TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Isnin, 4 Mei 2015

MARI MEMPELAJARI PENGKELASKAN ORKID SECARA SAINTIFIK


Siapa tidak tertarik dengan keindahan bunga orkid. Malah orkid adalah antara bunga yang banyak menghiasi pelamin dan juga majlis-majlis kenamaan di hotel. Pendek kata, dengan adanya hiasan orkid di mana mana sudut, pasti seluruh suasana akan kelihatan anggun dan ada class. Begitu jugalah bila ada saja gantungan-gantungan pasu orkid yang sedang mekar berbunga di beranda rumah, pasti rumah itu naik serinya. Harganya juga adalah lebih mahal dari bunga-bunga biasa di pasaran . Namun begitu ianya sangat berbaloi kerana jambangan orkid boleh tahan lama hingga dua ke tiga bulan. Sentiasa salin airnya dan setiap kali salin air, potong sedikit batang orkid tersebut. Insyaallah, bunga orkid dalam jambangan itu akan terus segar buat masa yang lama.

Dahulu kami juga ada menanam orkid di sekeliling rumah. Ada berbagai-bagai jenis orkid dari bunga jenis besar dan juga bunga yang jenis kecil, tetapi akhirnya hanya tinggal kenangan kerana kami tidak mempunyai pengetahuan cara menjaganya. Rupa-rupanya, orkid tidak mahu pada sabut kelapa. Sabut kelapa menyerap terlalu banyak air dan ini menyebabkan akar pokok orkid reput.

Baru-baru ini kami ada membeli beberapa pasu bunga orkid jenis Dendrobium dan Vanda. Setakat ini Dendrobium tidak putus-putus berbunga manakala Vanda masih lagi dalam penantian. Kami hanya menyiram orkid dengan air dari kolam ikan. Dengan izin Allah...memang sihat dan membiak hingga sudah banyak pasu anak-anak orkid Dendrobium dapat dihasilkan. Memang air kolam ikan sangat bagus kerana di dalamnya dipenuhi dengan bahan-bahan organik termasuk najis ikan yang telah diproses oleh air dalam kolam itu sendiri. Tambah lagi air kolam itu juga telah dinyahkan kandungan klorinnya agar ikan-ikan  dapat hidup dan membiak.
























Kali ini kami bernekad untuk tidak gagal lagi dalam penanaman orkid. Bermulalah pencarian ilmu bunga orkid dan cara penjagaannya. Sering kami terserempak dengan nama-nama family dan genera bagi orkid hingga pening kepala dibuatnya. Setelah buat kajian lebih terperinci barulah  faham akan penerangan tentang sesuatu species orkid.

SCIENTIFIC CLASSIFICATION


KINGDOM: Plantae

Biasanya ada dua jenis kingdom iaitu animal kingdom dan plant kindom. Perkataan Plantae

menerangkan tentang orkid ini adalah dari plant kingdom.

ORDER: Asparagales
Dalam plant kingdom pula terbahagi kepada dua iaitu Monocotyledon dan Dicotyledon. Jadi Asparagales adalah bermaksud Monocotyledon dimana pokoknya mempunyai daun jenis urat yang selari dan akarnya jenis berserabut. Biasanya herba adalah terdiri dari golongan ini. Berbeza dengan pokok jenis Dicotyledon yang mempunyai batang berkayu.

FAMILY: Orchidaceae
Jadi nama orchid adalah terbit dari perkataan Orchidaceae inilah.

GENUS/GENERA: Bulbophyllum
Bulbophyllum adalah genus yang terbesar dalam Orkid Family. Dari nama Bulbophyllum ini jelaslah orkid jenis ini mempunyai "bulb" pada batangnya iaitu batangnya mengelembung. Terdapat lebih dari 2,000 species orkid jenis ini dan merupakan genera yang terbesar dalam tumbuhan berbunga.

Terdapat lebih dari 600 genera dalam orkid famili. Genera adalah plural bagi perkataan genus. Antara nama genera lain ialah  Phalaenopsis, Cymbidium, Cattleya, Paphiopedilum, Vanda, Vanilla dan Dendrobium. Sebenarnya orkid mempunyai banyak lagi genera lain

Kebanyakan genera ini boleh kita interbred untuk menghasilkan genera yang baru.
Contoh interbred antara 2 genera:
Brassovola dan Cattleya menghasilkan Brassocattleya.
Contoh interbred antara 3 genera:
Brassovola, Laelia and Cattleya untuk menghasilkan Brassolaeliacattleya


Nama orkid selalunya ada dua perkataan. Perkataan pertama itu adalah menunjukkan jenis genera orkid tersebut.


SPECIES: Bulbophyllum echinolabium.
Antara species yang terkenal dalam genera Bulbophyllum ialah Bulbophyllum echinolabium. Biasanya orkid jenis ini mengeluarkan sejenis bauan yang agak kurang menyenangkan hidung kita tetapi sangat bagus untuk para serangga terutamanya lalat. Kehadhiran lalat-lalat ini adalah sangat berguna untuk proses pendebungaan.

Perkataan kedua dalam nama orkid adalah menunjukkan species orkid itu.

Contohnya:
Bulbophyllum echinolabium. 
Bulbophyllum adalah nama genera orkid ini manakala echinolabium pula nama speciesnya.
 
Bulbophyllum echinolabium
 ataupun Orkid Ekor Tikus



Bulbophyllum medusae


Bulbophyllum frostii


Bulbophyllum binnendijkii




Bulbophyllum eberhardtii 

Terdapat lebih kurang 30,000 jenis species dalam orkid famili. Kadang-kadang nama species yang sama digunakan berulang kali pada genera yang berbeza.
Contoh:
Masdevallia floribunda
Eria floribunda
Habenaria  floribunda
Walaupun nama speciesnya sama, setiap species orkid ini adalah sangat berlainan antara satu sama lain kerana genera masing-masing adalah berbeza.

HIBRID: Bulb. lobbi var. richezua x Bulb. Gleffine 
Hasil percantuman dua species
contohnya : Bulb. lobbi var. richezua dengan Bulb. Gleffine. 

Gabungan ini menghasilkan satu jenis hibrid. Terdapat dua jenis hybrid iaitu hibrntid secara semula jadi dan hibrid kretiviti manusia. Sesiapa yang telah berjaya menghasilkan hibrid baru maka dia boleh menamakan orkid itu sempena namanya atau apa-apa sahaja. Biasanya orkid hibrid ini lebih cantik dan penuh dengn warna-warna yang menarik) 
Untuk mengenal pasti samaada orkid itu adalah satu species atau pun satu hibrid, kita perlu melihat pada nama orkid itu. Species menggunakan huruf kecil untuk perkataan kedua manakala Hibrid pula menggunakan perkataan huruf besar.

Bulbophyllum binnendijkii adalah nama satu species orkid.
Cymbidium Rincon Lady 'Zita' adalah nama satu hibrid orkid.



Cymbidium Rincon Lady 'Zita'.
(A hybrid orchid)



Cymbidium Lucky Gloria 'Fukunokami'. 
                                                                (A hybrid orchid)



Cymbidium Yai 'Sweet Plum'. 
(A hybrid orchid)

Memang terdapat terlalu banyak jenis orkid. Untuk menulis semua 700 genera, lebih dari 30,000 species dan lebih dari 100,000 hibrid orkid memang tak masuk akal. Terlalu luas ciptaan Allah dan ada yang memerlukan cuaca panas dan ada pula yang perlukan cuaca sejuk untuk berbunga (melainkan kawasan Antartika). Namun begitu kita yang tinggal di kawasan tropika sangat bertuah kerana kebanyakan orkid terdapat di kawasan ini. Hanya sedikit sahaja yang terdapat di kawasan iklim dingin. Dengan penggunaan green house secara meluas di kawasan beriklim dingin, orkid berbagai-bagai jenis dapat dihasilkan setiap tahun tanpa sebarang masaalah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...