TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Sunday, January 1, 2017

WELCOME TO THE YEAR OF 2017




Dengan penuh kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi, FCUHOMESCHOOLING mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua para ibubapa yang mengamalkan homeschool kepada anak-anak mereka dan juga pada semua pembaca blog ini.

Berdetiknya jam di dinding, tepat dua belas tengah malam,,, maka kita sudah berada dalam permulaan era tahun 2017. Sekali gus bermakna sudah tiada lagi era 2016 hanya dengan perbezaan satu saat jam berdetik. Itulah realiti kehidupan dimana masa yang lepas sudah tidak dapat dikembalikan. Memori saja yang tinggal dan hasil kehidupan kita yang lepas pasti kita terus bawa kedepan. Hari ini adalah apa yang ada pada kita dan esok adalah sesuatu yang belum pasti walaupun segalanya sudah dirancang dengan baik diikuti usaha yang tidak kenal kegagalan. Allah penentu segala dan kita sebagai hamba wajib beriman kepada qadak dan qadar, Senjata kita sebagai orang yang beriman ialah doa yang berpanjangan dan bersangka baik dengan Allah bahawa tiada satu pun yang menimpa kita samaada baik atau buruk pasti ada hikmah yang perlu kita cari dan renungkan.

Segala kesyukuran kehadrat Ilahi kerana kita masih lagi menghirup udara memasuki era 2017. Sekali gus juga mengingatkan kita akan kematian. Mati pasti tiba tapi entah bila... Ianya satu misteri yang mengandungi seribu rahmat untuk kita merenung dan menghayatinya.

Abdullah bin Umar radhiallahu 'anhuma berkata, bahawa ketika dia sedang duduk-duduk di sisi Rasulullah s.a.w. lalu datang seorang lelaki memberi salam dan bertanya kepada Rasulullah: "Siapakah yang lebih utama (lebih baik) di kalangan orang yang beriman?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Orang yang lebih baik di kalangan orang beriman ialah mereka yang berakhlak mulia."
Kemudian lelaki itu bertanya lagi: "Siapakah orang yang paling cerdik di kalangan orang yang beriman?" jawab, Nabi saw: "Orang yang paling cerdik ialah mereka yang banyak mengingati mati, dan banyak membuat persiapan untuk menghadapi mati."

Mengingati mati akan membuat kita gandakan amal ibadat kita agar setiap detik masa berlalu tidak ada yang kita sia-siakan. Amal ibadat bukanlah hanya tertakluk kepada zikir dan wirid dan sentiasa di atas tikar sembahyang. Islam itu sangat luas..seluas alam terbentang dan Islam itu sangat cantik..tiasa bandingannya.

Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda
“Sebaik Baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Bagi Orang Lain”


WELCOME TO THE YEAR OF 2017
YEAR OF UNIVERSAL BROTHERHOOD


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...