TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Khamis, 18 Ogos 2016

ONE OF OUR CLASSES TO REMEMBER


Seperti biasa kelas akan bermula selepas para pelajar mandi, makan pagi dan menyiapkan kerja harian waktu pagi. Kerja harian pagi bagi Afiqah ialah mengemas ruang tamu, membasuh pinggan mangkuk, membasuh baju dan menjemur baju. Manakala kerja harian bagi Afiq pula ialah mengemas bilik tidur dan menyusun pinggan mangkuk, periuk dan peralatan dapur yang telah dibasuh oleh Afiqah. Mereka akan mengulangi rutin kerja ini pada waktu tengahari dan sebelum maghrib. Ini bermakna mereka membuat kerja harian mereka tiga kali sehari. Kami mulakan rutin ini seawal mereka sudah mula boleh bekerja. Pada peringkat awalnya memang sangat perit. Berkali kali disuruh baru mereka buat dan kerjanya tidak sempurna. Memang memerlukan kesabaran yang tinggi dalam mendisiplinkan anak-anak kecil dan melatih mereka untuk melakukan kerja rumah. Namun begitu, hasilnya memang berbaloi. Apabila mereka sudah terlatih, kita juga yang senang.


Saban waktu pelajar kami belajar di ruang depan piano. Mereka gemar menyusun atur meja dan kerusi mengikut cita rasa mereka. Apabila pembelajaran mereka memerlukan komputer seperti membuat latihan IXL dan sebagainya, mereka akan berpindah ke ruang komputer. Adakalanya kami belajar di dapur dan di taman. Seringkali juga kami akan belajar di tepi laut yang terbentang luas di bahagian belakang rumah. Sememangnya kami tidak mempunyai bilik khas untuk homeschool kerana anak-anak akan rasa jemu. Pembelajaran secara santai memang 
berkesan buat homeschool kami. 



Menghafal dan menulis kembali Al quran adalah antara pelajaran yang paling
disukai oleh Afiqah. 



Kami melanggan IXL secara tahunan sejak Afiqah sudah mula boleh membaca iaitu pada umur 5 tahun. Ianya satu program yang membolehkan para pelajar kami belajar sendiri dan kami hanya memantau apabila mereka tidak tahu. Memang fun buat kanak-kanak kerana IXL sangat ringkas dan merangkumi bayak aspek pembelajaran. Mereka juga memberi anugerah berbentuk medal dan sijil pencapaian yang akan dipapar di screen komputer. Kanak-kanak akan terasa teruja dan akan terus berusaha untuk mendapat sebanyak mana sijil penghargaan dan sekali gus menghabiskan semua soalan yang ada. Mereka boleh saja mengulangi mana-mana latihan dan latihan yang disediakan boleh dikongsi oleh sebanyak mana pelajar.



Lihat..siapa yang datang join kelas Afiq dan Afiqah? Alyssa yang baru sudah mandi dan makan pagi mula memilih tempatnya. Sememangnya kami tidak menghalang penggunaan komputer buat pelajar kami tetapi hanya untuk belajar sahaja. Setiap mereka kami sediakan satu laptop bersaiz sederhana agar mereka tidak perlu berebut bila tiba kelas yang perlu menggunakan komputer. Biasanya kelas yang menggunakan komputer hanya berlangsung selama satu jam sahaja sehari. Selebihnya mereka akan berada dimeja tulis mereka untuk menghabiskan jadual pembelajaran harian mereka.


Baju Alyssa warna pink dan warna komputer Alyssa juga pink. Inilah warna kegemaran Alyssa. Sebenarnya warna pink juga adalah warna kegemaran Afiqah. Adelyn masih tidak pandai memilih warna lagi dan terima saja apa yang kita berikan padanya. Mungkin Adelyn tidak memilih warna pink tetapi ungu seperi Afiq. Ini adalah kerana Adelyn sangat rapat dengan Afiq dan sering meniru apa sahaja yang Afiq lakukan. Memang banyak program buat kanak-kanak dalam internet. Walaupun Alyssa yang baru berumur 4 tahun dan masih tidak boleh membaca tetapi dia mampu menyiapkan task yang disediakan tanpa bantuan kita. Ini adalah kerana program tersebut sangat mesrakanak-kanak. Setiap tulisan akan diikuti dengan suara. Jadi Alyssa yang telah didedahkan dengan bahasa Inggeris sejak bayi dapat memahami apa yang ditanya oleh soalan tersebut.

Kami memang ambil pendekatan mengenalkan bahasa Inggeris dahulu hingga mereka benar-benar fasih dan dapat bercakap dengan slang yang betul. Apabila lidah mereka sudah sebati, lontaran suara bahasa Inggeris mereka memang tidak seperti slang ala Malaysia atau Cina atau Tamil. Memang susah untuk dapat slang yang betul dan kita yang sudah dewasa inipun...terpaksa berlatih hingga tergeliat lidah untuk mendapat slang atau lontaran suara bahasa Inggeris yang betul. Kami mengambil pendekatan American slang kerana ianya kedengaran agak santai. Adakah kami menganaktirikan bahasa Melayu? Sesekali tidak !!!

Memang kedengaran dan kelihatan seperti itu tetapi inilah taktik pembelajaran bahasa seumur hidup yang kami pilih dan memang berkesan buat pelajar kami. Mereka adalah anak jati Malaysia dan juga berbangsa Melayu pure. Mereka tinggal di Malaysia dan orang di sekeliling mereka semuanya bercakap melayu. Otak mereka merakam segala percakapan di sekeliling mereka. Kemelayuan mereka tidak mungkin hilang dan akan bertatah dalam diri mereka bila tiba masanya.

Afiqah sudah dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik dari segi percakapan, penulisan dan pembacaan. Di saat inilah kami mula menyuntik pembelajaran Bahasa dan seperti yang saya katakan tadi..otaknya sudah merakam segala percakapan orang sekelilingnya dan proses pembelajaran berlaku dengan pantas sekali. Seolah-olah kita hanya mencetuskan apinya dan api pembelajaran itu membakar dengan marak sekali. Inilah yang dikatakan pembelajaran seumur hidup. Mereka masih peringkat kanak-kanak dan mereka punya banyak masa untuk terus mengisi diri mereka dengan berbagai jenis bahasa. Sekarang ini Afiqah sudah berjinak-jinak dengan bahasa Jepun. Dia terasa teruja apabila melihat Hafidz sudah agak fasih berbahasa Russia. Hafidz sangat berminat dengan astronomi dan Russia adalah negara ulung dalam menguasai angkasa lepas. Minatnya ini mendorong untuk dia mendalami bahasa Rusia dan bercita-cita untuk menjejakkan kaki ke bumi Rusia kelak. Manakala Afiqah berminat untuk ke Jepun dan sudah tentu perlu fasih dalam bahasa Jepun. Saya yakin berbekalkan latihan pembelajaran kendiri yang telah kami terapkan dari mula homeschool, mereka akan dapat menguasai bahasa asing dengan baik walaupun hanya belajar sendiri.


Selepas satu jam berlalu, Alyssa mula melukis dan mewarna. Pada peringkat umur Alyssa dan Adelyn, kami tidak memberi sebarang latihan khas melainkan semuanya ikut kehendak mereka, Mereka bebas memilih apa yang mereka suka. Ini adalah peringkat memupuk pembelajaran kendiri dari peringkat awal lagi. Mereka akan membina keyakinan diri dan juga keseronokan belajar yang akan menjadi bekal untuk mereka terus belajar seumur hidup mereka.


Afiq melakarkan apa yang dia pelajari berkenaan 4 musim di negara sejuk. Ini juga adalah pembelajarn kendiri. White board besar itu adalah diperbuat dari kepingan kotak keras yang besar. Ini dapat percuma sahaja dari supermarket. Saya tampal dengan kertas putih dan balut dengan plastik. White board ini boleh digunakan kedua-dua belah dan boleh diangkut ke sana sini dengan senang dibandingkan white board yang dibeli dari kedai. 


Afiq sedang menerangkan tentang 4 musim kepasa Alyssa. Kami menggalakkan perkongsian ilmu di kalangan pelajar kami. Tanpa disuruh Afiq bertindak sebagai guru kepada Alyssa dan proses ini akan berterusan sepanjang pembelajarn homeschool mereka.


At last...si cilik Adelyn join kelas tapi agak lewat. Hafidz pula dengan pembelajaran kendirinya iaitu Traditional Medicinals. Ini adalah antara pelajaran kegemaran Hafidz. Dia banyak membuat rujukan sendiri di internet dan juga buku-buku. Pulau Langkawi yang kaya dengan herba dan hutan khalistiwa memang sangat ideal untuk menjadi rujukan Hafidz dalam mendalami bidang perubatan traditional ini. Malah dia banyak menanam pokok herba perubatan yang dikutip dari hutan bakau disekeliling tempat tinggal kami. Kalau dia rasa tak sedap badan macam nak demam, cepat-cepat dia akan mengutip pokok dukung anak yang tumbuh meliar di halaman belakang rumah dan merebusnya dengan sedikit garam. Air dari rebusan ini memang dapat menurunkan suhu badannya kembali normal. Menurut Hafidz air rebusan ini juga bagus untuk otak kerana tingginya kandungan oksidan.


Inilah antara buku yang sering menjadi rujukan Hafidz dalam pembelajaran perubatan traditional.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...