Bulan Rejab dan Syaaban sudah berlalu dan kini kita berada di ambang Ramadhan yang mulia. Setinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana telah mengizinkan kita untuk menjadi tetamu bulan yang menjadi penghulu segala bulan ini. Oleh kerana kami sudah berpuasa selama dua bulan berturut-turut, tidak menjadi kesalahan untuk terus berpuasa tanpa sempadan hari menjelang bulan Ramadhan. Ini adalah kami sudah niat untuk berpuasa selama tiga bulan penuh iaitu dari bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan Al-Mubarak. Bagi mereka yang berpuasa tidak penuh selama dua bulan sebelum Ramadhan, adalah haram untuk berpuasa pada hari akhir bulan Syaaban (iaitu sehari sebelum menjelang Ramadhan). Ini adalah untuk kita membezakan puasa bulan biasa dengan puasa bulan Ramadhan.
Amalan berpuasa selama tiga bulan berturut-turut ini adalah amalan tetap FCU sejak dari dulu lagi. Keberkesanan kerohanian dapat dirasai dan memang banyak membantu dalam menjalani kehidupan di atas dunia sebagai khalifah Allah. Tentu sekali impak kerohanian ini turut diserap oleh generasi cucunda tersayang. Mereka membesar dalam taman kerohanian yang penuh kasih sayang. Semoga udara kerohanian ini dapat membentuk jiwa-jiwa suci yang terus subur hingga mereka menemui Allah. Inilah antara senjata yang perlu kita ada untuk membenteng diri dan keluarga dari anasir kebathilan yang mempunyai seribu tipu daya untuk memusnahkan kita. Kuasa kerohanian pasti mengatasi segala kuasa yang ada dan itulah janji Allah buat umat yang bertakwa.
SOLAT TARAWIH
Suasana solat Tarawih bersama cucu-cucunda sangat meriah. Solat Tarawih pada malam 1 Ramadhan disambut dengan penuh keterujaan jiwa kanak-kanak. Sedikit pun mereka tidak merungut tentang solat yang panjang, malah turut menghafal bacaan selepas setiap rakaat. Bacaan Solat Tarawih dalam Rumi yang kami paparkan dalam entry kali ini adalah khas buat Afiqah dan Afiq yang kurang fasih membaca jawi.
Tarawih bererti ‘istirehat’ manakala solat Tarawih pula bermaksud solat yang merehatkan. Dalam melaksanakannya, disunatkan duduk sebentar selepas salam sambil memperbanyak zikir pada setiap rakaat keempat dan dikerjakan dalam keadaan tenang, tenteram dan tidak tergesa-gesa menyelesaikannya.

Solat Tarawih adalah sunat muakkad yang boleh dilakukan secara berjemaah atau sendirian sama ada di rumah atau masjid pada malam-malam bulan Ramadan, di antara waktu selepas solat Isyak hingga ke sebelum fajar.
Rasulullah SAW. bersabda;
“Allah SWT. menetapkan kewajipan puasa kepada kamu dan disunatkan kepada kamu solat pada malam harinya. Sesiapa berpuasa pada siang hari dan melakukan solat pada malam harinya kerana iman dan mengharapkan keredaan-Nya maka ia kelak bersih dari dosa-dosanya seperti seorang bayi yang dilahirkan ibunya”.
Solat Tarawih boleh dilaksanakan dengan setiap dua rakaat satu salam, sekurang-kurang 4 kali dan disambungkan dengan solat Witir tiga rakaat atau boleh juga dilakukan 2 kali empat rakaat berdasarkan hadis daripada Aisyah yang berkata:
“Rasulullah SAW tidak pernah mendirikan solat malam melebihi 11 rakaat, baik pada Ramadhan mahupun bulan lainnya, beliau mendirikan empat rakaat yang sangat panjang, kemudian empat rakaat lagi yang panjang, selepas itu solat tiga rakaat.” (Riwayat Bukhari).
TUJUAN
1)Solat Tarawih adalah ibadah untuk menghidupkan malam Ramadan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
2)Menggunakannya untuk menghafal kembali surah al-Quran.
3)Mengharapkan kerahmatan dan keampunan Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang melakukan solat malam pada Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan keredaan dan keampunan Allah semata-mata, maka diampunkan segala dosanya yang lalu.” Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
BACAAN SURAH
1)Sebaik-baik surah yang dibaca selepas al-Fatihah pada solat Tarawih ialah satu juzuk daripada al-Quran pada setiap malam seperti kelaziman seseorang yang hafaz al-Quran (al-Hafiz).
2)Kebanyakan orang biasanya adalah dengan membaca surah-surah lazim:
photo : dari Shafiqolbu
3. Bermula malam ke 16, boleh juga dibaca mulai daripada surah al-Lail pada rakaat pertama sehingga surah al-Masad, iaitu 20 surah bagi 20 rakaat solat Tarawih.
Cara melakukan solat terawih seterusnya boleh didapati di sini. Di samping itu kami juga memaparkan Bacaan Solat Tarawih dalam Rumi kerana masih ramai lagi mereka yang tidak begitu mahir membaca Al-Quran.
BACAAN SOLAT TARAWIH DALAM RUMI
Bacaan sebelum memulakan Solat Terawih
Bilal | SUBHAANAL MALIKIL MA' BUUD "Maha Suci Tuhan Pemilik (alam) yang disembah (dipatuhi)" |
Jemaah | SUBHAANAL MALIKIL MAUJUUD- SUBHAANAL MALIKIL HAI-YILLAZII LAAYANAA- MUWALAA YAMUUTU, WALAA-YAFUU-TU-ABADA, SUBBUU-HUN-QUDDUUSUN, ROBBUNAA-WAROBBUL-MALAA-IKA TIWARRUUH. SUBBAHAA-NALLAHHI-WALHAMDULILLAHHI-WALAA-ILAHA-ILLALLAH-HUWALLAH-HUAKBAR. WALAAHAW-LAWALAA-QUWWATA-ILLAA-BILLAA-HIL-'ALIYYIL-'AZIIM "Maha Suci Tuhan Pemilik yang disembah, Maha Suci Tuhan Pemilik yang hidup, tidak mati dan tidak hilang selama-lamanya. Maha Suci, Maha Qudus, Tuhan Kami dan Tuhan para malaikat dan roh. Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah, tiada tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar. Tiada satu daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agong" |
Bilal | ALLAH-HUMMA SOLLI 'ALAA SAYYIDINAA MUHAMMAD "Ya Allah, limpahkanlah kesejahteraan dan keselamatan atasnya (Muhammad)" |
Jemaah | ALLAH-HUMMA-SOLLI-WASALLIM-'ALAIH "Ya Allah, limpahkanlah kesejahteraan dan keselamatan atasnya (Muhammad)" |
Bilal | ALLAH-HUMMA SOLLI 'ALAA SAYYIDINAA WAMAULAANAA MUHAMMAD "Ya Allah, limpahkanlah kesejahteraan kepada junjungan kita dan pemimpin kita Nabi Muhammad" |
Jemaah | ALLAH-HUMMA-SOLLI-WASALLIM-'ALAIH "Ya Allah, limpahkanlah kesejahteraan dan keselamatan atasnya (Muhammad)" |
Bilal | ALLAHUMMA SOLLI 'ALAA SAYYIDINAA WANABIYYINAA WAHABIIBINAA WASYAFII'INAA WADZUKH-RINAA-WAMAULAANAA MUHAMMAD "Ya Allah, karuniailah kesejahteraan atas junjungan kita. Nabi kita, kekasih kita, dan yang mensyafaatkan kita (kelak) dan pertaruhkan kita dan pemimpin kita Nabi Muhammad" |
Jemaah | ALLAAHUMMA SOLLI WASALLIM 'ALAIH "Ya Allah, limpahkanlah kesejahteraan dan keselamatan atasnya (Muhammad) |
Bilal | AS-SOLAATUT-TARAAWIIHI-JAMI’AHTU-ROHIMA-KUMULLAAH "Kerjakanlah shalat Tarawih semoga Allah melimpahkan rahmat kepada kamu sekalian" |
Jemaah | AS-SOLAATULA-ILAHAILLALLAH- LAILA-HAILLALLAHHU-WAHDAHU-LAASYARIIKALAH, LAHULMUL-KUWALAHUL-HAMDU-YUHYI-WAYUMIITU-WAHUWA-'ALAAKULI- SYAI-IN QODIR “Solatlah, Tiada tuhan melainkan Allah” "Tiada Tuhan melainkan Allah; DiaNya Esa, tidak mempunyai sekutu; Dialah yang memiliki segala kerajaan dan segala pujian hanyalah untuk-Nya; Dia yang menghidupkan dan mematikan; Dan Dia berkuasa di atas setiap sesuatu" |
Bacaan selepas rakaat ke 2, 6,10,14 dan 18
Bilal | FADL-LAM MINALLAAHI WANI'MAH "Kemurahan Allah dan Nikmat-Nya" |
Jemaah | WAMAGHFIRATAN WARAHMAH, LAA I-LAAHA ILLALLAHU WAHDAHU LAA SYARIIKA LAH, LAHUL MULKU WALAHUL HAMDU YUHYII WAYUMIIT, WAHUWA 'ALAA KULLI SYAI-IN QADIIR "Dan ampuanan serta rahmatNya semoga dilimpahkan kepada kita, tidak ada Tuhan melainkan Allah, Ia Maha Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya segala kekuasaan dan bagiNya segala puji, dzat yang menghidupkan dan mematikan, dan Dia atas segala sesuatuNya Maha Kuasa". |
Bilal | ALLAH-HUMMA SOLLI 'ALAA SAYYIDINAA WAMAULANA MUHAMMAD "Ya Allah, limpahkanlah kesejahteraan kepada junjungan kita dan pemimpin kita Nabi Muhammad" |
Jemaah | ALLAH-HUMMA-SOLLI-WASALLIM-'ALAIH "Ya Allah, limpahkanlah kesejahteraan dan keselamatan atasnya (Muhammad)" |
Bilal | ALLAHUMMA SOLLI 'ALAA SAYYIDINAA WANABIYYINAA WAHABIIBINA WASYAFII'INAA WADZUHRINAA WAMAULAANAA MUHAMMAD "Ya Allah, karuniailah kesejahteraan atas junjungan kita. Nabi kita, kekasih kita, dan yang mensyafaatkan kita (kelak) dan pertaruhkan kita dan pemimpin kita Nabi Muhammad" |
Jemaah | ALLAAHUMMA SOLLI WASALLIM 'ALAIH "Ya Allah, limpahkanlah kesejahteraan dan keselamatan atasnya (Muhammad)" |
Bilal | AL-BADRU MUHAMMAD "Bulan purnama yang bercahaya, junjungan kami Muhammad" |
Jemaah | SHOLLU-'ALAIH "Kesejahteraan ke atasnya(Muhammad)" |
Bacaan selepas rakaat yang ke 4,8,12,16 dan 20
Bilal | SUBHAANAL MALIKIL MA' BUUD "Maha Suci Tuhan Pemilik (alam) yang disembah (dipatuhi)" |
Jemaah | SUBHAANAL MALIKIL MAUJUUD- SUBHAANAL MALIKIL HAI-YILLAZII LAAYANAA- MUWALAA YAMUUTU, WALAA-YAFUU-TU-ABADA, SUBBUU-HUN-QUDDUUSUN, ROBBUNAA-WAROBBUL-MALAA-IKA TIWARRUUH. SUBBAHAA-NALLAHHI-WALHAMDULILLAHHI-WALAA-ILAHA-ILLALLAH-HUWALLAH-HUAKBAR. WALAAHAW-LAWALAA-QUWWATA-ILLAA-BILLAA-HIL-'ALIYYIL-'AZIIM "Maha Suci Tuhan Pemilik yang disembah, Maha Suci Tuhan Pemilik yang hidup, tidak mati dan tidak hilang selama-lamanya. Maha Suci, Maha Qudus, Tuhan Kami dan Tuhan para malaikat dan roh. Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah, tiada tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar. Tiada satu daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agong" |
Bilal | ALLAH-HUMMA SOLLI 'ALAA SAYYIDINAA MUHAMMAD "Ya Allah, limpahkanlah kesejahteraan dan keselamatan atasnya (Muhammad)" |
Jemaah | ALLAH-HUMMA-SOLLI-WASALLIM-'ALAIH "Ya Allah, limpahkanlah kesejahteraan dan keselamatan atasnya (Muhammad)" |
Bilal | ALLAH-HUMMA SOLLI 'ALAA SAYYIDINAA WAMAULAANAA MUHAMMAD "Ya Allah, limpahkanlah kesejahteraan kepada junjungan kita dan pemimpin kita Nabi Muhammad" |
Jemaah | ALLAH-HUMMA-SOLLI-WASALLIM-'ALAIH "Ya Allah, limpahkanlah kesejahteraan dan keselamatan atasnya (Muhammad)" |
Bilal | ALLAHUMMA SOLLI 'ALAA SAYYIDINAA WANABIYYINAA WAHABIIBINAA WASYAFII'INAA WADZUKH-RINAA-WAMAULAANAA MUHAMMAD "Ya Allah, karuniailah kesejahteraan atas junjungan kita. Nabi kita, kekasih kita, dan yang mensyafaatkan kita (kelak) dan pertaruhkan kita dan pemimpin kita Nabi Muhammad" |
Jemaah | ALLAAHUMMA SOLLI WASALLIM 'ALAIH "Ya Allah, limpahkanlah kesejahteraan dan keselamatan atasnya (Muhammad)" |
IMAM MEMBACA DOA
Bacaan sebelum memulakan rakaat ke enam.
Bilal | AL-BADRUL MUNIIRU SAYYIDINAA MUHAMMAD SHOLLU-'ALAIH "Bulan purnama yang bercahaya, junjungan kami Muhammad, berselawat kamu ke atasNya" |
Jemaah | ALLAAHUMMA SOLLI WASALLIM 'ALAIH "Ya Allah, limpahkanlah kesejahteraan dan keselamatan atasnya (Muhammad)" |
KUNJUNGAN ANAKANDA HELEN MENJELANG RAMADHAN
Setelah begitu lama memendam rindu, akhirnya dapat juga kami bertemu walaupun kunjungan kali ini hanya Helen seorang. Safari tidak dapat datang ke Langkawi bersama isterinya kerana mempunyai urusan penting di Kuala Lumpur. Mereka datang ke Malaysia hanya buat beberapa hari atas urusan kerja. Insyaallah akan berkunjung lagi ke Malaysia dengan lebih lama pada Hari Raya Aidil Adha kelak.
Helen adalah anak angkat kami ketika dia bekerja di Hotel Sheraton tidak lama dahulu. Ketika itu dia belum memeluk agama Islam. Hubungan kami sangat rapat dan penuh kasih sayang. Setelah berkahwin dengan pilihan hatinya, Safari dan memeluk Islam, hubungan kami menjadi bertambah erat. Perkahwinan bukanlah penyebab Helen memeluk Islam. Dia telah mula membaca Al Quran semasa remajanya di Australia. Ikatan kekeluargaan antara kami hanya menyemarakkan lagi kecintaannya kepada Islam dan akhirnya sempurna sebagai muslimah apabila disunting oleh Safari.
Kehidupannya sebagai saudara baru tidak mendapat tentangan dari ahli keluarga di Australia. Malah mereka tinggal berdekatan dengan ibubapa Helen di Adelaide, Australia.
Seorang yang sangat lemah lembut dan penuh kasih sayang.
Ikatan kasih sayang hingga ke syurga....
Photo ini diambil pada sambutan Hari Raya Aidilfitri 2010. Kemeriahan sambutan hari raya bersama Safari dan Helen ada saya muatkan dalam 2010 EID MUBARAK'S MEMORIES.....SO SWEET!!!.
Ketika ini Helen belum lagi memeluk Islam tetapi sudah menjadi ahli keluarga FCU.
Betapa mesranya Helen mendukung Hafidz yang baru berusia 6 bulan.
Hafidz berusia 2 tahun dalam pangkuan Helen.
Hafidz ketika berusia 2 tahun (2000). Cepatnya masa berlalu dan kini Hafidz sudah berusia 15 tahun.
Doa kami kepada anakanda Helen sentiasa dihati. Semoga anakanda menjadi hamba Allah yang diredhai dan mencintaiNya melebihi segala cinta. Semoga anakanda suami isteri bahagia dunia dan akhirat. Amin....