Masa begitu cepat berlalu. Memori satu dunia membuat count down menyambut tahun baru masih lagi segar dalam ingatan dan kini kita sudah berada di hujung tahun dan bakal membuat count down lagi. Begitulah umur kita berlalu dan sangat terasa ruginya tahun-tahun yang berlalu tanpa membuat sesuatu untuk diri sendiri yang bakal di bawa ke akhirat. Sebenarnya menghafal Al-Quran tidaklah susah sekiranya kita bersungguh-sungguh mengusahakan dan istiqamah. Sekiranya kita bermula di saat ini, pasti kita akan berjaya juga akhirnya walaupun mengambil masa yang lama. Di waktu itu, count down demi count down tidak lagi membawa penyesalan kerana usaha sudah bermula dan pasti ada akhirnya dengan izin Allah.
Saya sendiri dalam usaha menghafal Al-Quran walaupun progressnya sangatlah perlahan tetapi saya sangat positive dengan pertolongan Allah. Insyaallah hari bertuah itu pasti tiba dan permulaannya ada saya buat dalam entri
: KALAU BUKAN DIRIMU WAHAI IBU, SIAPA LAGI YANG MESTI MENGHAFAL AL-QURAN?
: MARI MENGHAFAL AL-QURAN BAHAGIAN 1
ihsan dari : http://maquraamesir.blogspot.com
HAFAL AL-QURAN KETIKA BERUMUR 82 TAHUN
Ummu Shaleh hanyalah seorang wanita kampong di Indonesia dan kejayaan beliau menjadi Hafizah Al-Quran pada usia 82 tahun telah tersebar secara meluas sekali dan telah dipaparkan dalam Majallah Ad-Dakwah Indonesia.
Sejak kecil lagi beliau telah bercita-cita untuk menghafal Al-Quran. Cita-cita ini begitu membara dalam jiwa gadis kecil ini hingga telah berjaya menghafal hingga 3 juzuk. Setiap hari bapanya sentiasa mendoakan kejayaan anaknya ke hadrat Ilahi. Begitulah kasih sayang sejati sekorang bapa dan telah membawa berkat kepada usaha Ummu Shaleh.
Seperti gadis-gadis kampung yang lain, pendidikan tidaklah begitu diberatkan dan beliau telah berkawin pada usia 13 tahun. Semenjak itulah hasratnya tergendala dan hanya membara membakar jiwa yang tidak mungkin dapat dipadamkan walaupun dalam kesibukan mengurus rumah tangga. Beliau begitu sibuk mengurus 7 orang anaknya hasil dari pernikahan, Apabila suaminya meninggal dunia, hasrat untuk menghafal seperti terpaksa dilupakan sahaja kerana kini dia adalah ibu tunggal kepada 7 orang anak-anak yang masih kecil.
Adakah wanita cekal ini mengalah begitu sahaja? Hanya Allah sahaja yang tahu betapa beliau ingin kembali semula menghafal. Tanggungjawab sebagai ibu tunggal yang membesarkan tujuh orang anak sangatlah besar.
Semuanya bermula takala anak perempuan bongsunya masih tinggal bersama dengannya. Ketika itu anak perempuannya masih lagi belajar di tingkatan “Sanawiyyah” sedangkan anak-anak perempuan yang lain semuanya telah berkahwin. Cita-cita anak perempuan bongsunya ini sama seperti beliau jadi kedua beranak ini mula menghafal Al-Quran setiap hari sepuluh ayat selepas Solat Asar. Anak perempuannya akan membaca dan beliau akan mengikutinya sebanyak tika kali. Keesokkan pagi, anaknya akan akan mengulangi ayat yang sama sebanyak 3 kali dan beliau akan mengikutinya dan mengulangi sebanyak 3 kali juga. Hafalan sebegiini berlaku sebelum anak perempuannya pergi ke Madrasah. Selain itu beliau akan mendengar bacaan Al-Quran melalui tape recorder bacaan Syeikh Khalil Al-Husyairi serta sekali lagi mengulangi sebanyak tiga kali. Sebahagian besar waktunya itu beliau akan mendengar bacaan Syeikh Khalil Husyairi.
Dalam pada itu setiap hari Jumaat beliau dan anaknya mengkhususkan untuk mengulangi semua ayat-ayat yang telah mereka hafalkan selama seminggu. Begini aturan yang belau buat bersama anak perempuannya setiap hari dan setiap minggu.
Selapas 4 atau lima tahun program ini berjalan, beliau telah berjaya menghafal sebanyak 12 juzuk. Pada ketika ini anak perempuan bonsunya ini telah melansungkan perkahwinan, namun begitu apabila suaminya mengetahui kebiasaan beliau menghafal Al-Quarn bersama dengan anak perempuan bongsunya ini, maka menantunya telah menyewa rumah berdekatan dengan rumah beliau. Ini agar beliau (mentuanya) boleh meneruskan menghafal Al-Quran.
Tiga tahun kemuadian anak perempuanya ini telah dikurniakan anak. Maka beliau sibuk dengan urusan rumah dan anaknya. Bila keadaan ini berlaku, anak perempuan bongsunya ini bimbang hafalan beliau (emaknya) terbengkalai, maka beliau mencari seorang ustazah untuk mengajar ibunya.
Kesudahannya, beliau berjaya menghafal 30 juzuk Al-Quran semasa beliau berumur 82 tahun. Kini beliau juga mula menghafal hadsi-hadis Nabi saw dan telah pun berjaya beliau hafal kira-kira 90 hadis dan akan berusaha menghafal lebih banyak lagi.
Kisah Ummu Shaleh ini sangat bermakna buat diri saya yang serba kekurangan. Walaupun beliau hanyalah seorang anak kampung tanpa pendidikan tinggi, akhirnya berjaya juga untuk menghafal Al-Quran. Beliau juga berjaya membuktikan bahawa umur 72 tahun tidaklah lewat lagi untuk menghafal. Selain dari Ummu Shaleh, saya juga kagum dengan anak-anak cilik yang mula menghafal dari usia muda.
sumber:
http://www.facebook.com/notes/blog-teh-secawan/hafal-quran-umur-82-tahun/267106669984834?comment_id=4087224