TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Isnin, 12 Ogos 2013

MEMORI AIDIL FITRI




 photo 67b633fa-e778-42f8-9846-fd8346473f2c_zps04b6a20a.jpg
Rasanya masih tidak terlambat untuk warga FCUHOMESCHOOLING mengucapkan 
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 
kepada para pembaca sekelian sempena hari yang mulia ini.


Suasana meriah menyelubungi teratak FCU apabila semua ahli yang berada di STATION FCU 2 (Pasir Gudang) selamat tiba di Langkawi dengan selamatnya. Sebagai sebuah keluarga yang besar, sambutan Hari Raya memberi satu impak yang sangat berharga untuk kami sekeluarga. Inilah masanya semua ahli bergotong royong membuat persediaan menjelang Hari Raya. Untuk menyenangkan kerja, satu jadual telah disediakan   agar semua perancangan dapat diselenggarakan dengan baik.             

JUMAAT-
1)potong daging dan ayam untuk sate
2)kupas bawang putih untuk sate
3)cucuk satey
4)sapu sawang
5)lap tingkap
6)iron langsir
7)pasang langsir
8)kemas semua bilik

SABTU-
1)cucuk satey
2)buat kuah satey
3)buat ketul ais
4)buat biskut Tat Nenas oleh Hafidz

AHAD-
1)masak pulut
2)bungkus ketupat
3)persedian buat rendang daging
4)buat biskut Almond London oleh Hafidz

ISNIN-
1) potong daging untuk rendang
2)buat rendang daging
3)pasang kain di meja depan
4)buat biskut cornflakes

SELASA-
1)goreng kacang raya
2)persedian buat rendang ayam
3)buat biskut cheese tat

RABU-
1)rendang ayam
2)rebus ketupat
3)susun pinggan mangkuk atas meja depan dan kemas dapur

KHAMIS-
Selamat Hari Raya Aidil Fitri



AKTIVITI MENJELANG HARI RAYA


 Ketupat daun palas adalah antara juadah yang menjadi kemestian di FCU. Yang menariknya, ketupat ini disediakan oleh anak-anak lelaki sepenuhnya. Semua aktiviti dari membuka daun palas, mengacau ketupat, membalut ketupat dengan daun palas dan merebus ketupat. Mereka sudah cukup mahir hasil dari penyediaan yang sudah bertahun-tahun setiap kali hari lebaran menjelang.

RESEPI KETUPAT PULUT DAUN PALAS

6 kilo beras pulut
6 kilo kelapa parut 
gula secukup rasa
garam secukup rasa
daun palas 

CARA MEMBUATNYA

1) Buka daun palas terlebih dahulu. Kita boleh buka daun palas awal dua hari untuk lebih mudah. Sekiranya lebih dari dua hari, daun palas akan kering dan berubah warna. Sebaiknya daun-daun yang telah dibuka ini disimpan di tempat yang sejuk seperti bilik air. Di samping itu, kita mesti rajin merenjis air pada daun ini agar ianya tidak kering.


MEMBUKA DAUN PALAS BERSAMA HAFIDZ

 photo e70ee3d6-806f-43c0-a914-5e98c4b01bfe_zpsc1f9b376.jpg
Memilih daun yang sesuai dan buka selebar-lebarnya.




 photo 1c20f8e3-c96c-4c54-bc42-b08bd63b2f84_zpsa8e9536f.jpg
Menggulung daun palas kesekeliling jari agar senang
untuk membentuknya nanti.


 photo IMG_9066_zps71d8b897.jpg
Membuat bentuk tiga segi dengan daun palas.



 photo 59bce9fa-936b-444a-8b91-6af6fb303ee3_zpsc15fc5a9.jpg
Masukkan hujung daun palas ke tengah-tengah bentuk tiga segi dan ulang
proses yang sama untuk tiga kali lipatan.



2) Berasa pulut perlu dibilas sebanyak 5 kali atau lebih. Ini adalah untuk memastikan ketupat tidak cepat basi. Toskan beras pulut.

3) Perah santan untuk mendapatkan santan yang pekat. Masukkan beras pulut dan santan pekat ke dalam periuk. Paras santan pekat mesti separa dengan beras pulut. Jangan terlebih santan kerana akan menyebabkan ketupat tidak kenyal.

4) Masukkan gula dan garam secukup rasa dan kacau tanpa berhenti agar tidak berkerak. Sekiranya pulut agak terlebih mentah, boleh masukkan sedikit lagi santan pekat. Kacau hingga pulut kering dan melekat antara satu sama lain. Pulut yang dikacau sudah boleh dimakan tetapi ada beras mentah sebanyak 20 %.


5) Balut ketupat dengan daun palas. Kami buat 4 hari sebelum hari raya agar tidak terlalu sebok. Ketupat ini dibekukan ke dalam freezer dan di keluarkan sehari sebelum hari raya untuk di rebus.


 photo b00cdaa0-23bd-4ba9-9be5-5d62de64511a_zpsb97faae8.jpg
                                    Ahli ketupat kami sedang membuka daun palas beramai-ramai


 photo aa022ca8-b72b-4d31-a593-08a791ca0c0a_zps3a159acb.jpg
    Dalam masa sekejap sahaja mereka sudah berjaya membuat satu
tong besar sarung ketupat.





 photo DSC06452_zps53763d4f.jpg
Pulut diisi kedalam daun palas dengan kemas sekali. Syabas unuk FCU  GUYS !!!



 photo DSC06453_zpsde60c2f9.jpg
                                            Pastikan air separas dengan ketupat  semasa merebus. 
            



 photo 6723dcf7-ebdb-4bda-8bfa-24c51573ea7d_zpsd3c6f7a6.jpg
                                                 Masak ketupat hingga air dalam periuk kering.



 photo DSC06477_zpsf916efa2.jpg
                                    Sebaik sahaja ketupat diangkat dari periuk, hendaklah ditutup
       dengan kain supaya daun palas tidak kering.



 photo DSC06456_zpsb1a69207.jpg
Daging ayam dipotong kecil untuk dibuat juadah ayam masak
merah. Ayam masak merah adalah lauk kegemaran sekeluarga
untuk digandingkan dengan ketupat.



MALAM RAYA YANG INDAH NIAN

 photo c2f7ff57-a7dc-4810-a7e2-ccaf8f3d1fa5_zpscc1f1a9a.jpg
Meriah suasana dilimpahi cahaya pelita
Pelita dipasang berhiaskan cermin
Takbir bergema seluas angkasa raya
Sebagai menanda kejayaan seluruh mukmin



 photo c5464728-0357-434e-a7b2-82bff24c77ff_zps6ccf2288.jpg

Rumah FCU dihiasi cahaya Al-Quran
 Sepanjang Ramadhan bertadarus penuh azam
Kehadrat Ilahi kami panjatkan    
doa kesejahteraan buat seisi alam



 photo dcc06d83-77a7-46ca-81d0-e966f3cb8ecd_zps80a0bc5a.jpg

Taman bonsai indah berseri
Mendendangkan lagu dalam amal
Semoga dapat bertemu Ramadhan lagi
Rindu kami membara di pagi Syawal





POHON MAAF ZAHIR DAN BATIN


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...