TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Selasa, 25 Mac 2014

SERAMPANG BANYAK MATA DALAM PELAJARAN GEOGRAPHY


Bagaimanakah pembelajaran anak-anak anda terutamanya bagi mereka yang homeschool ? Semoga Allah sentiasa memberi petunjuk dan kemahuan yang kuat kepada kita semua agar usaha kita mencetus kepada generasi Islam yang lebih hebat dan cemerlang.

Pelajaran geography memang digemari oleh pelajar kami terutamanya Afiqah. Sememangnya pelajaran ini sangat penting untuk meluaskan minda mereka.

Glowing globe ini sangat membantu menarik minat anak-anak untuk mengenal negara-negara di dunia. Biasalah kanak-kanak..memang meminati lampu. Dengan ini mereka belajar sambil bermain. Walaupun pembelajaram diselang dengan bermain, sebenarnya mereka memproses ilmu yang dipelajari dengan efektive sekali. Keseronokan itulah yang menjadi pemangkin utama dan sangat penting dalam pembesaran kanak-kanak. Di sinilah kekuatan homeschool sebenarnya. Mereka belajar tanpa sebarang stress samaada dari segi peperiksaan mahupun dari segi kerja sekolah yang bertimbun. Apabila tanpa stress, mereka berupaya untuk pergi lebih jauh. Langkah seterusnya.....kita hanya perlu memberi semangat dan peralatan untuk mereka teroka sendiri. Homeschool mengajar anak-anak belajar sendiri, mengkaji sendiri dan berusaha sendiri untuk jadi insan berjaya di dunia dan akhirat.



Kami tidak ikut korikulum buku teks sekolah. Pada peringkat awal, kami memperkenalkan peta Langkawi. Oleh kerana Langkawi adalah tempat mereka membesar, banyak tempat yang mereka kenal di dalam peta itu. Dengan ini memupuk minat mereka terhadap geography alam sekitar. Seterusnya kami memperkenalkan peta negeri-negeri di Malaysia. Sepanjang tahun 2012 dan 2013, kami banyak membuat penjelajahan seluruh Semenanjung Malaysia. Roadschooling selama dua tahun ini sangat membantu pelajar kami mengenal dan menterjemah apa yang tersirat di atas peta. Tentu sekali Hafidz dan Afiqah mendapat faedah terbesar dari penjelajahan keluarga besar kami.



Kami hanya mengajar geography secara am sahaja bagi setiap negara. Namun begitu kami menggunakan pendekatan soalan-soalan yang perlu mereka cari jawapan sendiri. Mereka sangat suka buat pencarian di internet dan melihat imej-imej yang disediakan. Di sinilah kami mula menerangkan apa yang patut dan menjawab segala persoalan yang mereka pula timbulkan. Hasilnya sangat memberangsangkan. Tanpa sebarang stress, kami telah menanam benih ilmu ke dalam jiwa mereka. Pasti sekali benih ini akan bertunas dan membesar tanpa perlu kita menjaganya kerana kita telah menanam minat yang mendalam di dalam jiwa mereka.


Walaupun Afiq baru berusia 8 tahun dan Alyssa pula 3 tahun, mereka juga ikut serta dalam kelas geography. Pembelajaran serampang banyak mata ini memang mendatang hasil yang baik sekali. Afiqah pula memainkan peranan sebagai guru kepada adik-adiknya. Di samping mengasah bakat Afiqah, adik-adik juga sangat teruja untuk ambil tahu apa yang Afiqah belajar. Seringkali pelajar-pelajar kecil ini lebih suka mengambil afiqah sebagai guru mereka dari kita yang sudah berusia. Ini mungkin kerana umur Afiqah yang lebih kurang sebaya dengan mereka. Inilah serampang banyak mata dalam pembelajaran homeschool kami.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...