TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Ahad, 15 November 2015

THE MEETING OF NATIONAL GEOPARK EXPERTS AT FCU SKYGARDEN


3 November 2015

Geopark experts throughout Malaysia met informally at FCU Skygarden to discuss about the direction of Geoparks development in Malaysia for the next three years.
















FCU SKYGARDEN MENJADI PILIHAN

Skygarden adalah sebuah garden yang terletak di tingkat tiga bangunan Log House. Kedudukannya yang strategik itu membuat ianya sangat istimewa. Dari Skygarden, kita dapat meninjau keseluruhan pemandangan indah Kampung Bakau yang di kelilingi oleh lautan bahagian depannya dan bukit bukau bahagian daratnya.
Setiap tiga tahun sekali, Pakar National Geopark akan bertemu untuk membincangkan perancangan seterusnya buat Langkawi Geopark yang menjadi kemegahan Malaysia. Family Chess University sangat berbesar hati apabila dipilih menjadi tuan rumah perjumpaan pakar National Geopark yang terdiri dari para professor.


SEA FOOD DAN NASI GORENG CINA
Puas memikirkan hidangan yang sesuai untuk dijamah oleh para tetamu, akhirnya kami sepakat memilih sea food dan nasi goreng cina. Dengan bantuan tiga orang chef istimewa kami, jamuan di Skygarden berjalan dengan lancar. Alhamdulillah....

Para tetamu sampai pada pukul 8.00 malam. Dengan izin Allah, cuaca pada malam itu sangat baik. Sebenarnya kami agak bimbang juga kerana dua tiga malam sebelumnya cuaca asyik hujan sahaja terutamanya pada waktu malam. Langit cerah, bulan terang dan bintang bertaburan diangkasa membuatkan Skygarden sangat gemilang pada malam itu. Bayu laut sepoi-sepoi bahasa menyapa mesra dan membawa kenyamanan kepada para tetamu. Cahaya lampu yang agak-agak samar menyinari Skygarden mencipta satu suasana yang cukup harmonis dan tenang sekali.

Udang, ketam, sotong dan chicken wing dihidang panas-panas kepada para tetamu. Memang berselera semua tetamu menjamah hidangan pada malam itu.





























PERBINCANGAN YANG MENYENTUH SEGALA SUDUT BUAT NATIONAL GEOPARK

Meeting bermula lebih kurang pada pukul 9.30 malam. Para professor mengeluarkan buah fikiran mereka dan mencari alternatif yang terbaik. Perbincangan yang berlangsung hampir dua jam itu membuahkan hasil yang sangat postiive untuk perancangan seterusnya buat Geopark Langkawi.























































Majlis perbincangan itu berlangsung dengan baik sekali. Afiq dan Afiqah juga turut serta beramah mesra dengan para professor. Mereka turut bertanya kami bagaimana para tetamu beroleh title professor. Sekarang mereka sudah tahu apa itu peringkat diploma, peringkat ijazah, peringkat master, peringkat Doktor Falsafah, seterusnya professor Madya dan  Professor.











Sebelum berpisah, para tetamu sempat bergambar sebagai kenangan di Skygarden. 
Insyaallah kita akan bertemu lagi di masa depan. Terima kasih atas 
kunjungan yang pastinya menambahkan lagi 
ilmu pengetahuan yang ada.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...