TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Isnin, 7 Mei 2012

SIRI 17 ( STATION 2 FCU) : CACATAN PENJELAJAHAN FCU KE SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA.




(GUIDANCE CORNER)

MEMORI KHAS BUAT TATAPANMU WAHAI PENJAGA LANGKAWI



1.1.2012 (AHAD)

Pengalaman tinggal di kawasan pendalaman masih lagi manis dalam memori. LAMAN EJO adalah destinasi yang pertama kepada pengalaman ini setelah berkali-kali mendiami penginapan tepi laut di sepanjang musafir panjang FCU. Untuk destinasi  seterusnya, kami akan ke Jimah Lama untuk menghirup udara segar pendalaman Negeri Sembilan.


Dari peta ini, sebenarnya kami membuat bulatan dari Port Dickson, Sri Menanti dan Jimah Lama. Perjalanan kali ini merentas hutan dan bukit bukau nan menghijau. Terasa sejuk mata memandang dan minda juga turut merasa lapang dengan aura warna hijau di sepanjang jalan.


Sebaik sahaja kami memasuki kawasan Jimah Lama, susunan pokok kelapa sawit menggamit lambaian selamat datang kepada wira-wira kami yang mula menyusur agak perlahan. Memang dapat dirasakan kelainan dua aura yang dipancarkan antara dua suasana ini iaitu ladang getah di LAMAN EJO dan ladang kelapa sawit di Jimah Lama. Maha kuasa Allah yang mencipta segala kelainan untuk kita beroleh segala rahmat dan berkatNya.


Ketiga-tiga wira kami yang sedia berkhidmat ini akhirnya memasuki perkarangan KAK ANI HOMESTAY. Homestay ini juga dikelilingi hutan belantara seperi LAMAN EJO, dimana tiada satu rumah jiranpun di sekelilingnya. Memang agak jauh juga rumah yang terakhir kami jumpa sebelun meneroka ke kawasan ini. Inilah privasi yang menjadi idaman kami sekeluarga untuk berehat dan melapangkan minda. Apalagi dengan kelainan reka bentuk rumah ala English dan Jepun  yang menarik sekali. Hampir kesemua dindingnya dihiasi dengan kaca yang mana mendedahkan segala aktiviti penghuninya. Oleh kerana tiada penghuni lain di sekeliling, tidaklah rasa kekoknya. Memang cantik berdinding kaca begini tapi...untuk memelihara aurat, kaum ibu tetap bertudung kecuali dalam bilik tidur sahaja. Inilah yang dikatakan pengalaman........bertudung dalam rumah sendiri. Ha..ha...ha...


Seperti juga di LAMAN EJO, kami masak sendiri selama 2 hari penginapan di homestay ini. Ruang dapur yang disediakan sangat selesa dan penuh dengan kelengkapan asas. Afiq dan Afiqah sangat teruja untuk buat cooking class for homeschool. Kebanyakan rempah yang disediakan adalah herba Mat Salleh seperti oregano, thyme dan rosemarry. Tak ada bunga lawang, pelaga hindi dan jintan. Boleh agak bahawa tuan rumah ini banyak masak western style.


Menikmati hidangan makan pagi yang simple....nasi goreng kampung.



Suasana pagi dalam rumah ini sungguh cantik dan membuat hati begitu teruja. 
Simbahan cahaya mentari yang penuh kebaikan itu menembusi dinding-dinding 
kaca dan mencipta corak cahaya berselerakan di seluruh ruang yang ada.


3.1.2012 (SELASA)


KETENTUAN ILAHI BUAT KAMI

Menjelang tengahari kami keluar dari HOMESTAY KAK ANI di Jimah Lama. Sebelum keluar, sempat masak dan makan kenyang-kenyang agar perjalanan jadi lebih lancar. Seperti biasa, kami tidak tahu destinasi seterusnya. GM sendiri pun tidak tetapkan destinasi tertentu untuk kami tuju. Tapi kami cuba meneka bahawa Cameron Highland berkemungkinan besar akan jadi destinasi kami berikutnya. Entah bagaimana, driver wira kami telah termasuk lorong yang salah dan kami sudah pun berada dilebuh raya arah ke Johor Baharu.

Sebenarnya, senang sahaja untuk kembali di trek yang betuk untuk terus ke Cameron Highland tapi...
seperti yang dinyatakan terdahulu, perjalanan ini banyak diserahkan pada aturan Allah. Perjalanan ini adalah perjalanan kerohanian walaupun pada pandangan luarannya seperti melancung ke seluruh Malaysia bersama keluarga. Kesilapan ini kami terima sebagai petunjuk untuk kami memilih destinasi seterusnya. Nampaknya kami akan ke STATION 2 FCU  yang terletak di Pasir Gudang. Inilah ketentuan Allah dan sesungguhnya pasti ada hikmah dan itulah yang terbaik buat kami sekeluarga.



Di pertengahan jalan kami buat kejutan buat Intan yang sedang menyambung
pengajian di peringkat Master dalam Math di UTM. Kunjungan kami sekeluarga 
ternyata sangat mengembirakannya.


Tengahari tu....kami menjamu selera di Mak Jah Cafe UTM.



MENGAPA PASIR GUDANG?

Sebelum ini dalam posting  SIRI 7 (MACHAP) : CACATAN PENJELAJAHAN FCU KE SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA ada kami menceritakan bagaimana kami telah keluar dari STATION 2 FCU secara mendadak di tengahmalam. Kami hanya berada di sana buat beberapa jam sahaja. Belum pun puas hati merasa aura rumah, kami  diperintah untuk berangkat dalam masa yang singkat. Ini adalah antara ujian kami perlu tempuhi dalam perjalanan kerohanian ini. Sebenarnya perjalanan ini penuh dengan peristiwa-peristiwa yang memberi pengajaran kepada semua ahli. Berbagai-bagai dugaan yang ditempuhi oleh hampir setiap individu dan semuanya mematangkan lagi kefahaman dan keimanan...Insyaallah. Kami tidak memapaparkan peristiwa-peristiwa tersebut dalam entri kerana semuanya adalah untuk privasi kami sahaja. Semoga Allah memberi keberkatan kepada kami dalam penjelajahan kerohanian yang panjang ini.

SENARIO DI STATION 2 FCU

Alyssa membaca buku dalam bakul mainan kegemarannya.


Antara kerja harian Afiqah ialah menjemur dan mengangkat kain.Untungnya
 pembelajaran homeschool ialah anak-anak lebih didedahkan kepada kerja-kerja 
rumah dan juga kepakaran rumahtangga. Mereka punya banyak ruang masa 
untuk melakukan banyak aktiviti berguna baik untuk diri mereka dan juga keluarga.


Apa pula kerja rutin Alyssa? Dia memang rajin menolong. Apa sahaja orang 
dewasa buat, dia pun nak cuba. Sementara kakak angkat kain di penyidai , 
Alyssa pula cuba susun kasut-kasut di depan pintu.


Suasana STATION 2 FCU memang gersang tanpa pokok-pokok menghijau. 
Kali ini kami akan tanam bonsai dan mewujudkan taman seperti 
di STATION 1 FCU.


Sementara anggota lain sibuk membersih halaman, Alyssa
 pula sibuk mengutip batu dan.....sedar-sedar dah masuk mulut.


Alahai...kaki Alyssa masih pendek untuk kayuh sendiri. Brother Afiq memang 
baik hati melayan Alyssa menolak basikalnya kemana dia nak pergi.



Inilah aktiviti yang tak mungkin tertinggal setiap hari kecuali hari hujan atau ada tuntutanyang tiba-tiba mendatang. Memang bagus permainan tradisional bangsa kita ni....setaraf dengan permainan antarabangsa yang lain. Nampak saja macam relax...tapi dalam masa 10 minit sahaja kita dah berpeluh sampai basah baju. Pergerakannya yang berbagai itu sangat baik buat badan kita.



Biasanya  waktu malam dihabiskan dengan bersantai di ruang tamu. 
Alyssa pula asyik berkepit dengan ayahandanya. Maklumlah....melepas 
rindu dendam agaknya.




HAPPY BIRTHDAY TO AFIQAH GENIUS (5th of JAN) !!!



Tidak pun sampai seminggu kami menyambut harijadi Intan, kami sekeluarga sekali lagi memohon keberkatan Ilahi untuk Afiqah pula. Dah besar dah....Afiqah sudah genap 8 tahun usianya. Begitu cepat masa berlalu.....



REAKSI 1


REAKSI 2




At last.......
HAPPY BIRTHDAY TO YOU DEAREST SWEET AFIQAH.
MAY ALLAH BLESS YOU AND ALWAYS IN HIS GUIDE.


BIRTHDAY GIRL....




Sweet memories forever



Yummy.....



ANOTHER BIRTHDAY CAKE IN JANUARY....


This time....birthday ayahanda Alyssa pula (12th of January). Memang tak henti-henti makan birthday cake. Inilah untungnya big family. Suasana rumah tangga memang meriah dan ceria memanjang. Ada sahaja peristiwa indah mewarnai kehidupan.


HAPPY BIRTHDAY AMAZING ALYSSA DARLING( 22nd of FEB ).....!

Genap satu tahun Alyssa hidup di dunia ini. Kehadhirannya sungguh menceriakan lagi suasana keluarga FCU. Kecerdikannya setanding kakak dan abangnya .


A real big birthday cake...for Alyssa


Comelnya Tuan Puteri Alyssa ni....Dia dah faham erti birthday. 
So this is your day dear!


 Inilah detik-detik sangat bahagia buat Alyssa dan ayahanda bunda. 
Berkali-kali tiup barulah padam lilin nan sebatang tu.....



 Seronoknya Alyssa bila dipakaikan topeng mata tu.....


Matanya besar dan bundar...dah jadi mata kucing ha...ha....



 HAPPY BIRTHDAY TO MUMMY ALYSSA....!!

Seperti yang telah saya katakan dipermulaan entry ini...memang meriah mempunyai keluarga yang besar. Asyik sambut birthday tak habis-habis. Memanglah...kalau tak ada keluarga yang besar pun, kita masih boleh beli aje kek di kedai setiap minggu untuk menjamu selera. Nampak macam sama tapi hakikatnya adalah jauh berbeza. Auranya pun jauh berbeza walaupun hanya sejorong kecil sahaja setiap orang boleh merasa. Suasananya juga pasti berbeza dan keriangan yang diperolehi juga jauh lebih bahagia. Impak yang paling besar ialah nostalgia yang kekal dalam ingatan dan bisa menjasi therapi kepada keresahan dan permasaalahan yang bakal kita tempuhi dalam lingkaran kehidupan kita. Syukur kepada Allah kepada segala nikmatNya.

 Memang sedap kek pavlova ni...Inilah first time makan. 
Harganya memang mahal tapi berbaloi dengan keistimewaannya.

Kesedapannya membuat semua orang rasa nak makan
 sekeping lagi....Dah habis dah! Nampaknya semua orang 
dah jatuh cinta dengan kek pavlova. Okeylah....kita buat sendiri 
next time. Kalau ramai macam keluarga FCU ni....4 biji kek 
barulah cukup. Insyaalllah kita akan buat nanti....




PENGGAMBARAN DI STATION 2 FCU


Action....Cut ! Begitulah berulang-ulang hingga letih juga dibuatnya. 
Pokok pangkalnya kena sabar untuk hasilkan sesuatu yang bermutu.



Untuk dapat view yang baik, kena guna lebih dari satu kamera. 
Lagi banyak lagi bagus.


JOM LAYAN SHORT FILM " CUP OF COFFEE "......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...