A short film about a young man who was being disturbed by a little haunted boy.
Watch if you dare!!
Watch if you dare!!
(GUIDANCE CORNER)
Penggambaran short film THE BOY FROM NOWHERE ini adalah di sekitar perkampungan Kampung
Bakau Tepi Laut. Kampung ini menjadi pilihan kami kerana suasana aman damai dan udara laut yang sangat nyaman. Desiran hempasan ombak ke pantai adalah lagu natural menghibur para penduduknya.
Tajrid dan Hafidz sering menjadi pelakun dalam mana-mana short film terbitan FCUPRODUCTION. Ini adalah sebahagian dari kurikulum homeschooling kami. Bukanlah untuk mendidik mereka menjadi artis .
Sebenarnya banyak yang mereka belajar sepanjang shooting. Yang paling ketara ialah keyakinan diri dan tidak gentar di khalayak ramai. Nampak aja sunyi sepi tapi.....ramai juga budak-budak dan orang dewasa yang turut menyaksikan apa yang mereka tengah buat tu....Selamba aje mereka dan tak terganggu dengan renungan orang ramai. Inilah yang ingin kami semai dalam diri mereka.
Pada permulaan short film ini, macam film horror aje. Nampak sungguh sunyi sepi dan terpencil tempat tu....nak-nak hutan di sepanjang jalan. Tak nampak rumah orang langsung. Joging sorang-sorang pula tu...Hai berani betul budak lelaki ni. Suasana macam ni...sering kita tonton dalam film horror .
Nak tergelak tengok gaya Hafidz jadi budak misteri. Terliuk-liuk badannya yang penuh dengan lumpur tu..Kalau dulu, jangan harap dia nak buat gaya macam tu. Banyak sangat malunya!!
Tajrid pula...gayanya bersahaja aje. Kiranya ....tak kakulah lakunan mereka.
Part yang paling funny tu..ending. Tengoklah Si Hantu Berkulit Hitam....tu..sakit kena "sigung" oleh pemuda yang dia dok kacau. Padan muka...lain kali jangan cuba meraba tak tentu pasal. Nak bergurau tapi tak kena tempat lah tu.
BEHIND THE SCENE OF THE BOY FROM NOWHERE
Macam tu rupanya nak salut badan dengan lumpur. Macam nak salut chicken chop dengan tepung aje. Golek sana, golek sini dah penuh tepung dan masuk dalam kuali. Ingatkan ada orang tukang sapu lumpur kat badan Si Hafidz ni. Cuba perhati...sebelum dia golek-golek badan kat tepi tebing sungai tu...panjang lehernya mengintai-ngintai kot ada peminat curi tengok. Bila ada motor lalu, dia buat bersahaja seolah-olah tak buat apa-apa. Bila motor dah berlalu baru dia baring. Yang kantoinya.....memang ada dua peminat tengah mengintai apa yang Hafidz buat. Hafidz tak sedar tentang kehadhiran peminat setia ni...Kalau tidak, nahas kena halau. Panjang leher mereka mengintai sambil berfikir apalah Si Hafidz tengah buat. Betul ke tak betul budak ni....ada ke pula bermandikan lumpur. Orang selalunya mandi sungai.
Itulah antara kucing-kucing kesayangan Hafidz. Kemana saja Hafidz pergi, mereka akan ikut. Kiranya jauh juga tempat penggambaran ini dari rumah kami. Yang putih gebu tu....GENIUS namanya dan yang hitam legam tu...CHEERFUL .
Shooting Behind The Scene ni....spontan aje. Tak dirancang dan Hafidz pun tak tahu dan kucing-kucing itu pun tak diundang.
Part kat depan computer pun...real juga. Nasib baik tak berdarah mulut Si Hafidz kena "sigung". Mereka berdua ni...selalu bergurau dan kadang-kadang kasar gurauannya. Maklum lah budak lelaki.
Sejak homeschooling, mereka jadji sangat rapat dan akrab. Selalu saja mereka berdua dalam apa-apa aktiviti keluarga terutamanya dalam tugasan business keluarga. Kalau dulu..mereka sibuk dengan hal masing-masing. Sorang sekolah menengah dan sorang pula sekolah rendah. Aktiviti sekolah pun berbeza dan kerja sekolah pun melambak. Syukurlah pada Allah. Mereka membesar dengan baik sekali dan banyak nilai-nilai murni dapat disemai kepada mereka terutama bab tolong menolong dalam business keluarga.
CATS' LOVE STORY:
Bukan sahaja para pelajar FCUHOMESCHOOLING yang berlakon, malah kucing-kucing FCU juga pandai berlakun. Agaknya dek selalu mengekor Hafidz dan crew FCUPRODUCTION ke tempat penggambaran, dan mengintai apa yang mereka buat, mereka pun pandai berlakun ala-ala kucing.
Yang tebaring tu...adalah TERROR. Dalam short film ni...dia pegang watak ORANGE. Kononnya dia bermimpilah ...Dalam mimpi tu, dia berkenan kat WHITEY si putih gebu. Watak WHITEY ini dipegang oleh GENIUS.
Kononnya ada pula kucing lain nak mengurat si WHITEY iaitu si BLACK. Watak si BLACK ini dipegang oleh CHEERFUL( kucing yang mengintai Hafid mengecat badan dengan selut).
Setelah dapat menumpaskan si BLACK, ORANGE cuba mengumpan si WHITEY yang pada mulanya menunjukkan rensponse manja. ORANGE tersilap rupanya. Si WHITEY ni...jinak-jinak merpati aje rupanya. Dah terkena penampar!!! Pada masa tu...ada orang tepuk dia dan rosakkan mimpi indah bersama WHITEY....Ha..ha..ha..Kesian si ORANGE. Itu cuma lakunan aje. Reality nya...mereka semua adalah adik beradik. Yang lawaknya si CHEERFUL adalah kucing betina dan bukannya jantan. Nasiblah...
DEAR READERS!!
YOUR POSITIVE COMMENTS ARE HIGHLY APPRECIATE.
♥♥♥ FCU MALAYSIAN HOMESCHOOLING ♥♥♥