TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Selasa, 10 Januari 2017

GANDINGAN LAUK PAUK HARIAN 4 (KARI KEPALA IKAN KERAPU, KERALA FISH FRY DAN GAJI-NAMUL)



GANDINGAN LAUK PAUK HARIAN 4:


MALAYSIAN CUISINE:

Kari Kepala Ikan Kerapu

INDIAN CUISINE:

Karalla Fried Fish

KOREAN CUISINE:

Gaji-Namul




Hai Si Gemok...Si Montel Kerapu. Memang tembam si kerapu ini yang mencecah 2 kg beratnya. Apakah masakan yang paling sesuai untuk ikan kerapu. Tidak lain dan tidak bukan, pasti sekali Kari Kepala Ikan. Hm...meleleh dah air liur kan...Inilah masakan turun temurun dari satu generasi kesatu generasi. Dah terasa lemak dan masamnya kari tu...ditambah pula pedas cili api dan rasa kulit dikepala ikan yang pasti seronok meratah. Jom kita semak resepinya dan terus memasak dengan jayanya untuk dihidangkan kepada keluarga tersayang dengan penuh kesyukuran kepada Allah, Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah. Alhamdulillah...


Kari Kepala Ikan Kerapu


Bahan-bahannya:

Kepala ikan kerapu (Ikan apa-apa pun boleh)
3 sudu besar tepung beras atau tepung gandum
Ramasan air asam jawa atau air perahan limau nipis

Bahan Untuk Menumis:

Minyak secukupnya
5 ulas bawang merah (dimayang halus)
3 ulas bawanga putih (dimayang halus)
2 tangkai daun kari
1 inci halia (dipotong melidi halus)
1/2 sudu besar halba
1/2 sudu besar jintan putih
1/2 sudu besar biji sawi
10 cili api yang diketuk-ketuk sedikit

Bahan-bahan Rempah:

4 sudu besar rempah kari ikan (boleh dilebihkan bagi yang suka lebih rasa kari)
1 sudu besar serbuk cili
1/2 sudu besar serbuk kunyit
1/2 sudu besar serbuk ketumbar
1/2 sudu besar serbuk lada hitam

Bahan Kisar:

2 labu bawang besar
10 cili kering yang rebus lembut (dipotong-potong untuk buah biji terlebih dahulu

Bahan-bahan Lain Dalam Gulai:

2 cawan santan pekat
Air (ikut suka kepekatan kuahnya)
Bendi atau Terung
2 cili besar
1 tomato atau perahan asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya:

1- Masukkan tepung kedalam bekas yang berisi kepala ikan. Gaulkan dengan ikan hingga serata. Diikuti dengan air asam jawa atau perahan air limau. Biarkan selama 10 minit dan basuh kepala ikan hingga bersih. Proses ini adalah untuk memastikan kepala ikan itu bebas dari rasa hanyir ketika kita meratahnya.

2- Panaskan  minyak dan tumiskan bawang putih dan halia hingga naik bau wangi. Masa ini bawang putih masih lagi belum garing sepenuhnya. Masukkan bawang merah yang telah dimayang itu dan gaul bersama bawang putih dan halia. Setelah bau makin wangi, masukkan daun kari, halba, biji sawi dan jintan putih. Kemudian masukkkan cili api yang telah dipecah-pecahkan. Teruskan menumis dengan api sederhana. Apabila semuanya dah agak garing, masukkan sedikit air agar bahan tidak terlalu garing


3- Masukkan bahan rempah iaitu serbuk kari ikan, serbuk cili, serbuk lada hitam, serbuk ketumbar dan sedikit air. Kacau hingga rempah agak garing.

4-Masukkan bahan kisar ke dalam periuk dan kacau bagi sebati semua bahan. Teruskan menumis hingga pecah minyak. Sepanjang proses ini kita boleh tambahkan minyak dan air supaya semuanya seimbang. Tidak terlalu banyak minyak untuk menumis dan juga tidak terlalu berair. Teruskan mengacau bahan tumis dengan api sederhana sahaja. Kita mungkin mengambil sedikit masa untuk memastikan bahan rempah kita betul-betul masak. Sekiranya rempah tidak betul-betul masak, kuah kari kita akan rasa kurang sedap. Jadi inilah rahsianya kari sedap...rempah mesti masak betul-betul hingga pecah minyak dengan api yang sederhana.

5- Masukkan santan pekat dan sedikit air hingga kita dapat kepekatan gulai yang diingini. Kacau semua bahan hingga sebati. Setelah itu masukkan kepala ikan dan tunggu hingga menggelegak. Masukkan garam, gula dan  asam jawa/tomato. 


6- Sebaik sahaja kepala ikan masak, boleh masukkan bendi. Apabila bendi sudah bertukar warna menjadi lebih hijau dan cantik, boleh tutup api dapur. Bendi akan masak dengan panas kuah gulai itu. Dengan ini bendi tidak akan terlalu masak hingga hilang kerangupannya.



Kari Kepala Ikan Kerapu



Kerala Fish Fry (Meen Varuthathu)
Meen Varuthathu is one of the famous cuisines of Kerala, a state in the southwest of India. Kerala is referred to as the land of spices or as the "Spice Garden of India". Back to the history, Kerala's spices had attracted ancient Babylonians, Assyrians and Egyptians to the Malabar Coast in the 3rd and 2nd millennia BCE. Wow...getting an amazing fact while cooking. Something great to share with your children. Let's screwed this simple recipe!!

Bahan-bahannya:
1 sudu teh serbuk cili
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh biji sawi
2 tangkai daun kari
1/2 inci halia (ditumbuk halus)
3 ulas bawang putih (dimayang)
2 ulas bawang merah (dimayang)
garam secukup rasa

Cara-caranya:

1- Gaulkan semua bahan diatas dan sapukan pada kepingan ikan hingga rata.

2- Perap selama 10 minit hingga 20 minit.


3- Panaskan secukup minyak dalam kuali leper. Jangan guna terlalu banyak minyak kerana semua rempah akan tertanggal dari ikan dan hangus. Gunakan api sederhana sahaja. Kena ulang-ulang membalikkan kepingan ikan ini agar rempah yang menyalutinya tidak hangus.



Kerala Fish Fry




Memang sedap! Resepi mudah ini menjadikan ikan rasa mewah dengan rasa rempah. Gigitan daun kari dan bawang yang garing menambahkan lagi personaliti pada Kerala Fish Fry. Sesuai untuk sebarang ikan.



Gaji-namul
The word "namul" refers to either a variety of edible grass or leaves or seasoned herbal. That means that we can use any of our favorite vegetables to replace the egg plant. It is a simple but delicious everyday Korean side dish and very famous in summer.

Bahan-bahannya:
3 biji terung sederhana besar (dipotong 3 inci panjang dan dibelah 2)
5 ulas bawang putih (dicincang)
2 pokok daun bawang (dipotong 1/2 inci panjag)
3 sudu makan kicap manis
1 sudu makan sos ikan
1 sudu teh cili kering hancur (chilli flakes)
2 sudu makan minyak masak
1 sudu makan minyak bijan
1 sudu makan biji lenga yang sudah digoreng tanpa minyak.


Cara-caranya:

1- Panaskan air untuk mengukus. Setelah mendidih, kukuskan terung itu selama 5 minit. Pastikan terung itu tidak terlalu lecur kerana ini akan mengurangkan rasa sedap gaji-namul.

2- Angkat dan toskan. Pastikan terung itu kering dengan mengelapnya dengan tuala dapur yang bersih. Proses ini adalah untuk mengelakkan terung itu mengeluarkan air setelah kita menghidangnya.


3- Panaskan minyak masak dan tumiskan bawang putih yang telah dicincang. Gunakan api dapur yang sederhana panas agar bawang itu tidak rentung. Setelah naik bau dan warna agak perang, tutup api dapur. Pindahkan kedalam bekas yang agak besar supaya menyenangkan proses menggaul. Masukkan minyak bijan dan semua bahan lain. Gaul sekata dan masukkan terung yang telah dikeringkan tadi. Gaul dan rasa. Sekiranya selera anda suka pada lebih masin, lebih manis dan lebih pedas, maka tambah sendiri sos ikan, kicap manis dan chilli flakes. Taburkan biji lenga dan gaul sekata. Walla....memang sedap dan sihat.





 Disamping digandingkan dengan lauk lain untuk hidangan, gaji-namul ini boleh juga kita makan begitu sahaja seperti kita makan salad. Memang sedap dan mengenyangkan bagi 
mereka yang mahu melangsingkan badan. 





Gandingan ini penuh dengan fibre yang pastinya baik untuk kesihatan terutamanya bagi mereka yang ada masaalah sembelit. Rasa kari kepala ikan menonjol apabila disulami dengan rasa minyak bijan yang tidak keterlaluan. Kelazatan kerala fish fry mengindahkan lagi gabungan rasa semasa menikmati hidangan lengkap ini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...