Kampung Bakau adalah sebuah kampung nelayan yang sangat permai dan indah. Sejak akhir-akhir ini ramai warga Langkawi berpindah dan menetap di sini. Kini...walaupun masih berstatus sebagai kampung nelayan, tetapi ramai juga penduduknya berkerja sebagai ahli perniagaan dan juga petani selain kaki tangan kerajaan dan perhotelan. Kedudukannya yang terletak di sebuah teluk,membuat pemandangannya sungguh sejuk hati memandang.
FCU telah menetap di kampung ini selama 18 tahun. Masih ingat lagi saat kami mula menjejakkan kaki ke rumah baru kami dan ketika itu saya masih dalam pantang melahirkan Tajrid. Baru beberapa saat, hati sudah terpaut dengan pemandangan indah laut bakau dan juga deruan ombak yang menghempas tiang-tiang rumah kami. Pemandangan dari beranda belakang kami yang mengadap laut juga sangat indah kerana lautnya di hiasi dengan Pulau Dayang Bunting dan juga daratan yang berbukit bukau.
Pembangunan di Pulau Langkawi sangat pesat. Lebih banyak hotel dan tempat peranginan di dirikan dalam projek terkini. Oleh kerana Kampung Bakau terletak di tepi laut dan berhampiran dengan pekan Kuah, tidak mustahil suatu hari nanti kampung bertuah yang indah ini juga akan ditebus guna lautnya untuk laluan projek pelancongan. Menyedari hakikat ini, Hafidz banyak mengambil photo di sekeliling kampung sebagai kenang-kenangan untuk masa depan.
Pemandangan pantai dari beranda belakang rumah kami. Kelihatan kapal-kapal besar sedang
menuju ke Pelabuhan Tanjung Limbong yang terletak sebelah kanan pantai. Pada waktu
photo ini diambil, pertandingan perahu layar sedang diadakan.
menuju ke Pelabuhan Tanjung Limbong yang terletak sebelah kanan pantai. Pada waktu
photo ini diambil, pertandingan perahu layar sedang diadakan.
Nun di hujung sana terletak Pelabuhan Tanjung Limbong. Hafidz mengambil photo ini
di waktu senja. Inilah pantai yang terletak di depan beranda belakang rumah
kami. Indah dan tenang sekali, jauh dari hiruk pikuk suasana di bandar.
di waktu senja. Inilah pantai yang terletak di depan beranda belakang rumah
kami. Indah dan tenang sekali, jauh dari hiruk pikuk suasana di bandar.
Suasana perkampungan nelayan yang terletak di sebelah kanan rumah kami. Dari kejauhan
kelihatan bukit bukau yang mengelilingi kampung kami.
kelihatan bukit bukau yang mengelilingi kampung kami.
Kawasan ini terletak jauh ke dalam dari pantai. Kawasan hijau yang kelihatan seperti padang ragut ini adalah habitat ketam darat. Inilah antara makmal sains homeschooling kami. Hafidz banyak membuat kajian tentang habitat ketam darat dan juga siput yang berkongsi kawasan yang sama. Photo ini diambil oleh Hafidz ketika dia membuat rondaan selepas subuh.
Inilah hutan yang sering diterokai oleh Hafidz untuk mencari pokok bonsai dan mengkaji kehidupan hutan bakau. Hutan ini kaya dengan kehidupan burung-burung yang unik dan herba untuk perubatan traditional. Biasanya Hafidz akan mengambil photo-photo bahan kajian dan membuat rujukan di internet. Kami sangat menggalakkan Hafidz membuat kajian sendiri tanpa dipantau oleh kami sebagai pengajar. Dengan ini, Hafidz akan mempunyai keyakinan untuk membuat kajian yang lebih hebat di masa depan. Inilah latihan kami untuk melahirkan seorang saintis yang mampu menggunakan ilmu kajiannya untuk menjana kehidupan yang lebih baik buat dirinya dan masyarakat amnya.
Kebanyakan penduduk di kawasan ini terdiri dari peniaga dan nelayan.