Bonsai adalah merupakan salah satu dari subjek pembelajaran homeschool kami. Kegiatan bonsai bermula dari seawal pagi dan berlanjutan hingga ke lewat malam. Sentiasa ada sahaja ahli kami yang beraktiviti dengan bonsai samaada buat prunning, mendawai, reporting dan sebagainya. Sekarang ini, halaman Garden House kami sudah penuh dengan bonsai yang sudah siap. Manakala pokok-pokok yang sedang dalam pembikinan sudah pun memenuhi ruang lantai Beach House yang tengah dalam pembinaan. Setiap hari ada sahaja penambahan baru pada koleksi bonsai kami samaada berbentuk hadiah dari rakan bonsai Langkawi atau kami mencari sendiri di sekitar Langkawi. Memang selayaknya kami mencari sebidang tanah untuk buka nursery bonsai memandangkan semua ahli yang ramai ini sangat meminati bonsai. Insyaallah...ini adalah perancangan jangka panjang dan Hafidz yang saya gelar Young Sifu menyambut baik cadangan ini. Bukan sahaja untuk bonsai, dia juga berminat untuk membuka ladang buah-buahan. Masyaallah....hati saya yang juga merupakan seorang peminat bumi hijau menjadi mekar sekali dengan segala perkembangan anak-anak terutamanya dikalangan pelajar homeschool kami.
Pengalaman Young Sifu Hafidz dalam bonsai memang saya akui hebatnya (diambil kira dengan usia mudanya). Dia berkecimpung dalam bonsai seawal umur enam tahun, iaitu dengan mengikuti abang-abang ke lokasi mencari bonsai di hutan. Pendedahan awal ini berlanjutan hingga dia mula mempunyai bonsai sendiri seawal umur 9 tahun. Manakala saya sebagai pengajar homeschool yang baru dua tahun menjadi penggiat bonsai, sudah tentu tidak setanding Hafidz yang sudah luas pengalamannya. Hafidz menjadi tempat rujukan saya dan seringkali juga dia membuat kelas kepada pelajar kami yang lain. Gelaran Young Sifu yang saya labelkan pada Hafidz memang sesuai sekali dan semoga gelaran ini akan membawa berkat dan suatu hari nanti dia menjadi seorang Sifu Bonsai yang hebat di sisi Allah.
CARA MEMBUAT TANUKI
Tanuki adalah satu seni bonsai yang kian mendapat tempat di hati penggiat bonsai. Perkataan Tanuki adalah berasal dari Jepun yang bermakna Japanese Racoon Dog. Binatang ini terkenal dalam cerita rakyat mereka yang mempunyai kebolehan untuk bertukar rupa kepada bentuk lain.
Asas kepada Tanuki ialah memberi hidup kembali kepada batang pokok yang sudah mati. Batang pokok yang mati tetapi cantik diberi kehidupan baru dengan menambah sebatang pokok hidup lain. Pokok yang hidup itu dilekatkan hingga lama kelamaan menjadi bersatu dan nampak seolah-olah pokok mati itu kembali hidup semula.
Hafidz mengajar asas menanam pokok bonsai sebelum memulakan membuat Tanuki. Pasir sungai sangat sesuai dengan bonsai yang baru ditanam. Pasir ini kami cari di sungai sekitar Langkawi.
Masukkan pasir sungai ke dalam pengayak
Siramkan air kepada pasir untuk mengeluarkan butiran pasir yang halus.
Kita hanya memerlukan butiran yang kasar sahaja supaya tiada air bertakung dan
dalam masa yang sama masih lembab untuk menumbuhan akar baru.
Siapkan pasu yang sesuai untuk pokok yang ingin ditanam.
Pastikan terdapat lubang air yang secukupnya pada pasu tersebut.
Pasu diatas adalah buatan sendiri daripada semen. Insyaallah dalam
entri akan datang Hafidz akan ajar cara membuat pasu bonsai.
Hafidz memotong plastik penutup lubang yang berfungsi sebagai penghalang pasir jatuh dari pasu dan juga menjadi saringan kepada aliran air dalam pasu. Kelihatan Afiqah sedang memberi sepenuh perhatian kepada sifu nya. Penghadhaman ilmu ini sangat penting kerana Afiqah pula akan menjadi guru kepada pelajar yang lain. Beginilah sistem pembelajaran homeschool kami menghidupkan segala ilmu yang dipelajari. Kami menggalakkan setiap pelajar menjadi guru kepada pelajar yang lain apabila mereka sudah berkebolehan dalam sesuatu ilmu. Dengan ini, ilmu yang dipelajari bukan satu bahan hafalan tetapi menjadi satu amalan yang berpanjangan dan hidup segar dan mekar berbuah sepanajang hayat. Inilah ilmu yang diberkati dan menjadi penyuluh menuju Allah.
Batang mati ini mempunyai sejarahnya tersendiri. Usianya memang lama dan sangat keras. Anak-anak menjumpainya terdampar di sebuah pulau di sekitar perairan Langkawi semasa membuat aktiviti mencari
bonsai beberapa tahun yang lalu. Lenggok batangnya sangat cantik dan terdapat ukiran-ukiran di sepanjang batangnya yang mungkin terhasil dari hakisan lautan bertahun-tahun. Akhirnya batang ini menjadi pilihan Hafidz untuk dihidupkan kembali. Hafidz memilih Bebuas Taiwan untuk menjadi teman sejiwa batang mati ini. Bebuas Taiwan mempunyai daun yang kecil dan sangat cantik untuk dijadikan bonsai.
bonsai beberapa tahun yang lalu. Lenggok batangnya sangat cantik dan terdapat ukiran-ukiran di sepanjang batangnya yang mungkin terhasil dari hakisan lautan bertahun-tahun. Akhirnya batang ini menjadi pilihan Hafidz untuk dihidupkan kembali. Hafidz memilih Bebuas Taiwan untuk menjadi teman sejiwa batang mati ini. Bebuas Taiwan mempunyai daun yang kecil dan sangat cantik untuk dijadikan bonsai.
Batang pokok Bebuas Taiwan ini dimasukkan kedalam ukiran di sepanjang batang mati. Oleh kerana batang mati ini sudah mempunyai banyak ukiran semula jadi, tidak perlulah kita bersusah payah mengorek. Batang Bebuas akan membesar dan memenuhi ruang yang ada hingga kelihatan seperti pokok sejati. Pada peringkat awal penanaman, kita perlu mengikat batang Bebuas Taiwan kepada batang mati dengan dawai berlapikkan lipatan kain agar ikatan dawai tidak melukakan batang BebuasTaiwan.
Setelah dua tahun berlalu, batang Bebuas Taiwan ini telah membesar dan memenuhi ruang lubang yang ada. Tibalah masanya kita membuka ikatan pada batang mati. Batang mati yang cantik ini benar-benar telah dihidupkan kembali. Photo ini diambil pada awal Januari 2014.
Semoga website dan video youtube dibawah dapat menerangkan tentang Tanuki dengan lebih mendalam
http://www.bonsai4me.com/AdvTech/ATLarchTanuki%20page1.htm
Tanuki ini telah diubah permainannya dari unformal upright kepada cascade. Perjalanan kehidupan satu-satu bonsai akan sentiasa berubah bentuknya mengikut cita rasa tuannya. Dua tahun dari sekarang, tanuki ini akan matang dan siap untuk dipamerkan di halaman Garden House. Buat masa ini dia menjadi penghuni Beach House menghirup bayu laut untuk terus membesar.