TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Sabtu, 30 Ogos 2014

SALAM SEJAHTERA BUAT PARA PEMBACA


Sejak bulan Rejab, saya sangat jarang membuat sebarang entri dalam blog ini. Itu pun berkenaan tarikh-tarikh penting dalam Islam. Tiada sebarang entri berkenaan homeschool sehingga kini. Sebenarnya perjalanan homeschool kami berjalan seperti biasa cuma sepanjang bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan kami banyakkan aktiviti kerohanian. Dengan itu tidak ada banyak masa untuk lepak depan komputer.

Insyaallah...semoga perkongsian kali ini akan lebih kerap dan lebih diberkati oleh Allah dalam usaha kita mendidik generasi yang bakal menerajui kepimpinan kelak.

INDAHNYA PAGI
Para pelajar kami digalakkan untuk tidur awal agar dapat bangun awal pagi untuk aktiviti segar di tepi laut. Sementara menunggu kelas yang bermula pada pukul 9 pagi, banyak aktiviti luar dapat dibuat seperti cycling around the village, field trip and gardening.

Selepas solat subuh, Afiqah dan Afiq ada kelas Al-Quran. Oleh kerana mereka homeschool, tidaklah perlu mandi awal seperti mereka yang bersekolah biasa. Saya selalu atur pembelajaran santai ditepi laut agar mereka diterapkan dengan kecintaan pada alam sekeliling. Suasana hening dan tenang menyelubungi alam pagi yang masih lagi kelam-kelam menunggu sang mentari membuka matanya. Kicauan beburung pantai bakau cukup merdu dengan gabungan desiran ombak menghempas pantai. Ah! Memang tidak dapat diterjemahkan dengan kata-kata segala yang terbentang oleh Pencipta. Jua tidak mungkin dapat dirakam dengan jelas apa yang dinikmati oleh mata kerana semuanya hidup dan mempunyai aura masing-masing. Hanya ucapan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana diberi peluang untuk menikmati semua ini.


Santapan mata dan halwa telinga pada setiap pagi kami.



Kekuatan homeschool ialah pada banyak membaca. Menyedari kelebihan kami yang tidak ada kerja sekolah, masa yang terluang akan sentiasa diisi dengan pembacaaan samaada di komputer mahupun dengan buku-buku kegemaran para pelajar. Sebolehnya saya aturkan sesuatu yang indah untuk mereka lalui agar keseronokan itu menjadi tabiat yang berterusan hingga mereka dewasa dan diturunkan pula pada anak-anak mereka. Childhood yang penuh dengan pengalaman indah sangat penting untuk anak-anak kita membesar dengan cemerlang.




Saya sendiri membesar dengan pembacaan penulis Enid Blyton. Disamping mempertajamkan kemahiran bahasa Inggeris, pengalaman indah sekumpulan kanak-kanak yang karekternya dihidupkan dalam penulisan Enid Blyton sangat membantu meluaskan pengetahuan kanak-kanak yang sedang membesar seperti Afiq dan Afiqah. 


Kerektor Kartun Tin Tin sebagai penyisat sangat disukai oleh Afiq. Kami yang 
menentukan bentuk bahan pembacaan mereka agar segala unsur negative dapat 
dielakkan. Namun begitu demi untuk memupuk minat suka membaca, siri kartun 
yang realistik dan membina pemikiran mereka tetap kami terima 
selagi ianya bertepatan dengan had yang telah ditetapkan. 




Afiqah pula mula menjejak alam remaja. Homeschooling telah banyak
menolong kami untuk membentuk Afiqah menjadi seorang gadis yang
mencintai Allah. Pergaulan yang hanya terbatas kepada ahli keluarga memang
sangat membantunya untuk tidak terikut-ikut dengan telatah gadis belasan
tahun. Kami menjadi contoh kepadanya dalam segala hal. Di samping
sering berbual dengannya, kami juga menyediakan bahan bacaan yang
berbentuk pengajaran dan pengalaman remaja lain yang berjaya.



KEMAHIRAN FOTOGRAFI




FCUPRODUCTION banyak mempengaruhi bentuk pembelajaran homeschool kami. Sangat penting buat kami menyediakan pelapis muda untuk meneruskan deligasi keluarga . Justeru itu setiap mereka kami sediakan sebuah kamera untuk mereka belajar sendiri teknik photo dan juga video. Begitu juga dengan Alyssa dan Adelyn yang baru mencecah 2 tahun. Minat yang dipupuk sejak dari kecil ini akan terus hidup dalam diri mereka dan berkembang maju. 



Pembelajarn yang berasaskan ilmu guna pakai adalah teras homeschool kami. Memang sangat berbeza dengan cara pembelajaran di sekolah biasa. Penerokaan kendiri sangat digalakkan kerana mereka akan belajar melalui pengalaman mereka. Ilmu yang dipelajari akan terus digarap hingga mereka menjadi pakar dan dapat dipraktikkan dalam kehidupan mereka. Sememangnya kami tidak mengikuti syllabus sekolah biasa. Mana-mana pelajaran yang tiada kaitan dengan penggunaan terkini kami skip sahaja untuk laluan kepada ilmu yang lebih mesra dengan kehidupan mereka. Antaranya astronomi, perubatan traditional, bonsai, video making dan home business. Kami sudah libatkan Hafidz dalam bidang perniagaan sejak dia berusia sepuluh tahun lagi. Hasilnya, Hafidz mula faham akan tanggung jawabnya terhadap keluarga dan sedia berkorban demi kejayaan keluarga. Dia menjadi lebih matang jika dibandingkan rakan seusianya.




Homeschooling students juga seperti kanak-kanak lain yang suka bermain dan mempunyai hobi. Sememangnya mereka mempunyai banyak masa untuk bermain dan dalam setiap permainan kami akan selitkan nilai-nilai Islam seperti akhlak yang disukai Allah dan Rasulullah s.a.w. Menyanyi adalah antara hobi kegemaran mereka selain bersukan, melukis dan membaca. Kami biarkan sahaja mereka menghafal lagu-lagu yang mempunyai kata-kata yang baik terutamanya yang memuji kehebatan Allah. Aktiviti ini memang seronok kerana mereka dapat menyanyi bersama-sama ketika di dalam kereta, semasa bermain dan juga ketika di dalam kelas. Ada juga lagu yang mereka reka sendiri. Semua ini sangat penting dalam pembesaran kanak-kanak kerana daya kreativiti yang tinggi akan terus hidup dalam diri mereka hingga dewasa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...