TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
HAFIDZ YOUNG SCIENTIST

I am Hafidz, the young scientist.This blog is about my exciting homeschooling journey.It will remains as my sweet memories forever. Glad to share the special moments with you !!!


Tuesday, September 6, 2011

SUASANA OPEN HOUSE EID UL FITR




Antara kanak-kanak yang datang awal pagi. Kami bagi peluang untuk mereka beraksi di depan kamera.
Yang ni...kena berlakun muka sedih. Memang happening.....lah bagi kanak-kanak



Ini adalah pasangan Lyn dan Rogers dari New Zealand. Mereka sudah menetap di Langkawi selama 6 tahun dan sudah boleh bercakap melayu sikit-sikit. Mereka merupakan kenalan kami yang agak rapat  dan sering bertandang ke FCU. Di samping meminati bonsai seperti kami, pasangan ini sangat aktif membuat kebajikan kepada mana-mana penduduk kampung yang miskin dan juga ibu tunggal. Umur mereka hampir mencecah 70an tetapi masih aktif dengan berbagai kegiatan kebajikan.



Lyn dan Roger bersama Jenny dan suaminya yang juga dari 
New Zealand.




Mr. Goh adalah seorang pemilik restaurant vegetarian di Kuah, Langkawi. Sebagai vegetarian, kami menghidangkannya juadah khas yang hanya terdiri dari tumbuh-tumbuhan sahaja. Uniknya restaurant vegetarian ini adalah kita boleh bayar dengan nilai yang kita suka setiap kali kita makan di restaurant ini. Mungkin ada yang kurang mampu, hanya bayar beberapa sen sahaja untuk apa yang dimakan di restaurantnya. Tak kiralah apa yang kita makan itu murah atau mahal. Bagi yang berada, bergantunglah kepada mereka untuk bayar sebanyak yang mungkin. Malah ada yang hanya makan free sekiranya memang tak mampu. Jadi restaurant ini adalah berasaskan kebajikan kepada yang kurang mampu.
Dia ni...penganut Buddha, jadi mungkin ini adalah cara dia beramal ikut kepercayaannya. Yang jelas, tak ada hidangan babilah di restaurantnya dan tukang masak pun ramai orang Indon. Manalah tahu...suatu hari nanti, Allah memberi hidayah kepadanya. Tidak ada yang mustahil dengan takdir Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang.


Lyn sedang bermain-main dengan Alyssa. Nampaknya Alyssa seronok bersembang dengan Lyn.
Jenny juga tak lepas peluang untuk mendukung Amazing Alyssa. Popular sungguhlah Alyssa ni....


Dari pagi hingga ke malam, tak henti-henti tetamu datang. Yang cantiknya, Allah susun
agar tidak terlalu ramai yang datang dalam satu masa. Segalanya berjalan dengan lancar. Segala kerja 
dari membakar sate, menghidang, membasuh pinggan dan melayan tetamu di serahkan kepada anak bujang 9 orang tu....Legalah. Syukur kepada Allah di atas segala pertolongan.





Ini pula kisah Song Jin dengan ayahnya. Dah kenyang makan, kena berlakun depan lensa kamera.
Nasiblah....Yang seronoknya mereka semua cukup sporting. Nak dapat yang sempurna, berkali-kali lah kena cut oleh director. Tetamu yang datang memang ramai tapi mereka buat slambe aje....

Song Jin kerap berkunjung ke rumah kami. Satu ketika dulu, selama 2 minggu ibu bapanya menghantar Song Jin melepak di rumah kami dari pagi hingga petang. Tujuan utama mereka ialah untuk membuka mata anaknya akan erti kehidupan yang baik. Mereka mahu anak tunggal mereka ini mencontohi abang-abang di FCU. Mereka mahu anaknya belajar apa sahaja aktiviti FCU. Sungguh dasyat bangsa Cina ini. Mereka sanggup melepaskan anak mereka pada keluarga Melayu padahal mereka adalah penganut Buddha yang kuat. Keluarga ini juga vegetarian. Mereka tak takut bila anak mereka tengok kami solat. Mereka sanggup gadaikan segala agar anak mereka jadi manusia berguna dan tidak terjebak dalam kancah sosial remaja.

Semoga keceriaan ini terus berpanjangan dan menjadi modal untuk mereka
mengenal Allah. 







Mereka berdua ini juga jadi mangsa FCUPRODUCTION. Mike adalah warga
Amerika dan Ullie pula warga Jerman. Adik kepada Mike telah memeluk Islam dan
menetap di Indonesia. Ullie rapat dengan adik Mike dan juga sedang berjinak-jinak dengan ajaran
Islam. Semoga Allah terus menerus membuka hati mereka untuk mengenal Allah dan mencintai Allah.

Yang ini lagi gempak...kena berlakun menyanyi. Ini adalah Venessa
dan suaminya yang berasal dari Amerika.

Helen adalah warga Australia dan pernah bekerja di Langkawi.
Dengan takdir Allah, kami jadi rapat dan dia menjadi anak angkat kami.
Sebelum datang ke Langkawi lagi dia sudah mula mencari kebenaran dan mula 
membaca Al-Quran. Akhirnya dia memeluk Islam dan berkahwin dengan Safari.
Kini mereka menetap di Adelaide, Australia.
(Gambar ini adalah kenangan mereka beraya di Langkawi tahun lepas)






Kebanyakan Mat Salleh dan Minah Salleh ni....nama aje Kristian tapi jarang dan ada yang langsung
tak pergi ke gereja. Mereka tak amal pun apa-apa ajaran Kristian. Tanpa pengisian kerohanian dan
pengabdian kepada Pencipta Yang Maha Agong, jiwa mereka kosong dan merintih. Mereka tercari-
cari dan apabila terjumpa contoh muslim yang baik, hati mereka senang tersentuh dan terpanggil.
Golongan yang berhati jahat dan sentiasa mencari jalan untuk memusnahkan umat Islam pun ada





Hati mana tak bahagia melihat senyuman dari kanak-kanak. Semoga mereka akan membesar menjadi pemuda dan pemudi Islam yang berjuang untuk kebenaran.





















Sebelum balik, para tetamu beramah mesra dengan tuan rumah. Ada yang kena interview dengan macam-macam soalan. Tujuannya ialah untuk berkenalan dengan tetamu yang datang.



Inilah tulang belakang FCUPRODUCTION. Semuanya 9 orang termasuk juru kamera. Semoga Allah sentiasa membimbing mereka dalam apa sahaja yang mereka buat.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...