kiub perencah ayam knorr)
1/2 cawan teh kismis hitam (untuk lebih menyerlah warnanya)
1 sudu teh garam (ikut selera)
1 sudu teh gula
Cara-caranya:
1) Basuh beras basmati hingga betul-betul bersih dan rendam selama 30 minit. Jangan ramas beras tersebut.
2) Panaskan mentega dan tumis rempah 3 beradik, bawang besar dadu dan bawang putih yang dicincang halus hingga kuning dan wangi.
3) Sediakan periuk kukus di atas api untuk mengukus nasi nanti.
4) Masukkan kulit lemon, daun pasli, daun bay kering dan serai. Tumis lagi hingga haruman menjadi lebih beraroma. Masukkan 4 cawan teh air dan biarkan mendidih. Masukkan 1 kiub ayam knorr, 1 sudu teh garam dan 1 sudu teh gula.
5) Bila mendidih, masukkan beras basmati yang telah ditos dan masak dengan api sederhana. Kacau sekali sekala dengan menggunakan chopstick agar beras tidak patah.
6) Bila nasi sudah kering(dah tak ada air dalam periuk), angkat dan pindahkan nasi ke dalam periuk kukus yang di alas dengan jala mata halus. Boleh juga guna daun pisang yang ditebuk-tebuk halus atau masukkan ke dalam loyang sahaja. Lebih kurang 10 minit, nasi sudah masak.
RESEPI PAKISTANI GRILLED CHICKEN CURRY:
Bahan untuk perap ayam:
1 1/2 ekor ayam sederhana besar (dipotong ikut suka besarnya)
2 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu besar serbuk jintan manis
2 sudu besar serbuk rempah kabsa*
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar garam
2 sudu besar madu (boleh digantikan dengan brown sugar)
1 biji perahan limau nipis atau lemon
2 sudu besar sos tiram.
Bahan-bahan untuk buat Rempah Kabsa:
4 sudu teh ketumbar
2 sudu teh jintan manis
2 sudu teh jintan putih
2 sudu teh engkih
2 sudu teh pelaga
2 sudu teh lada hitam
Kesemuanya disangai hingga wangi dengan api yang sederhana lebih kurang 10 minit.
Kisar kering semuanya hingga halus. Kemudian dicampurkan 2 sudu besar serbuk kunyit dan 2 sudu besar serbik cili.
Bahan-bahan untuk Kari Ayam Pakistan:
1/2 tin tomato puree
6 biji lada besar warna hijau
Secekak cili api warna hijau ( Saya pastikan kuahnya pedas agar tak payah buat sambal lagi)
Secekak besar daun ketumbar
1 labu besar bawang kuning
2 biji buah tomato
2 sudu besar serbuk jintan manis
2 sudu besar serbuk ketumbar
1 cawan yogurt
Minyak untuk menumis
Cara-caranya:
1) Cincang halus bawang putih dan dadukan bawang kuning. Tumis hingga kuning dan wangi.
2) Masukkan serbuk jintan manis dan ketumbar. Kacau hingga garing. Masukkan sedikit air agar rempah
tidak hangus. Seterusnya masukkan tomato yang didadu terlebih dahulu. Kacau hingga tomato nampak layu.
3) Kisarkan daun ketumbar, cili hijau dan cili api hijau hingga lumat.
4) Campurkan kisaran ini ke dalam bahan dalam kuali. Kacau hingga sebati. Masukkan sedikit air, garam dan gula.
5) Masukkan secawan yogurt dan kacau hingga sebati. Masukkan ketulan ayam dan biar buat seketika. Bila rasa kuah sudah sempurna masin, masam dan manisnya, tutup api dapur dan hidangkaan.
Bahan Untuk Salad Campuran :
1 biji nenas yang masak ranum dipotong dadu besar. Kita pilih nenas yang manis rasanya.

Inilah antara bahan-bahan yang digunakan untuk memasak Nasi Pilaf
Badam dan kismis hitam mempunyai khasiat yang tinggi dan sangat baik
untuk kepintaran otak anak-anak kita.
digandingkan dengan keistimewaan serai yang dikatakan mampu membunuh sel kanser
membuatkan Nasi Pilaf bukan sebarang nasi. Ditambah lagi rasa masam lemon juga memberi
personaliti yang sangat menarik dari segi rasa dan haruman.
Sekali merasa pasti mahu lagi....Masyaallah!
mengeluarkan haruman yang membuat perut rasa lapar.
cukup merangsangkan peredaran darah walaupun hanya dengan kewangian yang
semerbak seluruh rumah.
Nasi Pilaf masak dengan sempurna dengan menggunakan kaedah kukus.
Saya melapik periuk kukus dengan jala mata halus agar segala wap akan memasakkan
nasi dengan cepat tanpa perlu dikacau. Andai ingin mengacau nasi juga, gunakan
chopstick agar nasi kekal panjang dan cantik.
RESEPI PAKISTANI GRILLED CHICKEN CURRY:
Bahan untuk perap ayam:
1 1/2 ekor ayam sederhana besar (dipotong ikut suka besarnya)
2 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu besar serbuk jintan manis
2 sudu besar serbuk rempah kabsa*
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar garam
2 sudu besar madu (boleh digantikan dengan brown sugar)
1 biji perahan limau nipis atau lemon
2 sudu besar sos tiram.
Rempah ratus yang digunakan untuk perap ayam.
Biarkan perapan ayam selama 2 jam atau lebih
4 sudu teh ketumbar
2 sudu teh jintan manis
2 sudu teh jintan putih
2 sudu teh engkih
2 sudu teh pelaga
2 sudu teh lada hitam
Kesemuanya disangai hingga wangi dengan api yang sederhana lebih kurang 10 minit.
Kisar kering semuanya hingga halus. Kemudian dicampurkan 2 sudu besar serbuk kunyit dan 2 sudu besar serbik cili.
tinggi khasiatnya.
Masak ketulan ayam di atas dulang pembakar dengan sedikit minyak agar tidak melekat.
Desiran dari kulit ayam yang tengah dibakar sungguh menggirangkan hati. Cara ini akan
menyebabkan daging ayam masak dengan lembut . Sulami dengan selawat,
pasti masakan akan menjadi salah satu alat untuk meningkatkan
iman satu keluarga. Insyallah.
Inilah rupa ayam yang dimasak atas dulang pembakar. Pindahkan ayam ke dalam dulang pembakar lain dan sedia untuk dimasak menggunakan oven hingga sempurna. Bakar dengan suhu 200 celcius selama 10 minit.
Bahan-bahan untuk Kari Ayam Pakistan:
1/2 tin tomato puree
6 biji lada besar warna hijau
Secekak cili api warna hijau ( Saya pastikan kuahnya pedas agar tak payah buat sambal lagi)
Secekak besar daun ketumbar
1 labu besar bawang kuning
2 biji buah tomato
2 sudu besar serbuk jintan manis
2 sudu besar serbuk ketumbar
1 cawan yogurt
Minyak untuk menumis
Cara-caranya:
1) Cincang halus bawang putih dan dadukan bawang kuning. Tumis hingga kuning dan wangi.
2) Masukkan serbuk jintan manis dan ketumbar. Kacau hingga garing. Masukkan sedikit air agar rempah
tidak hangus. Seterusnya masukkan tomato yang didadu terlebih dahulu. Kacau hingga tomato nampak layu.
3) Kisarkan daun ketumbar, cili hijau dan cili api hijau hingga lumat.
4) Campurkan kisaran ini ke dalam bahan dalam kuali. Kacau hingga sebati. Masukkan sedikit air, garam dan gula.
5) Masukkan secawan yogurt dan kacau hingga sebati. Masukkan ketulan ayam dan biar buat seketika. Bila rasa kuah sudah sempurna masin, masam dan manisnya, tutup api dapur dan hidangkaan.
Antara bahan yang digunakan untuk buat Pakistani Grilled Chicken
Resepi ini tidak langsung menggunakan serbuk kari daging walaupun namanya kari.
Kisaran daun ketumbar dan cili memberi satu rasa kelainan yang istimewa dan
merupakan kekuatan pada keunikkan resepi ini.
Ayam yang sudah masak dipanggang tadi dimasukkan kedalam kuah. Biarkan ayam ini
bermesra seketika bersama kuah agar semua rasa dapat diserap dengan baik.
RAHSIA BESAR KELAZATAN PAKISTAN GRILLED CHICKEN CURRY
Proses membakar membuat ayam ini dapat memegang semua rasa bahan perapan. Apabila kita masukkan ayam yang sudah penuh dengan rasa ke dalam kuah, perisa kuah itu akan menambahkan lagi rasa lazat ayam. Sebaik sahaja ayam ini masuk kedalam mulut kita, kita akan merasa perisa kuah terlebih dahulu. Sebaik sahaja kita kunyah ayam, terserlah rasa bahan perapan ayam menambah perisa yang ada. Dua perisa berlainan ini membuat ayam rasa sungguh lazat. Kulit ayam yang sudah garing dibakar, akan rasa sungguh lazat jika dibandingkan kita terus masukkan ayam yang diperap ke dalam kuah seperti proses pembuatan kari biasa. Inilah rahsia besar kelazatan Kari Pakistan. Usaha ini memang berbalui untuk kepuasan seluruh keluarga tersayang.
Bahan Untuk Salad Campuran :
1 biji nenas yang masak ranum dipotong dadu besar. Kita pilih nenas yang manis rasanya.
2 batang timun yang muda juga dipotong dadu besar seperti nenas.
1 batang lobak merah dipotong dadu lebih kecil supaya senang dikunyah.
3-4 cili besar yang berwarna merah dimayang nipis-nipis.
Mayonese sesedap rasa
Garam sesedap rasa
Gula sesedap rasa
1 sudu kecil serbuk lada putih
2 sudu biji bijan yang telah digoreng tanpa minyak terlebih dahulu
Segenggam daun pasli. Boleh kurangkan bagi mereka yang tidak berapa suka dan gantikan
dengan daun sup. Gaulkan semua bahan dan simpan dalam peti ais sebelum dihidang agar sayuran dan buahan jadi rangup dan kekal segar.
Salad yang simple ini boleh dimakan begitu sahaja oleh anak-anak. Rasa masam manisnya dapat menggalakkan anak-anak gemar makan sayur.