HOMESCHOOLING MELAHIRKAN PELAJAR SERBA BOLEH !
Saya sendiri tidak menduga malah hampir tidak percaya dengan kebolehan Hafidz dalam bidang masakan. Semuanya bermula apabila kami memberi peluang untuk dia teroka sendiri pembelajaran homeschoolingnya tanpa ada pantauan dari pengajar secara langsung. Kami letakkan Hafidz bersama anggota FCU lain di STATION 2 (Pasir Gudang) selama 2 bulan. Dalam masa 2 bulan tersebut saya tidak langsung masuk campur dalam pembelajarannya. Hanya doa mengiringi setiap solat agar Allah membimbing Hafidz dan memberi kekuatan untuk dia berdikari.
Suasana di Taman Scientex di Pasir Gudang memang sangat berlainan dengan Kampung Bakau Langkawi. Bagai bumi dengan langit dari segi persekitaran dan budaya penduduknya. Hafidz dibesarkan sebagai NATURE BOY dimana lautan, sungai dan hutan adalah taman permainannya sejak dari kecil lagi. Malah dia sendiri sering meluahkan hasrat untuk mempunyai ladang sendiri untuk bercucuk tanam dan menternak lembu, kambing,ayam, itik serta ikan.
Taman Scientex hanya dipenuhi bangunan batu tanpa hutan, sungai dan lautan. Penduduk persekitarannya juga sangat menjaga privasi masing-masing hingga untuk bertegur sapa juga bagaikan mustahil. Rupa-rupanya kebosanan yang meronta dalam jiwa Hafidz telah memutik satu minat baru iaitu masakan. Saban hari dia meneliti video masakan terutamanya oleh Chef Wan. Setelah puas menonton berkali-kali, barulah dia mencuba resepi yang telah dipilihnya tanpa pertolongan dari sesiapa. Antara resepi yang telah dicuba ialah pai labu, kueh ketayap, kueh srikaya dan juga lauk pauk. Menurut komen dari ahli FCU yang lain, memang sedap dan menjadi. Apabila Hafidz kembali ke Langkawi, dia turut menyumbang menyediakan juadah Hari Raya seperti Tat Nenas, Almond London dan Cheese Cake. Syabas buat Hafidz !!
Apa yang dicapai oleh Hafidz adalah hasil dari pembelajaran homeschool yang bersifat terbuka. Homeschool tidak membataskan pembelajaran kepada peperiksaan dan hafalan. Apa yang dipelajari adalah berbentuk praktikal dan untuk kegunaan kehidupan. Pembelajaran tidak hanya tertakluk kepada bilik darjah yang sempit tetapi alam semesta yang bermula dari celik mata di pagi hari hingga saat melelapkan mata di malam hari.
Setakat ini sudah banyak ilmu yang telah dikuasai oleh Hafidz selain dari akedemik yang tertakluk dalam jadual homeschooling yang beroperasi enam hari dalam seminggu (kecuali hari Jumaat)
1) Pembinaan rumah (Hafidz terlibat dalam pembinaan Log House dan Beach House)
2) Menternak ikan dalam kolam dan aquarium
3) Penggiat muda bonsai yang aktif ( Insyaallah dalam beberapa tahun lagi akan bertaraf sifu)
4) Terlibat secara langsung dalam perniagaan keluarga (FCUMIRACLE)
5) Pengamal Perubatan traditioanal (Bekam darah dan bekam angin serta penggunaan herba dalam mengubati penyakit)
6) Luas pengetahuan tentang hutan paya bakau (fauna dan floranya terutama spesies burung) yang diterokainya sejak kecil lagi
7) Mahir berenang dan menyelam kerana rumah kami berada dalam laut apabila air pasang
8) Terlibat dalam penggambaran FCUPRODUCTION
(bidang photography dan video making)
(bidang photography dan video making)
9) Young Scientist (selalu mencuba dan kini sedang meneroka solar energy untuk kegunaan domestik)
10) Young Chef (baru mula berputik dan sangat berbakat)
11) Mula berjinak dengan mesin jahit ( membuat Baju Melayu untuk Hari Rayanya sendiri)
Sebagai seorang ibu, saya sangat berpuas hati dengan pencapaian Hafidz. Saya sendiri semasa sebaya dengan Hafidz, tidak mempunyai apa-apa kemahiran selain akedemik yang dipelajari di sekolah. Terbaru dan yang paling menyentuh hati apabila dia menyuarakan hasrat untuk menghafal Al-Quran. Saya sering mengingatkannya bahawa nama Hafidz yang dipilih oleh kami itu adalah dengan harapan agar dia menjadi printis kepada keluarga menjadi Al-Hafidz. Arwah neneknya Halimatun binti Abdul Kasim juga adalah seorang Al-Hafidz.
Janji Allah itu ternyata benar apabila manyat Al-Hafidz Halimatun Abdul Kassim masih dalam keadaan baik dan kain kapannya juga tidak terusik oleh puluhan tahun di dalam kubur apabila masyarakat setempat memindahkan mayat-mayat di kuburan tersebut ke tempat yang lebih strategik. Subhanallah....
Janji Allah itu ternyata benar apabila manyat Al-Hafidz Halimatun Abdul Kassim masih dalam keadaan baik dan kain kapannya juga tidak terusik oleh puluhan tahun di dalam kubur apabila masyarakat setempat memindahkan mayat-mayat di kuburan tersebut ke tempat yang lebih strategik. Subhanallah....
RESEPI TAT NENAS
Bahan-bahannya:
250 gram mentega
410 gram tepung gandum40 gram tepung kastard. Satukan kedua-dua jenis tepung ini dan ayak.
50 gram gula aising
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
Inti nenas secukupnya, digentel sebesar biji kurma
Kuning telur untuk disapu
Acuan kertas cup cake yang terkecil.
Cara Membuatnya:
1) Putar mentega dan gula aising hingga sebati.
2) Masukkan kuning telur dan esen vanilla.
3) Perlahankan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut.
4) Satukan adunan menjadi bulatan dan tutup dengan tuala dapur bersih yang telah dilembapkan.
5) Isi sedikit doh tadi dalam acuan tekan yang dipasang muncung tat gulung. Picit panjang hingga habis.
6) Letak inti dan gulung kemas-kemas.
7) Masukkan ke dalam acuan cup cake kertas dan susun di atas dulang pembakar. Buat hingga siap.
8) Sapu kuing telur atas tat gulung tadi dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 20 - 25 minit atau hingga kuning keemasan.
Gaya seorang Chef Muda
Kepakaran diperlukan untuk membentuk kulit tat yang nipis dan
sempurna kerana dough tat nenas sangat lembut dan peroi.
sempurna kerana dough tat nenas sangat lembut dan peroi.
terlebih dahulu oleh Hafidz) dengan kulit tat. Ketelitian dan kekemasan tata
kerja sangat diperlukan untuk menghasilkan bentuk tat nenas yang cantik.
Sapuan telur kuning ke atas permukaan tat nenas akan membuat warnanya
menyerlah dan lebih menarik.
Inilah hasil dari ketekunan Chef Muda Hafidz. Hmm.. sedapnya tat nenas yang gebu ni. Syabas anakku !!!
Semua ini bermula dengan episod cooking class yang diajar secara santai dan penuh keseronokan. Pada peringkat awal mengikuti kelas memasak, Hafidz dengan tegasnya menyatakan bahawa dia tidak berminat untuk menjadi chef. Segalanya berubah apabila dia sendiri sangat berminat untuk mencuba berbagai-bagai resepi dan sudah menyimpan angan-angan untuk membuka perniagaan yang berunsurkan makanan secara online.
Inilah yang ditunggu-tunggu oleh setiap pendidik apabila benih yang ditabur mula bercambah dan berbunga mekar serta menghasilkan buah yang ranum dan manis. Apabila saya merasa masakan Hafidz, saya tahu bahawa benih yang ditabur sudah mengahasilkan buah yang sangat lazat, selazat Tat Nenas yang menjadi kegemaran kami sekeluarga. Saya sangat positif bahawa homeschooling memang satu corak pendidikan yang terbaik untuk membentuk peribadi anak-anak kearah menjadi seorang khalifah. Semoga Allah sentiasa memberkati perjalanan homeschooling kami dan sesungguhnya tiadalah daya upaya kami melainkan semuanya dari Allah semata-mata.