Bulan Rejab 1434 adalah saat yang paling manis buat Afiqah. Pembelajaran Al-Quran dapat diikutinya dengan baik sekali dan kini telah mula membaca Al-Quran besar. Saya sebagai tenaga pengajar turut merasa bangga dan bahagia dengan pencapaian Afiqah. Kejayaan ini menjadi satu dorongan buat Afiq dan Alyssa untuk mula membaca Al-Quran besar dalam usia yang lebih muda dari Afiqah.
Membaca Al-Quran di dalam taman bonsai adalah antara kegemaran Afiqah. FCUHOMESCHOOL sangat menekankan pembelajaran Al-Quran kepada pelajarnya. Kami menggalakkan mereka untuk menghafal Al-Quran agar kebesaran Allah dihayati dan segala ajaran di dalamnya dapat diamal.
PUASA 3 BULAN
Tahun Hijrah 1434 adalah merupakan tahun kedua bagi Afiqah berpuasa 3 bulan penuh bersama ahli keluarga. Dua tahun yang lepas iaitu ketika dia berumur 7 tahun, dia hanya berpuasa penuh pada bulan Ramadhan dan puasa selang seli dalam bulan Rejab dan Sya'ban. Dengan kerelaan hatinya sendiri, Afiqah mahu join puasa beramai-ramai. Kisah ini ada diceritakan dalam entri :
HOMESCHOOL MEMBENTUK ANAK-ANAK YANG CEMERLANG.
Tahun ini dia sudah cukup berpengalaman dan matang mengharungi dahaga dan lapar ketika berpuasa.
Terpegun saya bila dia berkata" We are so lucky because Malaysia rains alot. Just imagine how thirsty those who leave in desert".
Kata-kata ini keluar dari mulutnya bila dia rasa amat dahaga. Sudah 9 hari dia berpuasa bulan Rejab tahun ini. Syabas Afiqah! Semoga Allah jadikan dirimu seorang hamba yang dikasihiNya.
Antara kata-kata lain yang sering saya dengar dari Afiqah:
We are so lucky to have internet while many people in this village don't have.
We are so lucky to have a house near the beach while many others who don't even touch the sea.(Dia refer pada negara yang duduk di tengah-tengah benua seperti negara Kazakhstan dan Afghanistan)
We are so lucky to have such a large family while others are orphan.
Even ketika tengah makan nasi berlauk ayam, dia akan berkata
"We are so lucky to have chicken for our dinner while many other don't have enough money to buy it."
Kata-kata ini sangat bermakna buat saya kerana sebelum ini Afiqah sering membazir makanannya begitu sahaja hinggalah saya menceritakan kepadanya bahawa setiap butir nasi itu akan menangis dan mengadu kepada Allah tentang pembaziran Afiqah. Allah tidak sayang kepada mereka yang tidak bersyukur.
Biasalah budak-budak zaman sekarang...hendak apa sahaja, dengan senang sahaja dipenuhi oleh kedua orang tua mereka. Mungkin orang tua mereka juga mempunyai alasan yang kukuh seperti:
1) Dulu semasa mereka kecil, kehidupan kedua orang tua mereka susah dan banyak keinginan mereka terpendam saja. Mereka tidak ingin anak mereka merasa keperitan yang pernah mereka rasai semasa kecil kerana kini mereka sudah senang.
2) Kebahagiaan mereka adalah apabila melihat anak-anak mereka gembira. Segala rengetan anak pasti diberi perhatian agar mereka dapat mendengar hilai ketawa anak-anak tercinta. Segala permintaan anak-anak pasti dipenuhi kerana anak-anak adalah sumber kebahagian mereka.
3) Ibubapa terlalu sibuk bekerja mengejar dunia hingga tiada masa untuk membelai anak-anak. Lantas mereka menukar belaian yang tidak mampu mereka berikan dengan wang ringgit agar anak akan bahagia dan tidak kisah mereka kekurangan belaian.
4) Kemana hendak dihamburkan kekayaan yang menimbun kalau tidak pada isteri dan anak-anak. Harta yang tidak habis dimakan itu pasti ditinggalkan juga bila mati.
5) Ibubapa yang berpendapat bahawa mendidik anak mestilah ikut aliran zaman. Kalau kebanyakan orang beri anak-anak mereka handphone, ipad dan segala bagai walau usia anak baru setahun jagung, mereka juga berbuat demikian agar anak mereka tidak ketinggalan zaman.
Afiqah juga tidak ketinggalan dalam hal ini. Senang-senang sahaja minta itu dan ini. Apa yang dibeli tidak dijaga pula tu...kata orang easy come easy go. Akhirnya kami mula menyekat apa sahaja permintaannya. Kami ajar dia bahawa hanya Allah tempat meminta. Setelah berkali-kali dia minta kepada Allah baru kami berikan. Setelah dapat, Afiqah kena panjatkan terimakasih kepada Allah terlebih dahulu barulah berterima kasih kepada orang yang menyampaikan permintaannya. Akhirnya dia sudah terbiasa dan nampak segalanya adalah dari Allah.
Kami juga menggunakan pendekatan pemberian melalui pencapaian samaada dari segi pelajaran atau akhlaknya. Dengan ini dia lebih menunjukkan penghargaan dan lebih betanggung jawab dengan apa yang ada. Kami juga sering mendedahkan kesusahan orang lain seperti kanak-kanak Palestin, agar dia rasa bersyukur dengan apa yang ada. Sejak itulah kami mula mendengar kata-kata yang bernas darinya seperti yang saya tulis di atas.
Sesungguhnya anak-anak kecil itu umpama kain yang putih bersih. Kitalah yang akan mencoraknya ke arah kebaikan dan diredhai Allah.