TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Rabu, 19 Februari 2014

PRINCESS ADELYN...HOW YOU CHARM OUR LIFE

Adelyn adalah puteri paling kecil dalam FCUHOMESCHOOLING. Kehadhirannya menambahkan lagi meriahnya kehidupan seharian kami sekeluarga. Saya ada membuat entri berkenaan kelahirannya dalam 
DEAREST PRINCESS ADELYN WITH LOVE. Begitu cepat masa berlalu dan kini usia Adelyn sudah meningkat setahun lebih. Sememangnya Adelyn adalah seorang kanak-kanak yang sangat cerdik. Dalam usia yang masih muda, dia sudah dapat menempatkan dirinya sebaris dengan kakak-kakak dan abang dalam kelas FCUHOMESCHOOLING terutamanya kelas yang berbentuk aktiviti. Tidak mungkin kami menidakkan kehadhirannya dalam kelas kerana Adelyn yang bijak ini akan menangis. Walaupun pada peringkat awalnya, kelas menjadi kelam kabut juga apabila Adelyn suka mengoyak segala buku yang ada di depannya, kini..dia sudah faham fungsi buku adalah untuk dibaca.


Sebaik sahaja lahir ke dunia, azan dari ayahanda adalah merupakan interaksi yang pertama Adelyn di dunia. Ini adalah kesinambungan dari halwa telinganya sepanjang berada di dalam rahim ibu. Selain dari alunan suara bunda membaca Al-Quran, kalimah Allah  dari Mp3 tidak pernah berenggang siang dan malam mengajar  Adelyn ketika di alam rahim tentang Keesaan Ilahi.



Walaupun adik beradik, mereka mempunyai  rupa dan watak yang sangat berbeza.  
Namun begitu, perbezaan  ini sedikit pun tidak menghalang ikatan kasih sayang mereka. 
 Sesungguhnya perbezaan antara kita adalah tersirat rahsia Allah yang maha luas. 


Dalam lingkungan umur sebulan, Adelyn sudah dapat menyebut perkataan pertamanya iaitu Allah.



Oleh kerana bunda adalah ibu berkerjaya, Adelyn dan Alyssa dibesarkan dengan sajian susu kambing. Sejak dari anak pertama lagi, kami tidak alu-alukan suntikan pelalian. Begitulah dengan cucunda tersayang, dengan izin Allah segala urusan dimudahkan. Alhamdulillah....amalan meminum minyak kelapa dara, pengambilan habbatussaudah dan halba banyak membantu pertumbuhan mereka yang sihat walafiat. Amalan kerohanian yang berasaskan ayat Al-Quran sebenarnya adalah ubat paling mujarab disamping penggunaan berbagai herba yang mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Keyakinan terhadap bantuan dari Allah adalah penyelesaian dalam segala perkara setelah kita berusaha mengubatinya.


Sudah mula  pandai berkawan dengan sister Alyssa tersayang.....





Adelyn suka berinteraksi dan aktif bergerak ke sana sini. Untung juga 
ada walker yang boleh dikayuh tanpa terjatuh. 



Comelnya Adelyn yang tertidur atas walker setelah puas bermain. Kita perlu mengajar anak-anak kecil untuk bebas dan berdikari. Elakkan mereka terlalu bergantung kepada kita. Memang agak susah pada mulanya tetapi berkat kesabaran kita dan usaha yang berpanjangan, anak kecil tidak lagi susah diurus. Kita dapat menguruskan anak kecil di samping menguruskan kerja rumah. Bagi ibu yang membuat homeschool, kemahiran ini sangat penting agar kita dapat membuat berbagai pekerjaan rumah dalam masa serentak.


Adegan  tangis menangis adalah baik dalam pembesaran seorang bayi terutamanya 
buat degupan jantung yang sihat. Walau bagaimanapun, biarlah  ianya seiring 
dengan gelak ketawa yang membahagiakan.


Kedua-dua cucunda ini sangat beruntung kerana dibesarkan dalam perjalanan 
Penjajahan Seluruh Semenanjung Malaysia. Sudah banyak ilmu yang 
telah dapat mereka serapkan sepanjang perjalanan tersebut. Walaupun di dalam kereta, 
mereka dapat lena dengan nyenyaknya menghadam segala ilmu alam sekeliling.       



Apakah mimpi indahmu wahai Adelyn?



ROADSCHOOLING mendedahkan para pelajar kepada ilmu yang luas dan tidak  
hanya apa yang tertulisdi dalam buku sahaja. Memang banyak menafaatnya 
dari pembelajaran roadschooling ini terutamanya dalam meluaskan minda mereka.


Pusat membeli belah adalah tempat yang paling kerap kami lawati demi memenuhi 
keperluan seharian dalam perjalanan. Adelyn bayi roadschooling ini menganggap 
pusat membeli belah adalah rumahnya. Dia begitu selesa walaupun kadang-kadang 
kami terpaksa berlama-lama di tempat membeli belah kerana bukan 
senang menyelesaikan keperluan semua ahli keluarga yang besar ini.


Mula-mulanya dia sangat teruja untuk mencuba permainan kotak dengan kakak dan 
abangnya. Setelah diberi peluang, Adelyn menangis pula. Lawak betul !! 
Mungkin dia rasa pelik sebab tidak nampak badannya yang 
terlindung dalam kotak.


Memang dia seorang bayi yang berani.....



Bukan setakat basikal sister Afiqah yang ingin dicuba, 
pandu kereta juga tidak terkecuali.


Perawakan keturunan Monggolia dari sebelah bunda jelas menghias raut 
wajah Adelyn. Sememangnya wajah Adelyn dan Alyssa 
jauh berbeza kerana wajah Alyssa adalah seratus peratus 
 wajah ayahanda.












Hati siapa tidak cair dengan senyuman Adelyn yang manis ini.....
The whole world smile with you..love!!


Kasih sayang hingga ke syurga....
Hanya kesyukuran ke hadrat Ilahi atas segala kurniaNya. 
Kehadhiran kalian sememangnya kebahagiaan kami 
wahai cucunda tersayang....



Terharunya dengan sikap Alyssa yang masih kecil tetapi sudah 
memiliki hati yang besar. Walaupun mereka tidak jauh beza umurnya, 
dia tahu tugas seorang kakak yang mesti menyayangi dan melindungi adiknya.


Walaupun usia belum cukup setahun, Adelyn sudah mengikuti  field trip homeschool yang kami sering adakan di sekeliling Langkawi. Gambar di atas diambil ketika membuat lawatan belajar di Pantai Cenang. Pembelajaran kali ini menekankan cara menjaga pantai dari hakisan. Mereka boleh melihat sendiri bagaimana penggunaan guni pasir dapat membantu menghalang ombak dari menghakiskan pantai. Selain itu mereka juga mengutip batu-batu untuk hiasan taman dan bonsai. Penerangan lebih terperinci buat Afiqah tentang rupa dan batu yang dikutip. Bagaimana pembentukannya dan juga mengapa hanya terdapat di sesetengah pantai di Langkawi.



Biasanya setiap pagi begini, kanak-kanak lain sedang berada di dalam kelas yang diajar oleh seorang guru. Pelajar kami pula belajar di pantai, di sungai, di sawah padi dan apa sahaja tempat yang boleh menyumbang kepada pembelajaran mereka. Berbagai-bagai soalan yang mereka timbulkan dan kami memberi jawapan yang real di depan mata dan bukan melalui pembacaan dalam buku tex. Kami galakkan mereka meneroka dan bertanya kepada masyarakat sekeliling apa yang ingin mereka ketahui. Dengan ini mereka memperoleh
berbagai-bagai jawapan dari satu soalan yang mereka musykilkan. Dengan cara ini melatih mereka berfikir apakah jawapan yang terbaik dan juga sedar bahawa jawapan  itu tidak statik dan pasti berlainan jika suasana berlainan. Indahnya pembelajaran homeschool....sesungguhnya saya sendiri sangat dambakan bentuk pembelajaran seperti ini ketika saya kecil dahulu. Baru kini...dapat direalisasikan kepada anak-anak dan cucunda tersayang. Untungnya kalian.....Syukurlah kepada Allah yang memberi nikmat.
                    

Berlainan dengan kakak-kakak dan abangnya, Adelyn tidak 
berminat dengan toys yang dibeli. Dia lebih suka menyelongkar dan
mencuba apa-apa peralatan yang ada di sekelilingnya. 
Baginya....peralatan-peralatan ini lebih seronok dan real. 


Namun begitu....kuda beroda ini adalah antara kegemarannya. Mungkin kerana 
fungsinya yang boleh bergerak ke sana dan ke sini.


Bermain hingga keletihan.....Akhirnya tertidur atas baringan kuda beroda. You are so...cute!!




MENJELANG USIA SETAHUN....
Kami memang suka meraikan harijadi anak-anak dan cucunda. Majlis seperti ini memang merapatkan dan menjalin kasih sayang antara kami. Sambutan sesama keluarga meninggalkan kenangan manis terutamanya bagi anak-anak kecil seperti Afiqah, Afiq, Alyssa dan Adelyn. Tiada salahnya selagi tiada unsur yang dibenci oleh Allah. Apalagi apabila majlis ini diiringi dengan bacaan Maulid Nabi dan doa dari semua ahli keluarga untuk anak yang disambut harijadinya. Begitu juga ketika menghembus lilin, niatkan menghembus cahaya lama dalam kehidupan dan muncul cahaya baru yang lebih terang apabila kita membuka lampu. Semoga kehidupan kita seterusnya mendapat cahaya kebenaran yang lebih baik dari tahun sebelumnya.


Suasana akan jadi lebih meriah ketika menyediakan makanan istimewa dan kek harijadi. 
Inilah peluangnya untuk membuat cooking class yang sangat diminati oleh pelajar kami. 
Lambat laun, mereka akan mahir dalam pembuatan kek dan kueh mueh. Inilah antara target 
kami dalam pembelajaran homeschooling agar ilmu ini dapat dimenafaatkan dalam 
kehidupan mereka kelak.



Wah asyiknya Afiqah dan Alyssa menghias kek dengan coklat chip. Aktiviti ini tidak kami sertakan Adelyn kerana dia masih tidak pandai untuk berhati-hati dan teliti dalam pekerjaan. Mungkin tahun depan Adelyn sudah dapat mengerti dan dapat turut sama menghias kek harijadinya.




Akhirnya.....kek Tiramisu yang bertahtakan coklat chip dan beratapkan parutan coklat tebal sudah sedia untuk disantap oleh kami sekeluarga. Kepuasan membuat kek sendiri tidak dapat dibayangkan dan kemahiran kian bertambah setiap kali membuatnya. Tidak mustahil suatu masa nanti kita boleh membuka kedai kek buatan halal dan berkat. Insyaallah....


Saat yang paling ditunggu oleh semua....Tidak lama lagi boleh merasa kek Tiramisu yang sedap ini!!



Cepatnya setahun berlalu....Semoga hidupmu sentiasa di dalam lindungan Allah jua !!


Sepotong kek untuk Adelyn tersayang....Selalunya sepotong kek yang besar ini 
akan dimakan berkali-kali oleh Adelyn.


Inilah rupa birthday girl yang  comel montel  ini....
Uncle: Adelyn..show me your ugly face..Good!!
(Adelyn pun mula mengkerutkan dahi dan hidungnya..)

Uncle: Okey...now give me your shy face. 
(Adelyn pun mulalah tersenyum simpul dan tunduk malu. Pandai betul dia berlakun). Sebenarnya arahan-arahan begini memang bagus untuk kanak-kanak yang baru cuba bercakap dan memahami bahasa. Kami sememangnya bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan semua cucunda. Apabila mereka meningkat usia seperti Afiq dan Afiqah, mereka sudah dapat menguasai Bahasa Melayu dengan baik tanpa diajar kerana mendengar pertuturan orang sekeliling yang sememangnya berbangsa Melayu. Tanpa susah payah, mereka sudah dapat menguasai dua bahasa. Selain Bahasa Inggeris, mereka juga didedahkan dengan Bahasa Arab,Korea dan Mandarin dalam pembelajaran homeschool mereka. 


Uncle: Enough....Now I want you to give me your charming face.
( Ketika usia sebeginilah sangat seronok bermain dengan kanak-kanak. Apa yang diajar...cepat dapat. Oleh itu sangat penting kita sediakan persekitaran yang sihat dan sentiasa berdamping dengan mereka)







Adelyn memang cepat membesar. Kini badannya sudah sama saiz dengan kakak. Apabila membeli pakaian, sudah boleh berkongsi. Namun begitu ada juga  sesetengah barang yang dia tidak mahu berkongsi guna seperti botol susu dan bantal tidur. 



Antara aktiviti yang paling disukai oleh Adelyn...Kami menekankan 
aktiviti senaman seperti jogging dan bersukan kepada anak-anak dan 
cucunda dari kecil lagi. 


Cuba membuat tekan tubi yang ditunjukkan oleh uncle.


Sejuk mata memandang....bahagia hati bunda mengandung. Semoga kasih 
sayang di dunia ini akan membawa kalian kepada Allah.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...