TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
HAFIDZ YOUNG SCIENTIST

I am Hafidz, the young scientist.This blog is about my exciting homeschooling journey.It will remains as my sweet memories forever. Glad to share the special moments with you !!!


Tuesday, September 20, 2011

HAPPY BIRTHDAY TO YOU MY DEAREST SONS

September is a real birthday celebrating month in FCU. We are altogether 11, and include our parents, birthday cakes are being baked almost everY months of the year. In September, my mom baked 3 chocalate cakes for 3 of us to celebrate. Yes, everybody loves chocolate cake!!!

Today is my birthday (19.9.1999) . Yesterday was my brother Nur Muhammad's birthday and the day before yesterday was my brother Nur Ahmad's birthday. We are virgo and have nearly same personalities. Have a big family is great and fun. I really feel grateful and all the praise just to Allah, The Mighty God.




The Virgo man is an intellectual, often with sharp memory with keenness for details that is especially crucial in cognitive activities. His level of independence is difficult to duplicate because his intellectual capacity and imaginative and creative nature allows him to get many things done himself. Reliability, dependability, responsibility and accountability are significant personal and professional characteristics of the Virgo man making him an ideal employee, a good business partner, or simply a trusted spouse or partner.
All what we have to do is being positive and believe  that nothing is possible with God willing.




Hot and crispy chicken chops, homemade potatoes breads, soft and yummy doughnuts, creamy black paper mash potatoes, moist steam chocolate cake and  lemonade are more than enough for the celebration. Thanks to Allah, thanks to my parents and to all.






Three candles for the trios. It is time to blow the light of the past and pray for the
best to the present and future life. Today is better muslim than yesterday 
and tomorrow will be even better. Amin



Chicken chop is my favourite. A good chicken chop is the one with juice 
inside but has a crispy coating. Eating while it is hot will make 
you appreciate every single bite because it is so good....and delicious.


I
Just within a few minutes, almost all the chickens gone.



Everybody loves to eat in front of tv or computer. 
Just make sure you don't mess up the food on the table.



( GUIDANCE CORNER )

Esok adalah harijadi Hafidz. Sebaik sahaja selesai solat Isya', abahnya panggil Hafidz.
" Kau sedar tak esok hari apa? "
"Hari jadi Hafidz" Jawab Hafidz sambil matanya memandang tepat kepada abahnya.Walaupun sifat Hafidz selalu suka main-main tapi tidak di depan abahnya.

Bukan sahaja Hafidz, malah abang-abangnya dan termasuklah aku, ibu mereka. Setiap kata-kata mesti diserap dengan baik agar segala tindakan tidak tersasar. Segala butir-butir mesi difahami agar dapat beramal dengan tepat. Hitam kata "guru", hitamlah jawapannya. Putih kata "guru", putihlah jawapannya. Kawalan dalam keluarga memang ketat agar tidak tersasar dari kehendak Allah. Segala tindak tanduk yang songsang dari arahan pasti dapat dirasa oleh "guru" tanpa sesiapa memberitahu. Detik hati kotor juga selalu dapat dikesan "guru". Siapa berani kalau firasat "guru" selalu mendahului hukuman yang selalunya firasat itu tepat. Sudah berdarah daging sejak awal pendidikan dari buaian lagi,

SAMI'NA WAATO'NA-----" AKU DENGAR DAN AKU PATUH"

Aku sebagai isteri dan ibu kepada pahlawan-pahlawan Allah ini rasa sungguh bertuah dibawah pimpinannya. Mereka semua membesar dan menyerap kepimpinan guru untuk jadi pemimpin kepada keluarga mereka kelak. Walaupun hidup dalam dunia moden dan dikelilingi oleh segala teknologi yang serba canggih tapi kepimpinan kekeluargaan adalah seperti zaman kegemilangan Islam dulu-dulu. Aku percaya masih ramai lagi di luar sama yang masih mengekalkan kepimpinan seperti ini. Mungkin di bumi Arab? di bumi Afrika? di bumi China?                                                                     

"Dah berapa lama kau buat persediaan untuk harijadi ni...?"
" Bulan lepas lagi " Jawab Hafidz .
" Apa yang kau minta?"
"Minta jadi Hafidz baru. Minta dapat kebenaran. Minta kenal Allah dengan sebenar-benar kenal" Jawab Hafidz dengan penuh yakin.
" Umur kau dah 12 tahun. Dah baligh. Mesti berubah. Banyakkan berfikir kerana sesaat berfikir adalah lebih baik dari ibadat 60 tahun. Jangan dok asyik main aje..membazirkan umur"
Hafidz mengangguk-anggukkan kepala tanda faham. Walaupun ringkas tapi isi nasihat itu memang padat dan tepat.
" Pergi hujung sana dan baca Ayat Lima ( Ayat Agung ) 100 kali. Selagi tak habis jangan bangun. Fokus dan yakin esok pasti baru. Buat betul-betul. Buat cincai-cincai, tak dapat apa-apa. Itulah sebaik-baik hadiah untuk harijadi kau. Faham !! Hadiahkan untuk diri sendiri "
" Baik abah" Hafidz menjawab penuh persediaan.

Setiap hari selepas subuh mesti habiskan 40 kali Ayat Lima (Ayat Agung ) dan dia sudah sebati dengan ayat itu, tapi untuk baca 100 kali Ayat Lima bukan calang-calang wirid. Biasanya mengambil masa antara 3 hingga 4 jam.

Mesti habiskan sebelum pukul 12 tengah malam. Itu nekadnya. Sedetik selepas pukul 12 tengahmalam, dia mahu jadi baru. Hafidz yang lebih baik dalam segala hal. Mesti yakin seratus peratus tanpa ragu.  
                                                                                                                  


APAKAH ITU AYAT LIMA (AYAT AGUNG) DAN KHASIATNYA:

Mengikut pendapat ulama, ayat lima itu mempunyai pelbagai 'khasiat' termasuk:
  • Sebagai penolak sebarang kejahatan manusia, jin, syaitan dan binatang buas.
  • Sekiranya dibaca di hadapan musuh atau seteru, insya-Allah akan terjaga daripada sebarang kejahatannya.
  • Dapat menimbulkan kewibawaan dan kehebatan diri di depan musuh ketika di medan perang hingga mereka gerun.
  • Jika dijadikan suatu wirid (amalan yang berterusan) tiap selesai sembahyang fardu, maka segala hajat yang diingini akan dikabulkan Allah.
  • Sesiapa yang membaca selepas Subuh dan solat Maghrib secara istiqamah akan dikekalkan dalam jawatannya dan dinaikkan pangkat.
.Tiap-tiap satu dari lima ayat itu terdapat sepuluh buah huruf “QAF” (Kaf besar),
Sebab itulah ayat lima ini bisa juga disebut dengan ayat lima puluh Qaf.
Karena itu ayat lima ini mengandung rahasia dan hasiat yang besar sekali artinya, diantaranya ialah,
  1. Ibnu Mas’ud meriwayatkan, Bahwa Rasulullah s.a.w. selalu membaca ayat lima ini, baik beliau sedang berada dalam negeri atau sedang dalam perjalanan dan dalam peperangan. Dalam peperangan beliau selalu dapat mengalahkan orang-orang kafir dan orang-orang munafik dan selalu mendapat pertolongan Tuhan
    2. Bila selalu dibaca oleh seorang pemimpin, maka akan ditetapkan hatinya oleh Allah dan diberi pengaruh serta kekuatan, dan patuh kepadanya semua orang-orang yang dipimpinnya.

   
1)Ayat pertama adalah daripada surah al-Baqarah ayat 246, yang bermaksud:


 bermaksud “Apakah kamu tidak memerhatikan pengikut Bani Israil sesudah Nabi Musa iaitu ketika mereka berkata kepada seorang nabi mereka, “Lantiklah untuk kami seorang raja supaya kami berperang (di bawah kepemimpinannya) di jalan Allah. Nabi mereka menjawab, “Mengapa kami tidak mahu berperang di jalan Allah, pada hal kami dihalau dari kampung halaman kami dan daripada anak kami? Maka tatkala perang itu diwajibkan ke atas mereka, lalu mereka pun berpaling kecuali beberapa orang saja antara mereka. Dan Allah Maha Mengetahui ke atas orang yang zalim.” 


2) Ayat kedua dari surah Al Imran ayat 181

bermaksud: “Sesungguhnya Allah mendengar perkataan orang yang mengatakan, “Sesungguhnya Allah miskin dan kami adalah kaya. Kami akan mencatat perkataan mereka itu dan perbuatan mereka yang membunuh nabi tanpa sebarang alasan yang benar. Dan Kami akan mengatakan (kepada mereka), “Rasakanlah oleh kamu azab yang membakar.



3) Ayat ketiga daripada surah an-Nisa, ayat 77 

 bermaksud: “Tidakkah kamu perhatikan orang yang dikatakan kepada mereka, Tahanlah tanganmu (daripada berperang), dirikanlah sembahyang dan keluarkan zakat.” Setelah diwajibkan ke atas mereka berperang tiba-tiba sebahagian mereka (golongan munafik) takut kepada manusia (musuh) seperti mana ketakutannya kepada Allah, malah lebih daripada itu dalam ketakutannya lalu mereka berkata, “Ya Tuhan kami, mengapa Engkau tangguhkan (kewajipan berperang) kepada kami sampai beberapa waktu lagi! Katakanlah, “Kesenangan dunia itu hanya sebentar dan akhirat itu lebih baik untuk orang yang bertakwa dan kamu tidak akan dianiaya sedikit pun.”


4) Ayat keempat daripada surah al-Maidah, ayat 27,
 bermaksud: “Ceritakanlah kepada mereka mengenai kisah kedua-dua anak Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya ketika kedua-duanya dipersembahkan korban, maka terimalah (korban) daripada seorang antara mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). Dia berkata, “Aku pasti akan membunuh.” Habil berkata, “Sesungguhnya Allah hanya menerima korban daripada orang yang bertakwa.”

 


5) Ayat kelima daripada surah al-Ra’du, ayat 16, 


bermaksud: “Katakanlah siapakah Tuhan langit dan bumi? Katakanlah, "Allah." Katakanlahku"Patutkah kami mengambil perlindunganmu selain Allah, pada hal mereka tidak kuasa mendatangkan manafaat mahupun menolak mudharat bagi dirinya sendiri?” Katakanlah,"Samakah orang yang buta dengan yang dapat melihat? Atau samakah yang gelap dengan yang terang?Apakah mereka menjadikan sekutu-sekutu bagi Allah yang dapat menciptakan seperti ciptaanNya sehingga kedua-dua ciptaan itu serupa menurut pandangan mereka?" Katakanlah, "Allah adalah Pencipta segala sesuatu dan Dia Tuhan Yang Maha Esa, Maha Perkasa."






Menurut Islam, seseorang itu boleh menyambut harijadinya atau pun meraikan hari lahir orang lain. Dengan syarat pengisian di dalam majlis itu tidak meniru atau mengagung-agungkan budaya Barat yang menyalahi syariat dan akhlak Islam.

Di mana, tiada percampuran (pergaulan bebas) antara lelaki dan perempuan, meminum arak, tari-menari, pendedahan aurat, mencuaikan solat, pembaziran dan sebagainya. Ingatlah, setiap perkara yang haram akan dilaknat Allah dan berdosa.

Raikanlah harijadi dengan tujuan mensyukuri nikmat Allah, memuhasabah diri dan melahirkan kegembiraan dan kasih-sayang sesama anggota keluarga dan sahabat handai. Di sinilah terbinanya keharusan itu.

Justeru itu, sekiranya kita mahu beroleh keberkatan semasa menyambut ulangtahun kelahiran ataupun perkahwinan wajarlah terlebih dahulu kita memahami dan menghayati syarat-syarat dan adab-adabnya.

Antaranya:

a. Melahirkan rasa syukur dan rasa gembira sebagai tanda mensyukuri nikmat umur yang dikurniakan Allah. Firman Allah: “Dan terhadap nikmat Tuhan-Mu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutkannya (dengan bersyukur).” (Ad-Dhuha: 11).

b. Doa-mendoakan antara satu sama lain, lebih-lebih lagi kepada sambutan harijadi seseorang. Seeloknya kita tukarkan nyanyian “Selamat Hari Jadi” dengan ungkapan yang lebih bermakna, lebih berkat dan indah seperti contohnya, Barakallahu fika (atau “fiki” sekiranya perempuan), tiga kali, dengan menggunakan melodi yang sama. Maksudnya, “semoga Allah memberkati hidupmu”. Ucapan-ucapan doa sebegini lebih dituntut dan dianjurkan oleh syariat Islam.

c. Jamuan adalah sinonim dengan apa jua majlis dan sambutan. Menjamu makan dalam Islam adalah satu bentuk sedekah yang sangat digalakkan. Asalkan tidak membazir. Adalah dianjurkan kita menjemput golongan fakir dan miskin ke majlis kita. Sekiranya ada lebihan makanan, eloklah dibagi-bagikan kepada para tetamu sebagai buah tangan. Selain besar pahalanya, ia boleh menyuburkan lagi rasa kasih-sayang sesama keluarga dan sahabat handai.

d. Mengadakan majlis tazkirah (nasihat) ringkas, ataupun mengalunkan bait-bait nasyid, selawat yang berupa untaian nasihat bagi menghiburkan para jemputan disamping mengingatkan hadirin bahawa umur adalah amanah Allah s.w.t yang akan ditanya di Akhirat kelak.

e. Memberi hadiah juga adalah amalan yang sinonim dalam sambutan hari-hari sebegini. Amalan memberi hadiah ini juga dianjurkan oleh Islam kerana ia akan menimbulkan kemesraan dan suasana yang penuh mahabbah (kasih sayang).

Hadiah yang diberikan tak semestinya besar dan mahal, tetapi ia akan menjadi tanda ingatan yang ikhlas, di samping menyumbang ke arah melahirkan masyarakat penyayang. Sabda Nabi s.a.w: “Hadiah-menghadiahlah, kamu akan berkasih-sayang.”

f. Muhasabah diri (koreksi diri) yang perlu dibuat khasnya pada sambutan ulang tahun ini, ialah dengan menginsafi masa atau umur yang telah berlalu. Renungkan, berapa banyakkah kebaikan amal soleh yang telah kita lakukan. Dan renung pula berapa banyak pula maksiat dan dosa yang telah kita lakukan selama ini.

Sekiranya jawapan itu lebih berat kepada kecuaian dan kealpaan, maka mohonlah taubat kepada Allah. Kemudian susuli dengan niat, azam dan perancangan bagaimana untuk mengisi sisa-sisa umur kita yang berbaki ini. Tentunya baki umur kita semakin hari semakin sedikit, bukannya bertambah. Hasil muhasabah diri ini akan menjadikan kita orang yang terus-menerus berhijrah kepada Allah s.w.t.

Selain itu, insan yang menyambut hari jadi itu elok juga pergi menziarahi kedua ibu bapanya (jika tidak lagi tinggal bersama dengan keduanya), kerana merekalah yang merupakan sebab musabab lahirnya dia ke dunia.

Pada hari itu, si anak sepatutnya mengucapkan terima kasih dan menghadiahkan sesuatu pada ibu dan ayah mereka. Mudah-mudahan usia kita terus diberkati.

Sumber : Artikel ini datangnya dari: Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my
http://www.hanan.com.my/

Keluarga kami ramai. Anak-anak pula suka makan kek. Kek yang dibeli di kedai tu...macam-macam mereka masukkan untuk jadikan kek itu lembut dan gebu. Itu semua adalah bahan tambahan yang mengandungi kandungan kimia yang tinggi dan membahayakan kesihatan sekiranya diambil dengan kerap. Memang banyak kedai Kek Melayu dan halal di Langkawi tapi mereka tetap memasukkan bahan kimia yang halal untuk menjadikan struktur kek itu lembut dan gebu. Kek yang tak masukkan bahan pelembut tepung (shorteningsdan macam-macam lagi) memang kasar dan keras sikit. Di samping itu harganya juga sangat mahal. Anak ramai macam kami ni....satu tak cukup. Paling-paling tidak kena dua atau tiga dan ada yang nak makan chocolate kek dan ada nak kek span dan macam-macam. Syaratnya mereka kena menolong. 

 Isyarat tiup lilin
Biasanya, kami mulakan majlis dengan bacaan maulid Nabi. Selepas itu suami akan menyampaikan peringatan dan nasihat terutamanya kepada individu berkenaan. Sebaik sahaja lampu dipadamkan, semua orang pasang niat dan berdoa untuk diri sendiri dan semua ahli keluarga. Apa yang ditekankan ialah untuk berubah dan menjadi diri baru yang lebih baik disisi Allah. Jadi harijadi ini bukanlah hanya untuk individu tertentu tapi untuk semua.

Tujuan tiup lilin adalah untuk isyarat memadamkan episode lama dan memulakan sejarah baru yang lebih positive dan cemerlang. Hati kena bulat dan penuh yakin jadi dengan izin Allah jua. Sebaik sahaja lilin ditiup, lampu pun dibuka. Inilah cahaya baru yang jauh lebih terang dari cahaya lilin yang malap itu. Doa agar kehidupan baru adalah jauh cemerlang dari yang lama.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...