MARI KITA BERPUASA
Berpuasa sunat dalam bulan Rejab dan Syaaban mengiringi bulan Ramadhan yang mulia, sudah menjadi amalan tahunan yang tetap di FCU. Memang banyak kelebihan dari amalan berpuasa, baik dari segi rohani mahupun jasmani. Bukan sahaja menjana kesihatan yang baik, minda yang cerdik malah puasa adalah modal kerohanian untuk kita mengharungi kehidupan seterusnya. Modal inilah yang banyak membantu kita agar segala perancangan berjalan dengan jayanya, segala halangan dapat diatasi dan segala bantuan datang tepat pada masanya, dengan izin Allah jua.
Seperti selalunya, sebelum memulakan ibadat ini, kami akan meraikan dengan hidangan istimewa untuk seluruh keluarga. Jamuan ini lebih kepada mengikat kasih sayang dan tanda kesyukuran di atas izin Allah untuk sekali lagi dapat bertamu dalam bulan mulia terutamanya bulan Ramadhan. Rejab dan Syaaban adalah persedian agar kita dapat betul-betul mengimarahkan sebulan Ramadhan dengan sebaik-baiknya .
Kali ini saya memilih untuk menyediakan ayam golek kepada keluarga. Untuk makan meratah, 4 ekor ayam besar baru cukup untuk semua. Sekali sekala berkenduri sebegini....memang meninggalkan kesan yang positive untuk anak-anak. Suasana ini akan jadi memori yang indah buat mereka semua sebagaimana ayah ibu kita menyulam kenangan indah buat kita yang masih segar di sanubari. Ini lebih baik dari menghabiskan wang makan menjamu di luar kerana air tangan bunda yang berserta selawat akan memberkatkan lagi rezeki yang ada.
AYAM GOLEK ISTIMEWA FCU
Ayam golek akan kelihatan lebih menarik bila kita menghiasnya dengan idea-idea yang menarik
Saya gunakan dua ekor ayam untuk resepi ini. Sebenarnya resepi yang digunakan adalah rekaan saya dalam mencari kelainan untuk dihidangkan pada keluarga tersayang. Bagi saya , rasanya sangat sedap dan begitu jugalah feed back dari anak-anak yang memang pandai beri komen. Terasa sangat berbaloi apabila apa yang kita hidang habis licin dinikmati oleh orang yang tersayang.
Resepi Ayam Golek Istimewa FCU Untuk Dua ekor Ayam besar
Bahan perap:
-2 biji limau nipis
-Kunyit hidup dan kunyit serbuk secukup kuning
(Kunyit hidup memang sedap digunakan dalam masakan tetapi apabila digunakan dengan banyak untuk dapatkan warna kuning secukupnya, akan menghasilkan rasa kurang enak)
-Lada hitam yang ditumbuk kasar secukupnya.
(Kita boleh nampak butiran hitam pada ayam yang menyerlahkan lagi kesegaran ayam)
-Satu labu bawang putih ditumbuk hancur
-2 inci halia
-Garam halus
(Jangan terlalu masin kerana kita akan masak dengan kuah nanti dan juga kita akan makan ayam ini dengan sos. Masin ayam peram yang ala kadar akan menyerlahkan rasa ayam tersebut.)
-Gula perang atau gula biasa pun boleh. Juga sekadar sahaja seperti garam.
(Kelebihan guna gula perang memang dah terbukti sehat daripada gula putih. Rasanya juga lebih kepada madu. Harganya agak mahal sedikit tapi berbalui )
-2 sudu besar serbuk ketumbar
-1/3 cawan minyak.
(Saya guna minyak zaitun untuk rasa yang lebih enak dan zat yang lebih baik)
-1 kiub perasa ayam knorr untuk mereka yang mahu rasa ayam yang lebih kaw.
Hendaklah dilumurkan keseluruh ayam termasuk bahagian dalam dan juga di bawah kulit ayam. Perlu cermat semasa memasukkan rempah ke bawah kulit ayam agar kulitnya tidak koyak. Ayam tidak akan kelihatan cantik apabila kulitnya cacat. Peraplah selama 3 jam atau lebih. Saya perap satu hari satu malam (24 jam). Memang sedap rasa ayam kerana rempah dah meresap ke segenap isi ayam.Lagi pun proses ini lebih memberi kita ruang untuk lebih santai masa memasak. Sebahagian proses sudah dibuat hari sebelumnya. Taklah kelam kabut. Masukkan dalam bekas tertutup. Saya gunakan dulang yang ditutup dengan plastik beg sahaja.
Imbangan rasa semasa memerap ayam sangat penting untuk mendapat
hasil yang memuaskan
hasil yang memuaskan
Ayam akan rasa lebih perisa bila kita memasukkan rempah perapan
di bawah kulit ayam
di bawah kulit ayam
Bahan Untuk Sos Ayam:
-1 biji kelapa besar diambil santan pekat.
-2 batang serai yang diketuk
-Serbuk lada hitam yang ditumbuk kasar
-2 sudu besar biji ketumbar yang ditumbuk kasar
-Gula perang secukup manisnya.
-Garam secukup masin
-vinegar apple secukup masamnya
( Boleh juga menggunakan limau nipis. Vinegar apple memang berkhasiat. Masakan Western banyak guna vinegar apple tetapi tidak masakan kita. Boleh cuba untuk kelainan. Lagi pun harganya tidaklah mahal)
-1 labu bawang besar yang ditumbuk halus.
-Serbuk kunyit secukup kuningnya
(Elakkan mengisar bawang putih atau bawang merah melainkan bila diperlukan dalam kuantiti yang banyak dan membebankan kita untuk menumbuknya. Memang rasa lebih enak jika ditumbuk. Inilah rahsia kesedepan masakan. Cara masak yang berlainan untuk bahan yang sama akan menghasilkan rasa yang berlainan)
Cara masak:
Setelah diperap 24 jam dalam peti ais, bau ayam sungguh menyelerakan walaupun belum dimasak. Bawang putih dan halia mewujudkan satu gabungan bau yang cukup segar buat ayam perap itu. Apalagi dengan kunyit hidup dan lada hitam, menghasilkan satu kelazatan yang tersendiri. Gabungan ini sangat seimbang dan ini adalah faktor yang terpenting dalam kelazatan Ayam Golek Istimewa.
Jangan sesekali terlupa untuk kerap-kerap mengalihkan ayam agar kulit
ayam tidak rosak dan hangus
1) Ambil air lebihan dari perapan ayam dan campurkan dengan santan pekat. Lebihan kelapa yang diperah, dikisar lagi untuk santan yang lebih cair sebanyak 1 cawan.
2) Masakkan santan ini dengan bawang tumbuk dan serai yang di titik.
3) Masukkan gula, kunyit, garam dan vinegar apple secukup rasa. Kalau anda suka kuah yang banyak, lebihkan lagi kuantiti santan.
4) Masak seekor demi seekor ayam tadi dengan api yang kecil sahaja . Kalau api besar, kulit ayam akan jadi hancur dan hangus.Ayam golek sudah tak cantik. Gunakan 2 senduk untuk menyenangkan proses membalikkan ayam agar tidak relai. Jangan biarkan lama tanpa dibalikkan kerana ayam akan hangus. Bila ayam dah separuh masak , boleh angkat dan masak lagi seekor. Bakar dalam oven hingga masak. Elakkan masak terlalu lama kerana isi ayam akan jadi keras. Ayam yang lembut lebih juicy dan enak. Untuk check samaada ayam dah masak ke belum, boleh cucuk ayam tadi. Andai masih ada air keluar dari lubang tempat kita cucuk, menunjukkan ayam belum masak.
5) Kuah ayam akan jadi pekat kerana lemak ayam semasa memasak. Hidangkan kuah ini bersama ayam. Boleh juga dimakan dengan sos thai.
Masa menghias ayam golek inilah yang paling best. Kali ini saya selitkan sekuntum bunga ros dari kulit tomato untuk menimbulkan lagi kesedepan yang bakal dinikmati.
AYAM GOLEK BLACK PAPER
Untuk makan besar sekali sekala, saya sediakan 2 ekor ayam
besar untuk resepi ini. Empat ekor ayam memang cukup untuk big family
of 16.
Resepi Bahan Perap:
-2 biji limau nipis
( Aroma limau nipis ini akan menghilangkan rasa ayam mentah. Kuantiti ini tidaklah memasamkan bahan perap. Rasa masam yang berlebihan akan mengurangkan rasa kesegaran ayam kelak)
-3 batang serai sedang diblend
-1 labu bawang putih yang besar
-1 labu bawang besar
-2 inci halia.
(Keempat-empat bahan ini dikisar. Tapi untuk dapatkan rasa yang lebih enak hasilnya, elok ditumbuk lumat. Terpulanglah kepada kemampuan sendiri. Saya usahakan tumbuk je...agar dapat kepuasan rasanya nanti.
-3 sudu besar serbuk lada hitam kasar
-2 sudu besar jintan putih
- Setengah cawan sos tiram
-2 sudu besar oregano kering
-2 sudu besar thyme kering
-2 sudu besar rosemarry kering
( Ketiga-tiga western herbs ini memang wangi baunya dan menghasilkan rasa ayam yang enak.Boleh didapati di mana-mana kedai rempah India.Andai tak ada, boleh digantikan dengan ketumbar biji ditumbuk kasar sebanyak 3 sudu besar dan serbuk kari daging sebanyak 3 sudu besar)
-Setengah cawan madu. Andai tak ada madu, bolehlah digantikan dengan gula perang. Saya guna kedua-dua sekali. Memang sedap rasa gabungan gula perang dan madu ini.
-Setengah cawan minyak zaiton
Juga diperap selama 24 jam dalam peri ais untuk dapat rasa ayam yang enak.
Ayam itu dibelah dibahagian belakang ayam.
Bahan-bahan untuk perap ayam
Rupa ayam yang sudah diperap
Bakar ayam ini dan sekali sekali sapukan lebihan bahan
perap hingga masak. Jangan terlalu lama masak kerana ayam yang terlebih
masak akan jadi keras. Suhu yang saya gunakan ialah 200 celcius. Cucuk
ayam dan bila dah tak keluar air dari lubang yang dicucuk, kira dah
masaklah.....
RESEPI WHITE SOS FCU
-2 labu besar bawang besar didadu
-3 sudu besar mentega atau 2 sudu merjerin dan sedikit minyak masak.
-2 sudu besar oregano
-2 sudu besar thyme
-2 sudu besar rosemarry
-1 cawan mayonese
-gula dan garam secukup rasa
-perasa ayam kiub knorr kalau mahu( tak masukkan pun tak apa sebab dah sedap)
-Secekak daun selasih atau kemuning(basil leaf)
(masakan melayu jarang menggunakan daun ini dalam resepi. Rasanya sangat sedap dan memang akan memberi kelainan kepada rasa masakan kita yang selalunya menggunakan rempah buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang dan sebagainya. Dalam white sos ini, daun kemuning merupakan aroma yang paling penting)
-3 helai daun bay (bay leave)
(Ini juga daun-daun herba yang banyak digunakan dalam resepi western. Saya beli yang kering di kedai rempah India. Kalau kat Langkawi senang dapat, di tempat-tempat lain juga pasti tak ada masaalah)
-Setengah tin susu cair
-Cili api yang dipotong kecil-kecil
Bay leave yang kering
Daun kemuning atau selasih (Basil leave)
Cara-cara:
1)Panaskan mentega dan masukkan bawang yang telah didadu. Goreng hingga naik bau. Masukkan rempah oregano, thyme dan rosemarry dan digoreng hingga agak garing. Masa ini, seluruh rumah kita dah penuh dengan bau yang enak ini. Memang wangi baunya hingga sampai ke rumah jiran. Bau masakan yang wangi boleh membuat kita rasa teruja dan ceria. Aura positive memenuhi setiap ruang di sekeliling kita. Indahnya hidup dan banyakkan bersyukur.
2)Masukkan susu cair dan mayonese dan kacau hingga sebati, Masukkan semua perasa seperti garam, gula dan vinegar apple.
3)Masukkan daun basil dan bay. Bila dah agak layu daun kenuning, masukkan tepung yang telah dibancuh dengan setengah cawan air. Ketika ini, kuah dah jadi pekat.
4)Setelah dihidang kedalam bekas, taburkan ditengah-tengah dengan cili api yang dipotong. Dengan cara ini, kita memberi ruang kepda mereka yang tidak suka pedas.
Ketika menghidang, tuang white sos atas ayam dan diikuti oleh Thai sos di atasnya. Memang kelihatan sungguh lazat dan kecor air liur memandangnya. Memang sedap..Biasanya orang buat black paper sos, tapi saya dapati keseimbangan rasa dengan white sos dan thai sos sungguh menakjubkan bila ayam golek ini berada dalam mulut kita. Dapat rasa kelazatan asli ayam yang telah diperap dan di penghujungnya, rasa lemak white sos dan masam vinegar apple melengkap kepuasan nikmat Allah. Subhanallah.....
RESEPI NASI BRIANI HOMEMADE
Memang sedap gandingan ayam golek dengan nasi briani rempah buatan sendiri ini.....
Inilah penolong yang setia, gadis cilik Genius Afiqah. Homeschool banyak memberi
ruang untuk Afiqah mengenal berbagai jenis masakan dan juga menyemat cita-cita untuk
mempunyai sebuah restauran terkenal kelak.
7 kuntum bunga cengkih
7 kuntum bunga lawang
6 cm kulit kayu manis
6 biji buah pelaga
5 tangkai cili kering
4 ulas bawang putih
2 sudu besar ketumbar
2 sudu teh jintan manis
2 sudu teh jintan putih
2 sudu teh lada hitam
2 labu besar bawang besar
1)Goreng semua rempah ini dengan api perlahan saje....Goreng hingga rempah keluarkan bau semerbak wangi dan biji-biji rempah itu rangup bila dipicit. Blend kering bersama satu sudu garam kasar. Ini adalah untuk memudahkan proses menjadikan rempah itu halus.
2) Masukkan semua bahan kering yang sudah halus ke dalam blender bassah. Masukkan sedikit air dan blend. Masukkan sedikit minyak panas dan blend lagi hingga betul-betul halus. Minyak panas itu berfungsi menghaluskan rempah tersebut.
Bahan untuk menumis:
-10 biji bawang merah dimayang
-4 ulas bawang putih dimayang
-2.5 inci halia di mayang halus atau tumbuk halus
-7 kuntum bunga cengkih
-5 kuntum bunga lawang
-7 biji buah pelaga
-2 sudu teh jintan manis
-1 sudu teh jintan putih
-4 sudu besar minyak sapi/marjerin
Pastikan rempah ini tidak hangus kerana rempah hangus akan menyebabkan rasa
pahit dan menjejaskan rasa nasi briani kelak.
Bahan-bahan dalam nasi:
-1 cawan kismis hitam
- setengah tin tomato puree
-1 tin susu cair
-2 sudu besar garan
-2 sudu besar gula
-3 biji bawang besar , dimayang halus, digoreng dan dikisar halus
-2 sudu besar gula
-3 biji bawang besar , dimayang halus, digoreng dan dikisar halus
-6 cawan beras biasa atau basmati1
-1 kiub ayam knorr (tidak mahu pun tak apa sebab dah sedap....)
-1/2 cawab minyak masak
-4 sudu besar serbuk badam
-200 gm bawang merah untuk dijadikan bawang goreng
-Daun sup di potong halus untuk ditabur atas nasi
-Beberapa helai daun bay atau daun pandan pun boleh
Cara memasak nasi:
1) Tumis bahan-bahan hingga wangi dan agak garing. Masukkan susu, daun bay, tomato puree, garam dan gula. Masak hingga mendidih.
2) Masak seperiuk air hingga mendidih. Masukkan beras yang telah dibasuh bersih dan ditos kedalam air panas itu. Rendam hingga beras agak kembang( jangan leka kerana beras yang terlalu kembang tidak akan menghasilkan nasi briani yang sempurna)
-1 kiub ayam knorr (tidak mahu pun tak apa sebab dah sedap....)
-1/2 cawab minyak masak
-4 sudu besar serbuk badam
-200 gm bawang merah untuk dijadikan bawang goreng
-Daun sup di potong halus untuk ditabur atas nasi
-Beberapa helai daun bay atau daun pandan pun boleh
Cara memasak nasi:
1) Tumis bahan-bahan hingga wangi dan agak garing. Masukkan susu, daun bay, tomato puree, garam dan gula. Masak hingga mendidih.
2) Masak seperiuk air hingga mendidih. Masukkan beras yang telah dibasuh bersih dan ditos kedalam air panas itu. Rendam hingga beras agak kembang( jangan leka kerana beras yang terlalu kembang tidak akan menghasilkan nasi briani yang sempurna)
3) Sejat nasi dalam penapis dan masukkan kedalam peruk yang berisi bahan menumis. Pastikan bahan tumis itu dalam keadaan mendidih ketika memasukkan nasi separuh masak yang juga mesti dalam keadaan panas. Jangan masukkan terlalu banyak air dalam bahan penumis untuk mengelakkan nasi jadi lembik. Kita boleh masukkan air kemudian sekiranya kita dapati beras masih terlalu mentah. Sentiasa kacau nasi agak tak berkerak. Oleh kerana nasi dah direndam dalam air panas, cepatlah masaknya. Berhenti tambah air bila keadaan nasi sudah sesuai untuk dikecilkan api dapur.
Kacau hingga nasi kering dan masukkan kismis dan kacau hingga rata.
Tutup seluruh permukaan nasi dengan
plastik tahan panas dan tutup dengan tudung
periuk. Kecilkan api.
Plastik ini akan merangkap segala wap dan mempercepatkan
nasi masak .
Letak pemberat atas tudung periuk nasi agar wap tidak terlepas keluar.
Dengan ini mempercepatkan proses untuk nasi masak.
Selepas 15 minit, boleh check samaada nasi sudah masak atau belum. Antara kebaikan cara ini ialah:
1- Butiran nasi tak hancur.
2- Nasi tidak begitu berkerak
3-Memasak nasi dengan masa yang lebih singkat.
4-Masaalah nasi mentah dapat dihindarkan kerana semua wap nasi sudah diperangkap oleh lapisan plastik
di atas permukaan nasi.
1- Butiran nasi tak hancur.
2- Nasi tidak begitu berkerak
3-Memasak nasi dengan masa yang lebih singkat.
4-Masaalah nasi mentah dapat dihindarkan kerana semua wap nasi sudah diperangkap oleh lapisan plastik
di atas permukaan nasi.
Bila berjamu begini, hidang atas lantai berlapikkan kain seperah dan duduk bersila beramai-ramai mengelilingi hidangan lebih santai dan penuh kasih sayang.