TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Rabu, 30 September 2015

KELAS MELUKIS DI DAPUR


Assalamualaikum semua terutamanya para ibu yang sedang sibuk menguruskan pembelajaran homeschool anak-anak mereka. Sudah agak lama FCUHOMESCHOOLING tidak bersiaran. Aktiviti homeschool berjalan seperti biasa dan memang banyak photo-photo aktiviti mereka yang tersadai dalam folder. 

Jagung rebus adalah makanan kegemaran kami semua. Namun begitu,,,agak sukar untuk mendapatkannya di Langkawi. Maksud saya, ia tidak dijual setiap hari di pasar. Jarang-jarang sekali muncul di pasar dan bila berpeluang, kami tidak akan lepaskan peluang menikmatinya.



Buang lapisan kulit jagung bahagian luar. Tinggalkan sedikit
kerana rasa kulit luaran jagung akan memaniskan jagung rebus.
Masukkan air hingga paras jagung dan rebus. Masukkan sedikit garam untuk
mendapat rasa yang lebih enak. Bila dah  masak, boleh dimakan 
begitu sahaja ataupun dibakar. Sapukan sedikit mejerin atau mentega 
dan panggang atas api yang sederhana hingga jagung kelihatan 
lebing garing. Wah...makan ketika panas adalah 
yang terbaik.



Kami sering mengadakan pembelajarn di ruang dapur teruatamanya apabila ada bahan
makanan yang mereka minat seperti jagung ini. Masing-masing memilih
jagung untuk menjadi bahan pembelajaran mereka.


Masing-masing melukis jagung dengan menggunakan pensil dan mengikut saja bentuk 
jagung yang diletak di atas kertas. Hanya Adelyn yang asyik memerhati 
kakak dan abangnya.


Walaupun masih kecil, Adelyn dah dapat idea bagaimana 
hendak melukis jagung. Dia banyak meniru gaya Afiqah dan Afiq. 
Pembelajaran homeschool serentak sebegini banyak 
membantu perkembangan anak-anak kecil kita tanpa 
banyak usaha. Mereka belajar melalui persekitaran dan
rakan-rakan sekeliling. 




Dengan sedikit pertolongan dari Afiqah, Adelyn sudah 
berjaya melukis jagung bersama kulitnya. Seronok betul Adelyn
meneroka ilmu baru ini.



Alyssa dah mahir dan tahu apa yang perlu dia lakukan. 
Becok mulutnya memanggil Adelyn agar meniru cara
dia melukis. Memang gamat jugalah suasana di dapur 
kami bila buat kelas homeschool. Kita pula rasa terhibur
dengan gelagat mereka yang memang lucu.


Masa untuk mewarnakan jagung.....


Di penghujung pembelajaran, semua orang akan menayangkan hasil kerja untuk
diabadikan dalam blog homeschool kami. Adelyn menayangkan kertas kerjanya 
yang sedah terkoyak dan remok-remok. Itulah yang terbaik dari Adelynl


Hasil kerja Alyssa. Apabila ditanya mengapa jagung itu berwarna merah dan 
tidak kuning. Menurut Alyssa, jagung rebus itu telah disapu jem strawberry..
Masuk akal juga......



..
Afiq dengan hasil kerjanya....


Hasil kerja Afiqah.Selain gambar jagung..ada pula gambar kartun
sebagai penambah seri.Warna yang digunakan
lebih menarik dari adik-adiknya....


Kelas yang berlangsung selama 1 jam itu sangat seronok. Pembelajaran serentak memang memberi impak yang mendalam dalam jiwa anak-anak. Kelainan peringkat umur itu memberi satu suasana pembelajaran yang positive dimana yang kecil akan meniru gaya kakak dan abang, manakala si abang dan si kakak pula seronok membantu dan menunjukkan kepakaran mereka. Walaupun mereka homeschool, tetapi mereka berpeluang merasa suasana bilik
darjah yang mempunyai ramai murid-murid.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...