TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Rabu, 23 Mac 2016

HS DIARY 2 - ( PERKHEMAHAN SANTAI DI TEPI LAUT )


Seboleh-bolehnya setiap ibubapa ingin memberi satu penghidupan yang menggembirakan buat anak-anak mereka. Mungkin bagi yang mampu akan membawa anak-anak mereka bercuti di luar negara dan sebagainya.


Hakikatnya kita tidak perlu menabur wang yang banyak untuk mengembirakan anak-anak kita. Cukup dengan sedikit usaha dan kreativiti, kita sudah dapat memberi yang terbaik buat permata tersayang. Begitulah kehidupan homeschooling kami. Suasana pembesaran mereka dipenuhi dengan suasana yang indah agar mereka menyintai kehidupan mereka dan seterusnya memberi satu keyakinan buat diri mereka menghadapi cabaran kehidupan.


Bahagian belakang rumah kami mengadap lautan. Air laut yang sedang pasang akan memenuhi ruang bawah rumah kami. Anugerah ini sangat kami syukuri dan selalu menikmati ikan sembilang hasil pancingan atau mandi manda beramai-ramai satu keluarga, Kadang-kadang bila cuaca bagus, bulan juga mengambang, kami memasang khemah buat pelajar-pelajar kami merasa suasana yang berbeza dari selalu. Sebenarnya kanak-kanak akan teruja bila kita buat satu kelainan dan ala permainan. Pasang saja khemah di luar rumah dan ajak saudara mara sebaya mereka untuk join bersama.




Dua khemah sudah siap dipasang. Hari ini kelas mereka ialah bermain. Inilah pembelajaran cara homeschool. Sebenarnya bermain juga adalah pembelajaran yang sangat penting buat pembesaran kanak-kanak. Biarkan mereka membuat perancangan sendiri dan kita hanya pantau agar tiada berlaku sesuatu yang membahayakan mereka. Mungkin kerana suasana bertukar, selera mereka juga bertukar. Lunch time pun nak makan 
roti juga. Biarkanlah mereka.....







Suasana nyaman malam menjadi lebih  bererti bila dapat peluang menggunakan komputer. Sebenarnya kami sangat mengawal penggunaan komputer di kalangan pelajar kami. Penerangan tentang bahaya radiation dari komputer mesti disampaikan 
dari masa kesemasa agar mereka faham mengapa kita melarang 
mereka. Kami juga membuat syarat agar mereka tidak 
menghabiskan masa dengan menonton kartun 
atau program yang melalaikan.







Untuk merasa candle light dinner, tidak perlulah kita ke hotel atau majlis besar-besar. Sekali sekala memang perlu kita meraikan sesuatu yang hebat dan fun bersama keluarga. Kehebatan itu bukan terletak pada jumah wang yang dibelanjakan tetapi 
terletak pada kasih sayang yang menjadi ikatan sesuatu keluarga. 
Dengan adanya ikatan kasih sayang yang kuat ini, anak-anak 
kita pasti tidak akan kecundang memilih kasih sayang diluar hingga 
terjebak dalam kancah jenayah atau menjadi hamba dadah. 
Usaha ini perlu dibuat diperingkat awal lagi sebelum 
nasi sudah menjadi bubur. Hanya sedikit 
usaha kita dan doa berpanjangan agar segalanya 
dalam perlindungan Allah.



Pertandingan siapa yang paling lama menahan nafas........Lilin dalam gelas 
diletakkan di hadapan mereka. Sesiapa yang bernafas secara 
diam-diam,api lilin mereka akan bergoyang-goyang. Ini idea Afiqah. 
Masuk akal juga.


Afiq menahan sedaya upaya agar menjadi pemenang. 



Masa untuk beradu melabuhkan mata dan bermimpi indah-indah.....Ombak laut 
begitu rancak menabur gendang menghempas tiang-tiang rumah 
kami. Irama indah ini sentiasa ada untuk mengulit tidur kami 
sekeluarga. Memang indah sekali berumah di tepi laut.







Pada hari kedua perkhemahan, kami memasang kolam renang buat Afiq dan Afiqah. 




Air laut di belakang mereka itu sangat dalam. Mereka hanya akan mandi laut bila ada 
ahli keluarga lain yang dapat memantau keselamatan mereka. Jadi untuk 
melengkapkan perkhemahan mereka, kami biarkan mereka 
bermain air sepuas-puasnya. 













Setelah puas bemain air, mereka  makan sambil membelek-belek buku kegemaran 
mereka. Pasti sekali perkhemahan yang ringkas ini memberi erti yang besar buat 
anak-anak kita. 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...