Today, my mother will teach me how to make Chicken Rice. Yummy!!
Cut the chicken into small pieces and boil with herbs. I really hate
cutting the onions.
It makes my eyes become watery.
Pound the garlic and ginger. Later, put soya sauce, chicken brooth,
salt and
sugar to the chicken and leave it for 30 minutes.
salt and
sugar to the chicken and leave it for 30 minutes.
I like this part the most. The aroma of fried chicken spread all over
the house.
Make everybody feel hungry. I already expert in frying chicken.
(HAFIDZ GUIDANCE)
Salam sejahtera .
Buat nasi ayam tak lah susah sangat cuma agak banyak kerja yang perlu dibuat. Untunglah ada 2 orang students FCUHOMESCHOOLING ni....Kalau bab masak makanan kegemaran mereka, Alhamdulillah....
mereka rajin menolong dan dah makin mahir. Setakat masak nasi, goreng telor, goreng ikan, pan cake, nasi goreng dan megi goreng...lepaslah untuk mereka kenyang!
RESEPI NASI AYAM FCU:
-3 ekor ayam besar dan di potong-potong ikut suka hati.
(Keluarga kami ramai sebab itu 3 ekor. Boleh kecilkan sukatan bahan ikut keluarga anda).
-2 sop bunjut
-6 kuntum bunga lawang
-15 biji buah pelaga
-2 keratan kulit kayu manis
-3 inci halia di pecahkan saja.
-10 ulas bawang putih ditumbuk kasar.
Masakkan air dan masukkan semua bahan kecuali ayam. Sukatan air adalah 4 kali isipadu ayam. Apabila mendidih, masukkan ayam dan kecilkan api untuk 10 minit. Ayam tu....kalau tak buang kulit, lagi sedap. Ikut suka hatilah. Tutup api dan tutup tudung periuk. Dengan cara ini, daging ayam tidak keras dan sedap dimakan. Angkat daging sebaik sahaja masak. Jangan terlalu lama kerana daging akan relai. Air rebusan ayam adalah untuk masak nasi, rendam ayam, sup dan kuah cabai.
UNTUK NASI AYAM:
-6 mug beras ( Ini adalah untuk 15 orang dewasa. Kalau keluarga kecil, kurangkan sukatannya. Hari ini semua ahli keluarga pulang...memang ramai!!)
-Sukatan air macam biasa kita masak nasi je...Bagi mereka yang suka nasi ayam agak berlemak, tumis bawang mayang dengan marjerin dan masukkan air dan beras. Bagi mereka yang nak jaga badan, cukuplah dengan air rebusan ayam tadi.
-2 sudu besar garam.
-2 sudu besar gula
-6 helai daun pandan.
Masak macam biasa.
KUAH RENDAM AYAM:
-Kicap pekat hingga warna agak hitam. Terpulang kepada selera masing-masing.
-5 ulas bawang putih yang ditumbuk agak halus.
-Gula ikut cita rasa
-Garam ikut cita rasa
-1 sudu besar serbuk lada hitam
-Setengan sudu serbuk lada putih
-Goreng ayam hingga agak garing dengan api sederhana agar ayam tidak keras.
KUAH KICAP:
-Air bekas rendam ayam di atas
-Air bekas rendam ayam di atas
-Cili padi di potong-potong kecil atau ditumbuk kasar. Ikut suka kepedasannya.
-Kicap pekat hingga warna hitam pekat.
-Gula secukup rasa
-Garam secukup rasa
KUAH CABAI:
-10 biji lada besar
-2 biji tomato
-10 cabai kering
-6 cili api
-cili sos hingga pekat kuah
-6 ulas bawang putih
-1 biji limau nipis
-Air rebusan ayam (digunakan untuk kisar bahan-bahan di atas)
-gula dan garam secukup rasa.
Jangan kisar hingga terlalu halus.
SOP AYAM:
-Lebihan rebusan ayam
-Beberapa ketul ayam bahagian tulang bagi mereka yang suka makan ayam dalam kuah
-6 labu bawang besar dipotong seperti masak dhal
-2 batang lobak merah dipotong panjang-panjang.
-Garam dan gula secukup rasa
-Perasa ayam knorr bagi mereka yang suka. Kalau nak jaga kesihatan....tak perlu masukkan. Dah sedap dah.....
Masak sop hingga bawang dan lobak sederhana masak. Taburkan daun sop yang dipotong-potong halus.
ULAM:
-Daun salad
-Timun
HIASAN ATAS NASI:
-Bawang goreng (Dibuat sendiri. Jangan terlalu garing sebab rasanya pahit)
-Daun sop yang dipotong halus.
SELAMAT MENCUBA...!!!
DEAR READERS!!
YOUR POSITIVE COMMENTS ARE HIGHLY APPRECIATE.
♥♥♥ FCU MALAYSIAN HOMESCHOOLING ♥♥♥
YOUR POSITIVE COMMENTS ARE HIGHLY APPRECIATE.
♥♥♥ FCU MALAYSIAN HOMESCHOOLING ♥♥♥