TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Rabu, 11 Julai 2012

FCUHOMESCHOOL READING TIME IN KIDS PLAYING ROOM


(GUIDANCE CORNER)

Kebanyakan pembelajaran untuk Afiqah, Afiq dan Alyssa adalah diterjemahkan dalam bentuk permainan. Sememangnya adalah satu proses semulajadi bagi kanak-kanak suka bermain. Apa sahaja yang mereka buat, semuanya cenderung kepada bermain dan sering menimbulkan kemarahan di pihak ibubapa. Semasa bermain kanak-kanak mempertingkatkan daya kreativiti mereka pada tahap paling maksima kerana mereka dalam keadaan gembira. Sayang sekali sekiranya  kita terpaksa menghadkan peluang keemasan ini dengan aktiviti pembelajaran secara paksa seperti kerja sekolah yang terlalu banyak dan kelas tiution yang membebankan. Zaman kanak-kanak mereka hilang begitu sahaja kerana mengejar pengertian "pintar" yang bersifat sementara. Akhirnya apabila besar, kepintaran itu hilang begitu sahaja kerana daya kreativiti tidak dipupuk semasa zaman kanak-kanak. Mereka menjadi mangsa pemikiran masyarakat sekeliling yang mentakrif perkataan "pintar" dengan pencapaian akademik semata-mata. Mereka tidak berpeluang menikmati zaman kanak-kanak seperti kebanyakan kita pernah rasakan dahulu . Apa sahaja permainan kampung pasti kita pelajari, setiap penjuru kampung kita jelajahi dan kita berpeluang mempunyai memori indah zaman kanak-kanak. Kita perlu bersikap adil kepada mereka dan tidak salah kita ubah suai cara penerokaan selari dengan kemajuan dunia sekarang.


PERMAINAN YANG DAPAT MENJADIKAN ANAK KITA LEBIH PINTAR
Berbagai jenis permainan kanak-kanak terdapat di pasaran yang dapat meningkat daya kreativiti anak-anak kita. Kami jarang membeli toys kepada anak-anak kerana selalu sahaja akan diubah suai hingga relai dan akhirnya terpaksa ke tong sampah. Selalunya kami membeli permainan yang boleh dimainkan oleh semua ahli keluarga seperti catur, puzzles, playstation dan alat sukan. Permainan ini tahan lama dan membuat mereka lebih matang dalam menjana keupayaan otak mereka.

Selalunya kami lebih cenderung menyediakan alat yang boleh mereka cipta permainan sendiri. Biasanya terdiri dari bahan terbuang seperti kotak, tin, tali dan peralatan rumah yang sudah rosak. Banyak alat permainan baru yang dapat mereka cipta dari bahan terbuang ini dan mereka juga merasa bangga dan seronok dengan kejayaan mereka. Insyaalllah akan kami kongsikan dalam entri yang akan datang.

"TRICK" UNTUK JADIKAN MASA BERMAIN SEBAGAI SATU PEMBELAJARAN
Anak-anak FCU suka bermain dan kami juga tidak kisah mereka bermain lebih banyak dari masa belajar formal. Inilah yang kami ingin rebut dari pembelajaran homeschool. Kedengaan sungguh anih jika kita bandingkan dengan konsep pembelajaran di sekolah biasa. Namun begitu, kita perlu bijak menggunakan masa bermain mereka agar mereka dapat faedah yang berganda iaitu keseronokan. pengetahuan dan kemahiran.

Kami pastikan buku-buku yang menarik dan menjadi kegemaran mereka juga turut jadi teman sepermainan. Permainan "berlakun" yang jadi kegemaran kebanyakan kanak-kanak menjadi senjata atau trick kami untuk memasukkan unsur pembelajaran yang berkesan.  Kadang-kadang mereka berlakun jadi cikgu, ada masanya main jual buku dan kadang-kadang main imbang buku atas kepala. Pada mulanya kita sebagai pembimbing mestilah ikut serta dalam permainan mereka dan seterusnya mereka dah pandai reka macam-macam cerita permainan. Sedar tak sedar, anak-anak dah pandai baca buku tanpa banyak latihan macam di sekolah biasa. Read aloud bersama mereka juga menjadikan suasana membaca sambil bermain yang sungguh menyeronokkan.

HOMESCHOOL MEMBENTUK ANAK-ANAK BERDAYA KREATIF
Video dibawah dirakam dengan bersahaja tanpa ada apa-apa skrip terlebih dahulu. Begitu juga dengan  video-video lain yang kami rakam buat rujukan kami sekeluarga. Sebenarnya banyak yang dapat kami pelajari dari video-video yang telah dirakam terutamanya dari segi perwatakan mereka yang menonjol.  Dari rakaman video, dapat kita teliti kelebihan dan kekurangan anak-anak untuk kita jadikan rujukan dalam membentuk keperibadian mereka.

Dalam bilik mainan pun mereka mampu belajar dan kebolehan Afiqah membaca bahasa Inggeris juga membuktikan kebolehan anak-anak homeschool memang cemerlang. Kami tidak pernah membuat latihan khas membaca seperti di sekolah. Semua pembelajaran hanya secara santai dan banyak pendedahan kepada rancangan dalam bahasa Inggeris seperti kartun dan juga movie kanak-kanak. Di samping itu, anak-anak homeschool lebih senang bertutur dalam slang bahasa Inggeris yang tepat kerana mereka tidak terpengaruh dengan guru-guru yang mengajar dan juga pergaulan rakan sekelas. Malah mereka lebih advance dari lidah kita yang telah sebati dengan slang Inggeris ala Melayu. 

Pernah ketika Afiqah berusia 6 tahun, kami telah menghantarnya ke kelas Piano. Kebanyakan guru yang mengajar di Sekolah Musik itu adalah berbangsa Cina. Lama kelamaan, kami dapati Afiqah banyak menambah perkataan "la" di setiap hujung ayatnya dan sesekali kedengaran slang orang Cina bercakap bahasa Inggeris. Pada mulanya kami hairan dari mana pengaruh ala Cina ini berjangkit pada Afiqah kerana kebanyakan masa dia hanya di rumah dan memang tiada seorang kawan pun yang berbangsa Cina. Memang susah hendak membetulkan cara dia bercakap hingga sering dia di tegur. Akhirnya baru kami perasan Afiqah meniru gaya cikgu piano kesayangannya bercakap apabila kami menjemput guru itu pada majlis hari jadinya. Hikmahnya, kami tidak meneruskan pembelajaran kelas pianonya semata-mata kerana pengaruh yang bakal berakar umbi dalam pertuturan Afiqah. 
Kami ambil inisiatif mengajar Afiqah sendiri dan menggalakkan dia belajar piano melalui internet. 

Walaupun hanya sekali seminggu pembelajaran piano tersebut, tetapi pengaruh negatif cukup kuat mewarnai diri anak-anak kita. Bayangkan sekiranya di sekolah biasa, bukan hanya guru, tetapi rakan-rakan sekelas yang ramai tentu menggelapkan lagi corak yang cuba kita warnakan pada diri anak-anak. Pada pendapat saya, untuk membentuk anak-anak mengikut acuan kita, pengaruh-pengaruh dari luar perlu ditepis semungkin boleh.

This is a daily scenario of FCUHOMESCHOOLING READING TIME in the kids playing room. As usual, the room is very noisy and interesting with the behavior of these three students. Afiq likes to tease Afiqah when Afiqah wants to do something. Alyssa as a music lover, always banging something continuously as if she is a drumer in a concert really give a beat to the room. Finally, Afiqah and Afiq are sitting on the floor and absorb the adventures in their favorite story books.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...