TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
HAFIDZ YOUNG SCIENTIST

I am Hafidz, the young scientist.This blog is about my exciting homeschooling journey.It will remains as my sweet memories forever. Glad to share the special moments with you !!!


Saturday, April 30, 2016

A DAY IN OUR HOMESCHOOLING LIFE


Tidak mungkin ada perjalanan homeschool yang serupa di dalam dunia ini. Setiap keluarga homeschool akan mempunyai keunikan masing-masing dan di sinilah terletak kecantikan dan keseronokan bagi setiap homeschool. Malah hari-hari yang dilalui oleh pelajar homeschool kami juga tidak ada yang serupa dengan hari sebelum atau selepasnya. Setiap hari memang berbeza dari segi masa mula, tatacara pembelajaran dan intipati pembelajaran yang disampaikan. Inilah hakikat kehidupan yang dilalui oleh setiap manusia di atas muka bumi ini. Takdir kita tidak sama.

Namun begitu, gambaran setiap hari homeschool kami adalah sama iaitu fun dan freedom. Kami memang ada jadual pembelajaran yang dikhaskan buat para pelajar tetapi sylibusnya adalah terpulang kepada minat pelajar dan juga pembimbing. Kami bebas untuk belajar apa sahaja dan biasanya topik semasa menjadi pilihan. Contohnya phenomena alam yang sedang berlaku seperti gerhana bulan, gerhana matahari, banjir, gempa bumi dan El Nino menjadi topik yang sangat digemari oleh pelajar kami. Malah pergolakan politik semasa juga antara minat Hafidz setiap kali menonton berita di tv. Hal ini menjadikan pelajar kami mengikuti perkembangan dunia dan update.


Memang menjadi rutin harian Hafidz untuk menyiram taman bonsai kami sebanyak
2 kali sehari. Biasanya dia akan memulakan rutin ini seawal matahari mula menyuluh bumi.
Seterusnya dia akan merapi pokok bonsai samaada merungkai dawai yang sudah menjerut
dahan atau membuat prunning (membuang segala daun). 





Berbeza dengan Afiqah, Afiq, Alyssa dan Adelyn yang lebih santai dan 
bebas. Mereka akan lakukan apa sahaja dalam kumpulan dan ini menjadikan 
homeschool mereka sangat menyeronokkan. Kali ini mereka sama-sama
melakukan senaman pagi "berjalan itik".



Adelyn hanya mampu melihat saja kerana tangannya tidak sepanjang
Afiqah dan Afiq untuk membuat "arc" atas jambatan.



Walaupun tidak dapat melakukan apa sahaja pergerakan Afiqah dan Afiq,
sebenarnya Adelyn belajar dan membuat input dalam otaknya. Pembelajaran seperti 
ini memang berkesan kerana dia akan sedaya upaya untuk bersama mereka dan dapat 
melakkukan apa orang lain lakukan.





Adelyn memerhati cara kakak dan abangnya melompat atas satu kaki.



Afiq mengajar Alyssa yang baru saja join senaman pagi.



Afiqah yang mengepala aktiviti ini dan yang lain hanya mengikut saja.



Adelyn masih tidak dapat meniru kerana Afiqah asyik mengubah
bunga-bunga senaman sebelum dia dapat absorb betul-betul setiap 
corak yang dipamerkan.



Akhirnya Adelyn dapat bersama melakukan free dance yang
sedang rancak dilakukan oleh kakak dan abangnya.







Alyssa mengangkat kakinya dengan bantuan Afiq. Geli hati melihat
riak mukanya menahan stress bila kakinya diangkat dengan agak
lama.



Yeah....akhirnya Alyssa berjaya melakukan sendiri. Inilah yang
dikatakan pembelajaran yang berkesan. 



Dah puas senaman di garden, mereka sambung pula dalam rumah.



Ikatkan kasih sayang sepanjang pembelajaran dipupuk sesama mereka.



Hafidz sudah memulakan pembelajarannya di komputer. Namun geng sikecil masih
seronok menari di ruang tamu. Kami sebagai pembimbing membiarkan sahaja mereka
bermain-main asalkan mereka masih dalam landasan pembelajaran yang ditetapkan. 


Dah puas bermain, mereka berkumpul di tepi kolam ikan. Kami selalu mengajar pelajaran sains secara  berkumpulan kerana sains adalah satu ilmu sejagat yang dapat difahami setiap peringkat.
Afiqah akan faham lebih mendalam dibandingkan Afiq dan juga Alyssa. Setiap peringkat umur
akan absorb apa yang diajar mengikut keupayaan mereka termasuklah Adelyn. Walaupun dia masih
belum dapat bertutur tetapi dia faham apa yang kami cuba sampaikan. Paling tidak dia tahu bahawa
ikan adalah binatang yang hidup dalam air. Ikan boleh berenang dan ada berjenis-jenis ikan dalam kolam. Topik pembelajaran sains kali ini ialah cara pembiakan ikan dan pemakanan ikan. 


Dalam kolam ini ada berbagai bagai jenis ikan air tawar seperti black molly,
red molly, guppy, catfish dan juga puyu. Katak juga berminat mendiami kolam
ini dan sering menjadi buruan Hafidz kerana katak akan makan ikan-ikan dalam
kolam ini. Jadi pembelajaran hari ini juga termasuk bagaimana cara untuk memerangkap 
katak agar ikan-ikan tidak jadi habuan.







"Break" adalah suasana yang paling meriah buat mereka. Kami tidak tentukan waktu
bila mereka break tapi biasanya bila mereka dah puas belajar dan lapar. Love is sharing adalah
antara kata-kata yang sering kami serapkan kepada mereka. Mereka suka berkongsi makanan dan 
minuman sesama mereka. Biasanya Afiqah dan Alyssa lebih suka memilih biskut untuk dinikmati.



Berbeza pula dengan Afiq yang lebih meminati pancake.



Pancake garing yang disapu dengan susu pekat manis atau jem memang 
lazat dan senang disediakan.



Dalam masa yang sekejap sahaja Afiqah sudah mengosongkan pinggannya. 
Berlainan pula dengan Afiq yang suka makan makanannya secara lebih
santai. Dia lebih suka belajar sambil makan. Kami bagi kebebasan pada
mereka agar mereka rasa seronok belajar. Yang paling penting mereka
dapat habiskan kerja yang telah kami tetapkan buat hari tersebut.



Masa untuk menumpukan pada pembelajaran. Masing-masing membuat kerja
yang telah diberikan oleh kami. Atur reka meja tidak sama setiap hari. Mereka bebas
menyusun meja mengikut kreativiti sendiri. Hasilnya setiap hari suasana akan berbeza.



Dah jemu dengan susun atur selari, mereka tukar susun atur meja
kepada berbentuk "L" pula. Mereka pandai mencorak suasana pembelajaran
homeschool agar sentiasa baru dan fun. Inilah yang dimaksudkan dengan
freedom dalam pembelajarn homeschool kami.


Afiqah sedang membuat penulisan.



Alyssa sedang mewarnakan gambar penari ballet kegemarannya.



Afiq sedang membuat vocabulary practice



Sambil belajar sambil makan.......bestnya ! Namun begitu hal ini tidak
berlaku pada Hafidz dan Afiqah. Mereka sudah besar untuk mengikuti
disiplin pembelajaran yang betul.



Hey...sikecil ini diam-diam dah duduk depan piano pula. Homeschoolnya 
belum habis lagi. Biasanya kami akan bagi pensel dan kertas kosong untuk Adelyn
menconteng apa sahaja karya yang terlintas difikiran. 



Masa belajar belum habis lagi tapi Alyssa dah simpan warnanya.
Mungkin dah jemu dan penat. Okeylah...boleh sambung esok.
Mungkin Alyssa nak buat aktiviti lain pula.



Oo....rupanya dia nak join Adelyn bermain piano. 



Afiq menyambung makan pancakenya yang masih tinggal
setengah lagi...



Ha..ha..suasana makin ceria. Masing-masing membuat irama yang
berbeza mengikut rasa hati. Jangan bergaduh sudah....asalkan Adelyn
bermain kawasannya dan Alyssa bermain kawasannya. Seringkali juga
berlaku perebutan dan suasana menjadi makin ceria dan gamat.



Waktu zohor dah hampir tiba. Masa untuk mengemas balik
belajar mereka dan bersiap-siap untuk solat. Kami sangat menekankan
kebersihan kepada para pelajar kami sejak dari kecil. Selepas belajar, segala peralatan
mesti disimpan dengan rapi. 



Afiqah dan Afiq mengetuai aktiviti pembersihan ini manakala
Alyssa dan Adelyn bebas menolong. Mereka banyak belajar
dari tindak tanduk kakak dan abang mereka. Memang kita perlu
bekerja keras untuk mendisiplinkan anak-anak dalam kebersihan pada
peringkat awalnya. Seringkali kita penat menyuruh dan rasanya baik
kita buat sendiri saja dari asyik "memaksa" anak-anak buat kerja. 
Kadang-kadang kerja mereka jauh dari sempurna tetapi akhirnya
kita akan perasan bahawa mereka sudah mula suka pada kebersihan dan 
kerja mereka juga sudah rapi dan sempurna. Sikap mereka ini akan menjadi
contoh kepada adik-adik mereka dan di sinilah "bonus" yang bakal kita nikmati.



Lihat....tanpa disuruh Alyssa mula melipat kaki meja tulisnya.
Kanak-kanak tidak tahu erti kerja. Bagi mereka semuanya adalah
permainan. Mereka tidak mahu ketinggalan dalam permainan
kebersihan yang sedang Afiqah dan Afiq mainkan. Mereka suka turut
serta dan ingin buat terbaik mungkin.



Memang dijangkakan....Adelyn juga tidak mahu
keseorangan. Seronoknya...bermain angkat meja
dengan Alyssa. Cute sungguhkan...... 


Biasanya pembelajaran akan bersambung selepas makan tengahari. Jarang sekali pembelajaran habis
sebelum waktu zohor. Ini adalah kerana mereka mula belajar lambat tidak seperti pelajar di sekolah
biasa yang bermula pada pukul 8 pagi. Kami meletakkan pukul 9 waktu mula pembelajaran tetapi seringkali tersasar. Selepas solat subuh...selalu saja mereka tertidur balik hingga pukul 8 pagi. 
Selepas mandi, Afiqah dan Afiq mempunyai tugasan harian untuk dibuat. Afiqah bertanggung jawab
mengemas ruang tamu, menjemur pakaian dan membasuh pinggan mangkuk. Manakala Afiq pula menyusun pinggan mangkuk dan periok belanga ke tempat yang telah disediakan. Kiranya Afiq adalah penyusun segala peralatan dapur. Mereka memang banyak membantu 
meringankan kerja rumah seharian. Terima kasih sayangku.......


Selepas solat asar, kami akan hidangkan mereka minuman petang. Inilah tempat kegemaran mereka untuk bersantai bersama makanan mereka. Tidak kira untuk breakfast ke...lunch ke...mahupun tea time. Mereka akan bawa makanan mereka ke sini. Meja kayu yang dinaungi oleh sebuah payung besar inilah kecintaan mereka masa makan bersama. Apa tidaknya...meja ini dihiasi dengan pemandangan taburan pulau-pulau dan air laut membiru yang sungguh permai. Bayu laut turut memainkan peranan menjadikan suasana sungguh nyaman walaupun mentari terik memancar. 






A day in our homeschooling life end up with a fantastic sun set at backyard. Tomorrow is another bright cheerful homeschooling day. May Allah bless our life.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...