TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Jumaat, 27 November 2015

CARA-CARA PENJAGAAN ORKID DAN PEMBIAKAN ORKID


ORKID antara tanaman hiasan yang popular dan digemari kebanyakan pemilik kediaman.
Ia juga tidak sukar ditanam dan aspek penjagaannya juga lebih kurang sama dengan tanaman hiasan lain. Perkara paling penting adalah pengetahuan berkenaan keperluan hidup tanaman hiasan itu.
Sudah tentu ia memerlukan persekitaran yang sesuai dan perlu disiram atau dibaja secukupnya.
Apabila rutin penjagaan dikekalkan dan kaedah penyeleng¬garaan yang betul dilakukan, orkid di kediaman anda pasti sentiasa hidup subur.

Rata-rata orkid boleh dikatogerikan kepada dua iaitu orkid tulen dan orkid hybrid. Orkid hybrid lebih popular dan diminati ramai diatas beberapa faktor iaitu:

•Warna bunga yang lebih menarik
•Bunga yang tahan lama
•Pokok tahan lasak berbanding dengan orkid liar
•Harga yang murah berbanding orkid liar
•Saiz bunga yang lebih besar berbanding orkid liar
•Sesuai untuk jualan keratan bunga

JENIS-JENIS ORKID YANG BANYAK TERDAPAT DI MALAYSIA
Terdapat beberapa jenis orkid yang popular di tanam di nurseri nurseri di dalam kuantiti yang besar kerana mendapat permintaan tinggi di pasaran Malaysia khususnya. Antaranya;
•Dendrobium
•Phalaenopsis
•Arachnis
•Vanda
•Cattleyan
•Oncidium

CABARAN MENANAM ORKID
Sesuatu sudut yang biasa akan jadi luar biasa hanya dengan adanya satu gubahan orkid. Beranda rumah yang di hiasi dengan tanaman orkid akan nampak lebih berseri, apalagi sekiranya orkid itu sedang berbunga. Malah orkid menjadi pilihan majlis besar-besar terutamanya yang melibatkan peringat international.

Keunggulan orkid membuat ramai penggemar tidak berani untuk menanamnya, Sebenarnya tidak sukar menanam orkid apabila kita mempunyai pengetahuan yang luas. Lain jenis orkid memerlukan cara penjagaan yang berlainan. Kita perlu peka tentang keperluan air siramannya, banyak mana pencahayaan matahari yang diperlukan, bajanya dan jenis-jenis penyakit yang akan mengganggu. Setelah cukup adab tertibnya, kita hanya perlu melakukan rutin yang sama sahaja sepanjang pembesaran orkid tersebut. Saat yang paling indah ialah bila orkid kita mula berbunga. Bunganya pula boleh bertahan hingga sebulan, menghiasi perkarangan rumah. 

MEDIA PENANAMAN ORKID
Penanaman orkid memerlukan media yang sesuai mengikut habitat asalnya.
Terdapat beberapa jenis media yang biasa digunakan:

1) PECAHAN BATU BATA




Antara media yang popular dan mudah diperoleh. Biasanya digunakan untuk menanam orkid epifit dan orkid memanjat. Ia dicampur bersama dengan pecahan arang.


Teknik menggunakan:


i. Sebelum menggunakan batu bata hendaklah direndam di dalam racun kulat selama semalaman. Selepas itu angkat dan keringkan.


ii. Pecahkan batu batu kepada saiz besar, medium dan kecil mengikut kesesuaian pasu.


iii.Letakkan pecahan besar di bawah pasu, diikuti dengan bersaiz medium dan kecil.


iv. Tanam orkid di atas permukaan pasu. Jangan timbus pangkal orkid. Untuk tegakkan orkid yang tinggi, boleh gunakan kayu pancang sebagai sokongan.



Nota : Pangkal orkid simpodial tidak boleh ditimbus semasa menanamnya kerana dipangkalnya terdapat beberapa mata tunas yang akan membentuk anak kelak.


2) PECAHAN ARANG

Digunakan untuk orkid epifit dan orkid memanjat. Boleh digabungkan dengan media batu bata




Teknik menggunakan: 


i. Rendamkan arang selama semalaman untuk membuang garam. ( kerana arang diperbuat daripada kayu bakau yang tumbuh di tepi laut).


ii. Siram arang menggunakan aliran air supaya sisa garam dapat dibuang.


iii.Ikut teknik seperti menggunakan pecahan batu bata untuk langkah seterusnya.


3) SERBUK KAYU

Biasa digunakan sebagai media yang diletakkan dalam pasu atau batas untuk menanam orkid jenis memanjat.


Teknik menggunakan:


Gunakan serbuk kayu sebagai campuran bersama dengan media lain seperti pecahan batu bata, arang, tanah pasuan dan perlite)
i. Rendam serbuk kayu yang ingin digunakan di dalam racun kulat semalaman. Angkat dan keringkan.
ii. Masukkan habuk kayu ke dalam bekas tanaman.

iii. Letakkan orkid di atas media. Jika menanam orkid yang hidup ditanah,campur bersama dengan media pasuan dengan tujuan untuk membekalkan bahan organik di dalam tanah apabila ia mereput.

4) SPHAGNUM MOSS
Adalah sejenis lumut yang telah diproses dan merupakan  media popular dijadikan sebagai lapisan untuk menanam orkid epifit pada tunggul kayu dan potongan dahan tembusu. Ia mampu menyimpan kelembapan dalam jangka masa lama. Ada juga yang menggunakan seratus peratus sphagnum moss yang diletakkan di dalam pasu untuk menanam orkid jenis phalaenopsis. Ia bagi mengekalkan kelembapan dalam jangka masa lama kerana orkid jenis itu tidak mempunyai bebawang untuk menyimpan air.




Teknik menggunakan:

i. Sphagnum moss yang hendak digunakan direndam di dalam larutan racun kulat semalaman. Angkat dan biarkan sehingga ia terasa lembap.

ii.Isikan ke dalam pasu atau tampalkan kepada tunggul kayu misalnya.


5) 
POTONGAN BATANG PAKU PAKIS GAJAH 

Akar paku pakis mempunyai kebolehan untuk menyimpan air dengan lebih lama berbanding tunggul kayu. Oleh itu kadar penyiraman boleh dikurangkan. Gunakan spaghnum moss sebagai media sokongan. Ia amat sesuai untuk tanaman gantung.

Teknik menggunakan:

i. Potong batang paku gajah mengikut kesesuaian orkid yang hendak di tanam.

ii. Lekatkan orkid di atasnya dengan menggunakan tali yang tidak mencederakan orkid anda.Gunakan tali rafia kerana ia akan reput setelah orkid hidup dengan stabil pada media tanaman.


Paku pakis gajah


6) TUNGGUL KAYU 

Sesuai digunakan untuk penanaman orkid secara gantung. Ia lebih cepat kering berbanding dengan potongan paku pakis gajah. Mudah diperoleh di dalam hutan, di ladang sawit atau di tepi sungai. Pilih kayu yang tidak terlalu reput dan pastikan kayu tersebut bebas perosak seperti kulat dan anai - anai. Pelbagai olahan kreatif boleh dihasilkan dengan menggunakan tunggul kayu. Gunakan spaghnum moss sebagai media sokongan dan membantu mengekalkan kelembapan kerana tunggul kayu akan kering dalam masa yang singkat.

Teknik menggunakan:

Sama seperti menggunakan poto¬ngan batang paku pakis gajah. Boleh diletakkan sedikit Sphagnum moss untuk melambatkan kadar kehilangan air selepas siraman.


7) POTONGAN DAHAN TEMBUSU
Sesuai untuk menanam orkid daripada famili bulbophyllum dan phalaenopsis. Orkid lebih cepat hidup stabil apabila menggunakan media itu. Ia mempunyai kulit tebal yang mampu menyimpan air lebih lama.


8) PERLITE



Perlite semakin digemari di dalam penanaman orkid, ini kerana ia mudah dikendalikan, ringan, tahan lama. Perlite juga boleh dicampur bersama dalam tanah pasuan untuk memperbaiki sistem saliran dan pengudaraan tanah. Sesuai untuk orkid epifit dan orkid yang hidup ditanah. Penulis menggemari media ini kerana ia boleh mengurangkan risiko penyakit dek kesan daripada penyiraman melampau.

Teknik menggunakan:

i. Siram perlite dengan air supaya ia basah sebelum mengendalikannya. Ini adalah untuk tujuan keselamatan kerana perlite yang berkeadaan kering, partikelnya mudah berterbangan kerana ia sangat ringan. Dibimbangi memudaratkan kita apabila disedut. Tidak rugi kita berhati-hati.

ii.Isikan ke dalam pasu sehingga penuh.

iii.Letakkan orkid di atasnya, boleh juga dibenamkan orkid sehingga menutup rizomnya. Ini tidak memudaratkan kerana perlite masih memberi rongga udara.


iv. Boleh menggunakan kayu sokongan untuk penanaman orkid yang tinggi dan besar saiznya.







9) TANAH CAMPURAN 


Orkid yang hidup di tanah memerlukan media itu. Bagi menyediakan tanah campuran penting bagi kita untuk mengetahui apakah nisbah yang sesuai, bahan apakah yang harus digunakan, adakah media tersebut dimampatkan atau tidak. Pemilihan ciri-ciri ini ditentukan oleh sifat pertumbuhan orkid tersebut. Antara contoh campuran yang biasa digunakan ialah kompos, perlite atau kerikil dan sekam padi dengan nisbah 1:1:1. Ini dapat memberi kadar saliran dan pengudaraan media yang amat baik kepada akar orkid.




10) TIADA MEDIA

Bermaksud orkid digantung bebas tanpa menggunakan sebarang media. Teknik itu sesuai untuk orkid jenis vanda dan memerlukan kadar penyiraman lebih.




6. SABUT KELAPA
Penggunaan sabut kelapa sesuai untuk orkid bersaiz kecil. Digunakan kerana daya pegangan air yang tinggi, namun harus dikawal kelembapannya kerana boleh menyebabkan jangkitan kulat. Boleh juga digunakan secara gabungan dengan arang dan batu-bata.












PERSEDIAAN PERSEKITAN KEHIDUPAN ORKID
Orkid seperti tanaman yang lain juga yang memerlukan penanam menyediakan persekitaran hidup yang sesuai untuknya. Perkataan lain yang paling sesuai sekali ialah kadar pencahayaan. Kadar pencahayaan kepada orkid boleh di beri dengan penyediaan teduhan sebab setiap jenis orkid memerlukan kadar cahaya yang berbeza-beza. Sebagai contoh, orkid famili Arachnis memerlukan cahaya matahari 100% manakala orkid famili Phalaenopsis memerlukan cahaya matahari hanya 50% untuk hidup dengan subur. Ada 2 teknik teduhan yang biasa digunakan oleh penanam orkid.


TEKNIK TEDUHAN ORKID

a. Rumah teduhan
Teknik ini amat popular dikalangan penggemar orkid kerana mudah untuk menyediakan kadar teduhan. Untuk teduhan biasanya mereka menggunakan jaring teduhan berwarna hitam yang biasa dijual. Kadar teduhan jaring tersebut biasanya adalah 50% dan terdapat beberapa jenis untuk pilihan penanam.

b. Tanaman bersama pokok teduhan
Teknik ini boleh dikatakan orkid dijadikan antara elemen penyeri taman. Teduhan orkid diperolehi melalui kanopi pokok-pokok teduhan yang ada di taman penanam, atau terus menanam orkid pada dahan-dahan pokok di taman. Ia lebih kelihatan semulajadi. Sesuai untuk pembinaan landskap berasaskan orkid atau diintegrasikan bersama bunga-bungaan lain.

CARA PEMBIAKAN ORKID
Sebagai penggemar orkid, fasa pembiakan orkid memang tidak dapat di elakkan kerana ia sudah tentu memberikan anda kelebihan untuk meningkatkan bilangan pokok di dalam koleksi anda. Selain itu risiko anda untuk kehilangan total pokok yang mungkin mati di serang penyakit juga amat rendah kerana mempunyai beberapa pokok daripada jenis yang sama.

Orkid boleh dibiakkan dengan beberapa cara antaranya:
- pembiakan daripada anak benih
- pot komuniti
- pot individu
- pembahagian rumpun
- keratan daripada pokok induk

1-PEMBIAKAN DARIPADA ANAK BENIH
Benih yang telah disemai akan membesar menjadi anak benih di dalam ‘flask’. Apabila telah cukup besar ia perlu dikeluarkan untuk ditanam di dalam pasu. Anda boleh membeli anak benih di dalam ‘flask’ ini di nurseri orkid yang menjualnya dengan harga serendah RM20.00, bergantung kepada sesuatu jenis orkid.

Berikut diterangkan teknik mengeluarkan anak benih daripada ‘flask’.
Anak orkid didalam botol (flask) boleh didapati dikebanyakkan nursery orkid. Harganya dari RM20 hinggalah RM1000 mengikut jenis orkid. Dalam satu botol ada lebih kurang 5 hingga 50 anak orkid.

Bahan bahan yang diperlukan;
1. Racun kulat ( keterangan lanjut dalan bab 3)
2. Lumut (sphagnum moss) atau sabut kelapa (yang sudah dihancurkan). Basahkan lumut air atau sabut kelapa tersebut.
3. Kertas suratkhabar

Caranya;
1. Keluarkan anak orkid dari botol. Jika mulut botol itu besar, gunakan penyepit (forceps) yang telah disterilkan. Jika mulut botol itu kecil maka botol hendaklah dipecahkan.



2. Basuhkan anak orkid menggunakan air. Pastikan tiada agar-agar (jelly) melekat diakar pokok.
3. Rendamkan anak orkid itu kedalam larutan anti fungus selama 10 hingga 15 minit.
4. Tuskan dan keringkan anak orkid itu di atas kertas suratkhabar selama setengah jam (hanya letakkan di atas kertas suratkhabar dan dianginkan)
5. Setelah itu balutkan akar anak orkid dengan lumut air atau sabut kelapa dan masukkan kedalam pasu mengikut saiznya (pasu yang kecil dipanggil thumbpot)
6. Untuk anak pokok yang terlalu kecil kumpulkan dan ditanam didalam satu pasu (pasu ini dipanggil compot)
7. Letakkan di tempat yang teduh dan tidak terkena air hujan.
8. Siram/semburkan baja penyubur sebanyak 2 atau 3 kali seminggu.
9. Apabila sudah membesar, pindahkan ke pasu yang besar sedikit mengikut saiz yang bersesuaian dengan anak orkid. Ulangi proses pemindahan ini 2 atau 3 kali sehingga orkid matang.
Jangkamasa untuk anak orkid membesar hingga matang dan bersedia untuk berbunga adalah dari 5 bulan hingga 3 tahun bergantung pada jenis orkid. Contohnya, orkid jenis phal mengambil masa sekurang kurangnya 8 bulan untuk berbunga.

2. POT KOMUNITI




Orkid yang telah dikeluarkan daripada ‘flask’ dan telah ditanam secara kelompok di dalam satu pasu dikenali sebagai ‘Communiy Pot’ atau ringkasnya ‘compot’. Penanam boleh terus membeli orkid yang telah siap di tanam di dalam ‘compot’ di nurseri orkid.Setiap ‘compot’ biasanya mengandungi antara 10-20 anak pokok. Risiko orkid untuk hidup jika dibiakkan cara begini adalah lebih tinggi berbanding secara ‘flask’. Oleh itu bagi anda yang kurang pengalaman, boleh membeli ‘compot’ orkid untuk menggandakan koleksi orkid anda.


3. POT INDIVIDU
Setelah orkid di dalam ‘compot’ membesar, nurseri akan memindahkannya dalam pasu yang lebih besar secara individu. Maka, anda juga boleh membeli orkid secara begini kerana biasa orkid yang di tanam di dalam pasu individu telah hidup stabil.

4. PEMBAHAGIAN RUMPUN

Teknik pembiakan ini amat sesuai untuk orkid simpodial. Apabila rumpun orkid telah cukup besar ia boleh dipecahkan kepada beberapa rumpun kecil untuk dibiakkan.
Keratan daripada pokok induk
Teknik pembiakan ini amat sesuai untuk orkid monopodial. Sebahagian pucuk orkid yang telah mempunyai akar dipotong daripada pokok induk dan di tanam sebagai satu individu yang baru.


5. KERATAN BATANG







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...