(GUIDANCE CORNER)
Semua pelajar FCUHOMESCHOOLING sangat meminati pelajaran sains. Oleh kerana mereka tidak terikat dengan sebarang curriculum dan peperiksaan, pelajaran sains berkembang dengan baik sekali dan menjadi sahabat karib mereka.
Saya masih ingat lagi semasa di bangku sekolah, pelajaran sains adalah salah satu mata pelajaran yang sukar dan tidak ramai dari pelajar yang beroleh pangkat A dalam peperiksaan. Keadaan ini membuat mereka merasa terkongkong terutamanya banyak nama-nama perlu dihafal. Akhirnya pelajaran sains tidak lagi menjadi satu mata pelajaran yang seronok tetapi satu bebanan yang amat berat. Sayang sekali dan yang sering tercicir adalah anak bangsa Melayu. Akhirnya mereka terpaksa memilih aliran sastera dan terlepas untuk mempelajari ilmu sains yang hebat itu.
ILMU SAINS ADALAH MAINAN DI FCUHOMESCHOOLING
Apabila tiada peperiksaan dan kerja sekolah yang membebankan, pembelajaran ilmu sains menjadi sangat seronok dan begitu natural dengan anak-anak kita. Kami kaitkan sains dalam setiap aktiviti harian mereka. Sebagai contohnya:
1) Waktu mandi:
Menceritakan dari mana air paip diperolehi dan apa yang terkandung dalam air.
2) Waktu makan:
Sentiasa memberi informasi tentang berjenis-jenis makanan dengan kandungan zat yang berbeza hingga mereka dapat membezakan makanan yang mengandungi carbohydrate, lemak, minerals dan protein.
3) Waktu solat lima waktu:
Membuat experiment bagaimana bayang sebatang kayu dapat menentukan waktu solat.
4) Waktu bermain :
Mencetuskan persoalan dalam minda mereka mengapakah bola akan sentiasa jatuh ke bawah
dan membayangkan bagaimanakah untuk bermain bola di atas bulan bila gravitinya tidak sekuat bumi.
5) Waktu belajar:
Apa sahaja yang mereka pelajari samaada math, bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, Geographi, sejarah, medic, astronomi dan fardhu Ain, tidak akan terlepas dari pelajaran sains.Membiasakan mereka untuk menerang sesuatu perkara itu secara saintifik dan terperinci hingga sedar apakah yang berlaku di sebalik mata kasar. Contohnya bagaimana susunan atom dalam air ketika air beku, cair dan menjadi wap bila dipanaskan.
6) Dalam perjalanan atau lawatan sambil belajar:
Sentiasa berbincang dan bercerita terntang alam semesta yang mempamerkan segala ilmu sains. Penerangan kita secara saintific menambahkan lagi daya ingatan mereka tentang apa yang berlaku.
7) Waktu tidur:
Menerangkan mengapakah perlunya menggosok gigi sebelum tidur dan membaca ayat Al-Quran sebagai peneman sebelum mata terlelap. Sentiasa menyedarkan kepada mereka hakikat syaitan sentiasa berada di sekeliling mereka dan dalam diri mereka sekiranya mereka tidak kuat dengan Allah. Memahamkan mereka bagaimana minda separa sedar mereka beroperasi dan sangat penting mereka berdoa dan berbaik sangka dengan Allah walaupun dalam musibah.
Oleh kerana setiap perkara yang dilakukan tidak terlepas dari ilmu sains, mereka tidak sedar bahawa mereka sedang belajar mata pelajaran sains. Ilmu sains menyerap dan larut dalam kehidupan mereka seharian. Yang paling penting ialah kita sentiasa menyebut Allah dalam setiap penerangan untuk menguatkan akidah mereka .
Kami gandingkan pelajaran sains dengan pelajaran lukisan untuk menarik minat anak-anak. Kami galakkan anak-anak untuk meneroka sendiri dan memilih apa
sahaja yang mereka minati . Afiqah sangat gemar menulis apa sahaja yang
dipelajarinya di atas white board dan selalu berlagak sebagai seorang guru. Oleh kerana dia tidak pernah pergi ke sekolah, suasana persekolahan yang mempamerkan hubungan rapat antara guru dan murid sentiasa menimbulkan rasa ingin tahunya. Informasi positive yang diperolehinya dari pembacaan dan dari internet menghidupkan lagi karektor seorang guru dalam mindanya yang cuba diterjemahkan dalam permainan lakunannya. Bukan setakat Afiq dan Alyssa dijadikan pelajarnya. Kucing-kucing kami yang comel juga selalu berada dalam kelas Afiqah. Perkembangan Afiqah dalam homeschool sangat memberangsangkan dan dia juga bijak memilih caranya tersendiri untuk belajar.
Yang paling menarik dari permainan ini, Afiqah akan mengajar Afiq tentang apa yang ditulis di white board. Oleh kerana mereka menganggap pembelajaran ini sebagai permainanan, homeschool menjadi sangat menarik tanpa sebarang tekanan. Mereka bebas untuk membuat sebarang experiment yang dilihat di youtube.
Afiqah yang baru berusia 8 tahun sudah menjadi guru kepada adiknya. Kebolehannya sungguh memberangsangkan dan menjadi contoh kepada Afiq dan Alyssa. Homeschool tanpa curriculum telah membuat minda mereka berkembang luas tanpa sempadan.