Pembelajaran FCUMEDIC adalah antara subjek yang dititik berat dalam curriculum homeschool kami. Oleh kerana kami adalah pengamal perubatan traditional dan juga terlibat dalam perniagaan perubatan traditional, ilmu-ilmu tentang perubatan traditional sudah sebati dalam kehidupan seharian. Dengan lain perkataan, dari kecil lagi anak-anak sudah disuntik dengan cara hidup sebegini hingga mereka sudah tidak asing lagi dengan bekam darah, bekam angin, rawatan guasa, bekam resdung, pengambilan herba membuang toxic, urutan seluruh badan dan urutan reflexology kaki dan tangan. Bagi kami, rawatan secara traditional adalah pilihan utama manakala perubatan secara moden juga tidak dipinggirkan sekiranya rawatan traditional tidak diizinkan Allah menjadi. Ini bermakna kami menitik beratkan pencegahan dari awal dengan mengamalkan perubatan traditional dan pengambilan herba terpilih yang banyak ditanam di taman herba kami.
Hasil dari pembelajaran FCUMEDIC sangat memberangsangkan apabila Hafidz telah menunjukkan minat yang mendalam dalam mempelajari selok belok kaedah alternatif ini dan juga mula mengumpul berbagai jenis herba samaada yang dicari di hutan ataupun di laman warga Langkawi yang lain.
FOOT REFLEXOLOGY
Walaupun pelajar homeschool kami tidak menduduki peperiksaan seperti pelajar di sekolah biasa, mereka tetap perlu menghafal sesetengah ilmu untuk menjadi mahir dan dapat dipraktikkan. Mengetahui dengan terperinci segala titik organ di tapak kaki akan menyenangkan mereka mengamalkan urutan tapak kaki, samaada buat diri sendiri mahupun terhadap ahli keluarga yang memerlukan.
untuk mencepatkan hafalan.
SEJARAH REFLEKSOLOGI
Refleksologi bekerja dengan cara menstimulasi kaki untuk tujuan penyembuhan. Hal ini dilakukan dengan cara memberi tekanan kepada titik-titik tertentu di kaki untuk merangsang organ atau bahagian tubuh yang sesuai. Referensi hieroglif untuk refleksologi kaki ditemukan di Mesir Kuno. Di Cina, cara penyembuhan ini sudah digunakan sebagai terapi kesihatan sejak tahun 5000 SM lagi.
Refleksologi Modern dimulai pada awal 1900-an yang dipelopori oleh Dr. William H. Fitzgerald, Edwin F. Bowers dan George Starr White. Mereka mengembangkan tori “Zon Terapi” yang menyatakan bahwa tubuh sebenarnya bisa “dipetakan” di zon yang berbeza. Zon ini berhubung rapat dengan struktur yang berbeza dalam tubuh.
Pionir lain, Dr. Eunice Ingham yang dikenal sebagai “Mother of Modern Reflexology” lantas mengembangkan teori ini dengan memetakan zon pada kaki. Ingham menemukan titik-titik spesifik pada kaki dan tangan yang berhubungan dengan berbagai organ, kelenjar, dan struktur dalam tubuh manusia. Dengan memberikan tekanan pada titik-titik kaki, organ atau kelenjar yang sesuai akan dirangsang.
Setiap bahagian di tapak kaki terbahagi kepada bahagian-bahagian yang tersendiri.Di setiap bahagian tersebut mewakili setiap organ di dalam tubuh manusia. Bolehlah kita ibaratkan seperti lampu di setiap bilik rumah kita yang masing-masing mempunyai suis tersendiri. Semuanya ada suis masing-masing yang terletak di tapak kaki, tapak tangan dan telinga. Malah susunan organ juga sama seperti kedudukan organ dalam badan kita bermula dari hujung jari yang melambangkan bahagian kepala hinggalah di bahagian tumit yang melambangkan bahagian punggung kita. Apabila kedua-dua gambarajah ini dirapatkan, bahagian tengahnya melambangkan bahagian tengah badan kita iaitu tulang belakang. Masyaallah....
BAGAIMANA URUTAN REFLEKSOLOGI BERFUNGSI
Apabila kita tekan setiap bahagian pada tapak kaki tersebut(suis), organ-organ (lampu)yang mewakili point tersebut akan terangsang (menyala). Nyalaan inilah yang dipanggil refleks atau dalam bahasa urut tradisional “refleksologi”. Yang menghubungkan point tersebut dengan organ badan adalah urat saraf (wayar). Proses ini akan menyebabkan adanya aliran elektrik antara point yang ditekan dengan organ dibadan. Tenaga letrik ini akan memecahkan segala angin atau kotoran yang ada di dalam urat saraf tersebut disamping merangsang urat saraf tersebut menjadi aktif. Urat saraf yang aktif dapat mengalirkan darah pergi dan balik dari organ dan jantung dengan baik dan teratur.
Dengan ini, urutan refleksologi telah mengaktifkan urat saraf yang beku dan hampir mati. Ketulan atau rasa berpasir apabila kita tekan telapak kaki adalah petanda kesihatan anda dalam bahaya. Ini adalah kerana suis organ tersebut dan juga urat sarafnya (wayar) telah diselaputi lumut dan busut (berkarat). Urutan refleksologi secara teratur dalam jangkamasa yang tertentu dapat menghancurkan segala ketulan (rasa berpasir) di telapak kaki. Hasilnya, apabila kita memijak sesuatu point (suis), arus elektrik akan mengalir dan seterusnya merangsang organ-organ dalam badan kita dengan nyalaan lampu yang terang.
Apabila pengaliran darah pergi ke seluruh tubuh ( arteri ) tidak lancar maka penghantaran zat-zat makanan dan oksigen akan terganggu. Biasanya proses ini berlaku dengan bermulanya penyumbatan pada arteri yang mana proses ini akan bertambah dari semasa ke semasa. Penyakit terjadinya penyumbatan pada arteri ini disebut "arteriosclerosis". Apabila keadaan ini berlaku, iaitu organ kekurangan makanan dan oksigen maka seseorang itu akan sakit. Begitu juga bila sebaliknya, bila darah balik ( vena ) tidak lancar maka sebahagian kotoran atau toksid tidak akan terbuang. Bila tidak terbuang kotoran itu akan mendap dalam organ-organ tubuh. Sebahagian kotoran atau toksid itu juga akan mendap pada saluran darah balik ( vena ) yang pada akhirnya akan mengganggu fungsi organ-organ tubuh yang bersangkutan dan akhirnya akan terjadilah penyakit. Penyakit akibat dari penyumbatan dalam saluran darah balik (vena) ini disebutkan dengan istilah "varicosevena".
Maka terapi urut refleksologi ini akan menanggalkan kotoran-kotoran atau sumbatan pada saluran darah pergi ( arteri ) sehinggalah darah dapat mengalir dengan sempurna ke seluruh organ tubuh yang memerlukannya. Ia juga akan menanggalkan kotoran-kotoran yang melekat dalam saluran darah balik (vena ) sehingga proses penghantaran darah yang mengandungi kotoran samada karbon dioksida, toksik ataupun sel-sel yang sudah mati akan berjalan dengan baik, sehingga semua kotoran dapat dibuang dengan sempurna.
Kotoran-kotoran ini akan terbuang dengan melalui 4 cara :
1) Kencing
Kencing kita menjadi lawas dan teratur. Segala kotoran dapat dibuang melalui kencing.
2) Berak
Masaalah sembelit dapat diatasi dan segala toksik dan bahan buangan dapat dinyahkan dari badan.
3) Peluh
Kita akan senang berpeluh walaupun hanya aktiviti yang ringan. Pembuangan kotoran melalui peluh sangat penting untuk menjadi sihat.
4) Pernafasan
Pernafasan yang teratur dapat membuang carbon dioksida dari badan.
Anggota kaki mempunyai 26 tulang, 57 sendi, 107 ligamen dan 19 otot. Kecederaan tulang, sendi dan ligamen turut mempengaruhi kesihatan tubuh badan . Secara semulajadi, tulang tapak kaki kita agak melengkung untuk menyokong berat badan dan pergerakan. Bagaimanapun kedudukan tapak kaki boleh berubah sekiranya menerima tekanan terus menerus dan tidak diberi rawatan dengan segera.
KELEBIHAN RAWATAN URUT REFLEKSOLOGI
Laporan Simposium Refleksologi Cina 1996 mendapati bahwa 93.63% refleksologi kaki berkesan merawat 63 penyakit. Setelah menganalisa 8,096 penyakit, Dr. Wang Liang melaporkan bahwa refleksologi dapat menyembuhkan 48.68% dari semua penyakit yang ada. Kajian lain di Britain, melibatkan 15 wanita yang mengikuti sesi setengah jam refleksologi selama delapan minggu. Hasilnya mendapati terdapat perbaikan fizik dan emosional yang nyata, peningkatan keyakinan diri, peningkatan dalam motivasi diri dan juga tumpuan fikiran.
-Melancarkan pengaliran darah
-Meningkatkan daya tahan individu
-Mengurangkan risiko tulang reput
-Menyeimbangkan kedudukan badan
-Melancarkan pergerakan
-Menguatkan otot kaki
-Mengurangkan risiko kencing tidak lawas
-Menguatkan tulang dan pinggul
-Mengurangkan risiko sakit sendi
-Mengurangkan rasa letih
-Mengelak risiko sembelit
-Mengurangkan masalah usus
-Mengurangkan masalah pada bahagian peranakan
sumber: