TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Selasa, 5 Mei 2015

MARI MENGENAL JENIS-JENIS ORKID MELALUI BENTUK BUNGANYA


Semakin kita mengenali orkid, semakin kita mencintainya. Lihatlah betapa cantiknya bunga-bunga yang sedang mekar dengan berbagai bentuk dan corak. Keistimewaan yang paling ketara ialah kemampuannya untuk kekal indah berbulan-bulan lamanya.


Sekiranya kita berhasrat untuk menanam orkid, perkara yang paling utama yang perlu kita ada ialah kebolehan untuk mengenali orkid jenis apa yang kita tanam. Pengetahuan ini sangatlah penting memandangkan Allah telah mencipta beribu-ribu jenis orkid yang berlainan genera dan speciesnya. Setiap satu dari jenis orkid ini memerlukan penjagaan yang berlainan. Baik dari segi berapa peratus cahaya matahari diperlukan, peredaran udara yang bagaimana, berapa banyak air dan juga jenis-jenis penyakit yang bakal mengganggu orkid kesayangan. Apabila tepat segala keperluan, orkid ini akan tumbuh dengan sehat dan berbunga sekerap mungkin.


Kalau kita bukan pakar orkid, pasti sekali kita tidak dapat membezakan bunga orkid mengikut jenisnya. Memang sukar kerana sekali pandang, bunga-bunga orkid nampak sama saja. Walaubagaimanapun kita masih dapat mengenal beberapa jenis orkid secara cepat kerana bunganya agak berlainan dengan bunga orkid-orkid yang lain.

MOTH /BUTTERFLY ORCHIDS

Moth orchid atau pun Phalaenopsis orchids adalah merupakan jenis orkid yang paling biasa kita lihat di pasaran. Batang bunga yang panjang dibandingkan dengan saiz daunnya yang pendek di dalam pasu itu akan teranyun-ayun ditiup angin dan bunganya yang cantik kelihatan seperti seekor rama-rama tengah terbang. Saiz kelopak -kelopak bunganya nampak sama saiz sahaja antara satu sama lain. Hanya sedikit sahaja jenis Moth Orchid yang mempunyai saiz kelopak yang agak contra antara satu sama lain.
















DENDROBIUM ORHIDS

Dendrobium adalah merupakan antara genera okid yang terbanyak di dunia. Harganya juga murah dibandingkan dengan orkid-orkid lain di pasaran. Kita boleh mendapatkan sepasu Dendrobium yang sedang mekar berbunga dalam berbagai warna dan corak dengan hanya RM 15 sahaja. Dengan sebab itulah juga kita akan dapati Dendrobium banyak menjadi hiasan di kebanyakan rumah di Malaysia di samping penjagaannya yang sangat minima dibandingkan dengan orkid-orkid yang lain.
Walaupun bunganya kelihatan seakan-akan Moth Orchid, namun saiz kelopak bunganya tidak sekata besarnya seperti dalam Moth Orchid. Namun begitu kita dapat mengecam Dendrobium Orchid melalui batangnya yang tinggi dan daun yang tumbuh di sepanjang bahagian atas batangnya. Tangkai bunga akan keluar dari celah-celah daun di sepanjang batangnya.

















CATTLEYA ORCHIDS
Cattleya memang terkenal kerana bunganya yang sangat besar jika dibandingkan dengan orkid yang lain. Di samping itu bentuk bunganya juga memang berlainan dengan bunga orkid jenis yang lain kerana Cattleya mempunyai lenggang lenggok di bahagian tepi bunga seperti renda baju. Renda ini membuatkan Cattleya kelihatan sangat cantik dan bergaya sekali. Dengan itu Cattleya juga dikenali sebagai QUEEN OF ORCHID.


 Wow....ukuran lintang bunga Cattleya ini adalah 21 cm. 
Memang besar bunga ini.

Yang ini juga tidak kurang besarnya. 
Lebih besar dari tapak tangan seorang dewasa.









MASDEVALLIA ORCHIDS
Ciri utama bunganya yang sangat berlainan dari orkid yang lain ialah tiga kelopak yang bercantum di bahagian dasarnya. Ketika bunga ini tidak kembang, Masdevallia Orchids kelihatan seperti pokok bunga biasa sahaja.



Tangkai kelopak bunganya bercantum di bahagian 
bawahnya dan membentuk tiga segi.


iri





Orkid Monyet....memang ada rupa monyet pada bunganya. 
Subhanallah.....







REED STEM EPIDENDRUM 
Biasanya bunga orkid akan keluar di sepanjang tangkai bunganya. Berlainan dengan bunga Reed Stem Epidendrum yang mana bunganya tumbuh sekelompok di hujung batang dan membentuk bulatan. Satu lagi ciri yang istimewa pada bunga orkid Reed Stem Epidendrum ialah bentuk CLOWN FACE. Pada sesetengah bunga nampak begitu jelas sekali.





 



Clown Face Orchid


Clown Face Orchid



LYCASTE ORCHIDS
Lycaste orkid mempunyai bunga yang berlilin, berbeza dengan bunga orkid yang lain. Di samping itu bunganya sangat tahan lama dan terdapat dalam berbagai-bagai warna. Tidak seperti bunga orkid yang lain, bunga orkid ini mempunyai bauan tersendiri. Ada yang berbau seperti lemon dan ada juga yang berbau seperti kulit kayu manis dan sebagainya. Kesemua bunga orkid Lycaste mempunyai 3 kelopak sahaja. Kesemua ciri-ciri yang telah disebut ini membolehkan kita mengenali Lycaste dengan senang.
























SLIPPER ORCHIDS
Kita senang mengecam rupa Slipper Orchid kerana ia mempunyai rupa bentuk bunga yang sangat unik dan cantik sekali . Yang paling ketara ialah Slipper Orchid mempunyai bibir yang berbentuk sebuah kantung (pouch-shaped lips). Kantung ini adalah untuk memerangkap serangga yang mana serangga ini akan terpaksa melalui staminode dan mendebungakannya.





















ROTHSCHILD'S SLIPPER IS THE MOST EXPENSIVE ORCHID IN THE WORLD
Rothschild's Slipper

Rothschild's Slipper adalah tergolong dalam kalangan Slipper Orchids dan juga terkenal dengan nama glomournya sebagai “Gold of Kinabalu”. Bunga ini adalah termasuk dalam kategori species terancam dan hanya dapat dilihat di Kinabalu National Park semasa musim berbunga iaitu bulan April dan Mei. Hanya untuk mendapat setangkai orkid ini kita perlu membayar RM 5,000.

Mengapakah ia begitu mahal?
1- Jarang-jarang di ketemui dan hanya ada di Kinabalu National Park
2- Mengambil masa 15 tahun menanamnya baru mula berbunga
3-Sememangnya ia sangat cantik......


Bagi penduduk tempatan, Rothschild's Slipper lebih dikenali sebagai  Sumazau Orchid. Ini adalah kerana kelopak tepi bunga itu kelihatan sama seperti tangan penari semasa menarikan tarian Sumazau

Paphiopedilum sanderianum
Paphiopedilum sanderianum adalah juga dari Slipper Orchids yang jarang diketemui. Ianya sangat unik kerana mempunyai dua kelopak kiri dan kanan yang sangat panjang hingga mencapai melebihi satu meter. Orkid ini tumbuh di Gunung Mulu National Park sahaja dan sangat dijaga rapi









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...