TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Saturday, January 20, 2018

TONIK AJAIB (UBAT SAKIT JANTUNG DAN MENURUNKAN KOLESTROL)



KENAPA TAHAP KOLESTROL YANG TINGGI MEMBAHAYAKAN JANTUNG?

Seorang individu terdedah kepada serangan jantung apabila dia mempunyai kolestrol LDL (KOLESTROL JAHAT) yang lebih tinggi daripada kolesterol HDL (KOLESTROL BAIK).

Lipoprotein LDL menyebabkan kolesterol melekat pada dinding arteri, menyebabkan pembentukan bahan keras dan tebal yang dipanggil plak kolesterol. Lama-kelamaan, plak kolesterol menyebabkan dinding arteri menebal dan saluran arteri semakin sempit, satu proses yang dipanggil atherosclerosis.

Arteri koronari membekalkan darah dan oksigen kepada otot jantung. Bila arteri koronari menyempit disebabkan atherosclerosis, ia tidak mampu membekalkan darah dan oksigen secukupnya kepada otot jantung. Kekurangan oksigen ke otot jantung menyebabkan dada sakit, juga ketulan darah dalam arteri yang menyebabkan saluran itu tersumbat dan membawa kepada kematian otot jantung (serangan jantung).



BYPASS TREATMENT ATAU ANGIOGRAPHY


Biasanya doktor akan menyarankan Bypass Treatment atau Angiography sekiranya anda mendapat serangan jantung. Pembedahan ini memerlukan perbelanjaan yang besar. Ada berita gembira yang boleh membantu anda atau ahli keluarga anda mahupun kenalan anda yang berada dalam situasi getir ini. Dengan mengamalkan meminum Tonik Ajaib ini, insyaallah masaalah besar anda dapat ditangani tanpa sebarang pembedahan. Dibawah saya kepilkan satu informasi yang dikongsi dari https://www.slideshare.net/drshahidalamin/heart-desease-cure





Bulatan merah menunjukkan pembentukan bahan keras dan
tebal yang dipanggil plak kolesterol yang menyebabkan arteri 
koronari menyempit.


Bulatan merah menunjukkan pembaikan pulih saiz saluran 
darah selepas mengamalkan minuman Tonik Ajaib


Gambaran secara dekat salur darah yang tersumbat



TONIK AJAIB

Ada 2 cara untuk membuat tonik ajaib ini. Sukatan yang tepat adalah dengan menggunakan juicer. Namun begitu bagi mereka yang tiada juicer, boleh juga menggunakan blender sahaja

CARA MEMBUAT TONIK MENGGUNAKAN JUICER
Contoh Juicer dipasaran



5 bahan yang digunakan dalam pembuatan Tonik Ajaib ini 
alah cuka epal, lemon, bawang putih, halia dan madu asli.


Contoh cawan yang digunakan. Kedua-duanya 
mempunyai isipadu yang sama iaitu 240 ml.


Ramuan Bahan2 adalah seperti berikut :-

1. Satu cawan teh Jus lemon (4 atau 5 biji lemon untuk memperolehi 240 ml jus lemon)


2. Satu cawan teh Jus Halia (1/2 kilo halia untuk memperolehi 240 ml jus halia.)


3. Satu cawan Jus Bawang Putih (1/2 kilo untuk memperolehi 240 ml jus bawang putih)


4. Satu cawan (240 ml ) Cuka Epal


5. Tiga cawan Madu Asli (240 ml x 3 =  720 ml). Bagi yang tidak suka terlalu manis, boleh kurangkan isipadu madu hinga 2.5 cawan sahaja (dua setengah cawan). Namun begitu ukuran 3 cawan adalah yang terbaik.





Lemon dikupas kulitnya . Halia juga dibuang kulit luarnya
 dan dipotong nipis-nipis. Manakala bawang putih dibuang 
kulitnya tetapi tidak perlu dipotong-potong.


CARA MEMASAKNYA:

1) Gabungkan jus halia, jus bawang putih, jus lemon dan cuka epal ke dalam periuk. Ini bermakna kita gabungkan sebanyak 4 cawan bahan diatas dan masak dengan api yang perlahan supaya kita tidak merosakkan segala mineral dan vitamin dalam tonik yang bakal dihasilkan. Masak hingga bahan diatas berkurang dari 4 cawan menjadi 3 cawan sahaja. Biasanya proses ini mengambil masa selama 1 jam hingga 2 jam.

2) Sejukkan terlebih dahulu bahan di atas sebelum mencampurkan 3 cawan madu asli. 

PERINGATAN:
Semua bahan diatas disukat dengan menggunakan cawan yang sama agar kita dapat hasil yang terbaik. Botolkan tonik itu dan simpan di dalam peti ais. Namun begitu bagi mereka yang tidak ada peti ais, tidak menjadi masaalah sekiranya tonik itu disimpan ditempat yang sejuk dan tidak berhampiran dapur memasak.


CARA MEMBUAT TONIK MENGGUNAKAN BLENDER

Contoh blender di pasaran


Ramuan Bahan2 adalah seperti berikut :-

1. Satu cawan teh Jus lemon (4 atau 5 biji lemon untuk memperolehi 240 ml jus lemon. Lemon itu di belah dua dan diperah dengan menggunakan alat pemerah limau atau dengan mencucuk garfu ditengah-tengah lemon sambil memicit-micit untuk memperolehi jus yang maksima.  Tapis supaya dapat pisahkan segala biji-biji lemon)


2. Satu cawan teh Jus Halia (1/4 kilo halia untuk memperolehi 240 ml jus halia). Tambah air sedikit demi sedikit hingga halia itu dapat dikisar dengan halusnya. Potong halia senipis-nipisnya agar senang hancur tanpa menggunakan air yang banyak sehingga dapat isipadu 240 ml.


3. Satu cawan Jus Bawang Putih (1/4 kilo untuk memperolehi 240 ml jus bawang putih). Bawang putih dipotong kecil-kecil agar senang hancur dengan menggunakan kuantiti air yang sedikit hingga dapat isipadu 240 ml.


4. Satu cawan (240 ml ) Cuka Epal.


5. 3 cawan Madu Asli (240 ml x 3 = 720 ml ). 
 Bagi yang tidak suka terlalu manis, boleh kurangkan isipadu madu hinga 2.5 cawan sahaja (dua setengah cawan). Namun begitu ukuran 3 cawan adalah yang terbaik.

Proses memasaknya sama seperti cara menggunakan kaedah Juicer



PEMERHATIAN:

1)Kita akan dapati bahawa kuanti halia dan bawang putih berbeza bagi penggunaan Juicer dibandingkan dengan penggunaan Blender. Penggunaan Juicer adalah LEBIH TEPAT DAN TERBAIK. Bagi mereka yang ada Juicer, itu adalah kelebihan. Namun begitu kita masih dapat menikmati Tonik Ajaib ini dengan menggunakan kaedah blender dan kesannya juga sangat memuaskan.

2) Sekiranya anda mengalami alahan selepas mengambil sehari dua Tonik Ajaib ini, usah risau. Ini adalah petanda baik di mana organ anda yang rosak itu sedang dibaik pulih. Teruskan pengambilan Tonik Ajaib ini dan selepas beberapa waktu, anda akan dapati penyakit anda beransur baik dan dengan izin Allah jua mudah-mudahan terus sembuh.  Semasa berubat mestilah mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa penyakit anda akan sembuh. Sesungguhnya Allah itu berserta dengan prasangka kita.



SUKATAN MEMINUM TONIK AJAIB


1) Bagi mereka yang mempunyai masaalah jantung dan cholestrol, hendaklah mengambil satu sudu besar selepas bangun tidur(perut kosong) dan satu sudu besar sebelum tidur.


2) Bagi mereka yang tidak ada sebarang masaalah dan ingin mencegah sebelum terlambat, ambil satu sudu besar selepas bangun tidur.





Saya menggunakan sukatan mangkuk berukuran 480 ml bagi setiap bahan.
Ini bermakna dua kali ganda ukuran cawan di atas. Hasilnya ialah lebih kurang 
2.9 litre Tonik Ajaib. Sebaiknya Tonik Ajaib ini disimpan di dalam botol kaca 
gelap. Andai tiada botol kaca gelap, yang biasa pun boleh. Tidak digalakkan 
menyimpan Tonik Ajaib ini di dalam botol plastik.



Bacaan Lanjutan:



https://sbelen.wordpress.com/2013/05/03/bawang-putih-cuka-apel-madu-jahe-lemon-jantung-sehat-tubuh-bugar/




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...