TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Rabu, 9 Disember 2009

AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK


Hari ini cikgu Musa mengajar saya tentang membina ayat tunggal dan ayat majmuk. Seronok juga dapat bina berbagai jenis ayat. Seronok homeschooling ni.... kerana tak ada kerja rumah. Saya habis belajar pada pukul satu tengahari. Simpan buku dalam beg dan esok pula baru buka beg pada pukul tujuh setengah pagi. Sepanjang petang dan malam saya bebas untuk teroka ilmu luar daripada kurikulum sekolah.
Sebenarnya jadual saya bermula selepas subuh iaitu baca Al-Quran. Selepas itu saya mandi dan makan pagi. Tujuh setengah pagi .....kelas bermula!!! CAYO-CAYO......

AYAT TUNGGAL:
1)Ayah suka membaca buku sambil mendengar radio.
2)Emak suka membaca buku sambil mendengar radio.

AYAT MAJMUK:
1) Ayah dan emak suka membaca buku sambil mendengar radio.


AYAT TUNGGAL:
1)Fahmi suka bermain bola.
2)Abang Fahmi suka bermain bola.

AYAT MAJMUK:

1)Fahmi dan abangnya suka bermain bola.


(GUIDANCE CORNER)



FCUHOMESCHOOLING baru sahaja memulakan sessi pembelajaran setelah membuat permohonan secara rasmi kepada Kementerian Pelajaran Malaysia. Pada ketika ini kebanyakan pelajar sekolah tengah bercuti. Hafidz dan Tajrid tidak pula merungut kerana terpaksa memulakan pembelajaran. Semangat mereka tinggi terutamanya alam homeschool ini sangat baru kepada mereka. Mereka sudah bersedia untuk meninggalkan alam persekolahan biasa dengan semangat yang lebih tinggi untuk betul-betul maju ke depan.

Sememangnya pertukaran yang drastik ini meninggalkan kesan yang mendalam kepada jiwa anak-anak sekiranya kita tidak pandai menerang kedudukan sebenar. Mereka sudah ada dunia tersendiri di alam persekolahan yang sudah bertahun mereka ceburi sejak darjah satu lagi. Kawan-kawan juga banyak mempengaruhi kehidupan mereka di samping segala aktiviti sekolah yang memang seronok. Saya ada terbaca beberapa kisah homeschool luar negara dimana anak-anak menghadapi masaalah penyesuaian setelah berhenti persekolahan biasa dan belajar di rumah.

Kami telah membuat persediaan awal dengan memberi tarbiyah kepada kedua-dua Hafidz dan Tajrid.
Banyak kebaikan yang mereka perolehi dari homeschool dan sesuai dengan personaliti mereka yang tidak suka dikongkong dengan peraturan.

 photo DSC01048_zpsac70a69c.jpg
Homeschool membuat mereka lebih kreatif kerana mereka tidak dibebani dengan kerja sekolah.

Homeschool memberi peluang kepada mereka untuk memilih sendiri cara belajar dan bila mereka ingin belajar. Mereka juga bebas untuk memilih subjek tambahan yang mereka minati selain pelajaran asas. Pendek kata, pembelajaran menjadi begitu seronok dan mereka juga bebas untuk berhenti apabila mereka rasa bosan dan menyambungnya di waktu yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...