Homeschooling kami memasukkan gardening sebagai salah satu mata pelajaran.
Hafidz bebas untuk berkebun terutamanya apabila ada masa lapang. Dengan ini,
para pelajar kami tidak ada masa untuk dibuang begitu sahaja. Kadang-kadang
aktiviti berkebun akan berlanjutan hingga ke malam. Oleh kerana mereka
tidak dibebankan dengan homework, segalanya berjalan dengan lancar.
Pakaian yang sesuai sangat perlu semasa membuat aktiviti di garden.
Matahari yang terik akan menyelar kulit muka dan tangan.
Bonsai memerlukan penjagaan yang teliti dan terancang.
Tanpa ilmu kita mungkin akan menyebabkan pokok bonsai
kesayangan mati begitu sahaja.
Batang-batang pokok yang diambil dari hutan perlu di rendam
di dalam air dan di pangkas dahan-dahan yang tidak berkenaan
agar kita mendapat satu lenggok pokok yang menarik.
Antara cara penanaman yang diminati oleh Hafidz ialah bonsai dibatu.
Akar pokok yang panjang dililit dibatu dan ditanam semula
ke dalam pasu. Pokok ini dibiarkan tumbuh hingga berbulan-bulan
dan apabila akar sudah matang dan melekat pada batu, pokok ini
akan ditanam semula di dalam pasu kecil dengan menonjolkan
seni akar yang melilit batu. Kita perlu sabar untuk melihat hasilnya.
Pokok hutan yang telah ditanam selama berbulan-bulan akhirnya diproses
untuk mendapat satu bentuk yang sesuai dengan lenggok pokok.
Pengalaman selama bertahun-tahun membuat Hafidz arif untuk
menentukan dahan yang manakah perlu disimpan dan dibuang.
Memang tidak dapat dinafikan lagi akan keberhasilan homeschool. Kami bebas untuk membentuk kearah mana anak-anak itu bakal menguasai dunia mereka dan dunia sekeliling. Sedari kecil lagi, kami perlengkapkan diri anak-anak dengan segala ilmu kehidupan yang mana ilmu itu terus berkembang bersama usia mereka. Ilmu ini hidup dan terus berkembang hingga ke akhir hayat. Dalam usia muda lagi mereka sudah mempunyai keyakinan yang tinggi dan mempunyai personaliti yang utuh zahir dan batin. Kerohanian yang sentiasa dibajai dalam jiwa mereka akan menjadi satu bekal untuk mereka berjuang sebagai seorang khalifah di atas muka bumi ini. Kepada Allah sama-sama kita berdoa agar generasi Islam terus utuh dan berkembang untuk menguasai dunia ini. Amin.