Kenangan manis camping dalam hutan Pahang masih segar dalam ingatan. Laluan 4WD dalam belantara Hutan Hujan Tropika ini ada saya muatkan dalam entry:
Kali ini pula,kami menyertai Kelab 4WD Langkawi meneroka hutan Gunung Raya. Rupa-rupanya laluan hutan di Gunung Raya sangat mencabar dan sangat berlainan dengan hutan di Pahang. Kalau di Pahang, kebanyakan laluannya adalah yang telah di teroka oleh pembalak hutan tebal. Berlainan pula dengan hutan di Gunung Raya dimana pokok tumbuh melata hingga sangat sukar untuk dilalui oleh 4WD. Hutannya terdiri dari berbagai jenis fauna dan sungguh cantik dipandangan mata.
GUNUNG RAYA PANGLIMA LANGKAWI
Dengan gagahnya Gunung Raya yang terletak di tengah-tengah Langkawi memantau segala tanah jajahannya. Begitulah layaknya kedudukan Gunung Raya yang mempunyai ketinggian 881 meter (2,890 kaki) dari paras laut. Ada dua laluan untuk sampai ke kemuncak Gunung Raya iaitu
Peta menunjukkan kedudukan FCU yang terletak tidak begitu jauh dari Gunung Raya
Dengan gagahnya Gunung Raya yang terletak di tengah-tengah Langkawi memantau segala tanah jajahannya. Begitulah layaknya kedudukan Gunung Raya yang mempunyai ketinggian 881 meter (2,890 kaki) dari paras laut. Ada dua laluan untuk sampai ke kemuncak Gunung Raya iaitu
melalui jalan raya yang dibina dengan baik sekali dan melalui trek yang dibina khas yang merupakan anak-anak tangga Helang Seribu Kenangan.
Sebenarnya Gunung Raya sangat dekat di hati kami dan merupakan medan untuk melatih kekuatan jiwa pada peringkat awal penubuhan FCU. Masa itu anak-anak masih bersekolah dan sangat bergiat dalam pertandingan Chess samaada bagi peringkat sekolah mahupun peringkat negara. Saya akan muatkan memori indah ini dalam entry yang akan datang Insyaallah. Paparan ini kelak pasti berguna buat generasi cucunda yang tidak melalui proses motovasi seperti ini.
Kabus menyelubungi sebahagian besar kawasan puncak Gunung Raya. Memang sejuk dan nyaman suhu di puncak yang indah ini. Kita akan berpeluang melihat panorama kawasan sekeliling Gunung Raya yang pasti membuat hati teruja dengan lingkaran sungai dan sawah terbentang luas.
Inilah trek anak tangga Helang Seribu Kenangan yang mempunyai 4287 anak tangga. Pendakian hingga ke puncak akan mengambil masa 2 jam lebih sekiranya tanpa henti. Aktiviti ini sangat mencabar dan memerlukan persediaan fizikal yang kuat untuk sampai ke puncak. Oleh itu tidak digalakkan mendaki dalam kumpulan yang kecil kerana bimbang berlaku kemalangan. Sepanjang perjalanan ke puncak, kita akan terpegun dengan keindahan alam hutan dimana berbagai species terbentang di depan mata. Sekiranya kita arif dengan tumbuh-tumbuhan, kita berpeluang untuk menjumpai Tongkat Ali yang banyak tumbuh melata di dalam hutan ini.
Inilah pandangan dari Menara Tinjau Gunung Raya dan menjadi kemestian bagi pengunjung yang ingin berada di tempat yang paling tinggi di seluruh kepulauan Langkawi. Jalan raya yang berliku-liku ini akan membawa anda sampai ke kaki gunung. Pemandangan indah dapat dinikmati di sepanjang perjalanan ini.
Para pengunjung akan dikenakan bayaran sebanyak RM 10 dan akan dihidang dengan minuman panas pilihan sambil menikmati pemandangan indah dari puncak menara. Memang berbaloi...
Puncak Gunung Raya dapat dilihat dengan jelas dari tingkat atas LOG HOUSE yang sedang dibina oleh crew FCUPRODUCTION.
PENEROKAAN GUNUNG RAYA OLEH KELAB 4WD LANGKAWI
Berkumpul di kaki Gunung Raya sebelum memulakan ekspedisi di awal pagi.
Laluan awal adalah sangat santai kerana terdapat jalan sempurna di sekitar ladang getah tua.
Walaupun dimana berada, FCUPRODUCTION sentiasa sibuk mengambil shot yang menarik untuk diuatkan dalam video kelak.
Meredah sungai di bahagian yang cetek. Ketika ini Langkawi berada dalam musim kemarau dimana hujan jarang turun.
Wira kami yang sudah di lumuri selut hutan Gunung Raya.
Akhirnya sampai juga ke destinasi yang dituju.
Hanya enam orang ahli FCU (termasuk boss...) yang mengikuti ekspedisi ini. Mereka membina pondok ringkas yang beratapkan kanvas dari batang pokok di sekitar. Kehidupan singkat dalam hutan ini akan menjadi selesa bagai di rumah dan akan terus berjasa kepada sesiapa yang bakal meneroka kawasan hutan ini kelak.
Kawasan sekeliling di bersihkan terlebih dahulu agar selamat dari gigitan ular dan binatang kecil lain termasuk serangga yang berbisa.
Mengemas barang-barang keperlan yang dibawa dari rumah.
Ahli ekspedisi membina khemah masing-masing di tempat pilihan hati.
Memang sukar untuk mendapat tapak khemah yang rata dan selesa untuk tidur kerana permukaan bumi hutan yang tidak sekata. Dengan membina teratak ringkas seperti ini pasti kita tidak akan menghadapi masaalah sakit belakang bila berkhemah beberapa hari dalam hutan.
Wah....betapa nyenyaknya beradu di dalam hutan. Suasana yang sangat berlainan dari bilik tidur kita di rumah. Udara bersih dan nyaman angin gunung yang menyejukkan suhu sekeliling. Muzik hutan yang tidak pernah sunyi dari sahutan penghuninya memang memberi kelainan kepada pengunjungnya.
Memang santai.....
Perut dah berkeroncong dan badan dah penat menebas hutan untuk buat teratak. Apalagi....Hafidz selaku Chef terhormat FCU memulakan tugasnya.
Kalau dalam hutan yang jauh dari pasaraya dan kedai runcit, memang mee segera menjadi pilihan untuk mengisi perut. Memang tak adalah...mee gulug ke..mee hailam ke...Yang penting perut kenyang untuk meneruskan penerokaan hutan.
Wala.......Siapa lapar sila datang makan cepat.
Siapa lambat...kena masak sendirilah...
Perut sudah kenyang....Apalagi, inilah masanya untuk Hafidz hadhamkan mee segera dengan zikir sambil berayun di dalam hutan Gunung Raya. Kenangan yang pasti menjadi memori indah. Bersyukurlah dengan nikmat Allah!!
Anak beranak sedang menikmati makanan yang dibawa dari rumah.
Betapa jernihnya air sungai yang mengalir di Gunung Raya ini. Perkhemahan tidak akan lengkap tanpa sebatang sungai untuk bermandi -manda.
Pasangan berbangsa Jerman ini turut memeriahkan ekspedisi ini.
Anak lelaki tunggal pasangan ini (tengah) juga homeschool. Pasangan ini sering berpindah dari satu negara ke satu negara atas tuntutan pekerjaan. Dengan itu homeschool adalah yang terbaik buat anak mereka.
Hafidz : Nasi panas, sardin goreng bersambal, masak asam speecial & ikan bakar.
Sesiapa yang hendak makan berkuah, ada sup dalam belanga yang tertutup tu.....
Abang-abang : Bertuahlah kami ada Chef Hafidz. Mesti sedap ni... Jom makan. Thank you!!!
Pada sebelah malamnya pula Hafidz menolong abang-abang dengan penggambaran. Adventure seperti ini memang banyak membantu mematangkan Hafidz yang sedang meningkat remaja. Sebenarnya banyak yang dapat dipelajari dari penerokaan hutan. Bukan sekadar berkelah dan menikmati kehidupan hutan sahaja. Hafidz yang sudah berjinak-jinak dengan pemanduan 4WD, akan beroleh kemahiran memandu secara lasak di dalam hutan. Di samping itu, hutan adalah merupakan makmal yang besar dan penuh dengan fauna yang berguna dalam perubatan. Ekspedisi selama tiga hari dua malam ini sudah cukup untuk memuaskan hati para pencinta alam.
BYE..... Jika diizinkan Allah, kami akan sampai lagi!!